Najib Razak, Presiden Umno yang baru
Najib Razak kini adalah presiden Umno yang baru. Beliau menang tanpa bertanding setelah mendapat 140 pencalonan sehingga pukul 10.30. Klik disini.
Sementara Tengku Razaleigh hanya berjaya mendapat satu pencalonan sahaja dari bahagiannya sendiri, Gua Musang.
Dengan mendapat 140 pencalonan, tiada sesiapa lagi yang mampu untuk melawan Najib. Daripada 141 bahagian Umno yang telah bermesyaurat, 140 pencalonan telah diberi kepadanya.
Dalam blognya, najib mengucapkan terima kasih kepada kepercayaan yang diberi oleh Umno kepadanya. Klik disini.
Ertinya Najib akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam jika mengikut tradisi Umno. Abdullah Badawi akan melepaskan jawatan tersebut pada bulan March 2009.
Jika Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam, apa perasaan anda? Sila sertai poll dibawah:















Perasaan risau dah melanda jiwaku apabila Najib confirm akan menerajui negara nanti.. melainkan… Najib cepat-cepat bertaubat atas dosa-dosa yang lalu, kemudian memohon restu dan hidayah dari Allah SWT supaya dapat memimpin negara dalam keadaan politik sihat dan tanpa ada gejala rasuah dan makan duit… Dan yang penting ajak anak bini sama bertaubat… Mana tau Malaysia boleh bertambah maju selepas ini….
saya rasa negara ini akan menuju kehancuran sekiranya rakyatnya buta mata hati dan kepala otaknya tak dapat nak berfikir mana satu pemimpin yang bertanggung jawab dan pemimpin yang korup. Rakyat era moden yang bolih mendapat berbagai maklumat dalam berbagai sumber sepatutnya bolih menilai mana satu pemimpin yang benar bolih memimpin berseh jujur ikhlas dan bertanggungjawab. Agak malang ahli ahli umno masih lagi tak dapat menilai pemimpin yang disokong. agaknya bila negara ini dah hancur baru melayu umno ini sedar bahawa apa yang dibuat selama ini tak betul. dah terantuk baru nak terngandah. masa itu semuanya dah terlewat.
Black,
kasi kat siap2 yg banyak hutang kad kredit.
http://ccardsolve.blogspot.com/
rahmat jangan la.
rgds
Basir
Majoriti rakyat sememangnya merasakan sesuatu yg amat membuatkan hati dan fikiran mereka rasa membuntu.
Apa yg jefri syorkan kpd datuk najib itu amat baik sekali iaitu bertaubat dan insaf serta nyatakan yg benar kerana rakyat sudah semakin kurang percaya lagi kpd datuk najib.
Tapi itulah pilihan bahagian-bahagian umno..mereka sendiri yg tentukan maka merekalah yg akan terima apa saja yg akan mendatang..buruk baiknya mereka dulu yg terima dan langsung rakyat juga dapat merasa apa saja yg mungkin berat dan hebat buat mereka.
Rakyat ikut acuan pemimpin mereka..apa cara hidup pemimpin mereka maka itulah yg akan menjadi ikutan majoriti rakyat jelata. Kalau pemimpin suka menipu maka rakyat ikut jadi penipu dan kalau pemimpin korap[ maka rakyat ikut jadi korap..maka rakyat yg nak kpd kebaikan ini pasti akan merana.
Apapun kita serah kpd Allah swt agar segala yg buruk yg bawa bencana akan dihapuskan olehNya sahaja.
kalau sudi add blog kita
http://www.mahasiswamalaysia.blogspot.com