BENDERA – Yunus Ali
Sebenarnya, kalau nak menacari asal usul bendera Malaysia ni, banyak juga ceritanya. Betul atau pun tidak wallahualam bisssawab. Kenalah periksa sendiri fakta sejarahnya. Yang tercatat kat bawah ni, kalau tak setuju dan tak senang apabila dibaca, anggapkan sajalah sebagai cerita dongeng tok-nenek kita.
Perkataan BENDERA ini pun sebenarnya bukannya perkataan Melayu, ia dipinjam, tapi tak dipulangkan kembali, dari bahasa Sanskrit. Zaman dulu-dulu, rantau Melayu ini beragama Hindu dan Buddha, tamadun Melayu dahulukala pun banyak dipengaruhi oeh agama itu dan tamaddun dari India, termasuklah bahasanya sekali: istana, raja, neraka, syorga dan lain-lain, termasuklah BENDERA.
Kalau dulu-dulu, lebih dari 30-40 tahun dulu, bila orang Melayu mendirikan rumah, pasak tiang di atas dan di bawahnya akan lapikkan dengan dua helai kain, lapis atas warna merah dan warna putih pada lapis bawahnya.
Aku pun pernahlah tanya orang-orang tua-tua dulu, kenapa? Ceritanya mereka ini dari pulau seberang (Sumatra) dari daerah Palembang, tempat tamadun Melayu lama Sri Vijaya (ini pun bahasa Sanskrit juga, maknanya bahasa yang boleh difaham Melayu sekarang ialah seri berjaya), dan itulah warna bendera Melayu totok – merah putih.
Apabila Soekarno mengisytiharkan kemerdekaan kesatuan pulau-pulau Indonesia, bukan sahaja bahasa Melayu dimertabatkan sebagai bahasa Indonesia, warna bendera Melayu totoklah juga dijadikan bendera Indonesia yang diberikannya nama Sang Saka Merah Putih.
Balik ke Malaya zaman penjajah British, maka terwujudlah Parti Kebangsaan Melayu Melaya (PKMM) yang memperjuangkan kemerdekaan. Dalam satu muktamar kumpulan dan persatuan-persatuan Melayu di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur; salah satu daripada agenda ialah untuk mencipta sebuah bendera orang Melayu sebagai satu simbul kesatuan. PKMM mengesyorkan bendera merah putih.
Ahli-ahli lain yang bernaung di bawah payung United Malay National Organisations bersetuju dengan warna tersebut, tetapi diubahsuai dengan tambah lambang bulan dan keris. PKMM tak setuju dengan pencabulan itu, inilah salah satu sebabnya PKMM keluar daripada United Malay National Organizations . Namun sampai sekarang ini warna merah putih itu digunakan oleh United Malay National Organisations sebagai latar belakang bendera mereka.
Nah, Singapura pun tak ketinggalan. Apabila dia ditendang keluar daripada Persekutuan Malaysia oleh perdana menteri Tunku Abdul Rahman, dia terpaksalah juga buat benderanya sebagai lambang negaranya yang merdeka. Apakah ilham apakah motifnya wallahualam, namun merah dan putih Sri Vijayalah juga dijadikan warna bendera mereka itu.
Tapi di sebelah kita sini lain pula ceritanya. Di ambang Malaya mencapai kemerdekaan, maka Tunku Abdul Rahman pun mengarahkan disediakan sebuah bendera Malaya. Dia tak rujuk pada siapa-siapa pun, tidak ada panel tidak ada refrendum!

Dia arah sahaja. Buat bendera Malaya seperti bendera Amerika Syarikat, jalur-jalur merah dan putih. Masa itu ada 11 negeri dalam Persekutuan, maka 11 lah jalurnya. Apabila Malaysia ditubuhkan, maka ditambah jalurnya kepada 14. Bila Singapura ditendang keluar, nombor jalur turun kepada 13. Sekarang ini balik ke 14 jalur kot, sebab ada Wilayah Persekutuan. Begitulah juga bucu-bucu bintang kat bendera tu, turun naiklah juga jumlahnya.
Tak lama dulu, zaman pemerintahan rejim Mahathir, kononnya ada pertandingan untuk menamakan bendera Malaysia. Yang diterima menang dan pakai sampai sekarang ini ialah JALUR GEMILANG, tak jauhlah daripada bendera Amerika Syarikat yang dinamakan mereka “Stars and Stripes.”
Jadi kalau ada orang yang susah nak naik semangat apabila bendera Malaysia dinaik kibarkan, atau salah kibar, atau terbalik kibar maka janganlah marah dan tuduh tak tentu hala: tak patriotik, anti-nasional, biadab dan sebagainya…. kerana asal-usulya pun tonggang terbalik nak tiru macam Amerika Syarikat.
Apatah lagi apabila bendera itu naik diringi dengan lagu Terang Bulan!
Yunus Ali adalah seorang aktivis sosial dan pemikir hal-ehwal sosio-ekonomi. Sekarang beliau sebagai pengerusi National Institute for Electoral Integrity (NIEI), sebuah NGO yang menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan reformasi pilihanraya dan pembangunan demokrasi.















artikel yang agak menarik.hmm.
tapi kenapa bendera kita yang menjadi mangsa?.artikel diatas seolah-olah cuba mempermainkan bendera Malaysia.tentang perkataan bendera tu,rasanya tak perlu dipertikaikan sebab bahasa inggeris ke,bahasa cina ke,bahasa perancis ke,bahasa jepun dll semuanya ada jugak mengambil ayat dari bahasa yang lain.
saya mengakui yang hal PKMM tu memang benar.
“Tapi di sebelah kita sini lain pula ceritanya. Di ambang Malaya mencapai kemerdekaan, maka Tunku Abdul Rahman pun mengarahkan disediakan sebuah bendera Malaya. Dia tak rujuk pada siapa-siapa pun, tidak ada panel tidak ada refrendum!
Dia arah sahaja. Buat bendera Malaya seperti bendera Amerika Syarikat, jalur-jalur merah dan putih. Masa itu ada 11 negeri dalam Persekutuan, maka 11 lah jalurnya. Apabila Malaysia ditubuhkan, maka ditambah jalurnya kepada 14. Bila Singapura ditendang keluar, nombor jalur turun kepada 13. Sekarang ini balik ke 14 jalur kot, sebab ada Wilayah Persekutuan. Begitulah juga bucu-bucu bintang kat bendera tu, turun naiklah juga jumlahnya”
tapi yang ini saya tak setuju.kenapa tak setuju?sila rujuk pada http://ms.wikipedia.org/wiki/Bendera_Malaysia.baca dan fahami.selain itu rujuk juga orang-orang veteran yang pernah hidup masa zaman pembentukan bendera ini.
kita nak buat perbezaan antara bendera Malaysia dan Amerika.tapi tak tau sebenarnya banyak lagi bendera negara lain yang ada pattern lebih kurang sama!.contoh macam bendera Indonesia dan Singapura.warna sama cuma bendera Singapura ada anak bulan dan 5 bintang di hujung belah kiri bendera.
hehehehehe…..melayu sekarang dah berubah…jadi cepat sensitif..jadi cepat emotional…jadi terlalu mengisu…jadi cepat melenting….kenapa baru sekarang melayu jadi begini??? pasal bendera pun jadi isu….bagi gua…gua tak berbangsa,gua tak berbendera dan gua bukan golongan kebangsaan…gua hanya ada agama….agama apa yg gua anuti…itu rahsia gua dgn tuhan gua…bagi gua bendera malaysia tidak wujud kerna sejarahnya tidak jelas.
saya ingin bertanya mengapakah orang melayu dijajah
Mengapakah orang melayu dijajah? Jawapannya ada pada seorang Mamak Kutty yang berdarah sesudu Melayu. Apa nama kununnya, orang melayu dijajah sebab:
1. Melayu itu mudah lupa
2. Melayu itu haprak
3. Melayu itu pemalas
4. Melayu itu berminda subsidi
5. Melayu itu tidak mensyukurinya.
Mamak Kutty kata, dia nak tinggalkan Malaysia jika Poyoo jadi PM menjelang 16 Sept ini. Katanya lagi, dia tak rela berPMkan seorang yang pernah menyula duburnya pada tahun 1998 kununnya. Hehehe… Korek! Auuuw!!! Kata Lingam.:)
- Naspazi
Apa yang korang dapat daripada kempen terbalikkan bendera ni? Tak dapat apa pun. Atau saja nak bagi isu dalam blog ni je? Nak bagi glamor dan ramai pengunjung?
Rasanya, bukan sekarang korang nak pertikaikan perihal bendera ni. Kenapa tak dari dulu lagi? Sebelum ni takde masalah pun. Rakyat dah lama dah boleh terima bendera ni. Jangan asyik nak pertikaikan bendera je. Cuba fahamkan maksud setiap warna dan simbol yang tersurat untuk disiratkan. Bukan main hentam je.. Kita ambik nilai-nilai murni yang terdapat pada bendera ni.
JANGAN LUPA! AMBIL JUGA NILAI-NILAI MURNI YANG TERDAPAT PADA TUDUHAN ‘LIWAT 1′ DAN ‘LIWAT 2′. KIH KIH KIH! AUUUW.:)
saja nak cari populariti saja semua isu ni di kait..bukan berjuang sungguh pun..baik dari menterinya smpi budak2 hingusan nya..asyik nak cari populariti n kuasa..semua di politikkan..sampai tak waras..antara yang berlaku sekarang ini adalah semuanya hilang kewarasan kerana nak femes dan kuasa.
yg satu positif dan satu negatif..manalah boleh bertemu..maka wujudla komuniti yang tak ada sensitiviti..mencarut sana sini..terajang sana sini..liwat sana sini..yang ngaku hero berpaksi pada agama pun macam budak2 je..agama pun ada simbol..ada perlembagaan dan undang2..tulah akibat klu dah tertutup dan taksub sangat..sebelah ni pakai sgt..dok sana bangkang sungguh..2×5 jugak..yerla skrg ni dok panas isu blog2 ni..mesti ramai awek cun yang kagum ngan keperibadian mamat black ni nak jadi jaguh kampung..sampai hilang batas murni..wslm
hei. bendera adalah perkataan latin. kita nampaknya meminjam dari portugis – bandeira. dalam bahasa sepanyol pun lebih kurang sama, la bandera. banyak perkataan bebenda yang tidak penting dahulu, atau digunakan dengan cara lain – seperti sapato, mesa, sabonete adalah dari latin-portuguese dan pada hari ini masih kurang lebih sama dalam bahasa sepanyol. sebab itu dulu ada seorang banduan dari colombia yang tidak tahu berbahasa inggeris di pulau pinang dapat berkawan baik dengan banduan tempatan dengan cepat, dia kena mandi sangat dan ayat penting pertamanya adalah dia meminta jabon (ha-bon). ha ha ha. dan bercakap tentang portugis, perkataan feringgi sebenarnya berasal dari farsi, iaitu farangi, bermakna kurang lebih ‘orang asing’ tetapi kemungkinan besar pada awalnya merujuk kepada orang-orang frank atau kata orang iran yang lain, perancis. sama juga, dalam bahasa arab adalah faranji/ferenji dan bahasa urdu/hindi yang berjiran dengan persia adalah farangi juga. kemungkinan besar dari persia, melalui goa, perkataan itu berhijrah ke melaka dan kepulauan sekitarnya. di indonesia, mereka memanggilnya peringgi juga. kalau ikut kita, benggali putih dak? kesimpulannya di sini, bandeira adalah perkataan orang farangi dan lagu terang bulan juga melodinya dikarang oleh seorang farangi. bagai sirih pulang ke ganggang, dan khayalan-khayalan tentang negara-bangsa itu asyik sekali. viva la langkasuka.
kalau Antonie Bandeiras ?
Apa kecoh pasal bendera ni ?
Bendera yang paling best ialah bendera putih. Kalau kibar gerenti orang tak tembak.
.. atau bendera merah, kalau dikibar, selalunya suami tak masuk.
ehem…