Penarik Beca direman sehari lagi….

7 08 2008

Tadi bermula jam dua petang, beberapa orang penulis blog dan teman-teman Bakar a.k.a Penarik Beca berkumpul dihadapan pintu masuk Ibu Pejabar Polis Bahagian Jenayah Perdagangan. Hujan yang lebat tidak menghalang kami untuk terus berhimpun untuk menentang penangkapan Bakar.

Kami diberitahu bahawa Bakaq ditahan pada pukul 11 malam (6 Ogos) oleh lima orang polis. Ketika Penarik Beca bertanya tentang waran tangkap, dengan angkuhnya polis berkata, “polis Malaysia tidak perlukan waran untuk menangkap sesiapa”.

Diantara yang hadir tadi ialah, Rahmat Haron, Nora, Nathaniel Tan, Bernard Khoo, Wae Joe, Zain, Hasbullah Pit, Irwan, Mahaguru 58, Munirah dan ramai lagi.

Pada jam empat petang, isteri Bakaq, Kak Salwa memberitahu yang Bakaq menghubunginya. Bakaq memaklumkan yang beliau dibawa ke Mahkamah Jalan Duta pada pukul 3.30 petang dan akan direman selama sehari lagi.

Semoga semangat Bakaq akan terus kuat untuk melawan kezaliman pemerintah ini. Kami bersamamu Bakaq!!!

Gambar-gambar diambil dari Blog Nora.

Berkaitan:

1) Hasutan: Penulis blog ditahan polis


Tindakan

Informasi

27 gerakbalas-gerakbalas

7 08 2008
Hasbullah Pit

Saya belum sampai melaka lagi.
Link kan saya sekali la

7 08 2008
belia

beginilah nasib blogger yang inigin meluahkan rasa yang terpendam dihati. tiada ruang untuk bersuara, memberi pendapat. diharap saudara bakar aka penarik beca selamat hendaknya

7 08 2008
jelas.info » Pak Bakaq remanded for another night :(

[...] it to the solidarity gathering, where a few brave souls showed up despite the rain (see Amin Iskandar’s for [...]

7 08 2008
hanif

from far, aku support korang

7 08 2008
khairilazuar

Mengapa tidak maklumkan dalam blog tentang permohonan tersebut dalam blog ko black, kalau aku tahu, aku akan turut serta ….

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

7 08 2008
jukie

salam perjuangan untuk saudaraku bro bakaq…pakat2 berdoa moga tabah..utk kak salwa byk2 bersabar dan berdoa. InsyaAllah ada hikmah disebaliknya apa yg berlaku.

kawe demo dari kb.

8 08 2008
nakomatsue

Jika bakaq direman kerana kempen menterbalikkan bendera…itu wajar, kerana perbuatan itu menghina negara. Jika kerana memberi pendapat yang tidak menyokong kerajaan….itu amat tidak wajar. So, cuba selidik betul-betul sebab-sebabnya agar tidak tersalah tuduh. Di sisi Allah tiada manusia yang kebal, setiap yang bersalah akan dihukum di akhirat tidak kira penyokong kerajaan atau penyokong pembangkang.

8 08 2008
cheguman

klu tak ada asas tak kan ditahan.

Amin Iskandar ni semangat perjuangan dia sgt kuat. Bendera negara pun dia sanggup terbalikkan. Tahniah le. Ajak le org ramai buat sama. Lawan tetap lawan. Biar hancur negara, asalkan hati puas.

8 08 2008
Jed Yoong

maaf sebab lambat dapat notis dan banyak kerja.

8 08 2008
godeng meng

whats with the star of david in between the names?

8 08 2008
samaranda

Adakan perhimpunan blogger segera untuk support Bakaq. kasihan Bakaq, jangan biarkan dia keseorangan….. Kita mahu Bakaq tetap ‘mengayuh becanya’, seperti selalu…….

Raduan
Saya support Bakaq
Dalam sehari saya akan buka blog penarik beca 2 atau 3 kali.

8 08 2008
Gopal Singh

Apa kata, kita sama-sama ternak lembu…bangun pagi-pagi peras susu; boleh jual; dapat banyak wang…susu baik banyak protein…otak cergas badan sihat wang banyak hati tidak susah; tidak perlu kayuh beca; bawa motosikal jual susu lembu…tinggal Malaysia banyak untung…tidak ada rugi ooiii!!!!!!!

8 08 2008
Gopal Singh

Apa kata, kita sama-sama ternak lembu…bangun pagi-pagi perah susu; boleh jual; dapat banyak wang…susu baik banyak protein…otak cergas badan sihat wang banyak hati tidak susah; tidak perlu kayuh beca; bawa motosikal jual susu lembu…tinggal Malaysia banyak untung…tidak ada rugi ooiii!!!!!!!

8 08 2008
arifrahmanlubis

jadi, beliau ditangkap karena apa?

salam silaturrahmi dari Indonesia

8 08 2008
Samuel Goh Kim Eng

Sometimes there’s a very thin line between what’s permissible and what’s prosecutable
Very often we don’t even know exactly when and where ‘enforcers’ will turn the table
Yet we all know too well that for a country to be really thriving and seen to be openly stable
We are required to stay away and are not allowed to pull any of the ‘classified, sensitive but wrong’ cables

(C)Samuel Goh Kim Eng – 080808
http://MotivationInMotion.blogspot.com
Fri. 8th Aug. 2008.

8 08 2008
Wong Jo Wolo

Salam Tangkap
Nasib PB, muga mendapat ketabahan

8 08 2008
Jeffripower

Setuju dengan nakomatsu,
Ada baiknya kita selidik dulu apa sebab Pak Bakaq ditangkap. Jika kerana kempen menterbalikkan jalur gemilang, memang patut pun ditangkap. Tapi kalau ada sebab lain tak taulah. Tunggu je..

8 08 2008
tengkolok

“Polis Malaysia tak perlukan waran untuk menangkap orang” kene betulla ungkapan itu. Cuma ANJING saja yang tak perlu waran untuk tangkap orang….

8 08 2008
Pak Chu Ching

Pak Beca! Pak Bakaq Penarik Beca!
Apa postingmu?
Kamu tak tahu di mana harus bermula.
Mereka sumbat kamu ke dalam liang lahat yang gelap.
Tanpa hidayah.Tanpa terang cahaya. Tanpa alamat.
Ada haba. Tak ada angin. Tak ada jendela.Tak ada jamban.
Terpenjara.Tersiksa.
Terpelosok dengan hanyir darah luka penjenayah
Malam nanti,tidor di tilam konkrit,kawanmu beratus-ratus nyamuk helikopter.
mengacau mimpi memeluk isteri tercinta
Tak tahu kapan tong besi akan terbuka.

Pak beca! Pak Bakaq beca!
Apa postingmu hari ini?
- Ketika haus aku minum dari ludah bangsa.
Sambil bercanggung aku mengharungi waktu bebas dari dari siaran media
Aku dipeluk oleh jembalang tidak berupa.
Tidak serupa manusia.Tidak bernama.
Aku mengaji di sini. mengasuh memupuk memujuk jiwaku yang meronta.

Pak beca! Pak Bakaq Penarik Beca!

Di setiap simpang meradang anjing dan musang.
Kamu terkurung dalam kotak kaca
Para pengadu meludahi kamu dari mimbar putrajaya.
Mulut kamu digam .
Kamu dikutuk dan disalahkan.
Tanpa belas kasihan.

Pak beca! Pak Bakaq Penarik beca!
Nasi bungkus ikan masin togey rebus
disorong dengan sepatu ke depanmu.
Pak Bakaq beca, apa postingmu?
-Kebenaran adalah bulan.
Keadilan adalah bingtang.
Ketaqwaan menjadi Alam.
Dan perjuangan adalah keberanian berkorban.

8 08 2008
nourhayati

salam
Muga semangat penlis semua tidak takut n pudar dengan penahanan terbaru..abg bakaq

8 08 2008
Harimau Menaip

Bagi aku mudah, keadilan itu wajib. Aku bersimpati pada Penarik Beca dan beliau memang berada dalam kelas tersendiri. Aku doakan agar beliau selamat.
Beliau banyak membuatkan aku berfikir dan merenung.

ps: isu terbalikkan bendera dan penahanan Tuan Bakar adalah 2 perkara yang berbeza. Satu aku tak setuju dan satu lagi aku sokong.

9 08 2008
Jassin Mohd.Noh

hang jangan sokong atau simpati kpd sesiapun tanpa tahu sebab musababnya…nanti orang kata hang bodoh,jahil, tak tahu mengaji!!!!!!!

9 08 2008
Hisham Pakatan Rakyat

kepada arif rahman lubis. (komen di atas)..penarik beca(bukan penarik beca betul) itu ditangkap bukan kerana tulisannya..tapi kerana tukar logo PDRM ganti harimau kepala anjing, nama Allah Muhammad dibuang diganti simbol lain (mengikut khabarnya) simbol bintang bulan diganti bintang sahaja(bintang sahaja itu lambang negara lsrael)…sesiapapun akan marah..Allah pun murka kepada hamba-Nya yang menghina orang lain..itu sebab elok dia ditangkap..lni negara lslam negara Melayu…nanti orang bukan lslam, bukan Melayu ambil kesempatan dong!!!!!!

9 08 2008
JALAK

kepada hisham pakatan rakyat.kelahiran mu di bumi adalah kebodohan yg tak mampu di bendung…hidup laa mu dlm semangat kemelayuan dan yg membodohkan kita dan memiskin melayu adalah pemerintahan UMNO sendiri…bukalah hati mu kerna matamu telah lama buta di simbahi warna warna Barisan nasional…

Umno telah menjadi sebahagian dari ugama mu dan pedana menteri kau anggap sebagai nabi mu dan Ketua polis kau angap sebagai Kalifah…aduh..sembahlah UMNO mu nescaya esok hari kepalatan hidup mu semakin terserlah…

malu aku menjadi melayu di malaya!

11 08 2008
Bally Tan

Saya sokong Hisham Pakatan Rakyat– from Bally Tan…Cina Kampung Kelantan….sokong PAS.

11 08 2008
DIDI KOTA BELUD

Abang beca abang beca ditengah jalan, cari muatan untuk mencari makan. putar-putar putar-putar kaki mengayuh………………tolong sesiapa sambung lirik ni……….

11 08 2008
DIDI KOTA BELUD

gopal sing……susu panas catuuuuuuuu……

Tinggalkan komen