Bermulalah Perang terhadap Najib Razak

Pagi tadi ketika pulang dari Mahkamah Jalan Duta sekitar pukul 11 pagi, ternampak satu banner digantung yang berbunyi, “Rakyat Merayu kepada Pak Lah Agar Tidak Serah Malaysia Kepada Penjenayah”. Di banner tersebut terdapat gambar Altantuya Shaariibuu, Najib Razak dan Rosmah Mansor.
Tanpa membuang masa, kereta pun dihentikan dan gambar diambil.Kebanyakkan kereta yang melalui jalan tersebut memperlahankan kenderaan untuk melihat banner tersebut.

Selepas makan tengah hari saya keluar untuk membayar bil-bil.
Dalam perjalanan pulang ketika melalui Jalan Bangsar pada pukul 2.00 petang berhampiran dengan simpang untuk ke pejabat NSTP, ternampak sebuah lagi banner yang mempunyai gambar Altantuya, Najib dan Rosmah.
Di banner ini pula tertulis,
“Najib Tun Razak Perdana Menteri Ke 6?
- Rasuah hampir satu billion dalam urusan pembelian peralatan pertahanan.
- Tuduh isteri pertama Tengku Puteri Zainah gila babi untuk kahwin dengan isteri orang.
- Membeli isteri orang untuk dikahwini.
- Punyai isteri yang tamak, boros dan queen control umpama Imelda Marcos.
- Misteri pembunuhan Altantuya.
http://antinajib.blogspot.com Selamatkan Melayu”
Banner yang kedua ini terdapat logo Umno dan digantung disebelah banner hari raya Umno Lembah Pantai. Semalam Pak Lah mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno dalam pemilihan parti tersebut Mac depan.
Setakat ini Najib disebut sebagai penggantinya. Seperti yang dikatakan semalam, Najib “mungkin” menjadi penggantinya. Beliau menggunakan perkataan “mungkin” kerana Najib masih lagi perlu bertanding untuk merebut jawatan Presiden Umno. Setakat ini hanya Ku Li yang telah mengumumkan untuk mencabar jawatan Presiden Umno dalam pemilihan Umno nanti. Masih belum ada calon-calon lain yang berani.
Namun ramai pihak belum yakin Ku Li akan dapat cukup pencalonan untuk merebut jawatan tersebut.
Apa-apa pun perang dalaman Umno untuk merebut kekuasaan telah bermula. Yang peliknya, perang terhadap Najib bermula terlebih dahulu.















Nampaknya kempen perang besar-besaran di dalam UMNO sendiri telah bermula sebelum Pak Lah buat pengumuman lagi.. Masing-masing dah mula bermain dengan permainan saraf untuk mempengaruhi rakyat dalam memilih mereka yang sesuai untuk jawatan tertinggi dalm UMNO. Apapun diharapkan hanya orang sesuai sahaja dipilih agar UMNO dapat diselamatkan. Kepada yang menyokong Pak Lah, teruskan usaha kita untuk memberi sokongan kepada Pak Lah kerana beliau masih berpeluang untuk bertanding walaupun beliau telah buat pengumuman semalam…
kaya pulak orang yang dapat projek banner ni.
Kalau Malaysia jatuh ke tangan penjenayah untuk memimpin apa akan jadi?
Najis itu sendiri rasuah.Dollah serah kuasa kat Najis seperti Malaysia ini dia orang punya.Dollah sama Najis itu 2X5 saja.Mesti ada “udang disebalik kapal Selam” mereka ini.—–Apa lagi kalau bukan komisyen RM…
1.Anwar sudah pun melancarkan serangan terhadap Najib sejak dari PK Ijok lagi.Tapi ketika itu org Pas pula bising mengapa Anwar tak serang Pak Lah,ada apa-apa ke antara Anwar dgn Pak Lah.Sekarang Pak Lah dah tersungkur,org Pas tentu gembira,tapi napa mereka nak buat dgn Najib?.
2.Nasib Pak Lah tak menjadi,kerana masuk campur dalam pertarungan Najib Anwar.Kalau beliau tidak mengada-ngada membela Najib mungkin,keadaan beliau tidak seperti sekarang,Najib tentu menikus kerana terus di tekan Anwar dan Muhayuddin pula tentu menyokong Pak Lah,dgn harapan Najib di ketepikan satu masa nanti.
aku anti najib. btol ni. ehe.
bila orang yang tidak memiliki ilmu ugama islam memegang pemerintahan akan berlaku kemusnahan yang dasyat yang bukan sahaja mengorbankan harta malah akan terkorban nyawa sekali pun mereka tidak memperdulikan nanti.
Mesti ada “udang disebalik kapal Selam” mereka ini.—–Apa lagi kalau bukan komisyen RM…juga pembelian helikopter untuk mengantikan Nuri yang uzur yang selalu terhempas mengakibatkan anggota tentera terkorban bukan pada tempatnya. tidak meletakkan sesuatu betul pada tempatnya itu adalah ZALIM.
Akn wujud lg team A n B dlm UMNO.Najib d tentang Ku Li.Mat Taib lwn Muhyidin.Yg sebaik nye kite x yh pdulikan dia org ni.Kite wat keje kite shga kite capai kejayaan.Insya Allah.
Apalah korang ni asad & dengki….najib belum lagi jadi PM korang dah ganyang dia..kasi chan le bros & sis….lepas jadi PM baru le korang nilai ..biarle najib tunjuk karisma dia dulu ….ini belum apa2 lagi korang dah asad…apa nak jadi dengan orang melayu ni…..???
dear tok hang…
with unsolved issues on kapalselam bawa altantunya ke paris beli jam 12 juta, balik bawa ufti 500 juta….do you think we are circulating clean environment. tu baru timbalan…
and prolong trial si razak baginda, missing in action bala dula…kalu bagi john lucas, buat cerita, kita boleh agak siapa last sekali yang akan meletup..
Tok Hang Samdol?
ko bagi dulu lah…tadbir rumah ko? ko bagi can kek dio..aku tak nak? pasai dulu jadi menteri besar pahang, menteri itu menteri nie? dio punya jaso banyak ko?
Tok Hang Samdol..lu pikir lah sendili? Sapo kayo? Tok Hang Samdol? Ko kayo ko ..kayap?
Tok Hang Samdol..ko bleh kasi tahu kek kawe ko si najib tu…poooorahhh lah lu??? Lu tadbir bini lu dulu lah doll!
sekarang ni kita telah sepuluh hari menyambut aidilfitri, sebelum itu genap 30 hari kita berpuasa. nampaknya kita masih lagi tidak dapat ditarbiah dari ibadat puasa kita yang baru lalu. fitnah dan kata mengata masih lagi menjadi selangan bualan. agaknya apakah nyawa sudah di kerongkongan kita baru nak mengakui bahwa perbuatan kita itu sebenarnya dilaknat oleh Allah Ta’ala. insaflah, mungkin orang yang melakukan kesalahan itu dosanya satu sahaja tetapi kita yang menuduhnya pula akan terkena berbagai dosa-dosa yang lain pula. ingatlah itu. jangan kita terlalu beremosi dalam perkara yang kita tidak pasti atau dengar cerita tanpa kita ada bukti yang nyata di tangan kerana.
Salam Semua,
Dengan erti kata lain, hormatilah bulan yang mulia ini…
Salam..
Mari baca sedikit kisah sirah sahabat dijamin syurga oleh Nabi dan bandingkan dengan peristiwa berlaku sekarang di negara kita..Sempena berkat penghulu segala hari ( hari Jumaat ) hari ini…
Pembunuhan Saidina Ali bin Abi Talib ( 40 H )
Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf al-Qurasyi al- Hashimi merupakan khalifah Islam yang keempat dalam sejarah Khulafa’ Ar-rasyidin yang menjadi pewaris Nabi s.a.w dalam urusan pemerintahan negara dan umat Islam . Beliau turut di kenali sebagai Abu Al-Hassan iaitu anaknya yang pertama dengan Fatimah Az-Zahra’ binti Rasulullah s.a.w . Ibu beliau ialah Fatimah binti Asad bin Hasyim bin Abdul Manaf .
Ali bin Abi Talib termasuk dalam sepuluh orang sahabat tersohor Rasulullah s.a.w yang dijamin syurga semasa hidupnya lagi oleh Saiyidul Mursalin yang juga merupakan sepupu dan mertua beliau . Ini jelas menunjukkan tentang kedudukan dan keistimewaan beliau sebagai ahlul bait al-mutharah .
Ali bin Abi Talib terkenal sebagai seorang yang warak, luas ilmunya dan merupakan panglima perang Rasulullah s.a.w yang berani yang terlibat dalam keseluruhan peperangan bersama Rasulullah s.a.w kecuali peperangan Tabuk disebabkan keuzuran yang menghalang beliau daripada menyertai perang tersebut .
Selepas syahidnya Saidina Umar Al-khattab dalam suatu tragedi yang mencetuskan kepada fitnah yang besar dalam sejarah umat Islam sehingga kini, Ali bin Abi Talib dipilih oleh Umar Al-khattab sebagai salah seorang daripada enam orang Ashabus Syura untuk mengantikan Umar dalam memegang amanah Khilafah . Lima orang yang lain ialah : Usman bin Affan , Talhah bin Ubaidillah , Abdul Rahman bin Auf, Az-Zubair bin Al-Awwam dan Saad bin Abi Waqqas . Akhirnya Saidina Usman bin Affan telah dipilih sebagai khalifah ketiga . Namun Saidina Usman juga syahid dibunuh oleh penentangnya juga dalam satu tragedi yang menyayat hati .
Selepas itu Ali bin Abi Talib diamanahkan untuk mengganti Saidina Usman . Beliau dilantik pada tahun ke 35 hijrah dalam suasana yang berkecamuk dan penuh dengan kontroversi pembunuhan Usman bin Affan . Desakan demi desakan dibuat agar beliau mencari dan menghukum pembunuh Saidina Usman .
Ekoran itu berlaku beberapa peristiwa antaranya peperangan Jamal pada tahun 36 hijrah dan peperangan Siffin pada tahun 37 hijrah antara beliau dan Muawiyah yang mendesak Ali bin Abi Talib menyelesaikan perkara berkaitan pembunuhan Usman atau meletak jawatan dan menyerahkannya kepada beliau yang ketika itu telah dipecat daripada menjadi gabenor Syam .
Peperangan Siffin berlaku dengan dahsyat dengan korban kedua belah pihak mencecah angka yang besar . Melihat keadaan ini, Muawiyah telah diberi nasihat oleh Amru bin al-Ash agar mengangkat mushaf dan meminta pihak Ali bin Abi Talib mengadakan tahkim .
Saidina Ali bin Abi Talib mulanya enggan kerana merasakan ianya semata-mata helah Amru bin Al-ash dan beliau telah mengungkapkan kata-katanya yang mashyur yang bermaksud : ‘Itu adalah perkataan benar tetapi bermaksudkan batil’ .
Akhirnya berlakulah majlis tahkim dengan pihak Muawiyah diwakili oleh Amru bin Al-ash sendiri dan pihak Ali oleh Abu Musa Al-asyari . Mereka mencapai kata sepakat untuk mengumumkan perletakan jawatan Saidina Muawiyah dan Saidina Ali serta menyerahkan urusan pemilihan khalifah kepada umat Islam . Pihak Saidina Ali pun mengumumkan pengunduran beliau .
Namun pihak Saidina Muawiyah tidak melakukannya sebaliknya menganggap jika Ali telah mengundur diri dari khilafah, maka tidak ada sebab untuk Muawiyah melakukan tindakan sama kerana akan menyebabkan umat berada dalam ketiadaan pemimpin .
Seluruh umat Islam gempar dengan peristiwa tersebut. Mereka berpecah kepada tiga golongan :
1- golongan yang membaiah Muawiyah iaitu penduduk Syam -
2- golongan yang tetap setia dengan Saidina Ali dan -
3- golongan yang mengasingkan diri daripada keduanya serta tidak memberi baiah kepada mana -mana pihak .
Golongan inilah yang dikenali sebagai Khawarij yang telah menaruh dendam pada Saidina Ali kerana menerima tahkim sedangkan beliau layak dan tidak sepatutnya menyerahkan khilafah kepada pihak lain . Urusan khilafah adalah haq Allah dan Dia akan memberinya kepada orang yang layak dan berhak . Mereka muncul selepas peperangan Nahrawan dengan pihak Saidina Ali dan berterusan memainkan isu tahkim tersebut . Mereka mengisytiharkan keluar dari memberi ketaatan pada Saidina Ali .
Sesudah itu Saidina Ali kembali ke Kufah yang menyokongnya . Sementara itu golongan Khawarij mula merancang untuk membunuh Ali bin Abi Talib, Muawiyah dan Amru bin Al-ash . Mereka berkumpul di Mekah dan memutuskan bahawa Abdul Rahman bin Muljam ditugaskan membunuh Saidina Ali , Al-Hajjaj At-tamimi membunuh Saidina Muawiyah dan Amru bin Bakir membunuh Amru bin Al-ash .
Dalam operasi ini hanya Ibnu Muljam sahaja yang berjaya membunuh Saidina Ali sementara yang lainnya gagal .
Tragedi itu berlaku pada subuh 17 haribulan Ramadhan tahun 40 hijrah ketika beliau mengejutkan penduduk Kufah untuk solat subuh berjemaah dimasjid . Walaubagaimanapun Saidina Ali meninggal dunia beberapa hari kemudian iaitu pada 21 Ramadhan dalam umur 63 tahun sementara Ibnu Muljam telah dibunuh oleh Al-Mughirah bin Naufal bin Al-Harith bin Abdul Mutalib .
Ibnu Muljam sendiri dianggap oleh puak Khawarij sebagai mujahid yang syahid di jalan Allah dan melakukan perbuatan itu sebagai taqarrub kepada Allah dan akan dimasukkan kedalam syurga. Mereka juga menggangap Ibnu Muljam sebenarnya tidak membunuh Saidina Ali sebaliknya membunuh syaitan yang menyerupai beliau
Rujukan
1- Tarikhul Khulafa’- Imam As-suyuti, Cetakan Darul Maarifah, Beirut 1999
2- Tarikh Islami – Hassan Ibrahim Hassan , Cetakan Beirut 1991
3- Al-Kulafa’ Ar- Rasyidun – Abdul Wahab An-Najjar, Cetakan Beirut
http://www.epondok.com.my/index.php?p=bannerbulanan/pramadhan.php
disampaikan oleh :
Penulis Cyber
http://ustazmoden.wordpress.com
Aku letihlah macam ni…PM penjenayah..perasuah…penzinah dan macam-macam lagi.
Orang bersih nampaknya akan di musuhi sebab negara diteraju penjenayah. Negara akan jadi pariah dan tak dihormati oleh negara lain…maka sengsaralah segala rakyat di sini.
tok hang makan taik…. kalau nak sekat kena la dari awal, kalau dah jadi pm ,nak nilai kepala bapak apa lagi??? dia ada kuasa , dia tangkapla sapa sapa yang komplen dia…apa punya bodo la hang ni, dapat komisen apa..!!!
bulan mulia memang kita hormati, tapi setakat menghormati bulan jer la… hormat tu pulak macamana ye, kena tabik spring ke? tak….. banyak (?) orang hanya pandai cakap tapi tak pandai nak amal/laksana,. e.g. kita hidup dalam masyarakat ‘manusia’ , sepatutnya kenala saling hormat menghormati, tapi adakah itu yang terjadi??? kita hormat pemimpin(?) tapi adakah pemimpin PERNAH menghormati kita???? memang melayu (?) bodoh kerana sanggup meninggalkan pekerjaan seharian yang menjadi punca nafkah keluarga semata mata untuk meraikan lawatan pemimpin(?), tetapi apa yang dia dapat selain nasi bungkus (itupun kalau dapat), sebaliknya adakah pemimpin terbabit pandai menghormati beliau (dengan cara menjaga keperluan rakyat)???? memang melayu (?)bodo dari dulu ,kini dan selamanya…..
aku memang tak sukakan najib jadi PM..sebab dia lagi cerdik daripada Pak Lah..cerdik nak bolot duit negara..tapi aku rasakan ini semua kerana Dr M. dia lah perosak segala2 nya…Dr M yang bersalah atas semua ini….
Terus terang aku kata..aku benci Dr M…jadi Najib pun aku tak suka…
najib? nasib malay…sial memang sialll
takut lah aku…
Siapa lagi nak sokong pemimpin melayu,orang melayulah.Apabila orang melayu sendiri mengutuk pemimpin melayu maka orang bukan melayu akan pijak kepala pemimpin melayu.Kita x hendak pemimpin melayu menjadi orang suruhan orang india dan cina.Disini saya syorkan penulis biog ini muahasabah diri,betulkan ahli keluarga,berikan pelajaran dan didikan ugama kpd.ahli keluarganya semoga berjaya didunia dan ikhariat.Ugama perlu dijunjung dunia dijinjing.Kejayaan manusia terletak pada ugama sejauh mana dapat taat perintah Allah mengikut Sunnah Rasullalah.
engko ni bayan tak abih dgn melayu melayu ,kita ni dah ditakdirkan menjadi islam sokonglah islam,kerana islam membela semua bangsa tak kira lah melayu ka siam ka benggali ka. Allah turunkan islam dekat dunia ini untuk semua makhluk,sebab tulah Allah haramkan kezaliman,rasuah dan semua perbuatan mungkar
Bodohlah kau ni bayan!!!. Kalau dah tak betul kenalah kutuk….takkanlah kalau pemimpin melayu buat tak betul kita melayu diam diri saja!. Sebelum bangsa lain kutuk, biarlah sama bangsa kutuk dulu. Kutuk kita untuk kebaikan semua melayu…tapi kalau orang lain kutuk dia tak mau melayu…!!!!
aku nampak ada 1 je faedahnya bila abg jib ni jadi PM, lagi byk la modal nak kutuk nnt. kah, kah, kah.
NASIB KITA LAAA …..
Sdr.Kifli,islam itu igama,melayu itu bangsa.Jadi engkau ni bangsa apa? Utk. memerangi kezaliman,rasuah dan perbuatan mungkar hendaklah sdr.kifli berdakwah,bagi masa utk. igama Allah.
semua orang politikpon makan duit..tak payah cakap banyak lah..orang pas ke umno ke anwar ke…anwar cakap dia langsung xde kroni..betul ke brooooo…dia dah 10 tahun tak keje..mana dapat duit buat banglo kat bukit segambut tu…agak2 lah..jangan lah kelentong and hipokrit..mana ada manusia nak berjuang utk bangsa nie…semua berjuang untuk duit..bagi aku pemimpin politik makan duit tu perkara biasa..kalau akupon aku belasah sama duit tu..mana taknya..bila balik kawasan, macam2 orang datang jumpa…mintak bantuan anak sekolahlah..rumah bocorlah..mintak dermalah..nak tak nak kenalah bagi..so kenalah main projek n songlap duit sket untuk cover semua tu..biasalah tu…kesimpulannya..jangan hipokrit..jgn tuduh orang sana rasuah,makan duit etc..pasal semua orang camtu…itu perkara biasa..yang penting dahpegang jawatan tu pandai2lah buat kerja…rakyat senang cukuplah
hahaha…ya2 Najib ke, Pak Lah ke…Moh bungkus UMNO dan juga parti2 perkauman ke dalam kubur yukk
‘aku sayang bang lah, jangan lah pergi dikala hujang masih turun, tunggu sekejap bang’ janganlah serah kail ni pada bang jib, dia ganaslah…- sofia
aku sayang bang lah, jangan lah pergi dikala hujang masih turun, tunggu sekejap bang’ janganlah serah kail ni pada bang jib, dia ganaslah…- sofia
“Apalah korang ni asad & dengki….najib belum lagi jadi PM korang dah ganyang dia..kasi chan le bros & sis….lepas jadi PM baru le korang nilai ..biarle najib tunjuk karisma dia dulu ….ini belum apa2 lagi korang dah asad…apa nak jadi dengan orang melayu ni…..???”
TEGUR DAN BERI NASIHAT PUN SALAH KE????
PERBAIKI DIRI KELUARGA DULU, BARU ORANG BOLEH PERCAYA, TAPI TUDUHAN ITU TIDAK DINAFIKANNYA. BAGAIMANA NAK PERCAYA BAIK?????????
semua orang politikpon makan duit..tak payah cakap banyak lah..orang pas ke umno ke anwar ke…anwar cakap dia langsung xde kroni..betul ke brooooo…dia dah 10 tahun tak keje..mana dapat duit buat banglo kat bukit segambut tu…agak2 lah..jangan lah kelentong and hipokrit..mana ada manusia nak berjuang utk bangsa nie…semua berjuang untuk duit..bagi aku “pemimpin politik makan duit tu perkara biasa..kalau akupon aku belasah sama duit tu..mana taknya..bila balik kawasan, macam2 orang datang jumpa…mintak bantuan anak sekolahlah..rumah bocorlah..mintak dermalah..nak tak nak kenalah bagi..so kenalah main projek n songlap duit sket untuk cover semua tu..biasalah tu…kesimpulannya..jangan hipokrit..jgn tuduh orang sana rasuah,makan duit etc..pasal semua orang camtu…itu perkara biasa..yang penting dahpegang jawatan tu pandai2lah buat kerja…rakyat senang cukuplah”
lagi hancur punya idea.
patut pun bodoh tak dapat diajar, cerdik tak leh nak ikut.
haram tak kira asal boleh sumbat kat dalam mulut. lu punya suka le!!
bila tidak ada malu, buatlah apa yang kau suka.
nauzubillahhiminzaliq.
jauhkan aku dan keluargaku dari orang-orang dan syaitan-syaitan yang menyesatkan dari jalan petunjuk yang lurus dari sumber Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad S.A.W.
amin…..
Tok Hang (01:32:43) :
Apalah korang ni asad & dengki….najib belum lagi jadi PM korang dah ganyang dia..kasi chan le bros & sis….lepas jadi PM baru le korang nilai ..biarle najib tunjuk karisma dia dulu ….ini belum apa2 lagi korang dah asad…apa nak jadi dengan orang melayu ni…..???
bapak kau lah. ko bangang ke ape tak nampak ke die dah buat ape.
Kuat sangat ke… Najid berpegang dengan Agama.
Nampak keliru benar orang-orang UMNO.
Macam mana hendak tarik orang suka pada mereka.
Kalau muka hodoh, pakai bedak setara mana pun memang tetap hodoh.
Usahlah terpedaya………… kesudahan mati jugak kita……….
Mudah2an impian org2 buta dan tuli yg nak sokong Najiz as a PM tidak menjadi kenyataan…Penyangak besar,,yg merompak di siang hari ni nak jadi PM kite…M’sia di landa tsunami mcm Acheh kan…satu sen tak guna tau…manusia ni dan pasangan dia si betina tua berangan..jadi first lady tu …kan asal boleh jer…buat kerja semua mcm takde akhirat..pada diaowg ni…Me as a tax payer & Rakyat M’sia as well…will not agree to have him as a PM..U noe what I mean..esok2 bukan dia PM..bini dia yg betina gila kuasa tu yg jadi PM…Pompan tua ni kaki mandrem…aku tak sanggup!!!Malaysia akan jadi Zoo jer nanti..hakim.polis…semer dok jaga dia la kebal giler kalah AGONG raja2 semer…they r more king than a king…No way M’sia will be in a dark zone again!!!!
Hi!
My name is Jessika!
Kita bising-bising kat sini pun, dia dah jadik PM-6. Kontroversinya. Lepas ni, setiap malam tengok berita sambil makan popcorn tengok Najib dengan bini dia. Macam movie la. Bila nak klimaks, bila nak abis. Aku akan tunggu saat itu.