Blogger Penarik Beca ditahan polis
Updates:
Bakar di bawa ke Pejabat Jenayah Komersil, Bukit Aman menurut blogger Jiwo Kelate yang berhubung dengan keluarga beliau.
Hari ini jam 2 petang, kita akan berkumpul di hadapan Pejabat Jenayah Komersil, Bukit Aman (berhampiran dengan Bank Negara) untuk menyatakan sokongan kepada Penarik Beca. Semua dijemput hadir. Sebarkan.
Posting Asal:
Blogger yang menggendalikan blog Penarik Beca, ditahan polis malam tadi.
Menurut isterinya, empat orang polis datang kerumah mereka dan menahan Bakar (nama sebenar Penarik Beca) bersama-sama dengan telefon bimbit dan laptopnya.
Hanifah Maidin, peguam yang akan mewakili Bakar menghubungi polis sebentar tadi dan disahkan bahawa Bakar a.k.a Penarik Beca ditahan dibawah Akta Hasutan.
Kepada rakan-rakan blogger dan pembaca blog, marilah kita menyatakan sokongan kepada Bakar dan tidak akan tunduk diatas segala tekanan yang diberikan oleh pemerintah terhadap blogger!















S.O.S!!!!! Bersihkan imej polis dari menjadi anjing UMNO BN!!! sial punya UMNO!!!!
Black ceritalah lebih lanjut tentang blogger ini, apa sebab beliau ditangkap kalau ada apa-apa berita tentang beliau, update secepat mungkin …
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
salam semua,
apa nak jadi dengan negara kita pada hari ini..semakin gila, sasau, tiga suku memikirkan apa yang terjadi..di mana kebebasan dan demokrasi yang dicanang-canangkan..adakah habis semua orang yang hendak ditahan, ditangkap, disumbat kedalam penjara..pemimpin-pemimpin negara cepat-cepatlah sedar/insaf sebelum kuasa rakyat menumbangkan kamu ke lembah yang lebih hina..
mungkin kerana bakaq menyiarkan artikel yang di hantar secara email dari idnonesia, kalau di baca, agak mengerunkan. (menggerunkan BN)
http://suteramalaya.blogspot.com/
kenapa dia ditahan?.bagilah butiran yang lebih sikit pasal penarik beca sebab ramai lagi yang tak kenal dia.
tapi agaknya macammana la nasib orang-orang yang menterbalikkan bendera kita nanti?kena tahan ISA kot.hehehehe.
Salam
Hamba memang tidak pus hati dengan POLIS ni, muga Penarik beca sabar dengan ujian ini, LAWAN TETAP LAWAN
lawan tetap lawan..sehingga bn/umno kalah dan terusir dari putrajaya…
Ini oleh berlaku sekiranya rakyat sedar selama ini di permainkan oleh BN/UMNO…
Mari bebaskan Malaysia…dari rasuah budaya UMNO.
Ke arah Malaysia yg sifar rasuah.
Hanya Doa senjata orang-orang Mukmin..
ALLAHU AKBAR !!!
Thanks for the info. InsyaAllah, yang benar pasti berjaya
Polis sila berkumpul di hadapan pejabat UMNO untuk ambil gaji. Anda makan gaji dengan UMNO dan jagalah tuan anda semoga selamat sejahtera hidup mereka.
Bersatu untuk hancurlumatkan UMNO.
Huuuh! loya dengan polis Malaysia.
salam semua, bleh kasi link aritkel mana yg penulis dikenakan tangkapan
Amin,
bukankah penarikbeca sudah bebas hari ini, saya dengar penarikbeca tulis tentang pdrm dan dia ubah logo jadi anjing.