RPK is not alone….


Pagi ini sejak jam 8.00 pagi penyokong-penyokong blogger terkemuka Raja Petra Kamarudin (RPK) berkumpul di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya berkumpul untuk menyatakan sokongan terhadap RPK yang kini ditahan dibawah ISA di Kem Tahanan Kamunting.
RPK dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya untuk menjalani perbicaraan setelah dituduh dibawah Akta Hasutan.

Rata-rata yang hadir terdiri daripada rakan-rakan bloggers, peminat Malaysia Today, ahli-ahli politik pembangkang dan aktivis Hak Asasi Manusia.
T-shirt untuk menyokong pembebasan RPK laris dijual. Kebanyakkan pembeli tidak kedekut untuk membeli sehingga dua-tiga helai.
Oleh kerana terlambat hadir dan tidak dapat menunggu sehingga perbicaraan habis, maka gagallah untuk merakamkan gambar RPK yang terbaru.
Kepada RPK, jangan risau, kami bersamamu. Kami tak akan biarkan, kamu terpenjara dengan begitu lama. Perjuangan untuk memansuhkan ISA akan berterusan.

Lihat berita dari Malaysiakini.















jangan bimbang, jika perkara sama berlaku ke atas sedara, pasti penyokong sedara akan buat perkara yang sama
Walaupun saya tidak suka dengan RPK, tapi saya masih ada perasaan kasihan pada beliau. Beliau tidak sepatutnya ditahan dibawah akta ISA. Bukan bermaksud saya membelanya tapi untuk mempertahankan hak rakyat. Sekiranya beliau memang bersalah, hadapkan beliau di mahkamah dengan prosedur yang betul agar beliau dapat diadili…
RAJA PETRA, BAPAK DEMOKRASI MALAYSIA
RAJA PETRA, FATHER OF DEMOCRATIC MALAYSIA
RPK, Your name is engraved in Malaysian History as The Great Warrior of Truth, Justice and Peace.
Peace be with you, Mahatma, O Great Soul!
alaa…. korang ni … biarla dia lepak @ Kamunting… makan free…… lagipun dia bukan ada kerja tu ….. reform UMNO…….
Kepada Hentam,
Kan lagi baik kita tambah geng RPK kat Kemunting tu, kita letak Paklah, KJ, TDM, Najis Big Mama n Sumer orang Um-No sekali bagi adil sket. Depa tu sumer perosak Malaysia.
Keroncong Untuk Raja
Engkau dalang
Dalang kemusnahan
Kemusnahan sebuah kepalsuan
Kepalsuan seiras dalang
Cerita mu bagaikan kisah dongeng
Engkau bersayapkan sayap lalat
Terbang bersenjatakan akal
Tapi bukan akal sejengkal
Akalmu seiras akal dalang
Engkau adalah haiwan
Yang kejam dan meletihkan
Tapi bukan pada semua haiwan
Kerana bukan semua haiwan ketawa tidak berakal
Dalang
Rajailah prinsip hidupmu
Walau jasadmu dimamah haiwan
Sesungguhnya namamu Raja Dalang
Salam perjuangan..buat Raja…perjuanganmu amat beerti….
- pak yatim,kg. baru,121008-
pakyatim@gmail.com
“ISA KAN ISA”
“ISAKANISA”