Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia

2008 Ogos 28
by aminiskandar

Akhirnya sampai juga di Kuala Lumpur semalam setelah dua minggu berada di Permatang Pauh. Demi menjamin “neutrality dan non partisan”, National Institute for Electoral Integrity (NIEI) blog ini tidak diupdate sepanjang pilihanraya kecil yang bersejarah itu.

NIEI akan menerbitkan laporan pemantauan tidak lama lagi dan akan diberitahu kelak di www.niei.org.my.

Saya baru menerima sms yang mengatakan bahawa Anwar Ibrahim telah selamat mengangkat sumpah sebentar tadi dihadapan Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin. Beliau kini telah sah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh sekaligus sebagai Ketua Pembangkang Malaysia.

RTM yang seharusnya menyiarkan secara langsung peristiwa bersejarah tersebut, tidak melakukannya. Mungkin kerana mereka takut, seluruh Malaysia akan melihatnya. Shabery Cheek kelihatan gagal melaksanakan janjinya untuk memastikan RTM bersifat neutral.

NIEI juga akan mengeluarkan laporan hasil pemantauan terhadap RTM sepanjang kempen pilihanraya kecil di Permatang Pauh. Ini juga akan keluar bersama-sama dengan laporan pemantauan.

Bermula hari ini, blog Amin Iskandar akan berfungsi seperti biasa. Terima kasih kepada teman-teman pembaca blog ini yang sering menelefon dan menghantar sms.

9 Respons leave one →
  1. 2008 Ogos 28

    asalamualaikum amin,

    dahaga cerita dari anda …. hehehheheh

  2. 2008 Ogos 28
    akula7 permalink

    alahai..nak ke diaorang siarkan secara langsung majlis angkat sumpah tu? sy tengok masa hari mengundi hari tu pun tv senyap je. kalau parti kerajaan yg leading time tu mesti kt tv asyik wat lintas langsung dari pusat kiraan undi je.

  3. 2008 Ogos 28
    afnanhassan permalink

    Anwar Ibrahim, Ketua Pemberontak Malaysia…hehehe

  4. 2008 Ogos 28
    carcoon permalink

    salam bro

    Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.

    carcoon

  5. 2008 Ogos 28

    AKU juga non partisan dan neutralis.Tapi apa sebab pula nak buat siaran langsung Anwar angkat sumpah?? Kalau Haji Hadi Awang, Lim Kit Siang, Wan Azizah tidak ada siaran langsung, kenapa Anwar pula.???..siaran langsung di parlimen itu untuk hal-hal perdebatan yang berfaedah. Janganlah bersikap kebudak-budakan Amin lskandar. Pada aku PAS kena mendahului keutamaan dalam Pakatan Rakyat sebelum DAP.Bahkan PAS lebih utama daripada PKR..kalau tidak jahanam lslam dan Melayu..ingat dan baca buku Sejarah Melayu,zaman kejatuhan Temasik dan Melaka.Amin sudah baca buku Sejarah Melayu??? Jika belum, bacalah.Aku sudah baca 5-6 kali…dah faham ramai si Kitol dan Raja Mandelir sekarang!!!!!!!!

  6. 2008 Ogos 28
    airul permalink

    Parlimen : Permatang Pauh
    + P : 44
    = 2P :P ermatang 4 + Pauh 4
    = 2P :P 4 +P4
    = 2 kali menjadi Pemimpin : Pemimpin Malang + Pemimpin Malang (4 erti Malang)
    = 2 kali menjadi Pemimpin : 2 kali menjadi Pemimpin Malang
    *Maksudnya menjadi 2 kali Pemimpin adalah Pemimpin Kerajaan dan Pemimpin Pembangkang.
    *Maksud menjadi 2 kali Pemimpin Malang adalah 2 kali mendapat Malang sebagai Pemimpin.
    *Pemimpin Malang = PM
    *Dari Pemimpin kerajaan akan menjadi PM dan dari Pemimpin Pembangkang akan menjadi PM.
    *Tapi PM bukan Perdana Menteri tapi Pemimpin yg akan mendapat Malang,
    * percayalah Dari kiraan Nasib

  7. 2008 Ogos 29

    Apa-apa pun kepanasan pilihan raya kecil permatang pauh telah pun selesa.. nak tak nak rakyat malaysia kena terima kenyataan yang PKR meraih undi lebih 15 berbanding dengan parti lawan nya.. sekarang ini kita lihat dan perhatikan apa yang berlakusecara terbuka, secara lapang dada, suara kita sebagai rakyat bawahan tak kan kemana.. Tapia apa-apa pun daripada kita cakap-cakap kedai kopi baik kita bloging kan artikel-artikel kita ke blog . harap kepada blogger-blogger teruskan perjuangan.. teruskan ber-artikel, kemukakan lah pandangan (pendapat), komen, syoran (syor) / saranan yang positif.. biar kena pada tempat dan cara.. biarpun artikel, berita yang di kemukakan panas dan pedas.. JANJI benar.

    Apa-apa pun kami pihak http://www.guamusang.net ingin mempromosikan product kami kepada anda yang berkaitan..
    Dapatkan perisian penuh E-Perakaunan (E-Perniagaan) dengan harga yang berpatutan.
    Ianya sesuai di gunapakai oleh semua golongan terutama yang mengendalikan kerja-kerja yang berkautan dengan akaunting, tak kira samada secara peribadi, bersyarikat atau yang berkaitan.
    Amat baik untuk akaunten-akaunten bank, pengurus-pengurus syarikat atau pengurus kewangan syarikat, juru audit berdaftar, atau mana-mana pihak yang melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan keluar masuk kewangan.
    Baik untuk pensyarah-pensyarah di Universiti untuk jadikan modul asas perniagaan sebagai TEMPLATE kepada pelajar-pelajar di bawah kelolaan mereka. Ianya amat mudah (verry easy) untuk di gunakan.
    Di jamin 100%, dengan adanya Perisian Penuh E-Perniagaan ini, pelajar tingkatan 3 (form 3) dapat melakukan kerja- yang di lakukan akautan-akauntan bertauliah. Graduetgraduet universiti.
    Ianya juga amat sesuai untuk di pakai guna untuk jurujual-jurujual kenderaan, jurujual perumahan, kerani bank dan lainnya memandangkan pakej yang disediakan merangkumi ….
    KETERANGAN LEBIH LANJUT SILA LAYARI Http://www.guamusang.net

  8. 2008 Ogos 29

    Tahniah di atas kemenangan DSAI dan menjadi ketua pembangkang. Semoga dengan kemenangan ini menjadi titik permulaan dalam menguasai kerajaan. Semoga perjuangan rakyat ini tercapai kelak.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  9. 2008 September 3
    hentam permalink

    Hanya Tok Det boleh cantas DSAI , yang lain hampeh……. tentang kerajaan , apa dapat ????? bagi keistimewaan org melayu sbb nak cari undi. syabas MB s’ngor. 31-8 nak tukar 16-9 , sbb apa ???? ikut sangat cina ….

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS