Teresa mangsa politik Jahat Umno-BN

2008 Oktober 10
by aminiskandar

Petang semalam saya sempat meluangkan masa untuk menghadiri program dialog diantara penulis-penulis blog dengan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Semenjak 8 Mac 2008 apabila Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih negeri Selangor, Teresa Kok menjadi mangsa serangan Umno Selangor dan akhbar Utusan Malaysia khususnya. Apa sahaja yang tidak dilaluinya. Selain serangan Utusan, beliau ditahan ISA, gambarnya di banner dikoyak dan baru-baru ini “molotov coctail” dilempar kerumah keluarganya.

Bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo adalah diantara tokoh Umno yang cuba menjadikan Teresa Kok sebagai mangsa permainan politik jahat beliau selepas kecewa setelah menjadi Menteri Besar Selangor yang pertama gagal mempertahankan negeri tersebut daripada penguasaan Umno.

Diantara yang hadir dalam majlis tersebut ialah teman saya Redhuan Oon

Majlis ini dianjurkan diatas inisiatif Faisal Mustaffa yang merasakan Teresa perlu bertemu dengan blogger terutamanya dari kalangan orang Melayu untuk memberi penjelasan mengenai isu-isu yang sering dimainkan oleh akhbar propaganda Umno, Utusan Malaysia.

Teresa sampai 20 minit lebih awal dan menggunakan mada tersebut untuk menulis blognya sambil berbual-bual dengan blogger yang telah hadir.

Utusan Malaysia sering menggambarkan bahawa Teresa Kok sebagai “momok” kepada orang-orang Melayu. Tetapi setelah berbual dan berdialog dengannya, barulah saya tahu bahawa Teresa Kok ini adalah seorang yang kelakar dan sering tertawa!

Banyak isu yang kami bualkan daripada isu ISA, isu Babi, isu JAIS, isu azan dan banyak lagi. Selain daripada mendengar penjelasan daripada Teresa, penulis-penulis blog yang hadir juga memberikan pandangan dan kritikan.

Diantara point penting yang dijelaskan oleh Teresa ialah:

  • Beliau ditahan ISA dua hari setelah Utusan Malaysia menyiarkan tulisan Zaini Hassan yang bertajuk “Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya”.
  • Sepanjang berada dalam tahanan ISA, polis menyoal siasat beliau berdasarkan kepada artikel tersebut.
  • Tidak pernah membangkitkan tentang peruntukkan 30 peratus yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor terhadap agama Islam dan tidak pernah mendengar mana-mana Exco kerajaan negeri membangkitkannya.
  • Tidak tahu-menahu mengenai isu Azan. Terkait hanya kerana pembantunya di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kinrara menerima petisyen tersebut dan mengecop “terima”.
  • Polis menyarakan agar Teresa mengambil pengawal peribadi kerana tidak dapat melindunginya.

Antara yang perlu orang Melayu dan umat Islam di Malaysia ketahui juga, Teresa Kok mendapat gred ‘A’ dalam matapelajaran Sejarah Islam sewaktu berada dalam tingkatan enam dan mendapat gred ‘A’ dalam matapelajaran Tamadun Islam sewaktu menajdi mahasiswa di Universiti Sains Malaysia.

Beliau turut mengakui setelah menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor, beliau lebih mengenali Islam.

Turut hadir Arif Abdull dan penyajak dan pelakon yang saya kagumi, Bro Pyan Habib

Pelajaran yang dapat saya pelajari setelah menghadiri program tersebut ialah:

1) Hentikan membeli Utusan Malaysia dan galakkan keluarga serta sahabat handai untuk turut menghentikan pembelian akhbar tersebut. Membeli Utusan Malaysia adalah lebih merbahaya daripada membeli rokok kerana rokok hanya merosakkan diri sendiri tetapi Utusan Malaysia merosakkan agama, bangsa dan negara.

2) Polis Diraja Malaysia (PDRM) gagal untuk menjaga keselamatan rakyat. Terbukti apabila mereka menyuruh Teresa Kok menggajikan Pengawal Peribadi. PDRM hanya akan bertindak cemerlang apabila menjaga keselamatan politik pemimpin Umno dan Barisan Nasional.

3) Jualan akhbar Utusan Malaysia akan terus merosot dan dalam jangkamasa terdekat ini akan dikalahkan oleh akhbar Sinar Harian yang lebih bebas dan terbuka.

Berkaitan:

1) Tanya Teresa Tentang Agama.

18 Respons leave one →
  1. 2008 Oktober 10
    Thamby Kecik permalink

    Salam Bro,

    Orang tua-tua dulu pesan Utusan Meloya ni adalah
    Koran Iblis.

  2. 2008 Oktober 10

    I kenal Teresa sejak 1992 dan dia memang suka ketawa kuat-kuat. Dia seorang peramah dan suka tolong lain. Sebab itu, kami semua tak faham kenapa dia terpilih sebagai mangsa ISA.

  3. 2008 Oktober 10
    V_Jolt permalink

    Aku mmg dah lama dah tak baca utusan melayau ni. Suma penulihnya otak udang.

  4. 2008 Oktober 10

    bagus dan syabas ,civil society job!

  5. 2008 Oktober 11
    mcberi permalink

    aku ade baca akhbar meloya ni? pastu rujuk blik kat mana blog, sebenarnya penulis utusan meloya ni lah menyebabkan kaum Melayu jadi malay-sialllll

  6. 2008 Oktober 11

    Teresa kelihatan cantik dan anggun apabila dia pakai baju kebaya dan berselendang…Dia sedang buat perubahan diri…Inilah gaya saorang ahli politik yang baik…syabas Teresa…

  7. 2008 Oktober 11
    dasuki_tmc permalink

    saya ‘cucu orang utan’ tak tahu baca, lebih lagi utusan meloya.
    sokong jahat nanti ‘cucu orang utan’ tak leh nak cari makan.
    beli utusan meloya=sokong umno (baru)= jahat=dosa=nanti masok neraka=rugi tak kesudahan=Allah tak Redha.

  8. 2008 Oktober 11
    KANINABOO permalink

    REPORTER “URUSAN MELOYA” NI TAK PASS SPM LAAA…..

  9. 2008 Oktober 11
    solcampbell permalink

    Pelik..kat tempat saya area kajang-bangi, bapak susah nya nak dapat paper utusan.cepat sangat habis.lambat sikit habis.kalo weekend takyah cakap lah.berduyun org beli mcm beli tiket bas nak balik raya…apsal ar??..Mungkin Orang Melayu dah mula sedar kot..kita semua dah mula bangkit kembali sebab hak mereka mula terancam ngn minah ni..!

  10. 2008 Oktober 12
    Thamby Kecik permalink

    Aik………
    Orang melayu bangkit ?
    Mimpikah aku ?
    Bursa saham tak pernah mimpi.
    50sen,50sen,50sen………………
    Lelong,lelong……………………….
    Sepatutnya dah gantung urusniaga.

    Mahathir licik……………….

  11. 2008 Oktober 12
    Anonymous permalink

    The UMNO attack dogs don’t care who they hurt or harm. Their purpose is to create turmoil, suspicion, fear, hatred, contempt and uneasiness within the community. And then – they fish in troubled water. This came from UMNO dirty tricks department and PDRM, particularly the SB boys(can’t imagine them being matured), had often been used over the years to do their handy work. The police may not do it themselves but the police have “contacts” with the less than savoury characters in society.

    Do the malay folks want such “champions” of their race and religion ?

  12. 2008 Oktober 12

    senior aku tu. segak la pulak. dulu beringus je he he he….

  13. 2008 Oktober 12
    aku permalink

    Mm .. macam mana dengan tulisan jawi . Takde ditanya ke dalam perjumpaan tersebut. Bro pun tak highlight dalam post nie .. memang betul kan cadangan beliau nak buang tulisan jawi di papan tanda tu .. ?

  14. 2008 Oktober 13
    Thamby Kecik permalink

    Tabung Azan ?
    Tabung Jawi ?
    Tabung Papan Tanda ?

    Nasib kau lah Utusan !
    Wartawan bebal !

    Lepas ni bawa lari tabung tu.
    Kaya tujuh keturunan.

  15. 2008 Oktober 13
    Bob permalink

    “Membeli Utusan Malaysia adalah lebih merbahaya daripada membeli rokok kerana rokok hanya merosakkan diri sendiri tetapi Utusan Malaysia merosakkan agama, bangsa dan negara”

    Bukan saja tu … boleh jadi bodoh kalau terlampau lama membaca Utusan Malaysia – dadah minda yang lebih layak dijadikan kertas lap najis (nak bungkus sayur pun rasa meloya!)

  16. 2008 Oktober 15
    Sepet permalink

    Eh ! ada Pyan Habib la, dah berdekad-dekad tak dengar perkembangan diri beliau. Apa aktivitinya sekarang?

  17. 2008 Oktober 19
    Hassim Hassan permalink

    Kita orang melayu perlulah bangun! Kita tidak patut masih ditipukan oleh UMNO!!! UMNO hanya menjaga sendiri,bukan kita,anda boleh nampak kenyata ini dari pelbagai segi! Rasuah dan kepentingan sendiri ialah sifat Barisan Nasional!Sokonglah PKR,DAP dan PAS, kita juga perlu tahu walaupun kita nampak cina sentiasa mengawal eknonomi kita, tetapi kita perlulah lihat dari segi mereka, mereka juga fikir kita sentiasa mengawal politik! Selain ini, sekarang kita juga boleh nampak banyak melayu sudah menjadi kaya, mempunyai rumah besar dan kereta mewah!Kalau kita tak rajin mana nak dapat kemewahan? adalah sentisa mengantung terhadap kerajaan? Jikalau anda orang yang suka gantung terhadap kerajaan, maksudnya anda seorang yang malas!! malas tak boleh marah terhadap bangsa lain! Kita perlulah mencapai perpaduan!!Macam ni bila boleh capai perpaduan??? Kita perlu sentiasa ingat kita semua ialah bangsa Melaysia!

Trackback & Pingback

  1. valium

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS