Terbalikkan bendera sempena 51 tahun Malaya merdeka

Setelah hampir 51 tahun Malaya merdeka dan hampir 44 tahun Malaysia ditubuhkan, kita masih lagi dibelenggu oleh permasalahan kaum, tahanan tanpa bicara (ISA), politik ala “Hitler” yang diamalkan oleh BN dan masih lagi diperintah oleh parti politik yang sama iaitu Barisan Nasional.
Rakyat Malaysia masih belum menikmati erti kemerdekaan sebenar. Barisan Nasional telah mengambil alih pemerintahan negara dari British untuk terus menjajah Malaysia. British menggunakan Undang-undang Darurat sementara Barisan Nasional menggunakan ISA. Nama saja berbeza manakala fungsinya tetap sama.
Setelah hampir 51 tahun merdeka dan 44 tahun Malaysia dituubuhkan, kita masih lagi berbangga dengan Perlembagaan Negara yang dideraf oleh “orang putih” dan bendera ala “bendera Amerika Syarikat”. Nama “Jalur gemilang” juga diterjemahkan secara langsung dari nama “Stripes of Glory” nama bendera Amerika Syarikat.
Oleh itu saya menyokong kempen Kickdefella dan teman-teman blogger lain untuk menterbalikkan bendera. Akan tetapi, sudah pastilah tuntutan saya berbeza dengan tuntutan teman-teman lain.
Saya akan terus terbalikkan bendera sehinggalah :
a) Malaysia bebas dari ISA.
b) Politik perkauman dimusnahkan di Malaysia.
c) Perlembagaan Negara dideraf semula kerana perlembagaan yang sedia ada ditulis oleh penjajah Inggeris yang sudah pasti tidak mahu melihat tanah jajahannya stabil agar mereka boleh menjajah semula.
d) Bendera Malaysia dicipta semula. Malulah orang kata bendera Malaysia macam bendera Amerika Syarikat (Di Afghanistan, sewaktu menyertai dua misi pemantauan pilihanraya pada tahun 2004 dan 2005, rakyat Malaysia diharamkan untuk membawa bendera kerana dikhuatiri akan diserang oleh puak Taliban oleh kerana bendera Malaysia mirip bendera Amerika Syarikat).
e) Hentikan “political assassination” dan pembunuhan diatas sebab-sebab politik. Contohnya Kes Memali di Baling pada tahun 1985.
f) Rakyat Malaysia dapat mengecapi demokrasi tulen seperti kebebasan berhimpun, bersuara dan berpersatuan.
g) Sejarah Malaysia ditulis semula. Peranan tokoh-tokoh kiri dalam melawan penjajahan harus diiktiraf dan dimasukkan dalam buku sejarah.
h) Pilihanraya yang bebas dan adil di Malaysia mesti dilaksanakan. Pilihanraya kecil Permatang Pauh boleh dijadikan medan pertama untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal dan memberikan peluang kepada media untuk memberikan liputan yang adil.
Ini serba sedikit tuntutan saya. Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi cukuplah lapan tuntutan dulu.
Anda mungkin tak bersetuju. Tak mengapalah…. Bukankah setiap orang mempunyai pemikiran dan pandangan yang berbeza?















Banyaknya tuntutan.
Adakah itu tuntutan yang selaras dikalangan pendokong terbalikkan bendera?
KENAPA NAK TERBALIKKAN? KENAPA TAK BAKAR SAJA BENDERA ITU, BUKANKAH ITU LEBIH MEMBERI KEPUASAN KEPADA PEJUANG-PEJUANG REFORMASI.
MEMANG UMNO YG MEMUSNAHKAN MELAYU SEPERTI KATA DR SYED AZMAN ADUN BATU BUROK DALAM http://www.harakahdaily.net TAPI UNTUK MENYONGSANG FIKIRAN MENTERBALIKKAN BENDERA SPT SARANAN kickdefella SANGAT TAK SETUJU, BELIAU SENDIRI MERENDAH-RENDAHKAN KEPIMPINAN ULAMA DALAM PAS, MACAM MANA NAK SOKONG ORG YANG TAK HORMAT KEPADA ULAMA
Tuntutan no. 4 tu agak melampau sikit. dah 51 tahun merdeka susah jugakkalau nak tukar bendera tu. byk kos tu.
anyway mmg betul malaysia ni byk tiru america. bendera lbh kurang sama. dr mahathir pulak buat putrajaya tiru washington (tunku abdul rahman PUTRA – george WASHINGTON).
Salam perjuangan:
Saya sepatutnya marah berapi kerana sebagai ANAK MELAYU jati Tanah Melayu yang kini bergelar Malaysia setelah umur saya melebihi kemerdekaan tanah air saya/kita kerana alasan-alasan berikut:
1.Apa maknanya saya orang Melayu/bumiputera yang kononnya dalam Perlembagaan Persekutuan(kemudian ditukarkan nama Perlembagaan Malaysia )ada termaktub mengenai hak-hak istimewa orang Melayu yang rupa-rupanya hanya retorika sahaja.Saya sejak kecil sekolah rendah hingga belajar di universiti belajar wang sendiri tanpa biasiswa sehinggalah saya belajar ke peringkat ijazah lanjutan. Saya memperoleh PINJAMAN daripada Yayasan..(sekarang ada PTPN)…Tetapi kebanyakan warga Malaysia bukan Melayu seperti cina dan tamil saering salah anggap!!!!!
2. Bahasa Melayu yang merupakan bahasa Malaysia dan bahasa kebangsaan negara merdeka yang peranannya sebagai bahasa perpaduan,bahasa ilmu,bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara diperlekehkan oleh mereka yang mengaku warganegara Malaysia termasuk para pemimpin parti politik BN dan PR (kecuali PAS).
3.Bangsa Melayu seperti melukut di tepi gantang, ayam di kepuk dan bagaikan kera di hutan terus terbiar dan syok sendiri!
4. Kisah dalam Sejarah Melayu seperti jatuhnya kerajaan Temasik akibatnya kecewa mendalam Sang Rajuna Tapa dan jatuhnya Melaka kerana runtuhnya persepakatan Melayu tampak berulang terjadi.
5. Sesama Melayu menikam bangsa sendiri tetapi yang bukan Melayu bermain sandiwara. Justeru perkauman bukan hanya mainan politik tetapi kerana runtuhnya akhlak rakyat Malaysia kini.
6. Dan banyak lagi.
Maka saya sokong saranan sdr..cuma kita protes dengan buat bendera sendiri yang bertulis CAKAP TAK SERUPA BIKIN.
Astaghfirullah budak amin ni….semakin lama semakin sesat….
Si mamat yang suruh terbalikkan bendera ni, diri sendiri tu dah betul sangat ke, macam siratul mustaqim.
Kalau setakat nak ikut cakap si Sheih Kicdefella, dia sendiri pun dah berapa kali tonggang terbalik.
Dulu orang UMNO, pas tu join PAS jadi Khadam si Husam.
Dulu hentam Anwar, sekarang puja Anwar macam Dewata, sehingga merendahkan Tuan Guru Haji Hadi tanpa mengamati dengan mendalam tujuan muzakarah dengan UMNO diadakan.
Dr Syed Azman pun satu, cakap ikut sedap mulu, tak fikir bahawa diri sendiri adalah produk daripada ketuanan melayu.
Amin Amin Amin, tak disangka demi Anwar begini pula jadinya. Tapi itulah PKR, Anwar is the Dewata.
Apasal Terbalikkan bendera malaysia.kan tu dah kira menderhaka.lebih baik terbalikan bendera UMNO.Nak tengok macamana rupanya
Ada orang otak dah terbalik ?
Atau otak dah pindah ‘pusat’nya turun ke lutut ?
Mungkin ‘asap’ banyak sangat si amin ni sampai High di Sky !!!
hahahahah
Siapa nak ikut terbalikkan bendera?
Jom ramai ramai. Terbalikkan Amin… opppss. sori. Terbalikkan Nuar…opps terbalikkan bendera yahudi mata satu oppss… yer
terbalikkan mata satu …..lambang gerakan illuminati. amin kenal ke apa benda illuminati tu ?
baik hampir sama dengan bendera Amerika dari jelas sama bendera dengan lambang illuminati ( freemason ) yahudi punya gerakan.
Apa komen ?
salam black,
saya seorang yang sentiasa mengikuti perkembangan saudara melalui blog saudara dan juga melalui rakan saya/saudara di UM ( P.Lan)..berdasarkan kepada tuntutan yang saudara, bagi saya ianya perlu dilihat daripada pelbagai sudut dan tidak hanya sekadar berfokus kepada isu menterbalikkan bendera sahaja ..pandangan saya kita perlu melihat kepada aspek tuntutan yang dibuat oleh saudara black..banyak kebenaran dan keperluan untuk mengerakkan dan mengaktifkan pemikiran kita bagi menilai setiap tuntutan yang dibuat oleh saudara black..saya pasti dan yakin, setiap antara kita mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing yang memungkinkan tedapat perbezaan di antara satu sama lain tetapi yakinlah hanya melalui perbezaan ini sahaja akan dapat mendewasakan kita terutama sebagai warga aisyalam( Malaysia ) yang telah merdeka selama 05(50)tahun..tuntutan saudara agar Malaysia bebas dari ISA ( senjata politik yang kejam) , politik perkauman dihapuskan dari Malaysia, perlembagaan negara dideraf semula (Perlembagaan sekarang tidak mencerminkan wajah sebenar negara yang benar-benar merdeka) , bendera Malaysia dicipta semula (kurang bersetuju, kerana untuk menukarkannya memerlukan kos yang besar dan ini pasti akan merugikan wang rakyat) , hentikan pembunuhan bermotifkan politik( sesuatu perkara yang tidak boleh diterima dalam negara yang dilaung-laungkan sebagai malaysia negara Islam Hadhari@Badawi), Rakyat Malaysia dapat menikmati demokrasi tulen, Sejarah Malaysia ditulis semula serta Pilihanraya yang bebas dan adil di Malaysia mesti dilaksanakan perlu dinilai dan difikirkan secara mendalam jika kita semua benar-benar anak-anak merdeka..fikir-fikirkan lah….
Perjuangan sekadar menterbalikkan bendera di dalam laman blog adalah perjuangan yang bacul. pondan. darai. Walaupun aku setuju setengah dari tuntutan yang kamu minta, tetapi tak perlu terbalikkan bendera, bendera tersebut tidak ada apa salahnya. Apa ni, macam budak-budak sekolah rendah. Sikit-sikit nak ugut. dalam dunia ni mungkin banyak lagi negara yang kamu tak berkenan, cuba la kamu terbalikkan! Kalau berani, berpakat dengan Kickdefella, tak cukup panggil Penarik beca atau Husin lempoyang. Kamu boleh terbalikkan bendera Malaysia beberapa kali yang kamu suka…tetapi orang akan lihat kebudak-budakkan bukan profesional
Tindakan nak menterbalikkan bendera Malaysia adalah satu tindakan paling bodoh yang saya dengar.. Apa yang diorang ni dapat kalau buat macam tu? Kepuasan? Kepuasan apa macam tu? Janganlah dibuat kerja-kerja gila macam ni. Dah macam orang tak berakal. Kalau ya pun nak membantah, buat benda lain.. Jangan menjatuhkan maruah diri sendiri dengan buat kerja yang mengarut macam ni…
cam orang bodoh je suruh terbalikkan bendera.nanti orang umno lagi la kata penyokong pembangkan tak patriotik..apa da..lu dah abis idea ka…jgn bikin malu penyokong PR la bro
Ni yang aku malas nak sokong PR ni…kepala hotak dia kadang-kadang letak kat kedut jubo.. Sesungguhnya aku dalam dilema…nak sokong Umno, aku dah tak percaya…pemimpin dia kebas semua. Nak sokong PR…budak-budak dia tak cukup akai… aduh dilemanya aku. Ini yang aku terasa nak menyontot niii…
Korang ni semua memang bebal !!!! Sokong lah protes cara kreatif lagi kritis ini yang banyak membawa maksud.Tuntutan tu sememangnya padan dan sesuai dijadikan panduan membentuk reformasi negara.jangan sengaja nak buat hal pasal.Daripada korang nak kecoh-ape kata kita sokong idea ini dan popularkan agenda Amin demi melahirkan rasa tidak puas hati kita terhadap kemerdekaan simbolik kita yang dirasai selama ini.
Korang ni semua memang bebal !!!! Sokong lah protes cara kreatif lagi kritis ini yang banyak membawa maksud.Tuntutan tu sememangnya padan dan sesuai dijadikan panduan membentuk reformasi negara.jangan sengaja nak buat hal pasal.Daripada korang nak kecoh-ape kata kita sokong idea ini dan popularkan agenda Amin demi melahirkan rasa tidak puas hati kita terhadap kemerdekaan simbolik kita yang dirasai selama ini.
Woi Kumar-kau jangan ingat semua orang yang lawan kerajaan itu penyokong PR.Jangan nak main tuntut aje lah macaa.Lu pergi jaga sama itu AMK gangster lu dulu lah.Lagi malu lah macaa
tidak lama dulu seorang rakyat indonesia telah tersilap menaikkan bendera indonesia di indonesia, terbalik. dia dipukul hingga mati.
sekarang, sekumpulan rakyat malaysia dengan sengaja menerbalikkan bendera malaysia. dia dianggap bodoh dan tidak profesional.
saya rasa strategi menerbalikkan bendera ini tidak akan berjaya. ini kerana rakyat kita malah yang celik komputer (spt 3 komen di atas) tidak dapat tangkap mesej disebalik bendera yang terbalik. perkara mudah sebegini pun tak faham berani bicara pasal profesionalisme dan kebodohan.
apa itu profesionalisme?
apa itu bodoh?
salam amin,
kenapa dengan kau ni amin?memang setiap manusia ada pendirian dan pendapat masing-masing tapi ini dah melampau.kita dah merdeka 51 tahun dan dah ramai yang mati sebab nak menegakkan bendera negara kita dari kita tengok bendera negara lain berkibar di negara kita!
aku rasa penduduk Malaysia lagi stress tengok bendera Malaysia yang terbalik dari keadaan politik kita sekarang.jangan stresskan kepala otak kami!
atau ini semua hanyalah cubaan kau dan konco-konco kau untuk dapatkan perhatian?.huh.kalo betol nak perhatian,memang ini adalah cheap publicity!
ini sudah keterlaluan,
senang-senang saja nak terbalikkan bendera. Menghina namanya tu..
Datuk nenek, moyang kita bermati-mati berjuang nak tengok bendera kita diletakkan elok-elok, tapi kau sesenang je nak terbalikkan, hanya kerana beberapa perkara yang kau tak puas hati.
Nampak sangat tak mempunyai rasa patriotik kepada negara sendiri..
TOLONG RESPONS TULISAN/KOMEN SAYA DI ATAS….
jASSIN MOHD.NOH
Perbuatan menterbalikkan bendera dan membakar bendera sama saja. Ianya tetap merupakan satu tindakan bodoh dan keterlaluan. Mereka yang berbuat demikian tetap penderhaka dan tak layak duduk Malaysia…
korg ni pon satu..kalo x setuju ngn terbalik bendera tu.kasi la suggestion betoi2 bagus utk memprotes.ni dok maki je.x profesional btoi..jgn buang mase pelawat blog ni…we gotta find ways to save our country!!!instead od uttering bullshits!!
aku sokong bendera di terbalikkan…siapa berminat untuk beli t shirt bendera malaysia terbalik hubungi aku..kita pakat pakai pada hari merdeka
aku setuju..malaysia banyak sgt meniru..perlembagaan pun Lord Reid yang buat..bendera pun tiru amerika..lagu negaraku pun ciplak..
aku sokong menterbalikkan bendera..bukan tak patriotik..banyak cara lain lagi nak patriotik..selama ni kerana terlalu patriotik la kita jadi macam ni..diperlakukan sesuka hati oleh pemimpin..atas dasar patriotik sangat la tanah tergadai..
raise our flag
Saya birpindapat kibarkan sahja bindira INDIA nigiri saya yang aman dam makhmur.
Kunju Baba
P144 Permatang Pauh
Pulau Pinang
hahahah……
Ramai gak yg dok tabek dan hormat kat bendera Malaysia…. hahaha…..
dengan Alquran tak tabek / tak hormat pon………
dengan mufti / tok guru tak hormat pun….
dah laaa tuuuuuuuuu !!!
Kita ada banyak benda lagi…. akhlak anak bangsa kita dah teruk sangat, ekonomi melayu dah teruk sangat…. Politik Melayu dah teruk sangat….
Segenap segi kita teruk…. aduuuuuuh, Mati lah kita kali niiiiiii.
Hangpa tau tak apa makna MALAYSIA ? Malay-Sia
Ia bermakna MELAYU MAMPUSSSSSS !!!!!!
Blogger ni mesti baru lepas kena SODOM ngan SODOMIZER…
Bendera ni lain negara lain makna dan caranya.
Modul mat saleh pun mengiktiraf lainnya cara dan makna jika bendera itu bendera dari negara Islam. Yg republik ada caranya dan yang tak republik ada caranya.
Kalau tak puas hati ada banyak cara lain nak salurkan ketidakpuashatian tu. Nak jadi kreatif pun kena kreatif juga.
Janganlah atas nama kreatif satu cara yang salah itu digunapakai. Gunapakai cara yg salah tu bukan kreatif tapi dungu. Sebab orang kreatif sudah pasti tau cara nak mengelakkan landasan yg tak betul. Org dungu ni tiru org lain dan tak tau nak fikir sendiri.
Bendera tu ada makna hormat pada Agama Islam iaitu agama rasmi, ada makna taat kpd Agong. Kalau terbalikkan dah menjadikan makna berlawanan. Lainlah kalau dah tak taat lagi, nak jadikan republik.
Taubatla.. Cari cara lain sajalah..
Apesallah bodoh sangat budak nih… lambang negara sendiri tanah air sendiri diterbalikkan… ish..ish.. bodohnya…
kalu nak terbalikkan pun pegi lah terbalikkan bendera yg ada mata Dajal tue.. wakakakak… kesianlah… bodoh terlampau.
kau lagi bodoh.
komen tak ilmiah langsung.
Dulu bendera Thailand asalnya ada lambang seekor Gajah Putih, tapi akhirnya ditukarkan dengan lambang yang ada sekarang, jalur merah, putih dan biru, warna-warnanya sama dengan bendera Amerika. Apakah itu adalah warna-warna demokrasi? Bendera Malaysia pula ada tambahan warna kuning untuk menyatakan yang negara ini masih ada raja-raja. Ada kawan kata cuba kira, dalam jalur merah putih tu yang mana lebih banyak?
Lihatlah..dahulu sebelum dan selepas meredeka,,,perkataan komunis..cina komunis agak “alergic” bagi rakyat Malaysia yang cintakan keamanan bencikan keganasan dan kezaliman..sekarang SUKAN OLIMPIK bendera komunis China berkibaran….dihormati seluruh dunia..renung-renungkanlah wahai amin iskandar black….
alo bro…………..kiasan,perumpamaan,siqnifiqen,bidalan,reverse sikologi…etc. amin suruh terbalikan sistem yang buat korang bebal,bangsa subsidi,pemalas,tak tahan tukul,senang kena buli,paksa orang hormat korang dengan cara sumbang,jiwa belacan.bersatu cuma kalau ada untung,pengampu,penjilat….itu jeeeee.itu cuma simbol.yang korang gabra indentiti bangsa kita hilang ni apasal.orang nak bagi korang kuat dan cerdik korang protes.apa sebab…?? sebab……55 tahun korang asyik makan dengan sistem penjajah.paham ……..badigol.
AMILYANIT…..E….EH.APA KAITAN OLIMPIK DALAM INI CERITA.EKAU ANAK MURID STRAWBERRY CHEKIDEE KE…….?
bodoh!! itu lambang kedaulatan malaysia. senang2 je perlekehkan dengan menterbalikkan bendera malaysia. jgn fikiran yang dikurniakan tuhan itu di salah guna, selagi nama anda, nama keluarga, dan adik beradik anda terletak nama rakyat malaysia selagi itu anda perlu menghormati bumi MALAYSIA negara tercinta.
perkataan yang paling sesuai – BODOH!!!
sy tak perlu suggest cadangan apa..tak perlu nak bagi ilmu ilmiah kat sini..sbbnya org ni bukan ilmiah pun..semua tuntutan yang dia nak tu takkan dapat jugak walau PR jadi kerajaan..korg tgkla apa DSAI akan buat bila jadi PM..
manusia yang paling tak mengenang budi – terlalu ikut idea kebebasan..yerla makan senang..hidup aman..penat2 protes rehat jap isap rokok, main game, chatting ngan awek, g jalan2 ngan keta atau moto..i kah org yg sesuai nak sy share ngan suggstion dan ilmiah??? boleh nampak..golongan PKR berdarah muda dan memberontak – golongan BN konservatif so ceritanya 1 ni nak bebas sangat 1 ni nak jumud sangat..padanlah!!!
DIDI KOTA BELUD (18:38:42) :
alo bro…………..kiasan,perumpamaan,siqnifiqen,bidalan,reverse sikologi…etc. amin suruh terbalikan sistem yang buat korang bebal,bangsa subsidi,pemalas,tak tahan tukul,senang kena buli,paksa orang hormat korang dengan cara sumbang,jiwa belacan.bersatu cuma kalau ada untung,pengampu,penjilat….itu jeeeee.itu cuma simbol.yang korang gabra indentiti bangsa kita hilang ni apasal.orang nak bagi korang kuat dan cerdik korang protes.apa sebab…?? sebab……55 tahun korang asyik makan dengan sistem penjajah.paham ……..badigol.
ko pun bodoh sama..nak tukar semua tu kene undi DSAI..tapi oleh kerana bodoh..ko tak nampak..ko ikut je iklan dan promosi yang orang canangkan..dengan mendokong semua tuntutan..menghina bendera kita..bagusla tu ko hina negara sendiri..klu ko bijak..ko terbalikkan je lambang UMNO..kan senang..nak cakap org bodoh..ko jugak yang bodoh sebenarnya!!! suka sgt ngan hiburan benda melalaikan..tulah senang jer di perbodohkan orang..org tak nampak amin ni educated…tapi sekadar budak muda jalanan yang sedang di raih undi oleh DSAI..
pada didi kota belud..
klu org bakar masjid ko marah tak?…masjid tu kan simbol je tempat beribadah..mana2 pun boleh..Allah hanya trm amalan kita..bukan puji masjid mana yang cantik..
klu aku bakar n ludah photo ayah ko..ko marah?..bukan aku bakar n ludah muka ayah ko..gambar je pun..jgn la marah..alah jgnla sensitif…gambar tu hanya kenangan selama 55 tahun muka ayah ko d abadikan..sy bercakap atas kebebasan..betul kan..jgnla marah..org putih kan suh kita bebas n berfikiran terbuka..tapi ko tak tau..kita ada rasa maruah n hormat pada kehormatan diri kita dan orang lain..tula aku nampak ko bodoh!!!
aku setuju ngan pendapat pening,
lagi satu.kebebasan pon perlukan had,tiada istilah kebebasan yang total,
perlukan fikiran yang tenang ketika bicara isu2 yang panas,yang sensitif pada sesetengah pihak,usahlah bicara mengikut kefahaman politik semata, dan pendapat peribadi.kebebasan berfikir juga menuntut kita mengambil kira perasaan orang lain,maruah orang dan negara.lambang dan maruah negara tidak perlu digadai hanya kerana segelintir orang2 gila kuasa menunjukan kebodohan dan rakyat jadi mangsa.pemangsa2 (negara luar) hanya menunggu masa sahaja utk bertindak
banyaknye bahase caci maki kat sini.. dah la, yang penting ade pro n kontra si black buat macam tu.. kalo korang x suke, bagi la bahase yang sopan sikit.. ni x pasal2 dapat dosa kering caci maki orang.. aku bukannye nak bela si black dalam hal ni… cuma, dia buat ikut persepsi dia sendiri.. kalo korang lain pendapat, itu hak korang.. myb ade sebabnye tersendiri ikut pandangan dia.. korang x suke, bagitau la cara baik. itu hak korang. x payahla caci maki, macam best je maki hamun orang ni ekk… apepun, peace dari aku…
naseb la aku tak bace emel ni dalam bulan pose.. sme bahase caci maki sesame sendiri jek.. ya Rabbi..
Satu2 nya idea paling bodoh drpd blogger yg ngaku diri Malaysian, maaf ilang dah respect aku pd korg. Susah sgt ker nak bezakan antara KENEGARAAN dgn KERAjaan atau PEMERINTAH?? Kalu benci dgn kerajaan yg ada skang nih terbalik bendera diorg.. BARISAN NASIONAL.. atau buat dacing tuh senget.. yg ko nak terbalekkan Bendera MALAYSIA apsal?? ko nak bermusuh dgn semua org ka bahlul… idea bodoh.. boOo YOU JUST GONE BACKWARD FELLA!!! trust me lepas lg byk org akn benci blogger2 haprak camnih.. golongan yg keliru dgn permainan politik atas dasar kepentingan peribadi.. tunggu la sat lagi zaman kejatuhan korg akan tiba..
SEBAGAI INDIVIDU PUBLIK MENYERU PIHAK BERKUASA MENANGKAP PARASIT2 INI DI BAWAH AKTA HASUTAN!!! ITU SAJA AKTA YG TERKAIT LEPAS NIH WUJUDKAN AKTA KENEGARAAN YG MELINDUNGI SEGALA YG TERKAIT UMUM TENTANG IDENTITI SESEBUAH NEGARA DRPD DI SELEWENG!!!!
weeii geng aku tgk blogger2 yg wat bendera terbalik ni dah betulkan balik bendera tu.. baik ko betulkan balik sebelum terlambat Y piss Y
Didi Kota Belud..anda tak faham apa yang tersurat dan tersirat…..main bontot lembu ke???
allo bro…
cara ko tu agak pelik laaa..ni reason aku :
1. bendera malaysia merupakan identiti utk negara..bkn senang nak perah kepala otak utk hasilkan bendera yg melambangkan ssebuah negara dgn ciri2 yg tersendiri.ssh payah nenek moyang kita berjuang utk menegakkan bendera tu. sedih la bila aku tgk bendera tu diterbalikkan.
2. so dalam hal ni aku rasa bendera malaysia tak bersalah. sepatutnye bendera BN yg perlu diterbalikkan sbb diorang la yg mencorakkan negara kita slama ni.
3. tapi klo ko nak wat gak..try la cara yg lebih baik yg boleh mencerminkan budaya ketimuran kita..hehe..diz is my suggestion, why not ko turunkan bendera malaysia separuh tiang je and berarak dgn lilin cam org tgh berkabung. at least kita still menghormati bendera malaysia tu.kan??kan..??any comment..??
udah-udah ler tu.lebih baik bawak hal masing-masing.
ioo ini bulan puasalah jaga bahasa tu !!