BN terbarai sebelum 16 September

2008 September 1
by aminiskandar

Cakap-cakap tentang Barisan Nasional(BN) akan tumbang sebelum 16 September hampir menjadi kenyataan. Parti-parti komponen dalam BN semakin berani melawan Umno. Lihat berita dibawah:

Gerakan Mahu Tindakan Diambil Ke Atas Ahmad Ismail

KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) — Gerakan, parti komponen Barisan Nasional (BN), hari ini mahu tindakan diambil ke atas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail berhubung kenyataannya yang bersifat hasutan terhadap masyarakat Cina.

Semasa satu ceramah di Permatang Pauh pada 25 Ogos lepas, Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanyalah penduduk sementara di negara ini dan oleh itu adalah mustahil untuk mendapat hak yang sama di negara ini.

Setiausaha Agung Gerakan Datuk Seri Chia Kwang Chye berkata ramai rakyat Malaysia kecewa dengan kenyataan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila mengulas mengenai kenyataan Datuk Ahmad Ismail.

“Mereka menjangka satu kecaman yang kuat, terutama pada 31 Ogos, hari di mana semua rakyat Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.

“Selepas 51 tahun mencapai kemerdekaan, sebarang kesangsian mengenai kesetiaan mana-mana penduduk etnik Malaysia dan tindakan mempersoal kewarganegaraan adalah melampaui usaha menyemai persefahaman di kalangan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Menjelang hari pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh minggu lepas, Ahmad didakwa membuat kenyataan itu dan semalam, ketika mengulas mengenai perkara itu Abdullah berkata beliau akan “memberitahu Ahmad jangan mengulangi lagi perkara itu.”

“Anda tahu semasa berkempen pelbagai perkara boleh timbul. Saya tidak fikir beliau bermaksud sedemikian. Saya akan pastikan untuk memberitahu dia jangan gunakan perkataan itu lagi,” kata Abdullah semalam.

Chia berkata kenyataan Ahmad sudah lapuk dan menimbulkan provokasi perkauman sambil menambah sebarang petanda bahawa BN bertolak ansur dengan mereka yang jelas bersikap perkauman dan mengeluarkan pendapat yang bersifat provokasi akan memberi isyarat yang salah kepada rakyat.

“Ahmad Ismail bukan sahaja patut menarik balik apa yang diucapkannya tetapi perlu meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia dan juga dikenakan tindakan disiplin bagi mengelak perkara itu daripada berulang,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Gerakan Datuk Dr Teng Hock Nan dalam satu kenyataannya mendesak pimpinan UMNO dan BN untuk mengkaji semula pendirian terhadap Ahmad.

Beliau meminta polis menyiasat perkara itu memandangkan MCA dan Gerakan telahpun membuat laporan terhadap Ahmad.

– BERNAMA

Desas-desus tentang Gerakan akan keluar Barisan Nasional semakin kuat. Dikatakan hanya Koh Tsu Koon dan orang-orangnya sahaja yang mahu terus kekal bersama BN. Majoriti yang lain sudah tak sanggup lagi.

Jika Gerakan keluar BN, parti-parti komponen lain yang sudah lama tidak berpuas hati pasti akan menurut sama. Kita saksikanlah episod politik negara yang menjadi semakin menarik. Di beritakan kepada saya, sahabat baik Dr. Mahathir, Thaksin Shinawatra sedang mengemas bilik tetamu dirumahnya untuk menantikan mentornya Dr. Mahathir yang akan datang ke London tidak lama lagi.

Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam dimuka bumi ini.

8 Respons leave one →
  1. 2008 September 1
    Tun Bijasura permalink

    Untuk itu adalah penting anda memereksa dengan DCA tentang semua pesawat kerajaan dan pesawat persendirian di Subang Airport. Kalau semuanya dalam keadaan bersedia (minyak penuh, Pilot dibekukan cuti dan pegawai teknikal pesawat tidur di henger) ini adalah petanda semua perkara yang bersangkutan dengan 16 september menjadi kenyataan. Lu fikirlah sendiri apa tindakannya.

  2. 2008 September 2

    Inilah antara babak-babak terakhir oleh puak2 kompenan BN, mereka hanya akan mencari fasal antara satu sama lain untuk menjadikan alasan untuk keluar daripada BN. UMNO menyalahkan orang lain bermain dengan api perkauman tetapi UMNO lah yang sering selalu bermain dengan perkauman. Mereka hanya bercakap tentang melayu tanpa memikirkan perasaan bangsa lain. Siapa yang racism yang sebenarnya ……..

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  3. 2008 September 2

    Melihatkan suasana di Permatang Pauh, saya yakin ia mewakili suara terbanyak seluruh negara. Kelemahan kerajaan pimpinan Pak Lah tidak dapat disorokkan lagi. Pelan Pemulihan yg Pak Lah laksanakan sekarang sudah tidak mampu meyakinkan rakyat terbanyak. Saya harap rakyat terus konsisten dengan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

    REFORMASI!!!

  4. 2008 September 2
    zam88 permalink

    pada bulan ramadhan yang mulia ini,mudah-mudahan ALLAH S.W.T akan membuka pintu hati para pemimpin barisan nasional agar sentiasa bersatu hati dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain demi untuk kekuatan dan keutuhan barisan nasional kerana hanya barisan nasional sahaja yang mampu mentadbir negara dan rakyat serta melindungi nrgara dan rakyat daripada anasir2 jahat yang cuba hendak meracun pemikiran rakyat dengan ideologi yang songsang serta membawa kuasa asing masuk campur hal ehwal dalaman negara.

  5. 2008 September 2
    zam88 permalink

    pada bulan ramadhan yang mulia ini,mudah-mudahan ALLAH S.W.T akan membuka pintu hati para pemimpin barisan nasional agar sentiasa bersatu hati dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain demi untuk kekuatan dan keutuhan barisan nasional kerana hanya barisan nasional sahaja yang mampu mentadbir negara dan rakyat serta melindungi negara dan rakyat daripada anasir2 jahat yang cuba hendak meracun pemikiran rakyat dengan ideologi yang songsang serta membawa kuasa asing masuk campur hal ehwal dalaman negara.

  6. 2008 September 2
    afnanhassan permalink

    Macam-macam cerita kita dengar selagi tak sampai 16 September ni… Cerita-cerita sebegini secara tak langsung akan memberi impak kepada perkembangan isu politik negara. Walau apapun cerita-cerita yang berbunyi, selagi tiada 30 MP lompat parti, selagi itulah kita katakan 16 September hanya janji kosong Anwar…

  7. 2008 September 4
    muqlis permalink

    whateverlah….

  8. 2008 September 4

    aku x faham la apa lg yg umno nk.. Harap pakatan b’jaya menubuh kerajaan 16 sept ni. Huhu..

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS