Penarik Beca bebas…
2008 Ogos 8
Bakar Haq a.k.a Penarik Beca telah pun dibebaskan lebih kurang jam 5.40 petang tadi. Penulis blog tersebut ditahan oleh polis oleh kerana menyiarkan artikel yang mempamerkan logo polis yang diubahsuai.
Bakar tetap mempertahankan isi kandungan tulisan tersebut akan tetapi memohon maaf kepada kepada seluruh anggota P.D.R.M jika logo tersebut menyinggung mereka.
Akan tetapi, polis tetap menahan “laptop” nya dan ini menyebabkan Bakar tidak dapat membuang logo tersebut daripada blognya.
Untuk berita berkaitan, sila klik disini.















Penarik Beca akan mengayuh lagi
Ayuh kita tumpang becanya
Sambil menumpang kita dengar lagi cetitanya
Celoteh yang tak pernah letih
cerita ini dan itu
Dari isu pak menteri hingga kisah sang kutu
Penarik Beca akan mengayuh lagi..
lagi…dan lagi…
http://suteramalaya.blogspot.com/
Penari beca akan mengayuh lagi
Ayuh kita naik becanya
Kayuhan PB memanglah laju
Sambil dengar beliau mengeluh
Dari Pak Menteri hingga Sang Kutu
Kayuh beca -kayuh
Kayuh laju-laju
Gaduh jangan gaduh
Bongkar jangan pilih bulu
http://suteramalaya.blogspot.com/
Hal blogger yg nama samarannya “Penarik Beca”, saya pun tidak pernah tahu atau mendengar atau membuka pun blognya….Begini, Amin atau Bakar tanyalah dirinya sendiri; isi kandungan tidak jadi hal..tapi kalau logo PDRM dipersendakan spt logo-loga dalam agensi kerajaan seperti UKM,DBKL,KPM, dll. semua orang (termasuk rakyat)marah…bagaimana kalau muka Amin lskandar yang “handsome” spt. tertera dlm. atas blognya diganti (maaf) muka anjing??? Nahuzubillah….Saya tidak tahu blog Penarik Beca ada muka Bakar atau tidak???Boleh beritahu saya???Begitulah…Namun yang positifnya…org.tidak tahu ada blog namanya “Penarik Beca” dgn.kes ini tiba-tiba namanya jadi popular.Itulah hikmahnya. Tahniah dan terima kasih kpd.PDRM yang membantu mempopularkannya….kah kah..kah…
Tak salah nak berblog. Tapi dalam berblog tu janganlah dok syok sangat nak hentam kerajaan sampai nak tukar logo-logo seperti PDRM dan sebagainya. Tak kiralah siapa yang ubahsuai logo tu atau mereka yang meletakkan logo tu dalam blog mereka, ia tetap salah kerana menghina logo yang termaktub dalam institusi polis. Hal ini lebih kurang samalah macam mereka-mereka yang sesuka hati je nak berkempen mengibarkan jalur gemilang terbalik… Sepatutnya mereka ini pun ditangkap…
kayuhlah beca lajulah laju!
biar sampai ke luar negeri!
bangsaku masih tak maju
sebab dok sibuk dengan penuh iri!
ayuh beca…..laju…..kita kejar anjing turrrrrrr.
Salam hormat,
Martabat manusia tentulah lebih tinggi berbanding logo. Justeru, andai logo salah dipersenda, apatah lagi martabat manusia. Namun, hakikat yang berlaku adalah sebaliknya.
1. Polis meletupkan Altantuya dengan BOMB COMBAT 4, tidak salah agaknya.
2. Sejak 1998 hingga kini, Tuduhan Liwat untuk mencemar ketokohan DS Anwar tidak salah agaknya.
3. Curang dan menipu dalam piliharaya tidak salah agaknya.
4. Membeli wakil-wakil rakyat untuk menukar pemerintahan di Sabah, dari PBS ke UMNO tidak salah agaknya.
Betapa mengingat pepatah melayu purba baik untuk tidak melupakannya:
“Gajah di depan mata tidak nampak,
Kuman di seberang laut nampak.”
Akhirnya, aaahhh, korek korek korek! Kata Lingam, peguam Geng 6 Jahannam. Hehehe… Auuuw.:)
Wassalam
- Naspazi
naik beca ke batu cave
sama samy vellu rafidah paklah
ayoo ayoo banyak berat bontot gua sakit
itu dalam mahu selalu keraslah!!!!