PDRM hilang kredibiliti…. Bubarkan sajalah…..

2008 Julai 29
by aminiskandar

Semalam negara gempar lagi. Gempar kerana laporan doktor dari Pusrawi yang mengesahkan bahawa Saiful Bukhari tidak mempunyai sebarang kesan diliwat.

Sekarang tahulah kita sebabnya mengapa polis berkeras untuk tidak menyerahkan laporan polis yang dibuat oleh Saiful terhadap Anwar. Ini adalah kerana, laporan polis yang dibuat masih belum siap. Ini adalah satu lagi episod konspirasi politik terhadap Ketua Umum KeAdilan itu.

Hilang wibabwa PDRM. PDRM yang seharusnya menjaga keselamatan rakyat kini telah menjadi “budak suruhan” Barisan Nasional. Tidak ada apa lagi yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan PDRM melainkan membubarkannya sahaja dan tubuhkan pasukan polis yang baru.

Suara Keadilan Online semalam menyiarkan berita dan laporan perubatan tersebut. Lihat dibawah:

Sah, tiada Liwat — Laporan perubatan

KUALA LUMPUR, 28 Julai (SK)- LAPORAN perubatan dari doktor yang memeriksa tubuh Mohd Saiful Bukhari Azlan mengesahkan tiada sebarang kesan yang menunjukkan dia diliwat. Pada 28 Jun lepas Saiful menemui Doktor Mohamed Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi mengadu dia merasa kesan sakit didubur ketika membuang air besar.

Tetapi laporan Doktor Mohamed yang dikeluarkan pada jam 2.14 petang, sebaik sahaja pemeriksaan dibuat ke atas tubuh Saiful mengesahkan tiada sebarang kesan liwat seperti yang didakwanya.

Laporan itu jelas menyatakan:

* Tiada kesan koyak pada kulit (skin tearing, zero)

* Tiada pendarahan aktif (active bleeding, zero)

* Tiada kesan nanah (traces of pus, zero)

laporan penuh boleh dibaca menerusi Suara Keadilan edisi 141 yang akan terbit esok.

Untuk melihat laporan ini dengan lebih lengkap dengan anotasi, sila klik gambar di bawah:

12 Respons leave one →
  1. 2008 Julai 29
    wisdomthinker permalink

    Again, RPK has come out a new shocking article regarding to Anwar’s latest sodomy case. But should the medical report be reveal out so easy? Medical report are confidential anyway..how does RPK has clean hands on this source? Is the source reliable? It might be like the previous SD he made earlier.

    More curiously, why the police has to chase after the missing doctor? would that be more easy if the authorities just need to find a replacement instead?

    Is the doctor an expert proven by authorities to check on him? Why did the doctor ran and hide? Why detain the police detain the doctor? Like you said, If I am DSAI being accused of this and my political career at stake and with my money and my connection I can buy anyone or anything to do my bid or to lie for me! Wouldn’t I?!

    But in a conclusion, when it comes to political cases it would never be solve in a short period. The actual truth will never leak out to public.

  2. 2008 Julai 29
    Budak Bangi permalink

    Bro Amin, bulan Ogos ni xde PROTES ke? Harga minyak dah turun maa..tgk sini..http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,123704,00.html?

    rakyat dah dihanyutkan oleh isu muzakarah/muqabalah,anwar dll..kita kene teruskan juga PROTES..buat ala BERSIH la..xyah buat dlm stadium lagi..boring bro..

  3. 2008 Julai 29

    Media pun sama. Tidak melaporkan perkara yang sebenarnya… Kenapa nak sorok lagi?

  4. 2008 Julai 29

    Sememangnya laporan perubatan ini akan membayangkan betapa kejinya pemerintah untuk menjatuhkan seseorang kerana gilakan kuasa dan pangkat. Sememangnya cerita Bala ke 2 akan berlaku, kemungkinan doktor itu akan mengatakan laporan itu palsu. Tengoklah nanti kalau sudah ditakutkan oleh pemerintah.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  5. 2008 Julai 29

    Semakin hari semakin terbukti bahwa pulis sememangnya korup sejak azali. Perkara ini telah dilihat oleh kebanyakan mereka yang telah ‘terbuka mata hatinya’ dan perkara ini sememangnya tidak dapat dilihat oleh mereka yang sama tarafnya dengan anjing-anjing serta babi-babi.

    Saya tersangatlah bersyukur jika pulis ni dibubarkan kerana mereka ini dah macam L.E.M.B.U dan A.N.J.I.N.G..

    http://www.luthfikir.blogspot.com

  6. 2008 Julai 29

    Ini kah yang dikatakan beraja di mata , bersultan di hati ? Kalau benarlah laporan perubatan awal dari PUSRAWI sahih kandungannya , maka sedikit kredibiliti yang ada pada BN , PDRM , Peguam Negara dan Mahkamah nampaknya sudah hancur lebur dan tidak tahu dimana rakyat marhaen seperti kita semua akan berteduh !

  7. 2008 Julai 29
    langlang permalink

    Tukar sahaja PDRM, Peguam Negara, KPN kepada Polis UMNO Malaysia, Peguam Negara UMNO, Ketua Polis Negara UMNO yang ditaja oleh Pak Lah, Najib, Rosmah dan kuncu-kuncunya. Barulah boleh sekeh sesuka hati rakyat Malaysia. Boleh buat tuduhan, boleh sumbat dalam penjara dan awak perintahlah Malaysia dengan cengkaman ikut selera dan nafsu anda. Kalau tahun 1998 dulu kakitangan hospital berbaris hendak tengok wajah Anwar setiap kali muncul di hospital tapi kali ini nada orang atasannya agak lain.

    Apapun kita doakan Allah tetapkan teguh hati kita sebagai rakyat kecil yang tidak ada polis, tidak ada hakim, tidak ada peguam negara, tidak ada KPN. Semoga Allah melindungi kita dan Dialah Paling Berkuasa dan musuhnya akan kalah dan hancur satu persatu.

  8. 2008 Julai 30
    Jeffripower permalink

    Jangan buat andaian dan hukuman melulu. Bila dapat satu sumber je, terus hentam tak ingat dunia. Kita ni orang Islam. Kena ingat kita tak boleh buat hukuman ikut sedap mulut hanya berdasarkan satu sumber yang belum pasti kesahihannya. Yang pastinya medical report yang didedahkan RPK sebenarnya TERLALU MENCURIGAKAN. Hari ini ( 30/7/08) ada satu blog yang boleh membantu kita merungkai kesahihan medical report tersebut. Sila refer http://novandri.blogspot.com/...

  9. 2008 Julai 30
    jeffripower permalink

    Untuk lebih rujukan mengenai kecurigaan medical report yang didedahkan oleh RPK, sila rujuk http://stephendoss.blogspot.com/

    Sumber-sumber ini diperoleh daripada specialist dalam bidang berkaitan yang tidak terlibat yang tidak menyebelah mana-mana pihak.

    Buat masa sekarang ada 3 sumber daripada doktor yang boleh dipercayai yang mengatakan medical report berkenaan tidak sahih dan amat mencurigakan..

    Amat kasihan kepada mereka yang terlalu mudah percaya dengan dakyah-dakyah RPK selaku pembela Anwar..

  10. 2008 Julai 31

    Salam Rasuah
    Jangan bubarkan PDRM, bubarkan susah nak siat(siasat) nanti, so kena kekalkan agar terus membina impaya rasuah, JIKA polis pun rasuah dengan pembekalan barang keperluan mereka sendiri dan 6 pegawai berpangkat tinggi di siasat, so macam mana nak caya dengan polis , pelindung masyarakat tapi perasuah kuat serta jual negara, semua hampir banyak(binatang) nas bukan umat rasuah seperti KASTAM,PDRM,IMEGERISIN, so semua rasuah jangan marah jika semua rakyat malaysia jadi PAKAR RASUAH

Trackback & Pingback

  1. Jangan terpengaruh dengan provokasi “Uncle Pet” « .
  2. Top Posts « WordPress.com

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS