60 peratus ahli Gerakan mahu keluar BN
Pelan peralihan kuasa dalam Umno, tidak kira dipercepatkan atau dilambatkan, tidak memberi kesan kepada parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) yang sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno. Tambahan lagi apabila yang mengantikan Pak Lah ialah Najib Razak seseorang yang dilihat mewakili politik lama ala Dr. Mahathir.
Pelan peralihan kuasa yang akan dipercepatkan tersebut lebih menguntungkan Najib. Suami kepada Rosmah Mansor itu selesa untuk tidak bertanding untuk merebut jawatan Presiden parti Melayu tersebut. Ini bukti Umno takut akan demokrasi. Jika demokrasi dalam parti tersebut juga tiada, apakah kita mengharapkan Umno untuk mengembalikan demokrasi di Malaysia?
Selepas SAPP meninggalkan BN. Kini muncul polemik di dalam Parti Gerakan pula. 60 peratus daripada ahli-ahli Gerakan mahu parti tersebut meninggalkan BN. Klik disini. Pemangku Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon kini menimbangkan untuk keluar BN dan menyertai Pakatan Rakyat. Kemungkinan juga, Gerakan akan keluar dan menjadi parti bebas seperti apa yang dilakukan oleh SAPP.
Kemana masa depan BN? Apakah perlu formula baru?















Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak kelemahan dalam BN. Walaupun terdapat ahli parti Gerakan yang ingin meninggalkan BN, akan tetapi Dr Koh telah memberikan jaminan bahawa mereka akan melihat perkara ini secara menyeluruh dan bukan hanya berdasarkan sentiment semata-mata.
Ini la yang sebaik-baiknya.
Banyak perkara yang perlu di ambil kira sekiranya sesebuah parti itu ingin keluar dari satu-satu pakatan. Ini kerana mempengaruhi parti tersebut secara menyeluruh. Kita ambil saja SAPP sebagai contoh.
lepas nih makin bertambahlah kerja2 bpr
alaaaaa…. Gerakan / DAP/ MCA semua tu topeng politik ja ….. kalau nak harap PKR /PAS nak wakil melayu /islam ….. hampeh…. reform UMNO……
Orang melayu kutuk melayu masa senang. Masa susah 13 Mei 1969 Melayu cari siapa?.
Gitulah orang umo sedang layan orang yang tidak sehaluan dengannya. Habis dauble standard belaka.
Bila susah cari melayu pulak…… perangai umo…. dok ubah-ubah.
saya setuju, Umno sahajalah parti melayu yang boleh membela nasib orang melayu, tetapi masalahnya pemimpin yang ada dalam UMNO buat jawatan tu keturunan dia,walau orang tak suka tetap dia akan bermati-matian menggunakan apa saja kuasa yang ada untuk mengekalkan jawatannya. kalau nak di siasat kes rasuah hampir kesemua pemimpin Umno rasuah. Oleh yang demikian selagi mangkok2 ni masih berkuasa samada ketua cawangan,ketua bahagian, sampailah ke MT, Umno akan tinggal nama. Sepatut bukan Paklah sorang kena letak jawatan semua pemimpin yang memimpin hampir 3 penggal kena letak jawatan baru Umno boleh bergerak dengan bersih fikir-fikirkan
Orang UMNO kena balik cari kebenaran dalam Al-Quran bukan lagi majoriti.
Majoriti tidak lebih dari kebendaan bukan pembelaan. Kata orang Pak Ali dalam filem P.Ramlee; ‘ Baik ada makna tu’. kata orang tua-tua : ‘Ada udang disebalik mee’.
Patutlah minyak turun 10 hingga 15 sen. Nak kelabu mata rakyat tu, sebab berebut nak jadi ketua. Barang lain masih tinggi melambung.
Begitulah penjajahan bangsa sendiri demi kepentingan politik keturunan yang diamalkan sejak Msia merdeka dari penjajah Inggeris.
Cari orang yang benarlah untuk pimpin negara bukan UMNO.