POYOO BETUL CHERUK TOK KUN – Hishamuddin Rais
‘SELAMA 10 tahun saya berjuang untuk manusia bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sepanjang tempoh itu juga saya keluar masuk lokap demi mempertahankan perjuangan beliau.
”Namun setelah beliau dibebaskan, tidak sekalipun beliau menghubungi saya dan bertanya sama ada saya makan atau tidak, bagaimana keadaan keluarga saya dan bagaimana nasib saya akibat bisness yang telah lingkup,” demikian luahan kecewa Abdul Ghani Haroon, bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Di Petik dari Utusan Malaysia 3.Ogos 2008-08-06
Mamat dari Cheruk Tok Kon ini memang cukup poyo. Ini bukan bukan fitnah dari Saiful atau dari Uncle Pet. Ini telah terbukti saheh. Ini dari mulut Abdul Ghani Haroon. Siapa yang tak faham makna poyo sila tanya Mat Rempit. Kalau masih ada yang tidak tahu apakah bendanya Mat Rempit ini maka saya cadangkan mereka berhijrah ke Dacca atau ke Nepal dan jangan pulang ke Malaysia sehingga faham makna poyo.
Bila saya terbaca berita tentang Abdul Ghani Haroon ini, hati saya berasa pedih lagi pilu. Jiwa saya mendayu-dayu. Air mata saya berderai-derai keluar macam biji-biji mutiara di leher Datin Rosmah.Nasib baik saya tidak pernah memakai seluar dalam kalau tidak ehem saya pun akan menangis sama.
Bayangkan si Poyo Cheruk Tok Kun ini langsung tidak ambil pot terhadap kawan baik saya si Ghani Haroon ini. Nah! Ada sesiapa yang tidak faham apa dia pot? Jangan tanya Dewan Bahasa , buang masa sahaja; kalau tanya Minah Kelisa atau Minah Kancil mereka pasti arif. Pot ialah satu perkataan kool yang tidak berani di pakai olih Nik Safiah atau Segerawan Negara.( Segerawan Negara ialah mereka yang mengaku diri sebagai sasterawan dan menulis ayat-ayat kontot yang mereka namakan sanjak)
Sebenarnya saya kenal baik dengan si Ghani ini. Setiap kali saya jumpa dia , baju dan seluarnya selalu berseterika. Saya tidak pernah nampak dia memakai jean atau jauh sekali pakai jean koyak macam Madonna. Mamat ini kalau di University Malaya dizaman saya dulu dia ini akan dianggap Mat Belia atau Apiah. Hari ini tahun 2008 kalau di universiti Mamat macam si Ghani Haroon ini termasuk dalam gulungan Mat Skema atau Mat Rakan Muda. Kalau dia dalam dalam gerombolan United Malays National Organistaion dia akan di panggil Mat Baju Batik a.k.a Mat Kontrektor Kelas F a.k.a Kontrek Jungkies.
Memang betul si Ghani ini ditahan dibawah ISA. Saya juga sama sedih tetapi saya tidak dapat berbuat apa-apa. Sel tempat Ghani di tahan ini sebenarnya tidak jauh dari sel saya. Sel-sel kami ini ditempat rashia – bukan café – jadi kita tidak boleh bersembang – kami dikurung 24 jam. Kesian dan sedih kita pada si Ghani ini.
Tetapi bukan ISA yang memilukan dan merobek hati. Hati saya berderai-derai kerana bisness kawan saya ini telah lingkup. Bayangkan betapa besarnya pengorbanan kawan saya ini terhadap Poyo Cheruk Tok Kun ini. Poyo betul si Poyo ini. Sesudah di bebaskan si Poyo ini TIDAK pula angkat talipon dan menalipon si Ghani ini. Bertanya khabar pun tidak. Bukan mahal sangat satu panggilan. Kedekut rupanya Poyo ini.
Cerita ini bertambah sedih lagi menyedihkan apabila si Poyo Ceruk Tok Kun ini TIDAK pula bertanya sama ada kawan saya si Ghani ini makan atau tidak. Ciss… betul betul tidak bolih pakai si Poyo ini. Entah-entah si Ghani hampir mati kebulur tidak dapat makan. Di jauhkan Bidadari 44 - janganlah satu hari nanti saya terbaca berita kawan saya ini mati kebulurun.
Saya juga merasa kesal lagi bersalah kerana saya juga tidak pernah bertanya kepada si Ghani ini sama ada dia ada soru atau tidak. Ini kerana saya selalu nampak dia ‘steady’ macam Pegawai Level Four. Lain kali kalau saya jumpa si Ghani ini saya akan tanya – Woit! Ghani…hang udah makan atau belum?
Memang sahih hujah si Ghani ini. Bagaimana agaknya si Poyo Ceruk Tok Kun ini hendak membantu nelayan dan petani kalau Ghani seorang pun dia tidak boleh ulur ulur. Sekarang ini si Ghani ini telah merajuk dan membebel ke hulu ke hilir bersama Mat Ezam mengatakan yang dia tidak di pedulikan olih Poyo Cheruk Kun. Padan muka.
Apa yang terjadi pada si Ghani ini memang sedih lagi pilu. Berderai-derai air mata apabila kita semua membaca berita ini dari akhbar Zainuddin Maidin dan Johan Jaafar. Saya mendengar cerita pada hari berita si Ghani disiarkan, akhbar ini telah tiga kali diulang cetak. Hebat.
Tetapi kita perlu bersabar. Kesah si Ghani ini belum cukup sedih lagi hingga membawa kita ketawa terbahak-bahak. Kerana itu saya cadangkan kita semua wajib berbilion-bilon bersedih dan berpilu terhadap apa yang telah berlaku kepada Mat Ezam. Air mata kita semua tidak lagi menitis berbantal-bantal tetapi mencurah-curah keluar macam air kencing lembu jantan.
Ini bukan tentang rashia Enam Kotak Mat Ezam. Ini bukan Sumpah Keramat Mat Ezam. Ini bukan saya Mencabar Mat Ezam. Kita semua tahu Mat Ezam ini amat suka bersumpah dan amat suka mencabar. Yang hendak saya tulis ini ialah cerita sedih lagi menyayat hati. Ini cerita sedih lagi pilu, lebih sedih dari cerita seorang Kontrektor Kelas F yang perniagaan nya lingkup.
Saya terbaca bagaimana Mat Ezam berkata bahawa si Poyo Cheruk Tok Kun ini bukan sahaja tidak menalipon dia tetapi jeling mata pun tidak mahu. Aduh ! Sedihnya hati saya. Bayangkan muka Mat Ezam yang tidak ada jerawat itu tidak hendak dipandang lagi olih si Poyo ini. Apa sudah jadi?
Mengikut Mat Ezam si Poyo Cheruk Tok Kun semenjak bebas dari penjara selalu duduk jauh darinya. Mat Ezam komplain kerana tidak di ajak datang minum-minum kopi. Ajak soru jauh sekali. Kenapa si Poyo Cheruk Tok Kun ini berbuat demikian? Apa susahnya kenyit-kenyit mata kepada Mat Ezam. Tidak bolihkah jeling-jeling dan pandang muka Mat Ezam?
Akhinya bubur menjadi kerak. Mat Ezam pun merajuk patah hati berulam tulang. Dia selalu ke hulu ke hilir mundar mandir membebel ke seluruh kampung Felda bercerita bagaimana dia kurang mendapat pandangan mata dari si Poyo Cheruk Tok Kun.
Saya yakin Mat Ezam telah di hinggapi oleh satu penyakit. Lalu saya meminta nasihat pakar perubatan. Dari seorang Doktor di Pusrawi ( bukan doktor yang itu) saya difahamkan nama penyakit Ezam ini ialah KKS. Penyakit in tidak bervirus dan amat mudah berjangkit. KKS ini senang berjangkit terutama kepada orang yang bisnessnya lungkup. KKS lagi senang menjangkiti para Kontrek Jungkies. Penyakit ini juga akan menghinggapi sesiapa sahaja yang gian nak memakai baju putih lengan pendek dan berseluar gelap.
Mengikit kajian Doktor Pusrawi ini penyakit KKS ini sering menghinggapi orang-orang muda yang selalu dilamun olih angan-angan. Lebih tinggi angan-angan maka akan lebih cepat KKS ini menular.
KKS ialah penyakit Kurang Kasih Sayang. Penyakit inilah yang telah menimpa kawan saya si Ghani Haroon dan Mat Ezam. Mereka kurang mendapat kasih sayang. Sepuluh tahun mereka membuang masa, kalau mereka tanam durian pasti pokok durian telah berbuah. Kalau mereka tanam sawit sudah berbuah tujuh kali. Kalau mereka berjalan kaki mereka telah ngeliling dunia dua kali. Kalau mereka memilihara katak pasti mereka telah wajib dinobatkan sebagai Raja Katak Katak untuk menggantikan Ibrahim Ali.
Ada juga berita baik. Mengikut nasihat Doktor Pusrawi ini KKS cukup senang diubati. Tidak perlu menongeng untuk di periksa bontot. Tidak perlu suntikan atau makan pil. Pertama – si Pesakit hendaklah kurang bersumpah dan kurang mencabar. Kedua – si Pesakit wajib mula belajar berkata benar dan jujur. Ketiga – kalau ada saka atau janji-janji yang telah dilafaz dahulu ianya wajib ditunaikan. Janji seperti kotak-kotak yang tersuruk. Laporan-laporan rasuah 620 muka surat yang dijanji kepada orang ramai wajib diumumkan.
Ada satu lagi nasihat Doktor Puswari ini - kalau hendak cepat sembuh si Pesakit perlu mula melihat cermin muka setiap pagi terutama sebelum bercakap bergantang-gantang. Bila melihat muka dicermin sila kurangkan angan-angan terutama jika ada angan-angan hendak menjadi Menteri atau hendak menjadi Kontrektor Kelas A.
Sedih, pilu dan hati mendayu-dayu hingga kita semua ketawa terbahak-bahak. KKS oh KKS. Kesian bila kita membaca kesah-kesah Mamat-Mamat ini. Inilah pengajaran untuk kita semua. Bila kita bangun pagi marilah kita cermin muka kita sebelum kita bercakap bergantang-gantang. Mana berat mata memadang berat lagi tangan saya yang meraba-raba.END















Memang poyos habis leh, ini kes kecik hati ler nie, duh2 kesiannya, kalau dah merajuk, UMNO boleh pujukkan, apa kisah ….
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Salam hormat,
Watak yang terlibat dalam kisah ini tiga orang. Ezam dan Haroon mengharapkan LKS dari Poyoo (Anwar Ibrahim). Jika KKS membawa maksud Kurang Kasih Sayang, maka LKS tentulah Lebih Kasih Sayang. Namun, yang mereka dapat dari Poyoo kununnya ialah KKS.
Saya cukup meluat tengok orang-orang yang mendapatkan sesuap nasi dengan cara membontot orang-orang ternama. Pembontot orang-orang ternama ini bagaikan manusia sampah. Mereka jauh sekali dari berjiwa besar dengan tindakan besar.
Justeru, saya percaya bahawa individu yang berjiwa besar dengan tindakan besar, tidak membontot orang-orang ternama untuk tujuan sesuap nasi, bahkan mendampingi orang-orang ternama bersama perancangan yang dinamik dan komprehensif dengan keazaman mulia membangun negara menjadi kaya, moden dan kuat.
Eleh, Ezan dan Haroon boleh jalan daaaa!!!
Wassalam.
- Naspazi
mengapa memilih berjuang untuk seorang manusia, manusia bukan boleh beri apa-apa..
Pilihanraya sudah hampir.
Lagi banyaklah kisah menyayat hati seperti bakal dipapar.
Sampai hati Poyo.
Moralnya, jangan terlalu taksub sangat pada Anwar poyoo tu.. Punyalah taksub memperjuangkan beliau sampai diri sendiri tergadai masuk ISA.. Bila keluar, Anwar pun tak ambil kisah.. Memang sedih la jugak… Memang tak mustahillah diorang berpaling tadah daripada duduk tergedeng-gedeng bawah ketiak Anwar poyoo untuk dapat ‘balasan’ atas perjuangan gila diorang… So, kepada penyokong Anwar, jika Anwar jadi PM, jangan harap beliau nak pandang dan ambil tau masalah korang…. Beliau buat dono je…
Ha…ha…ha…. poyo la post ni….
hahaha…. ternyata si ghani ni bukan pejuang. dan mungkin tak tau pun apa yang diperjuangkan….
l. Saya tanya lama sudah….Hisahamddin…hang ni dah kahwin ke belum..jawab!!!!! kalau belum menikah..menikah dulu..kemudian baru layak tulis blog ni….
2. Anda sekalian tak tahu siapa Anwar lbrahim dari pelbagai penjuru….Cukuplah pengalaman saya dahulu yang pernah berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan poun samalah perangainya..malas nak cerita.Faham-faham ajelah.. sorry bro.anwar…kalau hang dah bertaubat eloklah…hhmmmmmm
Betul kata Man KPM…konek Hishamuddin rais nak boleh pakai tak.???.tulis pun mcm sexual escapism syndrome….
Salam Abdul Ghani Haroon,Jika saya di tempat saudara, saya akan pergi sendiri berjumpa DSAI. sebagai manusia biasa DSAI tentunya tidak dapat mengingati semua rakan-rakannya terutama yang tidak dihadapan matanya, Saya adalah seorang yang amat berterus terang dan gembira jika orang pun bersikap begitu terhadap saya. Seandainya setelah berjumpa DSAI, beliau buat tak peduli, maka bolehlah dikatakan beliau tidak mengenang budi. Jangan mudah berpaling tadah kerana kelemahan kita. saya bermohon pada ALLAH agar kita semua kekal istiqamah dan jangan sekali-kali pula berpaling hati menyertai pihak yang telah diketahui kemungkarannya.
Berkawan atau bekerja dengan orang politik jangan harap untukdipuji atau diingati kerana orang politik hipokrit. Pandangan orang politik terhadap orang biasa laksana memandang rumput dipadang, semuanya sama saja. Kalau dia ingat betul nama anda maka pandangannya terhadap anda tidak lebih sebagai pencacai saja….atau mungkin dia melihat anda tak ubah seperti kambing gurun yang akan dikorbankan…!! Jangan merungut kalau anda masih membontoti orang politik.. terutama UMNO BN.
Apa yang kotulis nih.. aku tak paham betul ler..
agak aku ko ni sama cam tulisan ko.. yang tak haper-haper ntah nih..
aku sokong Fatima Azahra nih..
Apa yang ko tulis nih.. aku tak paham betul ler..
agak aku ko ni sama cam tulisan ko.. yang tak haper-haper ntah nih..
aku sokong Fatima Azahra nih..
Hei ye ke hishamuddin rais tu lum kahwin….pinanglah aku..dah bersama mungkin kepala otak dia baru dapat tulis dengan betul…taklah bengong…….sensasi panas……..
ermm.. yang kau nak mengadu domba plak ni kenapa? macam ko sorang je pengikutnye yang dia nk datang tanya ko sehat ke x makan ke x.. banyak la songeh ko. aku penyokong dia, berjuang utk PKR jgk, dia x datang jmp aku pon. relax aa bro.. jangan emo sangat.. nnt ah.. panggey la kosmo ke, metro ke.. wat luahan hati kat DSAI. tp skang dia bz aa.. kempen.. len kali ah bro!!
diakhir zaman akan berlaku perkara2 yang aneh2.bertaubat la kwn2 jgn hina org banyak2
apalah korang ni…tak paham betul!…yang diperjuangkan bukan untuk Anwar IBrahim..dia hnaya peniup wisel (wistle blower)…menyeru rakyat terutama melayu berjuang untuk keluar dari budaya UMNO yang korup dan membangsatkan bangsa sendiri…
yang si Harun Ghani tu dan Ezam kotak berjuang untuk manusia bernama Anwar kenapa banagng sangat?
Si Anwar tu tak pernah janji apa2…nak join-join lah ikhlas untuk rakyat Mlaysia..lagi pon parti KEADILAN bukan Anwar punya…!
Ezam dah bertanding di Shah Alam, pastu KALAH!!! Rakyat yang tentukan bukan Anwar …tak sabar nak sanagt jadi orang penting…akhirnya ALLAH tunjuk siapa si Ezam ni…nasib ler dah jadi ex-PKR! zam giler pangkat..pegi mampos la lu…
saya berdoa kpd ALLAH SW.T. agar mereka yang menyokong dn membela anuar ibrahim sedar dan insaf bahawa anuar ibrahim bukanlah manusia yang baik untuk rakyat dan negara.sebaliknya anuar ibrahim adalah seorang yang penipu,pembohong dn pendusta. mudah-mudahan ALLAH S.W.T. bukakan pintu hati mereka agar segera tinggalkan anuar ibrahim dn kembali ke pangkal jalan demi kepentingan agama ISLAM,bumiputera dn negara Malaysia.amin…
man KPM…kihkihkihkih..man lucu,man bernas..man rasional,man laksa..kihkihkihkih..