Seperti “Hari Raya” di Permatang Pauh

2008 Ogos 22
by aminiskandar

Sudah lapan hari berada di Permatang Pauh. Semakin hari suasana semakin meriah. Penyokong kedua-dua Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional semakin bertambah. Setiap malam jika anda meronda di sekitar Permatang Pauh, akan kelihatanlah ramai anak muda berkonvoi menaiki motorsikal dan memasang bendera parti yang mereka sokong.

Semalam bertemu dengan seorang bekas pensyarah sewaktu di UPM dahulu. Beliau adalah anak jati Permatang Pauh. Katanya keadaan di Permatang Pauh pada pilihanraya kecil ini tidak ubah seperti Hari Raya.

Warung-warung dan kedai-kedai semuanya laku. Kedai gunting rambut laku, kedai bundle laku, kedai VCD laku, pendek kata kalau berniaga apa pun, pasti akan laku.

Bayangkanlah, anggota polis sahaja sudah mencecah 6000 orang. Ha ha ha….

Hari ini, pemantau pilihanraya antarabangsa telah sampai. Mereka akan bekerjasama dengan NIEI untuk menyaksikan sendiri perjalanan pilihanraya kecil yang bersejarah ini.

Bagi kawan-kawan yang berada di luar Permatang Pauh, jangan buang masa. Masih sempat lagi untuk datang!!!


12 Respons leave one →
  1. 2008 Ogos 22

    Hari raya yang banyak makna, tapi depa xpuasa pula, yerla dok kempen peburuk nama orang aja nie, apa cerita, cerita 10 tahun yang lalu pun dah keluar, maka ramailah musuh2 DSAI tampil utk meramaikan keadaan….

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  2. 2008 Ogos 22

    6000 orang polis? Wow!

  3. 2008 Ogos 22

    6000!.. eh.. sikit aje tu..

  4. 2008 Ogos 22
    nazri permalink

    Aku nak pegi gakkkkkkkkk

  5. 2008 Ogos 22
    Din permalink

    Aku undi di DUN Penanti, tapi byk hari dah x balik tengok keadaan, ikut kisah dalam blog saja.. macamana pulak ari ngundi tu nanti no.. dengaq kata kereta x leh masuk sampai kat tempat pengundian.. betui ka?

  6. 2008 Ogos 23

    6,000 orang polis kat situ? patutlah kat tempat lain mat rempit, mat ragut, mat rompak, mat ro*ol berleluasa… ish ish ish…

  7. 2008 Ogos 26

    Anwar dijangka menang besar!!! (BETUL KER)
    iTULAH….AKU DAH CAKAP BELALANG JANGAN LAWAN KAU NAK LAWAN BELALANG

  8. 2008 Ogos 27

    Tahniah, jawapan atau keputusan rasmi untuk pilihanraya permatang pauh sudah pun terungkai.. kemenangan dengan majoriti melebihi calon BN di perolehi oleh pihak DSAI (PKR), tahniah Dato seri Anwar Ibrahim. Jalanilah tanggungjawab yang di pertanggungjawabkan kepada Dato Seri, amanah rakyat perlu di titikberatkan. pada masa yang sama kami ingin mempelawa kepada blogger2, pelawat2 blog supaya Dapatkan Perisian E-Perakaunan (E-Perniagaan) untuk kegunaan kira-kiraan dalam kerja perakaunan. Elok bagi individu yang berurusan dengan kerja-kerja akaun. Di jamin 100% dengan sokongan / memiliki perisian ini, pelajar tingkatan 3 dapat melakukan kerja-kerja perakaunan sebagaimana kerani kewangan, akauntan dan graduan-graduan universiti Untuk keterangan lanjut sila layari laman web http://www.guamusang.net

  9. 2008 Ogos 27
    Nekmuda permalink

    Salam semua,

    Ada forum politik – “what next after Permatang Pauh”

    Jom kita pi ramai-ramai.

    Butir-butir lanjut ada di kahlidsamad-shahalam.blogspot.com

    Tolong sebarkan mengenai event ini.

    tqvm.

  10. 2008 Ogos 28

    malaysia need to be REBORN !!!!!!!!!!!!!!!!

  11. 2008 Ogos 28

    Yo bro amin. Salam reformasi. Teruskan berblog selepas by elecion.

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS