Bantahan ISA berterusan… Ribuan rakyat turun kejalan

28 09 2008

Malam semalam saya bersama-sama dengan ribuan rakyat untuk membantah ISA. Boleh dikatakan inilah pertama kalinya saya menghadiri acara “bakar lilin” yang terbesar untuk membantah ISA. Syabas Hindraf dan WAMI kerana berjaya menganjurkan perhimpunan tersebut dengan jayanya tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Klik disini untuk berita dari Malaysiakini.

PerhimpunanĀ  yang dihadiri oleh ribuan rakyat itu membuktikan bahawa rakyat tidak akan membiarkan kerajaan terus-menerus menggunakan ISA untuk membunuh musuh-musuh politik mereka. Jika bantahan yang sebegini berterusan, saya percaya Malaysia akan bebas dari ISA tidak lama lagi.

Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, ISA ibarat senjata yang hilang bisanya. Jika rakyat terus bangkit melawan, bukan sahaja ISA, Barisan Nasional juga mampu kita hantar kedalam tong sampah sejarah. Percayalah…

Ketika rakyat Malaysia mahukan demokrasi dan perubahan, Umno masih lagi bertelagah untuk menentukan siapakah yang bakal menggepalai parti yang disokong oleh penjajah British itu.

Terbaru, ahli-ahli majlis tertinggi Umno membunuh demokrasi dalam parti mereka apabila menangguhkan lagi Pemilihan Parti tersebut. Cuma beberapa kerat sahaja yang bersuara menentang tindakan yang tidak demokratik itu. Klik disini dan disini.

Selebihnya hanya mampu mengikut sahaja tanpa berani membuat bantahan. Itulah Umno, parti Melayu yang takut akan perubahan. Mereka seharusnya malu dengan MCA yang lebih berani menukar Presiden parti mereka dengan pemilihan yang demokratik.

Biarkanlah Umno terus begitu. Parti tersebut akan hancur ditelan zaman.

Tahanan ISA tidak bersendirian. Mansuhkan ISA!!! BEBASKAN SEMUA TAHANAN ISA!!!


Tindakan

Informasi

9 gerakbalas-gerakbalas

28 09 2008
kkitsam

Hi Amin, saya juga di sana, tetapi dengan kumpulan yang lain, bersama Marina dan lebih 50 orang lagi. saya dah upload gambar di blog saya
http://kkitsam.wordpress.com/

Harap lebih ramai lagi rakyat Malaysia turun padang

28 09 2008
KANINABOO

Apa kata buat “MANSUHKAN ISA, MALAYSIA TOUR”!!!! Semua RAKYAT berpeluang participate dlm candlelight vigil sebegini.

28 09 2008
monsterball

Wonderful night.
Wondeful Malaysians.

29 09 2008
perfectwater

Salam!

Saya sokong GMI! Saya sokong GMI! Saya sokong GMI!

thx!

29 09 2008
ararsuke

jangan nanti dah terantuk baru terngadah..

29 09 2008
amuraria

kerana mau menjaga kepekungan busuk pemimpin-pemimpin umnoi dari terdedah satu persatu maka tindakan dajal tak berperikemanusiaan diambil dengan mengenakan isa konon rpk menghina Islam ! siapa sebenar menghina Islam dengan menzalimi rakyat yang membongkar kemungkaran ,penyelewengan ,rasuah,salahguna kuasa dan politik perkauman ? parti dajal umnoi ini tak akan bertahan lama insyAllah !

30 09 2008
dasuki_tmc

dengan izin Allah, jika seluruh makhluk Allah di muka bumi dan dilangit tidak dapat menghalang hancurnya umno dari muka bumi malaysia ini. kalau parti umno akan di hancur oleh Allah, maka akan hancur juga akhirnya kerana Allah tidak mahu mempertahankan kewujudan parti umno, tetapi Allah akan mempertahankan ugama Islam walaupun ada manusia yang menghancurkannya.
tak ada parti umno kat malaysia ini tak jadi hal, tapi kalau tiada Iman dan Islam maka akan punah manusia kerana tidak ada jalan petunjuk kebenaran yang parti umno bawa…..

yang baik itu cuma:

cucu orang utan,
ia tiada parti.

10 10 2008
vlan

its show d unity of malaysian who prefer more democratic…….. long live malaysian………….. no colour no race …….

23 05 2009
Joining an Anti ISA Rally « FoOie’s Haven

[...] Blog Amin Iskandar – Bantahan ISA berterusan… Ribuan rakyat turun kejalan [...]

Tinggalkan komen