Tuduhan Liwat terhadap Anwar: Dr. Osman muncul pertahan hasil pemeriksaan

2008 September 4
by aminiskandar

Hari ini politik Malaysia gempar lagi. Dr. Osman muncul pagi tadi dlam satu sidang akhbar yang dijalankan bersama peguamnya di pejabat Majlis Peguam. Berikut adalah berita yang dilaporkan oleh Malaysiakini:

Kes liwat: Dr Osman muncul hari ini
Sep 4, 08 12:21pm

Dr Mohd Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, muncul hari ini untuk mempertahankan hasil pemeriksaannya yang tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Mohd Saiful telah diliwat.

Dr Osman telah mengambil cuti lebih sebulan lalu selepas kebocoran laporan perubatannya ke atas Saiful itu, pada 28 Julai lalu.

Doktor tersebut, yang ditemani peguamnya – M Puravelan dan Yusri Kamaruddin – mengadakan sidang akhbar di Majlis Peguam pada jam 12 tengahari ini.

Beliau mengesahkan bahawa akuan berkanunnya, yang disiarkan oleh Malaysia Today memang ditandatanganinya.

“Saya tidak terbabit dalam politik, saya sentiasa bercakap benar,” kata Dr Osman yang kelihatan agak gementar.

Dalam akuan bersumpahnya, Dr Osman mempertahankan laporan perubatannya itu di mana beliau tidak menemui sebarang kesan liwat selepas memeriksa dubur Saiful.

Saiful telah mendakwa dia telah diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun lalu.

Anwar kemudiannya didakwa di mahkamah atas tuduhan tersebut beberapa minggu kemudiannya.

Dr Osman berkata, beliau mengadakan sidang akhbar hari ini untuk membersihkan namanya.

Beliau yang membaca kenyataannya berkata, beliau mengambil cuti kerana beliau merasa tertekan ekoran siasatan polis terhadap pemeriksaan perubatannya ke atas Saiful.

Dr Osman juga berkata, beliau tidak tahu bagaimana laporan perubatannya ke atas Saiful diketahui umum.

Ditanya sama ada beliau masih lagi berkhidmat dengan Pusrawi, Dr Osman berkata, beliau akan kembali bertugas secepat mungkin.

Dr Osman juga menafikan dakwaan bahawa beliau bimbang terhadap keselamatan dirinya.

[Berita lanjut menyusul]

Sekarang apa kata Pak Lah dan Syed Hamid Akhbar?

Apa kata Najib dan menantu Pak Lah?

11 Respons leave one →
  1. 2008 September 4
    afnanhassan permalink

    Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Jangan buat sebarang andaian yang berat kepada pembangkang sebab kenyataan Dr Osman masih boleh dipertikaikan dan mungkin atas desakan tertentu oleh pihak tertentu. Masih terlalu awal untuk buat andaian..

  2. 2008 September 4
    scizo permalink

    nak pertikai apa lagi kenyataan dr.osman en. afnanhassan oii? dia mengaku yang dia buat pemeriksaan kpd saiful sbl saiful report polis… laporan perubatan tu dia yang sediakan sendiri dan teredar di internet selepas saiful buat report.

    lain la kalau dia mengaku bagi pihak orang lain, ni laporan tu dia yang buat dan dia sendiri yang periksa saiful. elok sgt la dia mengaku.

  3. 2008 September 4

    Kang kena caj subjudis plak Dr. Osman ni. Neeway, syabas kepadanya yang sanggup berhadapan dengan kekuatan BN dan mahkamahnya.

  4. 2008 September 4
    Tan Sri Ali permalink

    2 org yg paling gusar dan risau
    1) Najib (play boy)
    2) KJ (samseng jalanan)
    Both bodoh nak mampus

  5. 2008 September 5
    yeopsiputum permalink

    Aisey ..bulan puasa ni ada jugak yg masih bengkeng mempertahan *tut* si Sayfool tu….ingat bulan puasa ni dapatlah hidayah dan percaya yang Allah Maha bijaksana merencana segala hal dimukabumi ini…Astagfirullahhal Aziim……..

    Allahuakbar….Allahuakbar..Allahuakbar…..

  6. 2008 September 5
    laser007 permalink

    BETUL TU YEOP….DR OSMAN TU PROFESSIONAL….DIA MEMANG JAGA PROFESSIONALISM SEBAGAI DOKTOR…..INILAH DOKTOR CONTOH…BUKAN BULEH DIJUAL/DIGADAI….

    LAWAN TETAP LAWAN….KEJOR TETAP KEJOR …HAMBAT KONSPIRATOR TU SEMUA….

  7. 2008 September 5
    dasuki permalink

    kepada ketua pemimpin-pemimpin atasan,

    puak-puak yang mementingkan hawa nafsu, kepentingan diri dan yang dikira kurang siuman yang sanggup melakukan perkara yang dilarang oleh Allah dan di kutuk oleh Allah, Malaikat dan seluruh penghuni langit.
    apakah mereka itu sedar sekarang ini pun mereka melata kat bumi Allah ini?
    carilah bumi lain jika tak mahu menurut perintah serta larangan Allah! buatlah pemerintahan menurut kehendak mu sendiri wahai pemimpin-pemimpin hawa nafsu.

    pesanan drp: cucu orang utan…….

  8. 2008 September 5
    NorHaslim permalink

    Apa kata kita tunggu official result. Daripada kita buat spekulasi liar, mengutuk tak habis-habis. Sekarang bulan Ramadhan..

  9. 2008 September 5
    k anwar permalink

    tak usah dengar apa org umno nak kata.penipu orang melayu.parti komponen BN baik mca atau mic pun tak berani komon pasal kes liwat dsai.kita semua tahu umno adalah parti melayu dan agama rasmi org melayu adalah islam.sedih orang islam lebih teruk memfitnah saudara yang seagama.dlm hal ini tak salah kalau kita puji sikap org bukan islam.

  10. 2008 September 5
    k anwar permalink

    org umno hanya percaya kat najib je.percaya pada sumpah najib wallahi wabillahi wa(gua)kafirunhi hahaha

  11. 2008 September 5
    Boragas permalink

    ye le! seingat aku orang UMNO yang lebih berani cakap kes liwat ni berbanding orang MCA atau MIC

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS