Selamat Jalan Syukree Hussein, sahabatku….

2008 Disember 17
by aminiskandar

Updates

Arwah telah selamat dikebumikan pukul 10 malam semalam (17 Disember 2008) di kampung halamannya di Terengganu. (Sumber: sms dari abangnya, Taufik).

Sehingga hari ini aku masih lagi bersedih. Kawan-kawan juga masih menceritakan perihal “kenagan” bersama beliau.

Posting Asal

Pagi ini lebih kurang pukul 9.40 pagi aku dikejutkan dengan satu berita yang memeranjatkan. Syafiq Sunny wartawan Suara Keadilan meminta aku untuk ‘confirm’ berita mengenai kematian sahabat kami, Syukree Hussein yang pernah bekerja di Suara Keadilan. Terperanjat pun ada, tak percaya pun ada. Tapi aku gagahkan jua untuk menelefon Syukree. Abangnya yang angkat phone dan memberitahu tentang berita kematian Syukree. Aku masih tak percaya. Tambahan lagi apabila Gmail Chat Syukree masih lagi berstatus “online”.

Aku cuba hubungi abangnya yang seorang lagi, Taufik. Setelah Taufik juga mengesahkan, baru aku terima hakikat Syukree telah tiada. Tanpa buang masa aku capai kunci kereta dan tinggalkan kerja yang masih belum siap untuk memberi penghormatan yang terakhir kepada arwah dirumah abangnya di Brickfields.

Aku ambil Syafiq dan Brahim di pejabat SK dan terus ke rumah arwah. Berjumpa dengan abang Syukree yang bernama Hadi. Abangnya mencerita saat-saat terkahir Syukree sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Syukree meninggalkan dunia pada pukul 9.30 pagi diatas katilnya apabila anak-anak kepada abangnya terdengar suaranya seperti mengerang kesakitan. Apabila mereka bergegas kebilik Syukree, beliau telahpun kembali ke Rahmatullah.

Syukree yang aku kenali adalah seorang yang baik hati dan tidak pernah menolak jika aku meminta pertolongannya. Cuma aku yang selalu menolak permintaannya. Apalah aku ni… Tak patut betul…..

Aku akhiri coretan ini dengan meminta semua pembaca yang membaca tulisan ini untuk menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Semoga pemergiannya akan menginsafkan kita.

Beliau kini telah kembali kepada penciptanya yang lebih menyayangi dirinya. Selamat jalan sahabatku. Selamat jalan pahlawan. Pejuang yang dermawan!!!

Arwah Syukree dalam salah satu acara “candlelight vigil” untuk menuntut pembebasan RPK dan tahanan ISA yang lain

Dan lagu ini aku tujukan kepada Syukree.

Pulanglah – Iwan Fals


22 Respons leave one →
  1. 2008 Disember 17

    Al-Fatihah..

    Arwah seorang yang berani..

    Moga arwah dicucuri rahmat..

  2. 2008 Disember 17
    syikin permalink

    is.. is ke ni? takziah.. klu betul iskandar yg ade umah kt mantin tu, tlg cntact. 0172892205.

  3. 2008 Disember 18

    salam… innalillah hiwainnar hirojiunn… Al-Fatihah…

  4. 2008 Disember 18

    mulutnya sangat lantang dan berani. selalu kena tumbuk atas sebab itu. pernah menggelarkan aku photographer sampah sebab marah pdnya kerana guna gambar aku tanpa kebenaran. sejak itu aku merajuk dgnnya. hermm.. Alfatihah.

  5. 2008 Disember 18
    hisham kechik permalink

    ok syukree.. hilang kawan chatting aku.. last sekali aku berchat dengan kau masa aku di melaka ahad pagi
    14 disember 2008… :-) ….
    kau happy betul menunggu ahad malam…. ;-) al-fatihah….

  6. 2008 Disember 18

    kalau aku meninggal dunia, kau tulis camni tak?

  7. 2008 Disember 18
    hentam permalink

    al-fatihah …. moga2 Allah mengampuni segala kesalahan/dosa beliau dan ditempatkan dengan org beriman ……reform UMNO.

  8. 2008 Disember 18

    al fatihah…….Seorang Pejuang Gugur, beribu lagi menanti….

  9. 2008 Disember 18
    Shukri@Malaysiakini permalink

    Aku pun terkejut juga tntg arwah.Tp kita kena redha..
    Smua itu kuasa Tuhan..Baik muda n tua,ajal maut smua d Tgn Tuhan.Al Fatihah..

  10. 2008 Disember 18
    Satria Asia permalink

    Al Fatihah.

    I don’t know him personally, but we’ve met a few times and I’m sure he was at Mydin just a few days ago or last week? I remember him always smiling.

    So young … My deepest condolences to his family and friends.

  11. 2008 Disember 18
    Yee Ling permalink

    Memang terkejut saya bila dengar berita ini.
    2 malam yang lalu, saya masih menolong Syukree pegang beg labtopnya masa kita berhadapan FRU di Rawang.

    Beliau pergi Rawang untuk cover berita YB Gan kena tangkap polis pasal berbasikal dengan JERIT.

    Lepas FRU datang, hujan datang, beliau suddenly suruh saya pegang beg, sebab beliau nak turut demo bersama dengan rakyat.

    Saya pun ketawa dia, wartawan jadi demonstrator,siapa yang lapor berita pulak?!!

    Syukree asyik ketawa balik, dan mengikat tanganya dengan baju di sebatang tiang lampu. Beliau kata, kalau FRU tindak, beliau tak akan lari. HIDUP Rakyat!!!

    Kata-katnya masih terpaku dalam fikiran saya.

    Selamat jalan, kawanku yang sentiasa bersama RAKYAT.

  12. 2008 Disember 18
    man permalink

    al fatehah.

    baru 2 minggu aku mendengarkan [pembaharuan perjunagnnya yang menyatakan bahawa perjuangan \islam yang di bawa pas adalah lebih menyerlah.

    beliau juga seolah/olah berwajah baru bagi aku
    yang mulai mahu mengubah haluan agar lebih islamic dari sekarang

    beliau juga menzahirkan akan banyak perkara berkaitan dengan aqidah islam

    dan yang paling mengejutkan meminta aku mencarikan jodoh untuknya dengan beria/ia kerana aku ada bau bacang dengannya di dungun terengganu.

    alhamdulillah keinsafan dan kebenaran mengiringi pemergiannya moga allah mengampuni dan merahmatinnya
    amin amin amin ya rabbal alamin

  13. 2008 Disember 19
    K.Shan permalink

    Syukree.Our Wartawan Tanpa Batasan dan pengamal kebebasan bersuara to the core.We gonna miss this guy dearly.

  14. 2008 Disember 19
    rahmat haron permalink

    kata Chairil Anwar, “sekali berarti, sudah itu mati.”

    itulah Syukree, tak banyak yang peduli demonstrasi solonya pada pelancaran “Breast Not Bomb” pada Ahad yang lalu bagi membantah keganasan di Mumbai, menyebarkan mesej anti perang dan cinta kedamaian. Syukree melakukan tindakan ‘performance art’ bertopeng dan kalau menurutnya dalam keadaan separuh bogel (menampakkan dada tapi masih menutup auratnya). Aksi Syukree juga bertujuan menyelar golongan reformis palsu yang dikepalai Ramlan-yang pernah membuat ugutan untuk berbogel.

  15. 2008 Disember 19
    apa punya bangang permalink

    Itulah jadinya golongan ini. Bila dah mati pun masih ada nak tujukan lagu lagi .. ko kenallah hakikatnya alam barzakh itu black??

    Kesian tengok pepuak ko yang tak kenal Islam

  16. 2008 Disember 22

    I only got to know Syukree in October sometime… Black you ingat tak, we were at the vigil, the first time I met him. He SMS-ed me a few times after that, and I think he was a little distressed on some occasions, especially when he ‘kena pecat’. But he was a really hard worker – he was everywhere, at every event! Then he told me he wanted to ‘menyumbang’ to DAP by putting up videos he had recorded of various DAP leaders. I told him, great thanks! It’s at tvdap.blogspot.com if anyone wants a look… RIP Syukree.

  17. 2008 Disember 24
    aie_masc permalink

    AYie MAsc

    AYie MAsc

    syukree…sahabatku…
    semoga kau aman disana…
    teringat aku waktu kita dekat SOS Penang…

    kawan2 smua kata kau nie abang aku…
    kita mcm adik beradik…
    mr ong, r-chong, adek, min bulat, pakwan…
    semua kata aku nie adik kau pasal aku slallu ada blakang kau…
    dari fnbpp ke fnbgt,
    kucing hitam ke masc dan sampai skrg aku masih bersemangat berkolektivisme…
    tetapi dgn nama baru..
    komuniti suara kehidupan…

    terima kasih pasal byk mengajar aku ttg kehidupan dan perjuangan…

    AL-FATIHAH BUAT SAHABATKU SYUKREE (ROSWELLBOY)

  18. 2008 Disember 24
    shafifah permalink

    PENGAJIAN KITAB
    .
    Kitab :
    HADIS QUDSI
    .

    Disampaikan oleh :
    TUAN GURU SYEIKH NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI
    .
    Di :
    MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN , KL.
    .

    Pada :
    SETIAP MALAM,
    DARIPADA 13/12 HINGGA 27/12/2008
    SELEPAS SOLAT MAGRIB

    .
    Muslimin dan muslimat dijemput hadir.
    .
    Marilah kita merebut peluang mendalami ilmu agama melalui kitab ini .

    http://pondokhabib.wordpress.com

  19. 2008 Disember 28

    takziah buat saudara syukree… walau tidak mengenalimu tetapi warkah mu tetap menjadi tatapan ku

    al fatihah………….

Trackback & Pingback

  1. jelas.info » Al-Fatihah, Syukree Hussein
  2. So Long, Syukree | bobjots : redux
  3. Leaving Normal?: Muhamad Syukree Hussain

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS