Kenyataan Media YB Dato’ Haji Husam Bin Hj. Musa
Berhubung Pengosongan Kerusi Parlimen Permatang Pauh
E D A R A N S E G E R A
Pengosongan kerusi oleh YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada hari ini membolehkan Pakatan Rakyat mewujudkan perpaduan. Segala serangan media oleh Barisan Nasional di dalam masa 2 minggu kebelakangan ini terkubur dengan sekelip mata. PAS InsyaAllah akan memberi sokongan dan bantuan sebaiknya.
Oleh itu jika ditakdirkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding diatas kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dikosongkan itu menang, ini bermakna di dalam tempoh 2 bulan dari sekarang Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menjadi ahli Dewan Rakyat. Kemenangan itu akan mewujudkan tekanan baru kepada kepimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Niatnya untuk berpaut kepada PAS bagi melanjutkan penerimaan kepimpinannya di dalam UMNO akan berhadapan dengan situasi baru. Pilihanraya Kecil ini akan berlangsung lebih awal daripada Pemilihan Pucuk Pimpinan UMNO pada bulan Disember ini. Samada ahli UMNO masih menganggap kepimpinan Abdullah diperlukan atau releven, sedikit sebanyak akan ditentukan oleh keputusan pilihanraya kecil tersebut.
Kemasukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke dalam Dewan Rakyat adalah perlu pada waktu ekonomi negara dijangka lebih merudum. Agenda reformasi yang didokong bersama oleh Pakatan Rakyat bagi kesejahteraan Malaysia keseluruhannya memerlukan beliau di Parlimen.
Dato’ Haji Husam Bin Hj. Musa
Naib Presiden PAS
31 Julai 2008
Bersamaan 28 Rejab 1429 H
















Apa yang kita takuti sekarang ialah bukan kekalahan DSAI di Permatang Pauh tetapi takut kalau-kalau musuh politiknya merancang politik kotor terhadap DSAI, semacam mahu menamatkan riwayat politik DSAI dengan tuduhan liwat, kalau dulu isu yang sama sehingga mencampakan DSAI ke penjara, kini mereka amat yakin akan isu yang lama juga tetapi kali amat berlainan sekali kerana skripnya juga longgar ……
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
berdasarkan rekod yang lalu, semua itu tak mustahil… inilah akibatnya apabila diberi sedikit kuasa oleh ALLAH SWT, kita lupa untuk bersyukur dan menjalankan amanah tersebut dengan jujur. sekarang, oleh kerana takutkan kehilangan kuasa, semuanya dihalalkan…. NAUZUBILLAH…. semoga ALLAH memberi pengajaran yang setimpal kepada mereka2 yang berkenaan… AMIN.
Percaturan serius oleh DSAI. Hidup matinya karier politik beliau adalah bertunjangkan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh tersebut.
Tahniah Tuan atas wajah baru blog ini. Lebih bertenaga.
ps: asap rokok atau asap curut tu?
hallo…..bro
Apasal plk Husam buat ’statement’buat PKR.?
dah takdak kerja ke PAS Pusat atau negeri yang hang pi dok haru kat ruah orang ni apasal.??
sebenarnya hang ni pengemar DSAI(bukan partner ye….)
mat salor… timbul rasa belas kasihan saya pada saudara.