Umno dan kebodohan

2008 September 2
by aminiskandar

Apabila kita berbicara tentang bodoh dan kebodohan, kita tidak dapat lari dari mengaitkannya dengan Umno.

Dibawah ialah berita dari Malaysiakini:

Umno: Tindakan Nizar jadi tandatanya

Sep 2, 08 1:46pm

Badan Perhubungan Umno Perak berkata, tindakannya Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin meluluskan 400 hektar tanah kepada sembilan sekolah persendirian Cina menjadi tandatanya walaupun ia bukan satu kesalahan.

Setiausaha Kerjanya, Datuk Hasbullah Osman berkata tindakan itu menunjukkan kerajaan negeri yang diterajui menteri besar dari parti PAS itu gagal melihat kepentingan untuk membantu orang Melayu selepas negeri itu diperintah pembangkang.

Bernama memetik Hasbullah yang juga ahli dewan undangan negeri kawasan Temenggor dalam Parlimen Gerik sebagai berkata Mohamad Nizar perlu memikirkan kepentingan orang Melayu walaupun tindakan meluluskan tanah itu bukan satu kesalahan.

Badan Perhubungan Umno Perak, katanya, meminta Mohammad Nizar supaya tidak mengenepikan kepentingan orang Melayu dan Islam walaupun negeri itu diperintah pembangkang.

Beliau ditemui selepas menyampaikan bantuan bubur lambuk kepada masyarakat Islam di Pekan Pengkalan Hulu petang semalam.

Semalam, Ketua Pemuda Umno Perak, Zainol Fadzi Paharudin menyatakan kekesalan dengan tindakan kerajaan Perak itu dan meminta menteri besar itu bersikap adil dalam membantu rakyat.

Beliau berkata, rakyat akan menuduh kepimpinan negeri terutama menteri besar tidak tahu mentadbir negeri dengan hanya membantu satu pihak dan mengabaikan pihak lain.

Umno Perak marah kerana Menteri Besar Nizar Jamaluddin memberikan tanah sebanyak 400 hektar untuk dibina sekolah persendirian Cina. Yang hairannya, sewaktu bos lamanya Tajol Rosli sesumpah memerintah, mengapa tak diberi setiap inci tanah di Perak kepada Melayu?

Takut kah?

Tidak salahlah jika ramai orang mengaitkan Umno=Kebodohan!!!


16 Respons leave one →
  1. 2008 September 2
    afnanhassan permalink

    Tindakan itu memang nyata menyebelahi sebelah pihak. Ini menampakkan betapa PKR nak menarik perhatian kaum Cina supaya mereka nampak PKR bagus untuk memerintah kerana semua bangsa diberi keadilan… Memang wajar UMNO Perak mempertikaikan pemberian itu…

  2. 2008 September 2
    Master Yoda permalink

    Salam sedara Amin,

    Bagi tuk wat sek ke?? Ok la kan?? Tuk rakyat blaja,menimba ilmu…

    Dr bg wat shopping kompleks…

    Pastu,yg tukang luluskan ade komisen 10%…

    Main kontraktor plak sub plak kat kontraktor lain…Komisen 10%..

    Smpi harga seketul paku pon leh jadi RM 1…

    Pastu claim DEB ni bgus…

    KAH KAH KAH….Maju ke kite berniaga cara BANGANG camni???

  3. 2008 September 2

    Katakanlah apa sahaja kebaikan yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam Pakatan Rakyat pasti akan dicemuh oleh puak-puak UMNO. kalau tersalah sikit, lagilah mereka hentam pemimpin Pakatan Rakyat, mereka seperti tiada kerja lain, yang tahu cari pasal, mereka merasakan kalau mereka buat perangai buruk macam tue, rakyat akan anggap mereka pembela tetapi mereka tidak tahu rakyat meluat tengok mereka.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  4. 2008 September 2
    dasuki permalink

    Badan Perhubungan Umno Perak, katanya, meminta Mohammad Nizar supaya tidak mengenepikan kepentingan orang Melayu dan Islam walaupun negeri itu diperintah pembangkang.
    pembangkang di Perak sekarang ini siapa? saya tak tahu hal sebenar.
    umno/bn ni faham ke dalam masalah ini, siapa pembangkang di Perak sekarang ini, bukan sebelum PRU12.
    untung saya tak jadi ahli umno yang membodohkan orang melayu, sewaktu berkuasa dulu tak pula ia benar-benar nak tolong orang melayu, kini pulak ia sibuk. kan bangang namanya.
    yang ia tahu rasuah, kroni, penyelewengan, tipu muslihat, cakap macam munafiqun…….tak bersandarkan Al-Quran dan Hadis Nabi.
    siapa yang menukar mathematik/sains di ajar dalam bahasa Inggeris?
    siapa yang menarik balik bantuan perkapita sekolah agama rakyat?
    siapa yang memecat ketua hakim negara?
    siapa yang memecat mufti selangor?
    siapa yang menghalang tok guru/ustaz mengajar kuliah/pengajian kat masjid/surau?
    dan banyak lagi yang tak dapat di siarkan kat sini, jika ahli umno/bn nak tahu lebih lanjut kena cari sendirilah……….

  5. 2008 September 2
    Orang Melayu permalink

    Sepatutnya orang melayu melihat perkara ini sebagai satu bentuk cabaran.Orang cina bagus.Tolong bagi duit kat sekolah untuk anak2 mereka.Orang melayu? baru gi luar negara, lansung tak balik2.Yang ada dalam negara sibuk berpolitik tak kena masa.Last, sume jadi mat rempit.Eloklah.

  6. 2008 September 3
    malaunmeno permalink

    meno memang malaun! Semua meno adalah malaun? Sapa ketua malaun? Ketua dia Malaun Bedol! Semua bahlol tahap cipan! Semua laknat tahap cipan gak! apa punya malaun meno nie? Dulu ko punya bekas malaun MB tu ada beri ape-ape ko> Tanyo malaun bekas MB ko tuh!

  7. 2008 September 3

    Untuk Melayu No (UMNO)…Kalau tak bodoh bukan UMNO, Kalau tak membodohkan bangsa sendiri bukan UMNO, Kalau tak memartabatkan agama islam bukan UMNO, Kalau tak jahat bukan UMNO, kalau tak tipu bukan UMNO…kalau tak berhabis-habisan dan bermati-matian bercakaran kerana 3T (HARTA TAKHTA WANITA) bukan UMNO…ibarat kuku dgn canggu..senonim sungguh.

  8. 2008 September 3
    sangkutu permalink

    Betul ke tanah diberi … atau sewaan 99 tahun. Haknya masih di tangan kerajaan. Nak takut apa.

    Ni org UMNO kalau dapat tanahpun dia jual sama cukong Cina yang kaya-kaya, ataupun kroni kalangan elit UMNO, tak gitu?

  9. 2008 September 3
    Aku_Anak_Orang_Umno permalink

    Ha…Ha..UMNO

    APA YANG KO MELALAK TU UMNO……
    KO INGAT KO TU BAGUH SANGAT KE PASAL PERJUANGAN…..
    YANG AKU NAMPAK KO NI PARA PEJUANG PEMINTAK MAAF PADA KAUM SANA….

    PASAL KERIS KO MINTA MAAF…
    PASAL ISU KAUM KO MINTA MAAF….

    YANG DEPA KACAU KETUANAN MELAYU TU TAK PULAK DEPA MINTA MAAF…
    YANG DEPA KACAU AGAMA RASMI TAK PULAK DEPA MINTA MAAF…
    YANG DEPA KACAU SULTAN TAK PULAK DEPA MINTA MAAF…

    HA…HA…UMNO SEKARANG BUKAN PERJUANGAN KAN BANGSA
    TAPI LEBIH KEPADA PENAGIH UNDI KAUM SANA SETELAH MELAYU SENDIRI MEMINGGIRKAN KO…

    HA…HA…UMNO OH UMNO

  10. 2008 September 3
    kuan permalink

    kalau diberipun tanah kepada mana-mana ahli umno pasti akan ditukar ke duit juga dan lepas tu guna cara sama untuk minta tanah baru. Untuk menyedarkan ahli umno , kita tumbangkan keseluruhannya umno tu

  11. 2008 September 3

    semua orang, kerajaan perak, peneng, selangor adalah satu pemerintahan baru.. tak kan laa dalam 1 hari kerja kerajaan negeri bagi cina 400, melay 400, kat hang 800 hektar, apa2 pun itu adalah perlaksanaan kerajaan, sebalik nya tentu sekali selepas ini ada perancangan2 tertentu.. kenapa bodoh sangat Umno, saya tertarik dengan perkataan

    “Umno Perak marah kerana Menteri Besar Nizar Jamaluddin memberikan tanah sebanyak 400 hektar untuk dibina sekolah persendirian Cina. Yang hairannya, sewaktu bos lamanya Tajol Rosli sesumpah memerintah, mengapa tak diberi setiap inci tanah di Perak kepada Melayu?”"”

    Takut kah?

    “” Tidak salahlah jika ramai orang mengaitkan Umno=Kebodohan!!! “”

    ni bukan setakat bodoh, bebal.. nak jadi pembangkang negeri pun agak2 laaa..

  12. 2008 September 3
    curious_mind permalink

    Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak tak tahu apa yang berlaku di negeri mereka sendiri..

    Quote: Harakahdaily.net

    IPOH, 3 Sep (Hrkh) – Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak akan mengembalikan semula bantuan berjumlah RM1.3juta kepada 18 buah sekolah Agama Rakyat di Negeri Perak bagi tahun 2008 ini.

    “Bantuan kepada sekolah agama rakyat telah dinafikan oleh kerajaan BN/Umno yang memerintah Perak dahulu sejak pentadbiran Tun Mahathir lagi tetapi kini dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, bantuan tersebut telah diberikan semula.

    “Bantuan tersebut akan diagih-agihkan dalam bulan Ramadan, sedikit masa lagi,” kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak, Ustaz Misbahul Munir bin Masduki

    Terdapat 9 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat dan 9 buah lagi Sekolan Agama Rendah yang menjadikan jumlah keseluruhannya 18 buah.

    Menurut beliau, Kerajaan Pakatan Rakyat sangat prihatin dan mengambil berat untuk menyelesaikan masalah yang telah dicipta oleh kerajaan BN/Umno sebelum ini.

    “Merekalah yang menyekat bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dahulu hingga menimbulkan masalah dan kerumitan kepada sekolah dan juga para guru yang bertugas di Sekolah-Sekolah Rakyat,” jelas Misbah.

    Beliau melahirkan rasa kesal apabila Umno mahu menunjukan rasa prihatinnya terhadap Sekolah Agama Rakyat yang mana sebelum ini merekalah yang menjadi `penghalang’ dan menindas Sekolah Agama Rakyat dengan menafikan pemberian per kapita tersebut.

    Laporan Bernama melaporkan tentang desakan Pergerakan Pemuda Umno, Zainol Fadzi supaya Menteri Besar Perak Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut memberikan lot tanah kepada Sekolah Agama Rakyat milik persendiran dan Sekolah Agama Pondok dalam usaha memaju dan memartabatkan agama Islam di Perak.

    Misbah memberitahu Kerajaan negeri menyedari bahawa pemberian RM30,000 setahun kepada 9 buah sekolah Cina itu(bukan setiap satu sekolah sebagaimana laporan tersebut) adalah tidak memadai.

    Oleh itu sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri memutuskan untuk memberikan tanah kepada sekolah tersebut bagi membolehkan mereka menubuhkan sebuah syarikat untuk mengusahakan tanah berkenaan,” katanya.

    Mengikut sumber yang boleh dipercayai, tanah tersebut akan diusahakan dengan tanaman Kelapa sawit dimana dalam jangka masa lima tahun akan memulakan pengeluaran hasil, maka bantuan RM30,000 setahun itu akan diberhentikan.

    Misbah juga turut menjelaskan bahawa pemberian 400 hektar tanah kepada sembilan buah sekolah menengah persendirian Cina di Perak itu adalah atas tempoh pajakan selama 30 tahun.

    “Projek seumpana ini telah lama dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan dimana kerajaan Kelantan telah memperuntukan 3,000 hektar tanah untuk sekolah-sekolah Cina di sana,” katanya

    “Kerajaan Pakatan Rakyat mahu bersikap adil kepada semua sekolah-sekolah di Negeri Perak ini, bukan macam Umno/BN yang sehingga kini gambar Menteri Besar dari Pakatan Rakyat di lima buah negeri pun tidak dibolehkan digantung dibilik-bilik darjah sekolah-sekolah kerajaan Pusat,” ujarnya.

    Menurut Misbah lagi, Kerajaan Pakatan Rakyat juga sedang mengenal pasti tanah untuk Sekolah-Sekolah Agama Rakyat bagi tujuan yang sama dan akan di umumkan sedikit masa lagi. – mr_

  13. 2008 September 4

    adun pengkalan hulu tu bukanya cerdik bagus sedikit pada kawan kita duduk kat banun tu aja . apa yg dema buat dulu , konon nak membela orang melayu
    zaman dema dulu banyak ke dema tolong org melayu .

    sekarang ni baru nampak nak tulung melayu. bukan bolih percaya dah tak kuasa baru nak tunguk pandai lak .kalau dulu aku lah aku yang pandai , pandai pembohong, pandai menipu ,macam macam pandai lagi la ,apa ada jasa dema buat kan orang gerik dan perak ni. habuk pun tarak untuk buat kenangan yg ada sejarah bangunan runtuh kat banding tu, MB bangunan runtuh letak jawatan tapi rakyat tau jugak.

    Tak bertanggong jawab punya orang , ramai bolih cari. siasat dia balek jangan kasi can . dan lepas 31.08.08 belum ambil perak lagi bila pulak tunggu 31.08.09 pulak. bolih berangan aje le ,mimpi disiang hari.

  14. 2008 September 4

    tu la unmo

    masa zaman unmo( gua tak kutuk umno aaa) berkuasa dulu , tanah bukan main lokek lagi. Kalau ada orang melayu apply dalam 100 hanya 1 atau 2 je dapat.. tu pun sewa. Sekarang tau pulak membebel.. apasal masa zaman kau berkuasa dulu kau tak nak bagi tanah kat orang melayu… bangang punye unmo (bukan umno aaa)

  15. 2008 September 8
    jebat permalink

    umno ni mengata orang pandai tapi dia sendiri yg tidak adil. di johor bahru, orang melayu bukan saja tidak diberi tanah malah dihalau pulak oleh kerajaan dalam satu kawasan alasannya untuk bina itu dan ini tapi apa nasib orang melayu itu, adakah dia tidak boleh menikmati pembangunan ekonomi. lawati laman web: wilayahpembangunaniskandar.wordpress.com

  16. 2008 September 8
    jebat permalink

    lawati laman web- http://wilayahpembangunaniskandar.wordpress.com

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS