RM1000 untuk satu pengundi, kurangkan majoriti
Pilihanraya kecil di Permatang Pauh nanti bakal menjadi pilihanraya yang paling kotor dalam sejarah Malaysia. Menurut sumber yang berada di”dalam” parti pemerintah, misi utama BN hanyalah untuk mengurangkan majoriti kemenangan di Permatang Pauh.
Pada PRU 12 yang lalu, Dr. Wan Azizah menewaskan calon BN dengan majoriti 13,388.
Kerja-kerja jahat akan dilakukan bagi memastikan Anwar Ibrahim menang dengan majoriti yang rendah. Jika majoriti berkurangan satu undi sekalipun, BN akan mengatakan bahawa Anwar sudah tidak lagi popular dikawasannya.
Sumber dalaman tersebut memberitahu, agen-agen BN sudah berada dikawasan Permatang Pauh untuk melaksanakan kerja-kerja jahat ini. Bagi setiap satu undi, agen-agen ini akan membayar RM 1000.
Kepada pengundi di Permatang Pauh, jika ada agen-agen BN datang dan memberi duit, ambil duitnya. Tetapi undilah calon yang anda mahukan. Pemberi wang tersebut tidak tahu siapa yang anda undi kerana “UNDI ADALAH RAHSIA”.
Dan bagi penduduk Permatang Pauh yang terlihat akan kejadian pembelian undi, sila rakamkan dengan kamera, video atau gunakan telefon bimbit yang mempunyai kemudahan kamera dan video. Jika ada bukti pembelian undi dilakukan, boleh hubungi saya melalui email di amin.iskandar@gmail.com.
Kita akan dedahkan segala penipuan pilihanraya ke peringkat nasional dan antarabangsa!!!















Ha…ah..politik makin kotor..TERDAPAT JUGA AGEN2 PKR YANG DATANG MENAWARKAN RM 1500 KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI DI PERMATANG PAUH…
BN Mano ado duit dah nak dibayor pada pengundi…seribu pulak tuh! Dah la kalah PRU hari tu…duit melopeh…ni ekau kato dio nak bayar lagi….gilo apo! Kot DSAI tak tahu la…Amerika banyak bayor kek dio…
Setuju! Ambillah duit (kalau pengundi tak ambil, akan habis dikorek oleh gomen juga…) Tapi hati kita kenalah tegas dan jujur – pada tuhan dan kebenaran! Jangan biar Malaysia HANCUR sekaligus!
Ada cara jadi pengundi kat Permatang Pauh? Bukan untuk duit, tapi untuk tunjukkan betapa kita anak Malaysia cintakan negara kita. Undilah dengan pandai2, inilah masanya kita tunjukkan semangat Patriotism kita kepada negara! Vote for truth if you are love Malaysia!
Memang aku dengar pun macam tu…. Bn da siap berkira2 uanG nak pancing pengundi… kalau diaorang bagi, ambik je la…. sama jugak macam PRU lepas, ramai anak2 kelantan di perantauan balik mengundi dapat duit, BN labur berjuta2… tapi, semakin banyak diaorang ‘labur’ semakin ‘lebur’ BN hahahaha Wei desperado… ko memang tak tau mende… ko tak penah dapat duit dari BN, memang bestla kalau dapat….! aku amik je… undi tetap Pakatan!!!
Anak malaysia kata:
Undilah dengan pandai2, inilah masanya kita tunjukkan semangat Patriotism kita kepada negara! Vote for truth if you are love Malaysia!
Sapa yang anda maksudkan tu? sekarang nih ade dua pihak, bole bagitau? kalu tak keberatan ler.. hehehhe
#saya org kampung tak pandai memilih..
masa sekarang tengah hangat, masing-masing ingin mencapai kemenangan untuk membuktikan meraka adalah pilihan rakyat. Tetapi isu beli undi ini memang telah menjadi tradisi pada orang-orang **** yang ingin menjadi pemimpin dan perkara ini memang berlaku dan tidak ada sesiapa yang boleh menafikanya. Perkara ini juga telah menjadi darah daging kepada pemimpin yang ingin meraih undi.
cuba kita perhatikan sekarang……….. **** pengadakan pemilihan pada semua peringkat tidak kira cawangan, bahagian, negeri dan yang terbesar adalah persidangan ****. para pemimpin ini akan melobi pada semua peringkat samada cawangan atau bahagian untuk memastikan nama mereka dicalonkan. belum lagi dicalonkan …. habuan telah diterima setelah nama dicalon untuk pertandingan habuan yang lebih besar menanti…….. ‘inilah lumrah dunia politik wang’ dan diakhir nanti yang kaya akan bertambah kaya dan yang miskin akan meminta-minta pada sikaya…..
begitu juga pada pilihanraya…. wang yang akan dilaburkan bukan sekadar pergi “makan-makan”. malahan wang tunai juga menjadi taruhan. inilah dunia sebenar politik wang.
tiada lagi ketelusan didalam meraih undi. amalan demokarasi telah disalah tafsir oleh pelbagai golongan yang telah mendapat habuan. ini bermakna demokrasi sudah tidak telus dalam sistem pengundian yang bertuhankan wang. apabila semua orang telah disogok tidak kiralah samada pihak yang bertugas menjaga ketelusan sistem pengundian , pihak yang bertanding dan juga taik pembelot ( seperti BUANG watak dalam filem sarjan hassan) akan menjadikan demokrasi sebagai landasan untuk kemenangan.
bagi yang tahu menilai berfikirlah secara rasional dalam menentukan pentadbir negara. pertandigan yang telus dan jujur adalah penentu pilihan rakyat.
*DESPERADO – HANG PATUT TERIMA KENYATAAN BAHAWA **** ADALAH SEBUAH PARTI YANG BERLANDASKAN WANG. JIKA TIADA WANG JANGAN HARAP BOLEH DAPAT PERCALONAN UNTUK BERTANDING. DAN INI TELAH DIBUKTIKAN OLEH DISIPLIN PARTI ITU SENDIRI DIMANA TERDAPAT RAMAI YANG DIKENAKAN TINDAKAN AKIBAT POLITIK WANG UNTUK MERAIH UNDI PERWAKILAN. CUMA BPR SAJA YANG TIDAK BERTINDAK TERHADAP PERASUAH INI. LU FIKIRLAH SENDIRI
* JANGAN JADI SEPERTI BUANG , BUANG, BUANG *
Ya betul!!
Ambil wang tersebut…jangan tak ambil.
Wang yg digunakan utk sogokan itu juga datang daripada duit kutipan cukai rakyat!
Memang hak kita untuk ambil wang tersebut.
Tapi ingat. Undi tetap diberikan kepada pejuang bangsa dan agama. Undi tetap diberikan kepada pemimpin yang adil dan berkaliber.
Undilah Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk Perdana Menteri Malaysia!
Ya…aku terima tunai…..hafiz dan aileb…
UMNO parti belandaskan wang? Kenapa SALAHkan PARTI sedangkan orang yang melakukannya…PR yang taburkan wang hampa tak tau…kenapa? Pemimpin UMNO yang kantoi pasal ada orang report…so pembersihan perlu dilakukan supaya tiada kekotoran di dalam parti…
PR main tabur wang tiada yang mereport…sebab itu tak ada yang kantoi, kerana mereka mahu kekalkan cara sebegitu….PR mempunyai kekotoran yang lansung tidak di cuci….bagi duit, jalan kerja…
Desperado….. Ko tak baca ke? Datuk Mukriz Mahathir pun mengaku peluang dia nak bertanding jawatan tertinggi dlm Pemuda Umno pun kian kabur disebabkan politik wang dlm U**O. So…. lu PK la sendiri…………………….
BUTOH LA BN..
TAU MAIN DUIT JE..
AKU ORANG PERMATANG PAUH SEJATI.AKAN KU GEGAR PILIHNRAYA KECIL INI..AYUH WARGA PERMATANG PAUH KITA TURUN BERIKAN SOKONGAN KPD ANWAR IBRAHIM..UNDILAH PKR.DUIT KITA AMBIL TAPI JGN MUDAH DIPERBODOHKAN OLEH UMNO BARUA!!!
REFORMASI!!!
hahahaha,
Untung 2 kali dapat bertuah badan orang sana …
http://hakkami.blogspot.com/
Untuk Desparado
Cuba jenguk2lah dan carilah maklumat. Najis tu apa kurangnya… dia juga agen Amerika dan si menantu Lah agen Singapura. Org Singapura yang pegang NST dan berjaya lagakan pemimpin Malaysia.
Semoga pilihanraya berjalan dengan adil dan bersih. Tapi mana yang tabur gua sapu. Undi belum tentu. Silap haribulan semuanya gua pangkah. Yang bagi lebih gua pangkang panjang-panjang sampai keluar kotak. Yang bagi sikit gua pangkah sikit.
apa la korang ni.konon anti BN tapi kalo BN kasi duit korang amek then undi pakatan.itu bukan dikira rasuah gak ke?kata BN je yang amalkan rasuah.
kalau korang nak tau,kat Perak ada dua wakil rakyat PR tapi tak setaraf langsung dengan wakil-wakil rakyat lain di negeri Perak.kenapa?sebab seorang tu Posmen dan sorang lagi peniaga bundle.bukan niat nak perkecilkan mereka tapi wakil-wakil rakyat lain hampir semuanya ada ijazah/phd dari dalam dan luar negara.memanglah tak semestinya untuk menceburi politik kena ada diploma/ijazah/phd tapi untuk mengukuhkan lagi kedudukan kita di mata masyarakat.tak terfikir ke kenapa mereka berdua boleh layak bertanding? bukan senang nak kumpul rm10,00 untuk pencalonan ahli parlimen
dan rm5000 untuk DUN
PRU 12 yang lepas, puak-puak terkutuk UMNO minta nama sapa2 balik ngudi, aku pun bagi nama aku, katanya RM250 sorang. Bila balik dan nak ambik duit dia kata nama tak ada dlm list, pembohong betul UMNO. Dia hanya bagi aku RM 150 je, jadi RM100 lagi masuk poket agen UMNO durjana. UMNO memang penipu.
isa,
poyo la kau.kata UMNO penipu tapi kenapa ko kasi nama ko dan kemudian ambil juga rm150 tu?.ko pon sama la macam dorang juga.pengamal rasuah!
Amik duit sebat jelah. Pangkah sindri mau ingatla. kalo depa bg upah pasang bdera,buat jelah sparuh tiang.Kalo BPR tgkp pn,depa tgkp BN ni dulu. Ingat kata2 Nik Aziz dulu2…
Ambil aja duit itu kalau lebih simpan untuk belanja raya.Usah risau undi rahsia.Tapi yang paling mustahak undi kali ini jangan bagi ruang pada hampas UMNO.Biar kot adik beradik dia saja undi UMNO yang tak sedar diri dari bawah sampai pucuk pimpinan.Hampas ……..hampas semua bagi depa kalah paling teruk dalam sejarah biar hilang wang pertaruhan.Jadi orang Permatang Pauh pastikan UMNO ………………………………………kalah Allahhuakbar.
blogger, duit tu bukan duit mak bapak kau, itukan duit kerajaan, ambil lah kalu orang kasi, lepas lah duit minyak balik kampung/ hang bodoh sangat kenape, hang pun same dgn org UMNO, banggang? ada lagi jaman sekarang kalu orang bagi duit tak nak ambik. Hang memang dunggu sama dgn UMNO keparat.
Nampak sangat korang dah takde modal nak jatuhkan BN. Pilihanraya kecil Permatang Pauh belum pun diadakan. Korang dah pandai-pandai buat cerita kata BN bayar RM1000 kepada penduduk Permatang Pauh supaya buang undi untuk BN. Entah-entah PKR ynag buat macam tu kot…
macam mana nak balas duit amno tu
ha.ha..ha. UMNO….Tak habis habis dengan Politik Wang!! Duit dari Pembayara Cukai dan Hasil ke kayaan bumi Malaysia!!!
Jangan anggap Enteng! Ini bisa menghancurkan negara kito!
isa,
aku pulak bodoh?.aku tak bodoh dan aku tak kata pon ko bodoh.jangan sampai guna makbapak pulak.hormat la skit dengan parent kita.aku tak sentuh langsung family kau.bahasa mencerminkan bangsa
siapa yang tak nak duit kan?.tapi halal/haram ko tak nak kira ke?.kita bising bila Polis terima rasuah tapi kita boleh pulak terima rasuah?.bila ko dah terima duit,semacam ko menghalalkan rasuah dan politik wang.ko nak anak bangsa kita di kemudian hari ikut macam tu jugak?.
ok la.ko kata UMNO jahat sebab gunakan wang.tapi belah PKR kita tak fikir plak?ingat senang ke nak berkempen?maka duit berjuta tu.PKR pada pru yang lepas pon campaign boleh tahan juga.maknanya PKR bayak duit dalam tangan mereka.jadi persoalannya sekarang,ko yakin ke PKR takkan buat benda yang sama macam UMNO?
Wah…. nak bayar 13388000ringgit ke untuk menang?hehehehe
Betui la hangpa semua…
Aku pun dah menyampah dengan gomen..depa kebas 200-300 juta…hangpa kebas la 100, biar lingkup semua negara. Tu la org tak ada prinsip memerintah..punah..ranah..
Amin, kau tawarkan duit kepada sesiapa yang berjaya merakamkan video orang BN beri rasuah. Mesti bisnes hangat nanti. Hehe.
Apalah korang fikir yg bukan.. benda tak jadi hang dah pikir akan jadi…
kenapa tak tanya PAS juga campaign boleh thn juga… adakah PAS akan buat yg UMNO buat sekarang……………
Ternyata itu bukan pengukuran sekarang bg untuk akal yang waras… krn kita membuat keputusan bukan berdasarkan PARTI, tapi berdasarkan keadaan sekarang dan untuk masa depan generasi……
Tiada apa di janjikan… tetapi setiap perubahan sekarang pasti menjadi detik permulaan kepada generasi akan datang tentang siapalah kita, tindak tanduk ini adakah akan dikenang atau menjadi caci kpd kita jika setelah menjadi bahan sejarah…………
kenang2kan lah
komen tuan tuan semuanya betul, tindakan pun semuanya betul…. yang tak betul semuanya tuan tuan kerana mengambil tindakan yang tak betul……
formulanya mudah saja… diberi duit ambil… semasa mengundi, undi PR. selesai segala-galanya.
Aku pon org Matang gak….dengaq kata PKR bg Rm1500….la ni depa dok melawan bg duit….BN kasi…PKR up lagi tinggi….sapu dua2….kita gak untung…..Undi tetap Rahsia……tu kira modal minyak pi ngundi….apa pun…HIDUP MELAYU……nak undi PKR tapi depa pun tipu gak..kata Pakatan Rakyat tapi menang kat Pulau Pinang, PAS apa habuk pun takdapat….kalau dah satu pakatan, apasal takut nak kongsi kerusi….nampak sangat huru hara..nak kelabu mata pengundi…BN pun satu, kelam kabut ngan kuasa….ishkkkk
kata Pakatan Rakyat tapi menang kat Pulau Pinang, PAS apa habuk pun takdapat….kalau dah satu pakatan, apasal takut nak kongsi kerusi….nampak sangat huru hara..nak kelabu mata pengundi, takut ISLAM jadi kuat…BN pun satu, kelam kabut ngan kuasa….ishkkkk
let’s send those bn corrupt politicans to hell!
hidup dsai!
hidup pr!
to voters in permatang pauh: u r all on ‘national duty’. jangan pikir terlalu banyak pasal isu longkang dan lesen, kali ni buatlah pilihan demi isu negara, demi kebaikan seluruh negara, iaitu DSAI! insyaTuhan, bila dsai & gang masuk putrajaya, semuanya ok dah…
Betul…Duit Kita Ambil Dan Derma Balik Bagi Orang Yang Susah…
Tetapi Masa Undi…Undilah Pemimpin Yang Dapat Membagunkan Negara…
Bantah Rasuah…Bantah Salah Guna Kuasa…Semuanya Tuhan Tengok…
Kalau agen agen yang sial datang ke rumah saya dengan RM1000,saya akan halau orang ni kelaur dari rumah.Saya punya standard bukan RM1000 lah,RM1000,000.00 munkin saya terima,tapi tetap undi DSAI,he he he.
Ehhh best nya jadi orang Permatang Pauh, my MP tak nak buat by-election ke??? I setuju dengan Amin. Ambik duit, lepas tu undi masing masing punya tau, senang cerita… Tunjuk kat diaorang tu, tak semua orang boleh di beli – harga diri tak kan dapat diukur dengan wang ringgit…
Hidup PKR….
OOI,
Kalau kau bijak, Ambil duit dari UMNO,kalau boleh ambil sepuluh ribu sekali, lepas itu UNDI lah Amwar.
PLEASE,
Residents of Permatang Pauh. work with PKR, organize ways to take the monies of UMNO and then donate it to PKR or any just cause. This way, you are not taking bribes for personal benefit but to benefit the people of Permatang Pauh.
I wish I am staying there now, I will take all the money, have a good time, then donate it to PKR just to spite UMNO.
And all the chinese over there, time to grow some balls and vote for what you know is right – ANWAR is the only hope for all Malaysians.
Take the money, because its ours.Vote for PKR . Residents of Permatang Pauh , do not give your name and I/C No. to anybody .The BN SPY use many people’s I/C for panthom votes.Vote for new government and for our future. LAWAN TETAP LAWAN. HIDUP PAKATAN RAKYAT.
appaaaa raaa korang gado2..
sap bagi duit kita ambik
bila ngundi ikut kita laaaa
kalau dah ngundi tu maknanya dah lebih umur 21 th.
so ! takkan tak tau nak beza mana baik mana buruk
mana betui mana tipu…
mana liwat mana fitnah…
mana corruaption mana comisssssioooonnn….
Pengundi di Permatang Pauh, ambillah duit tu jika ditawarkan. Itu kan duit rakyat juga. Ambil dan pangkah PKR!
kalau dah bagi tu, ambik je la…. buat apa banyak soal pulak… nanti tak ambik depa kata sombong pulak, payah tu!!! undi hak kita. depa tak boleh paksa kita undi orang tertentu dengan hanya bagi upah RMXXXX. Yang penting, kepada semua orang permatang pauh, jangan lupa undi ANWAR. Demi masa depan yang lebih terjamin. Aku tiap-tiap hari ulang alik ke permatang pauh, nampaknya sikit hari lagi sesaklah jalan2 kat situ… mmmmmm
Kan sekarang dah bising rasuah dalam pemilihan UMNO? Dah berapa kali UMNO punya mesyuarat polis kena datang? Besar sangat ke habuan UMNO bagi kalau ada jawatan? Jawatan kerana kepiminan ke habuan? Sama kelas macam Kontrektor Kelas F UMNO aje…. jawatan hendak, kerja tak jadi!
Sekarang ni rakyat hendak aktiviti rasuah ni dihentikan, selamatkan Negara. Yang kita dok tengok puak cover line rasuah ni adalah tidak lain dan tidak bukan UMNO/polis/BPR…… ko tengok apa jadi dengan isu MRR2 – confirm cover line ! Duit rakyat ratusan juta melayang. Kontrektor tu confirm UMNO. Kes lain takyah sebut la kat sini……
Lepas tu ko tengok la derang tuding jari sana-sini, PAS la DAP la PKR la rasuah. Korang pk la sendiri !
Saya birpindapat kibarkan sahja bindira INDIA nigiri saya yang aman dam makhmur.
Kunju Baba
P144 Permatang Pauh
Pulau Pinang
Ooi RM1,000 satu undi. Aku pun nak jadi pengundi.
aku setuju dgn amin..amik jer duit tu..da org nak bagi. dan buat org yg menuduh pas dan pkr pun membeli undi..sila buat repot kat ACA..dan jgn lupa..bwk bukti skali bro…kalu tak..kena gelak jer la… bengong punyer umno!
Anak malaysia kata:
Undilah dengan pandai2, inilah masanya kita tunjukkan semangat Patriotism kita kepada negara! Vote for truth if you love Malaysia!
Orang kampung tanya:
Sapa yang anda maksudkan tu? sekarang nih ade dua pihak, bole bagitau? kalu tak keberatan ler.. hehehhe
#saya org kampung tak pandai memilih..
Orang Kampung, Jangan pilih dacing, itu je!
Sekarang masih ada orang kaitkan kejujuran and kepemimpinan dengan BN ke? Siapa percaya dia orang? Kalau cintakan negara, kenalah tolak DACING sama sekali!
LU FIKIRLAH SENDIRI NABIL……….?????