Merdekakah kita?
Tepat jam 12 malam ini, genaplah 51 tahun Malaya (bukan Malaysia) bebas dari penjajahan British. Malangnya, setelah British pergi, rakyat masih lagi hidup seperti di zaman penjajahan. ISA, Akta Mesin Cetak, Akta Universiti dan Kolej Universiti, Akta Hasutan dan Akta Polis menjadi senjata kepada Umno dan BN untuk kembali menjajah.
Rakyat yang seharusnya merdeka ditipu oleh Umno dan BN kerana masih lagi menggunakan undang-undang draconian untuk memastikan mereka terus berkuasa.
Setelah 51 tahun, rakyat sudah semakin cerdik. “Gula-gula” politik seperti menurunkan harga minyak ketika pilihanraya kecil di Permatang Pauh tidak mampu lagi untuk terus mengumpan.
Hari ini, marilah kita bertafakur dan berdoa untuk pejuang-pejuang kemerdekaan tulen negara. Pejuang-pejuang KMM, PKMM, AWAS, API, PKM, GERAM dan banyak lagi tidak harus dilupakan.
Jangan biarkan diri kita terus tertipu dengan buku sejarah yang ditulis oleh Umno dan BN. Buka minda dan carilah bahan-bahan yang alternatif yang sudah terdapat banyak dipasaran. Selepas membaca dan mengkaji, anda pasti akan terkejut dan marah kerana mengetahui bahawa Umno, MCA dan MIC hanyalah alat kepada penjajah!!!















tiap2 tahun pon bergini. dah 50 tahun. tiap2 tahun pun bergini, kena tipu, dari sejarah sendiri
engkorang ni tak bersyukur ke???? nak kutuk gomen ja ……. gomen bagi bonus ambik lepas tu kutuk , maki habis-habisan . nak ucap terimakasih … jauh sekali.