IJN bakal diswasta, apa kata rakyat?
Updates 2
Ketua Pembangkang menyatakan bahawa penswastaan IJN bukanlah jalan penyelesaian bagi mempertingkatkan pencapaian institusi itu. Klik disini.
PAS turut bantah Sime Darby ambil alih IJN. Klik disini.
Bekas PM, Dr. Mahathir Mohammad turut membantah usaha-usaha untuk menjual IJN. Menurut Mahathir, penswastaan IJN hanya akan mempopularkan Pakatan Rakyat. Klik disini.
Updates
Penswastaan IJN ditangguhkan. Klik disini untuk membaca berita dari Malaysiakini. Menurut Rocky Bru, ianya berlaku kerana terdapat bantahan daripada doktor-doktor IJN. Klik disini.
Tetapi pandangan saya lain. Ianya ditangguhkan oleh kerana pilihanraya kecil di Kuala Terangganu. BN takut mereka hilang wang pertaruhan jika meneruskan usaha menswastakan IJN.
Ingat tak bagaimana harga minyak dinaikkan sebanyak 78 sen selepas PRU 12 yang lalu?
Selepas pilihanraya kecil di Kuala Terangganu, IJN akan diswastakan. Takkanlah tak faham-faham lagi taktik ni?
Posting Asal
Setiap kali sebelum harta rakyat hendak diswastakan, janji-janji untuk menjaga kepentingan rakyat miskin akan digembar-gemburkan. Seperti kata teman saya, Penarik Beca dalam postingnya yang bertajuk “Sime Darby akan menjadi badan kebajikan”. Sime Darby berkata, mereka akan meneruskan obligasi sosial setelah mengambil alih IJN. Klik disini.
Setakat ini, pemimpin parti pemerintah yang keras menentang hanyalah bekas Menteri Kesihatan, Dr. Chua Soi Lek. Klik disini jika tidak percaya. Kata beliau,
“Kita berharap IJN tidak diswastakan. Ini bukan soal wang dan ringgit. Ini soal tanggungjawab kerajaan untuk memastikan dapat memberikan perkhidmatan dengan bayaran yang mampu dibayar oleh rakyat.
“Dalam konteks ini IJN sudah mencapai kejayaan cemerlang dan sedikit sebanyak meningkatkan imej kerajaan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab di mana duit tidak boleh membelinya (imej itu).”
Sebagai orang yang pernah memegang Kementerian Kesihatan, beliau sudah tentu tahu apa implikasi penswastaan Institut Jantung Negara tersebut.
Jangan terkejut jika selepas ini peratusan rakyat Malaysia yang akan mati kerana sakit jantung meningkat. Belum swasta pun dah terkial-kial nak membayar kos rawatan, apa lagi selepas diswastakan?
Setakat ini masih belum kedengaran suara-suara penetangan projek penswastaan IJN ini dari Pakatan Rakyat (PR). Mungkin saya tidak terjumpa kenyataan pemimpin PR yang menentangnya atau mungkin juga dalam bab penswastaan, polisi PR dan BN sama?
Dikatakan juga menantu PM dan suami Sharizat kelihatan semasa sidang akhbar Menteri Kesihatan mengenai IJN baru-baru ini. Klik disini.
Apa pula kata rakyat?















Cabinet defers decision on IJN privatisation
Bukan rakyat saja yang tak setuju, orang UMNO spt ketua UMNO Ceras , MCA spt timbalan presiden MCA so lek juga tak setuju IJN diswastakan.Lagi apa pulak nak ditangguhkan, batal saja.IJN bukan lombong emas bagi Sime atau barang dagangan utk bisnes .
korang org punya bantahan tidak ada makna..korang ingat kerajaan nk layan ke..pooorah..selama ni apa yg korang bantah kerajaan ikut? Tggu lah lepas PR KT ni..
korang tak tau ke..pemimpin yg ada bukan fikirkan sgt masaalah rakyat..yg mereka fikirkan keuntungan syarikat2 kroni mereka..sime dirby tu ape..synergy drive yg handle bukan..bukan kah itu syarikat yg adik najib ada kepentingan..lu pike lah sendiri..kalu tak tau jugak, g tanya si nabil tu..
Asslamualaikum,
Saudara kelihatan resah dan gelisah. Saya simpati dengan saudara.