Saya sokong Teresa Kok saman kerajaan Malaysia, Utusan Malaysia dan Khir Toyo

2008 September 20
by aminiskandar

Syukur…. Teresa Kok telah dibebaskan.

Selepas tujuh hari ditahan, polis membebaskannya oleh kerana tidak ada sebab lagi untuk menahannya.

Ini bukti bahawa ISA digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk melindungi kesejahteraan politik Barisan Nasional dan bukan bertujuan untuk menjaga ketenteraman awam.

Teresa Kok mahu menyaman kerajaan Malaysia, Utusan Malaysia dan Khir Toyo diatas penahanan beliau. Klik disini.

Saya sokong. Ketiga-tiga pihak ini memang patut disaman dan diheret ke mahkamah.

Kerajaan Malaysia, Utusan Malaysia dan Khir Toyo memang berniat jahat untuk menimbulkan ketegangan kaum.

Untuk mengajar lagi ketiga-tiga pihak yang jahat ini, saya cadangkan agar Teresa Kok dan Pakatan Rakyat membawa isu ISA ini ke mahkamah pengadilan antarabangsa di The Hague.

Kerajaan Malaysia telah menggunakan ISA untuk mengekalkan kuasa mereka selama berpuluh tahun lamanya.

Masa telah tiba untuk mengajar mereka.

Pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin yang mendedahkan tentang konspirasi liwat terhadap Anwar Ibrahim masih lagi merengkok dalam tahanan ISA.

Protes dan perjuangan untuk membebaskan beliau harus diteruskan. Begitu juga dengan tahanan-tahanan ISA lain yang menderita selama bertahun-tahun lamanya di Kem Tahanan Kamunting.

Mereka berhak untuk mendapatkan pengadilan di mahkamah jika benar-benar bersalah.

Tidak ada bezanya kerajaan Malaysia dibawah Barisan Nasional dengan Imperialis Amerika Syarikat yang telah memenjarakan ramai orang tanpa bicara di Guantanamo Bay.

ISA adalah musuh negara. ISA adalah warisan penjajah British. Umno dan BN mahu mempertahankan ISA kerana mereka dahulu adalah boneka penjajah British.

Islam pula diperalatkan oleh regim Abdullah-Najib untuk mengekalkan kuasa. Islam digunakan untuk memenjarakan Raja Petra dan Teresa Kok untuk survival politik BN.

Sedangkan regim Abdullah – Najib memenjarakan kumpulan-kumpulan Islam seperti Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) dan Jemaah Islamiyah (JI) untuk menyokong kempen “perang anti-terorisme” George Bush.

Tidakkah anda melihat pembohongan mereka?

Jika anda anti ISA dan mahu Raja Petra dan 64 orang lagi yang sedang dalam tahanan ISA dibebaskan, klik disini dan sokong Petisi Online Kepada Perdana Menteri untuk membebaskan kesemua tahanan ISA.

10 Respons leave one →
  1. 2008 September 20

    Assalamu’alaikum Wr,Wb

    Jika penahanan Tressa ko sengaja hendak membangkitkan rasa kemarahan umat islam terhadap kaum cina maka itu tersangat tidaklah wajar, tambahan lagi dalam keadaan suasana politik UMNO dalam keadaan gawat kerana tidak berpuas hati sebab banyaknya kaum cina yang menolak BN pada pilihanraya yang lepas, sepatutnya kerajaan memperbaikki kelemahannya, bukan mencari sebab dan dendam sebagaimana yang di lakukan oleh Ahmad Ismail

    Dalam masalah ini kita tidak suka pehak Polis di pergunakan sebagai alat politik oleh Kerajaan BN, tiada sesiapapun yang suka melihat negara dalam keadaan huruhara, langkag penahanan Tresa Ko membuatkan kaum cina bertambah jauh kepada pemerintahan UMNO dan ini merugikan lagi UMNO dan komponennya

    Terbukti dengan jelas ketidak puasnya hati kaum cina tersebut kepada UMNO dalam BN, ini menyebabkan banyak bantahan daripada kaum tersebut kepada UMNO, kerana itulah bekas PM (Dr Mahadhir) meminta tiga parti kaum cina supaya menggesa Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan, kaum cina lebih bijak berpolitik kerana mereka tidak menunjukkan sangat sikap protes mereka akan tetapi ketidak puasnya hati mereka itu bagaikan BOM jangka

  2. 2008 September 20
    dasuki_tmc permalink

    PEMERINTAHAN YANG BERSIFAT MUNAFIQ ITU WAJIB DI NYAHKAN DAN DIHALANG DAN DIMUSNAHKAN TERUS DARI BERKUASA DI BUMI MALAYSIA DAN DI DUNIA INI.
    WAJIB SETIAP ORANG ISLAM YANG MENGAKU BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT MENOLAK DAN MENGHALANG CARA UMNO/BN MEMERINTAH DIMALAYSIA INI.
    OLEH ITU ORANG ISLAM YANG MATI ATAU TERBUNUH KERANA MEMPERTAHANKAN AQIDAH IMAN DAN ISLAM, ALLAH AKAN MENGURNIAKAN DARJAH ‘MATI SYAHID’.
    SELAMAT BERJUANG UNTUK MATI SYAHID KEPADA PEJUANG ISLAM YANG IKHLAS DENGAN TUHANNYA ALLAH HURABBIL’ALAMIN.
    sekadar pesanan drp: cucu orang utan

  3. 2008 September 20
    sharudinkamarudin permalink

    kalau di lihat keadaan nye tak ada seorangpun dari parti alif mim nun wau(sarkis) yang memang terkenal sejak zaman p.ramlee ni di ditahan.1.Mat mail penang and the samseng geng…sanggup koyakkan bekas ketua menteri nya.cakap china menumpang..mcm datuk nenek dia yang dari luar tu datang malaya dulu cari tanah kat bukit bendera bukan menumpang gak..ha ha.ada tak orang china koyakkan gambar paklah walaupun diorang dihina?ada tak orang china bunuh amat mail and the samseng geng?diorang rileks je ….aku ada kawan china lagi…dia tolong anta anak sekolah lagi,,,

  4. 2008 September 20

    Saya berpendapat yang sama Mr.Black, kita patut ajar mereka, apa ingat kalau mereka di pihak pemerintah,mereka senang2 mahu membuat suka hati terhadap pihak oposisi, wajar sewajarnya …..

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  5. 2008 September 20

    Saman je. Ajar skit. Ingat pembangkang ni hape? Kasut?

  6. 2008 September 21

    Buat la sujud syukur….

  7. 2008 September 21

    saman jangan tak saman. bila lagi nak saman depa.

    eh, jadi teringat pulak wan mat saman…

  8. 2008 September 22
    Awang Kata permalink

    Jangan tak saman. Saman terus! Apa ditunggu lagi. Memang patut pun disaman sebab dia hina tulisan Jawi hak Melayu. Demi maruah mari kita pakat saman.

Trackback & Pingback

  1. Amin Iskandar : Jurukempen Agenda Samanlah Kerajaan ! « Pedang Alif Ba Ta
  2. Politics 101 Malaysia :: “Saya sokong Teresa Kok saman kerajaan Malaysia, Utusan Malaysia dan Khir Toyo” :: October :: 2008

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS