Al- Fatihah buat Pak Samad Ismail
2008 September 4
Seorang lagi pejuang kemerdekaan negara meninggalkan kita.
Petang tadi, A. Samad Ismail menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 5.58 petang di Kuala Lumpur.
Arwah Pak Samad juga merupakan bekas tahanan akta zalim ISA.
Beliau adalah ayah kepada seorang blogger terkenal Nuraina A. Samad.
Pak Samad akan dikebumikan esok selepas solat Jumaat di Bukit Kiara.
Al-Fatihah untuk Pak Samad.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Berita dari Malaysiakini.















Tiada apa yang dapat dikatakan. Hanya doa dan Al Fatihah yang dapat diiringkan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dari Allah SWT. Langkah Allahyarham adalah langkah baik sebab pemergiannya dalam bulan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan….