Untuk pejuang-pejuang kemerdekaan tulen….

31 08 2008

Lagu ini aku tulis pada tahun 2006. Sempena hari kemerdekaan Malaya hari ni, aku masukkan semula Youtube lagu ini.

Kepada waris-waris pejuang-pejuang kemerdekaan negara dari API, AWAS, PUTERA-AMCJA, PKMM, KMM, PKM dan banyak lagi, semoga hari ini adalah hari yang bermakna buat kalian. Percayalah, kebenaran pasti akan muncul.

Satu hari nanti akan tiba masanya apabila rakyat mengangkat martabat pejuang-pejuang sejati yang telah ditindas oleh pemerintah Barisan Nasional yang mengamalkan sikap untuk menjadi talibarut penjajah.

Setelah 51 tahun, rakyat Malaysia masih lagi berjuang untuk mendapat kebebasan. Hari ini, rakyat Malaysia dijajah dengan pelbagai undang-undang zalim seperti ISA, AUKU, AKta Mesin Cetak, Akta Hasutan, Akta Polis dan banyak lagi. Jelas rakyat masih belum merdeka.

Marilah kita kembali berjuang untuk menghantar BN dan undang-undang draconian warisan penjajah yang sering dibanggakan oleh mereka kedalam tong sampah sejarah!!!


Tindakan

Informasi

4 gerakbalas-gerakbalas

31 08 2008
Hasbullah Pit

Saya dah masukkan ke dalam catatan blog saya yang saya tulis malam tadi.
http://hasbullah.pit.my/2008/08/usaha-kemerdekaan-yang-sering-kita.html

Tapi saya tak berapa pasti “Black” yang menyanyi itu Black yang ini atau yang lain.
Ada iras-iras tapi takut tersalah orang.
hehe

Black,
Jemput masuk Beras Padu
http://beras-padu.pit.my

1 09 2008
yuzy

Seringnya lagu ini terngiang-ngiang di kepala.Menjadi azimat.Teruskan perjuangan saudara.

1 09 2008
AnakMudaParlimenBatu

Itu Mr Black ler yang menyanyikan. Aku juga black ada membuatb artikel tentang pejuang-pejuang kemerdekaan yang sering kita lupai dan juga kadakala pemerintah sengaja mempromosi pejuang-pejuang Bangsawan dari UMNO yang mereka hanyalah pejuang menuntut kemerdekaa walhal yang berperang dihutan menentang British dan Jepun ialah orang-orang yang sering kita lupai seperti Buhanuddin Helmi, Rashid Maiden, Shamsisah Fakeh dan ramai lagi.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

3 09 2008
Aku_Anak_Orang_Umno

BRAVO BRO….

Tinggalkan komen