Umno tidak bersedia untuk reformasi- Zaid Ibrahim

2008 Disember 4
by aminiskandar

Zaid Ibrahim (yang meletakkan jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri kerana menentang penggunaan ISA ke atas RPK, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew) percaya bahawa pemecatannya bukan kerana beliau menghadiri kongres PKR dan jamuan makan malam DAP akan tetapi kerana segelintir pemimpin Umno tidak suka akan idea dan pemikirannya yang terbuka dan bersedia untuk melakukan reformasi.

Sewaktu beliau masih lagi menjadi Menteri De Facto Undang-undang, kita boleh melihat sendiri bagaimana beliau sering dikritik oleh pemimpin-pemimpin tertinggi Umno seperti Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir dan dituduh melaksanakan agenda Pakatan Rakyat.

Berikut adalah kenyataan penuh saudara Zaid Ibrahim:

KENYATAAN AKHBAR   DATUK ZAID IBRAHIM

Kuala Lumpur, 4 Disember,  2008 –  Mantan Menteri Undang-undang (de facto) YBhg Datuk Zaid Ibrahim telah dipecat daripada UMNO pada Selasa malam (3 Disember 2008), kerana dikatakan telah melanggar kod etika parti. Beliau telah hadir di Kongres PKR, dan juga Majlis makan malam DAP di Pulau Pinang, hujung minggu lepas.

1.  Datuk Zaid Ibrahim menegaskan beliau tidak terperanjat dengan tindakan yang diambil oleh UMNO, tetapi mempertikaikan cara keputusan itu dibuat. “Saya tidak diberi peluang untuk didengar malah saya juga tidak tahu mengenai sebarang kesalahan yang telah saya lakukan. Saya tidak menghadiri majlis makan malam DAP ataupun kongres PKR untuk memprovokasi sesiapa. Saya sekadar hendak mendengar atas jemputan rakan-rakan. Tetapi itulah sikap UMNO. Ia melihat provokasi dan musuh dimana-mana. Ia tidak peduli mengenai keadilan asasi.” Beliau tidak akan membuat rayuan di mahkamah, kerana bagi beliau itu sekadar kemenangan tanpa makna.

2. Zaid bersetuju dengan dakwaan para pemimpin UMNO bahawa beliau adalah `orang kerdil’ dalam UMNO yang tidak mempunyai pengaruh.  Inilah sebabnya beliau dijadikan mangsa dan dihukum kerana tindakan-tindakannya, sedangkan ramai lagi tokoh-tokoh lain yang lebih berkuasa yang mencemuh Datuk Seri Abdullah Badawi dan mempersendakan parti, malah ada yang menggesa rakyat supaya mengundi parti Pembangkang.  Bukan itu sahaja, malah mereka mengeluarkan kenyataan yang bersifat menghasut atau perkauman, tetapi tiada tindakan yang diambil terhadap kelompok ini. “Mungkin juga UMNO mengamalkan sikap pilih kasih,” tegas Datuk Zaid.

3. Datuk Zaid telah bersama-sama  UMNO lebih daripada 23 tahun. Beliau memenangi kerusi Parlimen Kota Bharu dalam pilihan raya umum 2004. Itu merupakan satu kejayaan besar bagi UMNO kerana kerusi ini sebelumnya dikuasai oleh PAS lebih  15 tahun.

4. “Selama berada dalam UMNO, saya melakukan yang terbaik untuk membantu parti merubah budaya serta nilai politik parti dan secara berterusan bercakap mengenai reformasi.  UMNO satu ketika dulu adalah parti yang diyakini dan dipercayai oleh bangsa-bangsa lain.  Pemimpin UMNO pada zaman awal selepas kemerdekaan sentiasa mengutamakan semangat muafakat berkaitan isu-isu penting yang dihadapi oleh negara. Ia adalah sebuah parti yang mengamalkan dasar-dasar yang pragmatik dan bukan ideologi palsu. Pada masa itu, politik perkauman bukanlah sebagai daya tarikan.  Saya yakin, inilah UMNO yang sepatutnya – yakni sebagai sebuah parti yang lebih progresif dan muhasabah diri.

5.  “Satu-satunya yang mengecewakan saya, ialah saya disalahfahamkan oleh rakan-rakan dalam parti berkaitan isu membantu orang Melayu. Saya percaya bahawa UMNO dan Kerajaan mestilah menyediakan bimbingan dan bantuan kepada Bumiputera, tetapi ini mestilah berdasarkan keperluan dan merit. Ini akan menjadikan orang Melayu lebih berdaya saing dan diperkuatkan dengan keyakinan dan semangat berdikari… Adalah penting mereka memiliki nilai-nilai yang betul untuk mencapai kejayaan.  Malangnya, pandangan saya ini telah disalah tafsir sebagai mengkhianati bangsa Melayu dan meninggalkan dasar perjuangan parti.

6.  Bagaimanapun, Datuk Zaid mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Datuk Seri Abdullah Badawi kerana memberi peluang kepadanya dan melantiknya sebagai Timbalan Ketua Perhubungan Negeri Kelantan tahun 2002, dan dipilih sebagai calon bagi kerusi Parlimen Kota Bharu dalam pilihan raya 2004 yang beliau menangi.  Beliau berbangga kerana menjadi sebahagian daripada pasukan yang ketika itu dipimpin oleh YB Dato’ Mustapha Mohamed, yang hampir-hampir dapat merampas Kelantan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad atas segala bantuan beliau semasa beliau menjadi presiden UMNO.

7.  Datuk Zaid Ibrahim tidak akan menyertai parti politik lain pada masa terdekat. Beliau komited untuk menguruskan .myFuture Foundation dengan membantu generasi muda memahami kepentingan demokrasi, kedaulatan undang-undang, keburukan amalan rasuah dan pentingnya keharmonian kaum. Datuk Zaid ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada para pemimpin Pakatan Rakyat yang telah menyuarakan kesanggupan mereka untuk menerima beliau menganggotai Pakatan tetapi buat masa ini beliau ingin memberi keutamaan terhadap kerja-kerja berkaitan dengan masyarakat sivil.


8.  Datuk Zaid akan terus menjelaskan pandangannya mengenai perkara-perkara yang penting bagi negara.  “Kebebasan yang baru saya peroleh bermakna saya bebas menghadiri mana-mana forum serta menyuarakan pandangan saya mengenai isu-isu yang penting kepada negara,” katanya.

9.  Datuk berharap para pemimpim UMNO akan menumpukan usaha menyelesaikan masalah negara daripada memperkecilkan dan mencemuh beliau. “Sudah tentu ada banyak lagi perkara lebih penting yang boleh mereka lakukan,” ulas beliau.

Untuk maklumat lanjut mengenai myFuture Foundation, sila hubungi Dina Zaman di tel: 03-78850021 atau dina.zaman@myfuturefoundation.my

Pada pandangan saya, bukan Zaid yang rugi akan tetapi Umno yang rugi kerana kehilangan pemimpin yang berkaliber dan berprinsip seperti Zaid.

17 Respons leave one →
  1. 2008 Disember 4
    Jimi permalink

    Hi Amin, I heard that Datuk Zaid is starting a foundation called MyFuture. I would like to get involved. How do I contact the foundation? I can’t find any info about it. Have you heard anything? Can you please advise. Thanks, Jimi

  2. 2008 Disember 4
    aminiskandar permalink

    Dear Jimi, at the end of the press statement, you can see the contact person of My FUTURE Foundation. TQ

  3. 2008 Disember 4
    Jimi permalink

    Thanks a lot, Amin. Should have read the press statement properly. Jimi

  4. 2008 Disember 4
    somchai permalink

    Jarang orang UMNO memiliki prinsip dan berani seperti Dato’ Zaid. Biar dipecat dari UMNO tapi namanya tetap harum sebagai pejuang tulin dan tidak tunduk dengan tekanan.

  5. 2008 Disember 4
    Tuan Senang Besar permalink

    Black malas nak edit gambar. GELAP! tq

  6. 2008 Disember 4

    bunyi macam best je MyFutureFoundation ni.

  7. 2008 Disember 4

    ini baru perjuangan yg tulus…

  8. 2008 Disember 5
    hanisma permalink

    Umno telah mula takut dengan bayang-bayang mereka sendiri!

  9. 2008 Disember 5
    storm62 permalink

    the PM rejected Datuk Zaid’s resignation letter in the begining but now he has to agree with his sacking….is the PM also scared of UMNO?

  10. 2008 Disember 5
    Siva permalink

    Good on you Mr Zaid.I am a very proud Malaysian who is of indian origin ,to know that there are still few good people around in Malaysia.

  11. 2008 Disember 5
    maxtor permalink

    Dia dipecat sebab tindakan dia yang pelik2. Bekerja bawah orang lain, tapi tah ke mana tah mengikut orang lain ke hulu ke hilir. Apa benda yang dia nak buat pon entah.

  12. 2008 Disember 5
    NorHaslim permalink

    Tidak ramai ahli politik yang berani berfikiran dan bersuara seperti Zaid Ibrahim ni. Mereka ini lebih suka duduk dalam lingkungan lama kerana sudah terlebih selesa dan hanya menutup mata berpura-pura semuanya ok.

  13. 2008 Disember 8
    pro rakyat permalink

    Saudara Amin,

    JERIT tengag buat kempen diserata negara. Kalau boleh berikan coverage untuk highlightkan sumbangan dan insiatif anak-anak muda dalam menuntut keadilan!

    sekian!

    Pro rakyat

  14. 2008 Disember 8
    pro rakyat permalink

    Saudara Amin,

    JERIT tengah buat kempen diserata negara. Kalau boleh berikan coverage untuk highlightkan sumbangan dan insiatif anak-anak muda dalam menuntut keadilan!

    sekian!

    Pro rakyat

  15. 2008 Disember 10
    duana nasution permalink

    reformasi ape..ko ckp senang..dh ko hamburkan berjuta2 duit rakyat..ko pun cari pasal nk blah..g blah lah, buat semak jer..

  16. 2008 Disember 12
    LOUI KANG MIAU permalink

    Pada suatu masa dahulu saya jarang mendengar orang menyebut nama Datuk Zaid,tetapi selepas dia bersuara meminta PM memansuhkan ISA , semua orang cina melayu dan orang Iban di Sarawak memuji keberanian Datuk Zaid.Memang seluruh negara ketawa mendengar kenyataan menteri dalam negri mengatakan penahanan Reporter itu untuk memberi perlindungan kerana dia menerima SMS ugutan (Reporter) tapi yang sangat lucu Reporter itu telah di tahan under ISA.

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS