Isu sebenar tidak dibincang, bermulalah “Character Assasination”…

2008 Julai 31
by aminiskandar

Hari ini, Hospital Pusrawi membuat sidang akhbar untuk menyatakan sokongan mereka terhadap konspirasi politik regim Abdullah – Najib untuk mengaitkan Anwar dengan kes liwat sekaligus untuk menutup peluang Anwar untuk bertanding dalam pilihanraya kecil dimana-mana kawasan.

Dibawah ialah berita yang dilaporkan oleh Malaysiakini:

Saiful tidak diperiksa berkaitan liwat’

Abdul Rahim Sabri | Jul 30, 08 3:56pm
9:45pm – Hospital Pusrawi hari ini menjelaskan pegawai perubatannya Dr Mohamed Osman Abdul Hamid “tidak memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan berkaitan dengan liwat”.

“Dr Mohamed Osman pegawai perubatan Hospital Pusrawi tidak memeriksa pesakit berkenaan berkaitan dengan sodomi,” kenyataan hospital itu dipetik.

Dalam kenyataan lima perenggannya, hospital itu juga berkata ia tidak pernah mengeluarkan secara rasmi dokumen pesakit berkenaan seperti yang diedarkan dengan meluas di internet sejak kelmarin.

Ia juga menyatakan Dr Mohamed Osman juga bukan seorang doktor pakar, tetapi seorang pegawai perubatan di klinik kemalangan dan kecemasan Hospital Pusrawi.

“Dr Mohamed Osman telah menasihatkan pesakit itu Mohd Saiful supaya diperiksa lanjut oleh doktor pakar di hospital kerajaan,” kata hospital itu.

“Tidak ada pemeriksaan dilakukan selanjutnya berkaitan dengan aduan sodomi.”

Kebocoran laporan pemeriksaan tersebut dianggap oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam sebagai “bukti” bahawa dakwaan terhadapnya “tiada asas” dan “bermotifkan politik.”

Dalam sidang media di hospital itu, pengurus besarnya Wan Mahmood Wan Yaacob (foto, kanan) tidak menolak kemungkinan salinan laporan itu sahih dengan berkata “ia kelihatan sama (dengan salinan asal).”

“Salinan asal ada dengan saya,” katanya apabila ditanya beberapa kali kesahihan salinan yang kini disebarkan di internet sejak kelmarin. “Nampak sama tapi tidak sama.”

Beliau menambah, Hospital Pusrawi sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran laporan tersebut.

“Tujuan siasatan dalaman, pertama sekali kita mahu sahkan apa yang yang dikeluarkan itu sama dengan apa yang ada pada kita.

“Kedua, kalau betul, kita hendak tengok siapa yang berkemungkinan membocorkan laporan sehingga menyebabkan maklumat tersebut dapat kepada pihak ketiga

Wan Mahmood menjelaskan, doktor yang memeriksa Mohd Saiful kini sedang bercuti selama dua minggu dan dijangka kembali bertugas pada Isnin depan.

Dr Mohamed Osman, tambahnya, mula berkhidmat di Hospital Pusrawi awal tahun ini.

Pengarah perubatan Dr Kamaruddin Ahmad (foto, berbaju putih) di sidang media yang sama berkata Dr Mohamed Osman “seorang doktor yang baik” dan “kewibawaannya tidak dipertikaikan.”

Jelasnya, Mohd Saiful pada mulanya mengadu mengalami masalah perut dan kesukaran membuang air besar.

Selepas diperiksa oleh seorang doktor wanita, kata Dr Kamaruddin lagi, pemuda itu diperiksa oleh Dr Mohamed Osman dan kemudian mengadu diliwat.

Menjelas lanjut isu tersebut, Wan Mahmood berkata terdapat dua gaya tulisan tangan di laporan pemeriksaan kesihatan Mohd Saiful kerana dua doktor terlibat.

“Memang ada dua tulisan. Dua tulisan ini saya difahamkan, tulisan pertama, pesakit datang dan hendak berjumpa dengan doktor. Dia dirujuk kepada doktor perempuan yang bertugas pada hari itu.

“Tetapi apabila doktor perempuan ambil kenyataannya (Mohd Saiful) sedikit, sudah tiba waktu untuk pemeriksaan selanjutnya, beliau serahkan kepada doktor lelaki (Dr Mohamed Osman),” katanya.

Selain daripada itu, Pusrawi telah membantu kerajaan dalam usaha untuk melakukan “character assasination” terhadap Dr. Mohamed Osman, doktor dari Burma yang bertanggungjawab menggeluarkan laporan yang mengesahkan Saiful tidak diliwat.

Pengurus Besar Pusrawi turut menyatakan bahawa Dr. Mohamed Osman hanyalah seorang pegawai perubatan dan tidak menjalankan pemeriksaan berkaitan liwat terhadap Saiful. Akan tetapi, ketika ditanya wartawan tentang apakah laporan perubatan yang sedang beredar diseluruh negara tersebut benar atau tidak, pengurus besar Pusrawi tidak menolak kemungkinan salinan laporan itu sahih dengan berkata “ia kelihatan sama (dengan salinan asal).”

Nampak sangat Pusrawi cuba mengalihkan perhatian daripada isu utama. Persoalan tentang laporan perubatan hospital tersebut yang mengesahkan Saiful tidak diliwat tidak dijawab. Akan tetapi, fokus telah dialih kepada Dr. Mohamed Osman. Kredibiliti doktor dari Burma kini dipersoalkan.

Dr. Mohamed Osman juga dikaitkan dengan sebuah organisasi yang dinamakan Riseap. Menurut laporan beberapa laman blog pro Umno / BN, Anwar dikatakan pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi kepada organisasi tersebut.Akan tetapi, sehingga kini masih belum disahkan oleh Anwar atau pertubuhan tersebut.

Jelas sekarang isu sebenar ingin dialih! Perbincangan mengenai laporan perubatan Pusrawi tentang tiada kesan liwat terhadap Saiful tidak lagi dibincangkan. Yang dibincangkan ialah tentang Dr. Mohamed Osman yang dikatakan sedang menyorok daripada ditangkap oleh polis dan diperlakukan seperti P. Balasubramaniam.

Akan Datang:

  • Rakyat harus bersedia untuk menerima hakikat bahawa PDRM akan menangkap dan menyumbat Anwar kedalam penjara dalam jangkamasa terdekat ini.

  • Kemungkinan terbesar, Anwar akan dibunuh jika liwat tidak dapat dikaitkan dengannya. Ini tidak mustahil, kerajaan Barisan Nasional dan jentera-jenteranya pernah melakukan perkara yang lebih hebat lagidaripada ini seperti pembunuhan yang berlaku di Kampung Memali, Baling pada tahun 1985.
27 Respons leave one →
  1. 2008 Julai 31

    Tapi kalau doktor itu memang bukan specialist, dia tidak harus mengelirukan keadaan dengan “diagnosis” seolah-olah dia specialist. Memang dalam dakwaan sodomy pemeriksaan oleh specialist diperlukan dan Puswari tidak ada kepakaran dalam bidang itu. Walaupun Dr Osman seseorang doktor yang berkaliber pun, ini akan mendatangkan masalah dalam pendakwaan dalam mahkamah nanti. Saya ada google perkataan sodomy nak tau lebih banyak dalam perkara ni (tengah cuti, free sket) dan terbaca artikel ni. Doktor ni bunyinya memang macam pakar, tidak salah kita dengar dari pihak2 lain.

    “Any girl maybe a virgin from the time she is born until she dies if she choses to do so.She gets a hymen tear when her vagina is penetrated.

    All human beings anus gets reversely penetrated(passing motion) within a few days of birth and this act continues almost on a daily basis for the rest of their lives.

    Most adults(male/female/trans) would have been reversely penetrated sometime(and some many times) in their lives with big hard feaces when they were constipated.

    When you are constipated, your feaces is usually hard and dry ……. how many of us had tears?Some of us may have bled a little but the next time we went to pass motion, no more bleeding any more ……… leave alone blood after few days. For pus to form , you need a tear and infection to set which rarely occurs.

    For all those who still doubt that someone can get sodomized without suffering any tear, bleed and pus formation need to know that anuses are being routinely penetrated in hospitals on a daily basis with metal proctoscopes which are 8-10inch long and about 1 inch in diameter, the obturator is removed once the proctoscopes is in and once deeper inside the anus – no tears, no bleeds.

    ABOUT THE OUTPATIENT EXAMINATION

    1)It was done either in outpatient and probably in an ER(A&E) room
    2)It was done by a medical officer and not a specialist
    3)The history taken was very minimal as rightly pointed out:

    when it occurred ie time, date, place
    how many times has it occurred

    who did it
    consensual forced or neither ie not agreeing but not resisting
    any constipation recently or in the past
    size, consistency , shape etc.

    Physical examination PR means Per Rectal examination whereby the basic examination would be;

    spreading the cheeks of the buttocks in a semi prone position to look at the anus under good lighting
    putting a gloved forefinger through the anus to feel tone, swellings, irregular surfaces, prostate
    proctoscope examination whereby a speculum is inserted through the anus to look directly at the anal canal and also the anus while the proctosocpe is being withdraw out of the anal canal after completing the examination. This is the appropriate exam to look for tears.

    Looking at the OPD exam, it looks like the doctor just performed only the visual exam because:

    all is reported as “seen/not seen”
    no mention made of findings of finger rectal exam ie stained with mucus/blood/feaces etc.
    no proctoscopy exam findings mentioned

    It is surprising how casual the examination was in view of the fact that the patient complained of assault to his anus – doctor’s job is to do a thorough exam irrelevant whether he/she believes the patient complaint(s)

    Finally, the examination was not done by a specialist who in this case would have to be a colorectal surgeon and a forensic specialist. Even if the specialist finds no tears(old or new), blood or pus, it does not mean a person was not sodomized.

    A disservice has been done to both the patient and also the alleged assaulter by the very poor history taking as well as physical examination of the patient. It is not rare for doctors to take such poor history and do such poor examination in patients with running nose or cough of few days but to do so in a potentially medico-legal case is grossly irresponsible.
    The doctor’s only service to this patient was that he felt that patient may have been sodomised [TRO Assault(Sodomise)]and thus needs to be properly examined by someone more qualified and experienced in such areas which rightly should have been a specialist from the same hospital.It is a well known fact that private hospitals have briefed their A&E MOs to refer any potentially medico-legal case which do not have life threatening problems to government hospitals to avoid any hassles later on.
    As a medical doctor, i feel the slipshod OPD examination should be properly addressed and explained by the Malaysian Medical Association so that no party(accuser or the accused) can twist the facts any further.
    Truth will ultimately prevail.”

  2. 2008 Julai 31

    minta maaf sebab terlupa pulak nak sebut yang ni tadi. Memang hal-hal sodomy ni pelik dan banyak berputar-belit sampai kepala pening. Tapi saya rasa yang ber-konspirasi tu bukan AAB. Petanding-petanding kuasa Anwar yang lain saya tak tau lah. Tapi kalau memang AAB yang “senyapkan” Anwar senang sahaja, AAB boleh biarkan saja Anwar dalam penjara beberapa tahun lagi. Kan orang suka cakap yang dia ni menyalahgunakan kuasa sehingga semua pihak pun dia kontrol? Malah Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan dan dibenarkan untuk merawat sakit belakangnya di negara Germany. Kalaulah ini zaman TDM lagi…jangan harap lah. So saya rasa kena jadi fair sikit dalam komen2 kita dalam perkara ni semua. Yang tak nak tengok Anwar merampas kuasa memang ramai..tapi bukan SEMUA orang terlibat dalam permainan kes sodoomeee ni.

  3. 2008 Julai 31

    kita semua kena siap sedia gempur BN kali kedua!!!! keadlan perlu ditegakkan!!! BN-umno-dolah-najib -rosmah sekarang ini merupakan golongan yang sedang terdesak! ayuh kita lawan dan terus lawan!!!

  4. 2008 Julai 31

    Halo Dr.ZZ dari HKL, tak kira la….kalaupun DSAI liwat saiful….rakyat tetap akan bangkit melawan korupto2 berhemah BN, dan segala inti rasis mereka…. kes DSAI cuma sebagai pencetus kebangkitan dan kematangan politik! Bagi aku, tak kesahlah kalaupun DSAI liwat saipul 10-20 kali, it still a personal thing! yang perlu kita beri tumpuan sekarang adalah bagaimana untuk merakyatkan ekonomi, bagaimana untuk menghapuskan rasis, dan menurunkan kadar kemiskinan dan segala jadah yang lain…

  5. 2008 Julai 31
    pencinta keadilan permalink

    hafiz,
    betul ke ko tak kisah Anwar liwat sapa-sapa pun?.personal thing still counts jugak dalam mentadbir negara.dalam Islam kita diminta untuk mencari pemimpin yang berkaliber,berhemah.senang cerita pemimpin yang layak kita contohi ialah Rasullah saw.kau sendiri taukan keperibadian Rasullullah macammana?.memang la kita takkan boleh jadi seperti Rasullah tapi tak salah untuk kita jadikan beliau sebagai contoh dan role model kepimpinan.

    jika Anwar,andaikata dia disabitkan bersalah,maknanya dia telah menipu seluruh rakyat Malaysia dengan sebelum ini mengatakan dia tidak melakukkannya.jikalau mengenai hal itu dia boleh menipu,bagaimana pula dengan hal lain terutama sekali pentadbiran negara?

    kita jangan lupa juga Anwar merupakan prominent leader dalam bab keislaman.sanggup ke kita sebagai umat islam terima pemimpin yang “not straight” untuk jadi pemimpin(andainya dibuktikan dia bersalah atas tuduhan sodomi)?

    moden tu moden jugak.tak salah ikut harus pemodenan.tapi kita harus ingat kita ni siapa.bukan semua dari barat tu elok.

    bukan.saya bukan homophobic.saya katakan ini dari konteks sebagai umat islam.

  6. 2008 Julai 31
    Jeffripower permalink

    Halo Hafiz,,,

    …”tak kira la….kalaupun DSAI liwat saiful….rakyat tetap akan bangkit melawan korupto2 berhemah BN, dan segala inti rasis mereka…. kes DSAI cuma sebagai pencetus kebangkitan dan kematangan politik! Bagi aku, tak kesahlah kalaupun DSAI liwat saipul 10-20 kali, it still a personal thing!” kata saudara Hafiz..

    Cuba bawak mengucap dan istighfar banyak-banyak.. Saudara Hafiz ni rasanya dah tersasar jauh.. Rasanya patut ke pangkal jalan sebelum tersesat lebih jauh..

    Kalau iapun saudara ni anti Pak Lah dan kerajaan BN, takkan sampai begitu sekali pendirian saudara sehingga ‘ tak kisah’ jika DSAI benar-benar meliwat Saiful. Memang ramai orang kata ‘kubur masing-masing, dosa sendiri tanggung’ yang mana lebih merujuk kepada peribadi tetapi lupakah saudara bahawa kita ni orang Islam yang disuruh untuk “amal ma’ruf nahil mungkar”? Lupakah saudara akan konsep-konsep dalam Islam yang menyuruh umatnya berbuat baik dan menegah kemungkaran? Lupakah saudara akan konsep fardu Kifayah? Saya bukanlah seorang ustaz yang alim dalam agama, tetapi “amal ma’ruf nahil mungkar” adakah suatu perkara yang asas dalam Islam yang dah diajar sejak kecil lagi…

    Kita hidup di Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi. Kita bukan hidup di US atau di luar negara yang tidak ambil kisah perbadi pemimpin mereka..

    DSAI belum pun disabitkan kesalahan liwat tersebut, tapi mengapa saudara sudah membuat andaian sebegitu sekali.. Dan seandainya jika benar DSAI memang melakukan liwat, adakah saudara sanggup berpemimpinkan seorang yang melanggar tabie manusia yang bernama Islam? (hanya persoalan dan bukan untuk tuduh DSAI benar-benar melakukannya)… Tak takut dengan bala yang Allah SWT janjikan ke?

  7. 2008 Julai 31
    NorHaslim permalink

    Saudara Hafiz,
    Memang sekiranya Anwar nak liwat Saiful berapa kali pun itu hal dia, tapi masalahnya Anwar telah mengGUNAkan isu ini, isu LIWAT ni untuk mencemarkan imej kerajaan, imej polis. Kalau Anwar buat senyap-senyap, tak bising itu kira hal dia la. Tapi ini dah sampai dia siap guna isu liwat untuk menarik perhatian negara luar untuk campur tangan dalam isu negara kita sendiri. Jadi pada perhatian anda, patut ke tak patut?
    Dan Anwar bukannya pencetus kebangkitan dan kematangan politik dalam negara kita. Kira matang ke kalau setiap kali nak selesaikan ketidakpuashatian guna cara demonstrasi, kumpul ramai-ramai buat bising, buat huru-hara. Rasanya itu cara yang tak matang. Jika dilihat dari sudut kebangkitan pula, itu kah jenis kebangkitan yang negara kita perlukan? kebangkitan yang hanya mencanangkan ‘bunyi’ tetapi tidak ‘isi’.
    Perubahan itu baik, tapi biarlah ia memberi manfaat kepada negara dan bukannya bencana.

  8. 2008 Julai 31
    almulba permalink

    Pusrawi nak masuk UMNO. Cakap hospital sudah jadi cakap politik. Inilah wajah Malaysia yang dipimpin oleh kumpulan penyagak.

  9. 2008 Julai 31

    to pencinta keadilam: aku tak cakap dalam konteks islam…. ko ingat malaysia ni 100% penduduknye muslim ke?….itu pendapat aku, kalau tak setuju takpa, tak da masalah….
    to norhaslim: wei! sapa yang mulakan? bukan ke saipul tu yang start report…then di bahas oleh pak2 kepala bapak menteri najib, hamid albar dll….
    POLIS!? memang pun semua orang tau, imej mereka tercalah setelah jadi barua dan anjing UMNO… ko tak tau ke? aku tau, member2 aku pun tau, ramailah yang tau… Bila dituduh, lagi2 anwar yang orang kenal serata dunia, takkan dia nak duk diam….sapa pun marah la bro…lawak la ko ni. hahahaha

  10. 2008 Julai 31

    islam di malaysia adalah islam rasmi-merasmi…kahhahahaha

  11. 2008 Julai 31

    terkejut sgt saya membaca apa yg Saudara Hafiz tulis..itu ke cara Islam? Lagipun Anwar menekankan yang dia tidak berbuat liwat tu..boleh ke kita membenarkan seseorang penipu besar menjadi pemimpin kita?

  12. 2008 Julai 31

    Black.. ruangan komen dah jadi ruangan berdebat lak ye.. menarik sekali.. :)

  13. 2008 Julai 31
    goes and turn permalink

    hafiz,
    memang la dalam Malaysia ni bukannya semua orang islam tapi majoritinya orang islam.patut tadi dalam komen psal ko kata tak kisah Anwar liwat sapa-sapa tu ko patut kata itu personal opinion kau.memang betol la kata kau yang itu pendapat kau.aku pon ada pendapat aku sendiri.

  14. 2008 Julai 31
    Jeffripower permalink

    Berdebat ke arah kebaikan takpe kan? … Berkenaan isu liwat, saya bukan nak tuduh Anwar lakukan liwat, tapi tindakan beliau yang kelihatan seperti melengah-lengahkan siasatan (tidak memberi sampel dna). Kalau betul beliau tak bersalah kenapa tak bagi je sampel DNA tu? Bila RPK dedahkan medical report Saiful dan cuba men’diagnosis’kan laporan dengan cara beliau yang tidak profesional, dengan pantas penyokong Anwar terus melompat gembira sedangkan report berkenaan sebenarnya tidak sah, malah cara penulisan dalam report juga agak bercanggah dengan cara seorang specialist buat…

  15. 2008 Julai 31
    NorHaslim permalink

    Hafiz,
    takkan lupa pulak yang Anwar tetiba lari ke Turki Embassy, nak bicara kes kat Mahkamah Syariah la, nak Police Report Saiful la, nak jumpa PM Australia minta dia ckap kat PM kita tentang kes dia.. Point dia disini bukan siapa yang memulakan, tetapi siapa yang mengambil kesempatan dan sengaja memperbesar-besarkan isu tersebut..

  16. 2008 Julai 31

    ape2 jelah norhaslim, aku tak da masalah…hahaha yang ku tau, yang korang mesti tau… umno memang dah tak layak memerintah.rasis! cilanat bangsa yang sial! baca balek sejarah weh!

  17. 2008 Julai 31
    Sepol permalink

    Balik2 DNA. DNA tahun 1999 kan ada, guna ajekla. Takut nak gunakan ke, takut temberang terbongkar mcm kes sodomi 1999 dulu, periksa punya periksa kat bontot tu DNA 1999 digunakan.

    Saya pun tak faham, asyik2 campurtangan asing. Mcm la kita tak pernah komen negara lain… itu la rakyat Malaysia… mcm maksum sangat.

    Hamid kata kalu tak mcm mana US, negara lain komen(dapat tahu) tentang perkara ini. Bagi saya macam la negara lain tak ada internet, tak ada kemudahan komunikasi, tak ada kedutaan disini…poorah.

    Pada Norhaslim… kalau kau dituduh meliwat, dan polis serta kerajaan bukan sahaja tak beri keadilan kepada kau, tapi cuba mengaitkan kau bersalah dengan apa cara …apa yau kau nak buat????

    Jefrri kata : Kita hidup di Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi. Kita bukan hidup di US atau di luar negara yang tidak ambil kisah perbadi pemimpin mereka..

    Komen saya : tau pun, pemimpin yg korup, penjenayah, semua nya ada dlm kabinet kita skrg.. dari paling atas sampai ke bawah…skandal food for oil ,berapa billion PeeeEM kita dah balun… tak senonoh langsung

    Kepada jefrri,norhaslim nasihat saya :Memang ramai orang kata ‘kubur masing-masing, dosa sendiri tanggung’ yang mana lebih merujuk kepada peribadi tetapi lupakah saudara bahawa kita ni orang Islam yang disuruh untuk “amal ma’ruf nahil mungkar”? Lupakah saudara akan konsep-konsep dalam Islam yang menyuruh umatnya berbuat baik dan menegah kemungkaran? Lupakah saudara akan konsep fardu Kifayah? Saya bukanlah seorang ustaz yang alim dalam agama, tetapi “amal ma’ruf nahil mungkar” adakah suatu perkara yang asas dalam Islam yang dah diajar sejak kecil lagi… jgn cuba bersekongkol dgn pembunuh, dengan perasuah

  18. 2008 Julai 31

    hidup sepol! memang pun…hakikat terang nyata lagu tak perlu bersuluh! aku pecaya kes ini konspirasi….! boleh pcaya ke dolah dan najib tu…da 50 tahun tipu orang melayu, tipu rakyat malaysia… seolah ingin menyelimut bangkai gajah……

  19. 2008 Julai 31

    liwat ke tak liwat, aku tak tahu. yang aku tahu ialah tak salah kita tukar kerajaan. malaysia kan negara demokrasi. sejak merdeka BN pegang, kalau rakyat nak beralih angin, janganlah disekat-sekat. demokrasi kan harus ikut suara rakyat. tengok negara2 lain yg lebih maju, bertukar-tukar parti pemerintah, biasa la tu… tak de pun kecoh sangat macam di malaysia ni…

  20. 2008 Ogos 1
    eddy08 permalink

    aku sokong pendapat nasron al-jauhari. di ruangan ini dapat meningkatkan kefahaman aku tentang personaliti manusia. TQ

  21. 2008 Ogos 1
    goes and turn permalink

    sepol dan hafiz,
    korang rasa betul ke Anwar ni bebas dari segala corruption dan kejahatan tidak seperti mereka yang lain dalam UMNO? :) .boleh tak bagi list sapa-sapa pemimpin politik dalam negara ni yang tak pernah langsung walau sedikit pun untuk putar belit dan mengamalkan sebarang ketidakadilan dan kejahatan?

    Nasron al-Jauhari,
    betul kata ko.tak perlu kecoh-kecoh sangat kalau bertukar pemerintah.cuma ini pertama kali kita rasa macam.sebab tu ramai yang risau sebab kita masih belom biasa dengan keadaan ni.rakyat pon dah bersuara dalam PRU yang lepas yang mana 3 negeri telah ditakluk dari BN.tapi kita jangan lupa dalam Malaysia ni ada “silent majority”.

  22. 2008 Ogos 1
    Jeffripower permalink

    Kepada Sepol,……Jangan bersekongkol dengan peliwat yang suka berdolak dalih tu, nanti dapat bala Tuhan…DNA baru diperlukan untuk memberitahu rakyat bahawa kes liwat 2008 ni kes liwat baru yang tidak ada sangkut paut dengan kes liwat 1998. DNA memang boleh bertahan lama walau berjuta tahun sekalipun tapi DNA juga terdedah kepada kerosakan di luar jangkaan dan sekiranya DNA yang lama digunakan maka ia akan menjadi modal kepada pembangkang macam kau untuk kaitkan kes ni sebagai sambungan dari kes lepas yang kononnya konspirasi tu. Kalau betul Anwar tu tak bersalah, tak perlu banyak songeh sangat. Bagi je sampel DNA dan bersumpahlah. Apa yang ditakutkan kerana jika beliau benar-benar tak bersalah, bala akan turun kepada mereka yang menuduh.

    Kepada hafiz,……”boleh pcaya ke dolah dan najib tu…da 50 tahun tipu orang melayu, tipu rakyat malaysia… seolah ingin menyelimut bangkai gajah……”…
    Kau ni biar betul. Pak Lah memimpin negara ni baru lima tahun. Yang sebelum tu, Che Det yang dok memimpin dan yang dok banyak tipu rakyat secara mengaburi mata rakyat dengan KLCCnya, Putrajayanya, Sepang Circuitnya, koridor multimedianya. Pak Lah hanya sambung pemerintahan Che Det tapi dengan cara yang tersendiri…

    Kepada Nasron Al Jauhari,…..Kalau iapun tak suka dengan kerajaan BN dan nak kerajaan baru memerintah, takkan kau sanggup terima kerajaan yang dipimpin oleh peliwat? …

  23. 2008 Ogos 1

    Owh… kepada jeffripower,

    Setelah aku baca engkau punya komentar ini aku dapati engkau ni tak tau nak beri sokongan kepada pihak mana sebenarnya. Engkau cuba jadi ‘pembongkar konspirasi’ ( macam ezam laa.. ) tapi engkau sebenarnya tak cukup bukti lagi.
    Jangan buang masa …..

    Engkau yakin ke DSAI tu peliwat? Berdasarkan apa? Alamat mimpi siang yg engkau dapat?
    Jangan buang masa …..

  24. 2008 Ogos 1

    kepada jefri power…dolah, najib, che det dan yang lelain…maksud aku….UMNO da 50 tahun tipu melayu, tipu rakyat seleweng fakta… takkan tak paham ayat gwe….

    korang sume aku nak korang study tentang sejarah malaya agar tak jadi bodo mcm sekarang….pabila sukatan sejarah dipendek dan disembunyikan fakta, maka generasi seterusnya buta sejarah…. klik link ni http://10tahun.blogspot.com/

    Hidup Malaysia!

  25. 2008 Ogos 1
    head over heels permalink

    dah lama tengok “10 tahun sebelum merdeka”.dokumentari yang bagus arahan fahmi.sejarah untuk kita ketahui.

    tapi mereka dulu lain.mereka berjuang demi negara walaupun berlainan parti dana ada antara mereka yang dikenakan tindakan oleh kerajaan pada waktu itu.

    yang aku tengok skang ni asyik “berperang” dalam blog.caci maki dah jadi macam perkara.panggil orang lain “bodo” pun dah jadi macam perkara biasa.

    hafiz,
    dalam komen ko sebelum ni ko kata UMNO ni rasis?rasis dari segi macam mana?.sbb ada yang tak puas hati bila UMNO bela orang melayu,di kata rasis.ada yang tak puas hati bila UMNO kata “meminggirkan” bangsa,di kata pengkhianat pulak.

    kita jangan lupa hampir semua parti politik di Malaysia berasakan pada bangsa masing-masing.jadi semua parti politik rasis la?

  26. 2008 Ogos 2

    LIWAT: WIRID TERINDAH UMAT MELAYU ABAD INI

    Salam hormat,

    Sesungguhnya, betapa dhamir seorang anak melayu yang baik, apatah lagi sebagai seorang melayu islam yang mempunyai budi perkerti yang luhur, tentunya dapat menyaksikan dengan nyata, sikap sekongkolan pemerintah yang berganding bahu dengan instrument penting negara yang sungguh-sungguh mencipta tuduhan palsu bagi mengatur tindakan logik pendakwaan ke atas DS Anwar dengan ungkapan liwat yang begitu kotor lagi biadab, yang hanya tergamak dilafazkan oleh seekor anjing busuk yang bertopengkan manusia.

    Terus terang, betapa smart dan cemerlangnya pengurusan keluarga DS Anwar. Bahkan disiplin pengurusan keluarga DS Anwar buat masa ini merupakan yang paling cemerlang dan berjaya.

    Sehubungan dengan itu, kalau benarlah para konspirator bijaksana, beberapa pernyataan berikut boleh dijadikan penanda ukur keupayaan DS Anwar yang wajar diukur bersama oleh para konspirator:

    1. Kenapa para juak konspirator tidak dilihat oleh para cendekiawan antarabangsa sebagai orang yang layak diberi pengiktirafan sebagai: “Tokoh Asia Baru”, “Lambang Kebangkitan Tamadun Timur”, “Lambang Alaf Baru” dan terkini “Guru Asia” sebagaimana yang cendekiawan dunia berikan kepada DS Anwar?

    2. Kenapa para juak konspirator tidak mampu mendorong isteri mereka untuk menjadi Presiden sebuah Parti Politik sebagaimana dorongan yang DS Anwar mampu berikan ke atas DS Dr. Wan Azizah?

    3. Kenapa para juak konspirator tidak mampu mendorong isteri mereka untuk bertanding dalam pilihanraya Parlimen dan seterusnya menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen?

    4. Kenapa para juak konspirator tidak mampu mendorong anak-anak mereka untuk bertanding dalam pilihanraya Parlimen dan menang dalam pilihanraya dalam usia yang begitu muda, sebagaimana yang DS Anwar mampu lakukan ke atas anak sulung beliau, YB. Nurul Izzah?

    Oleh yang demikian, sewajarnya para juak konspirator memikirkan dengan sebaik-baiknya tentang dakwaan liwat yang mereka paksakan dengan implikasi tuduhan liwat yang mereka timpakan ke atas DS Anwar. Ini bermakna, ungkapan kata “LIWAT” ini akan terus diulang dan berkumandang di negara ini, dan akan terus meniti di bibir umat melayu semenjak 1998 hingga 2008 dan tahun-tahun berikutnya.

    Dengan kata lain, seluruh umat melayu diajak berzikir dan berwirid tentang liwat, tanpa perasaan malu dan aib kepada bangsa-bangsa lain. Pada hal, betapa kesanggupan umat melayu berzikir dan berwirid dengan istilah liwat ini, akan menjadikan bangsa melayu dipandang hina, jijik, kotor, tiada maruah dan lebur harga diri bangsanya dari kaca mata akal bangsa-bangsa lain di dunia ini.

    Sebab itu saya kata, teori liwat yang dijadikan talian hayat oleh para bajingan politik kebinatangan ini hanya sebagai senjata keparat bangsat oleh anjing gila yang otaknya busuk.

    Justeru, dengan penuh keinsafan yang disertai oleh keazaman, semoga seluruh umat melayu yang masih menyedari kepentingan maruah dan harga diri bangsanya, agar serentak bangun ke arah memusnahkan asal-usul, akar dan teras yang telah mengasaskan ungkapan liwat ini sebagai senjata yang pertama kali diungkap untuk meranapkan DS Anwar, sebagai anak melayu sendiri.

    Akhir kata, saya hendak mengulang keyakinan saya, tentang betapa senjata liwat ini bukan sahaja mengaibkan Malaysia di khalayak antarabangsa, bahkan menjatuhkan martabat bangsa melayu dan mengotorkan sejarahnya zaman-berzaman.

    Sesungguhnya sejarah leluhur melayu telah membisikan tentang wujudnya watak-watak jijik yang telah memberi saham yang begitu kotor kepada sejarah melayu silam, antaranya seperti Raja Mendaliar dan Si Kitol.

    Sekian, semoga bermanfaat!
    Wassalam.
    - Naspazi

  27. 2008 Ogos 2

    the whole thing, dari awal lagi, tanpa mengira laporan polis/medical report etc, adalah kurang logik, or so it seems to me -lah.

    cuba bayangkan kalau kamu seorang ahli politik yang mahu membawa agenda reform/pembaharuan dan di penjara selama 6 tahun setelah perbicaraan yang di-staged. dipukul sehingga lembik, dimalukan dan diburukkan nama di khalayak ramai, dan semuanya terpaksa dihadapi seorang diri kamu jauh dari anak anak dan isteri.

    setelah kamu bebas, dapat bersatu semula dengan keluarga, dah pergi berubat, dah berjaya melakukan perubahan yang belum pernah dilihat (kemenangan pakatan rakyat di 5 negeri)..

    dan di saat-saat kritikal dalam perjuangan kamu, kamu mengambil risiko untuk meliwat seorang sukarelawan parti kamu – budak lelaki 23 tahun (yang bukannya hensem atau jambu pun).

    logik kah untuk seorang pemikir yang berbakat dan berkebolehan mengambil risiko seperti itu di saat-saat kritikal seperti sekarang?

    oh btw, yang kuat-kuat agama itu, yang sedang persoalkan “oh pemimpin hendaklah sempurna dari segi islam etc etc straight, mukminin etc etc”

    it is precisely because of this yang kes liwat ini diwujudkan. bagi menimbulkan kesangsian (majoriti) orang melayu seperti kamu semua ini terhadap anwar ibrahim.

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS