Hanya 49 Ahli Parlimen BN berlepas ke Taiwan

2008 September 8
by aminiskandar

Hanya 49 Ahli Parlimen Barisan Nasional yang bersama BNBBC untuk mengikuti lawatan sambil belajar ke Taiwan.

Dibawah ialah berita dari Utusan Malaysia:

49 ahli Parlimen BN berlepas ke Taiwan untuk lawatan sambil belajar
08/09/2008 2:26pm

KUALA LUMPUR 8 Sept. — Seramai 49 anggota Parlimen Barisan Naisonal (BN) berlepas ke Taiwan hari ini bagi melakukan lawatan sambil belajar mengenai teknologi pertanian yang diamalkan di negara kepulauan itu.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, selain beliau sendiri, anggota rombongan terdiri daripada Pengerusi BNBBC, Datuk Seri Tiong King Sing, 10 anggota Parlimen Sabah, 12 anggota Parlimen Sarawak dan selebihnya dari Semenanjung.

“Kami dijangka pulang ke Malaysia pada 17 atau 18 September ini,” katanya ketika dihubungi Bernama sejurus sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang di sini.

Ditanya mengapa Taiwan menjadi destinasi pilihan, Bung Mokhtar berkata, mereka berminat untuk menerokai teknologi baru bidang pertanian yang diamalkan di negara itu.

“Selain itu, ia dipilih kerana berdekatan dengan Malaysia,” katanya sambil menambah bahawa segala perbelanjaan ditanggung sendiri oleh anggota Parlimen yang terlibat.

Bung Mokhtar berkata, mereka berhasrat untuk mengadaptasikan segala pengetahuan yang diperoleh di Taiwan untuk membangunkan industri pertanian di kawasan Parlimen masing-masing.

Katanya, pihak berkuasa negara itu juga telah menyatakan persetujuan untuk membantu urusan lawatan ke tapak-tapak industri pertanian moden di sana.

Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Taiwan.

Bung Mokhtar juga menafikan tanggapan sesetengah pihak kononnya lawatan itu ada kaitan dengan usaha menghalang Pakatan Rakyat daripada menubuhkan kerajaan persekutuan pada 16 Sept ini

Malahan, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Jumaat lepas menjelaskan bahawa program lawatan itu tidak perlu dikaitkan dengan penubuhan kerajaan oleh Pakatan Rakyat.

“Kalau mereka nak pergi, biarlah mereka pergi, apa nak hubung kaitkan dengan September 16. Mereka bukannya orang yang nak melompat daripada BN,” kata Perdana Menteri.

— BERNAMA


Takkan hanya 49 orang sahaja yang berjaya diselamatkan daripada menyertai Pakatan Rakyat pada 16 September 2008?

4 Respons leave one →
  1. 2008 September 8
    Jeffripower permalink

    Hanya 49 orang yang terlibat dengan lawatan tersebut. Mengapa ia harus dianggap sebagai taktik BN untuk mengelakkan ahli Parlimen lompat parti. Saya rasa tiada masalah kerana lawatan tersebut bukan paksaan. Masih ramai lagi ahli Parlimen BN yang tinggal.

  2. 2008 September 8

    Kenapa Pak Lah tak ikut? Ada berani tunggu ka? Haha.

  3. 2008 September 9
    antatuyaya permalink

    Sepatutnya di bulan puasa, bulan yang mulia bagi semua kaum, bukan hanya untuk orang Islam, hantar lah puak bodoh bodoh ni ke Mekah buat Umrah. Agaknya Islam Hadhari ni Kiblat nya dah bertukar ke Taiwan.
    PM Hadhari Ahli Parlimen Lari.

  4. 2008 September 15

    Salam
    kelakar, kelakar nampak nye ketakutan.

    Dulu buta huruf
    Sekarang buta It
    Berjuanganlah supaya reti
    Supaya jangan jadi menteri orang benci

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS