Suhakam salahkan polis dalam isu keganasan BMC

2009 Januari 7
by aminiskandar

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memutuskan bahawa polis bersalah kerana menggunakan kekerasan dalam insiden di Bandar Mahkota Cheras (BMC) pada 27 Mei 2008 tahun lalu. Lihat berita dari Malaysiakini dibawah:

Suhakam: Polis bersalah lakukan kekerasan
Jan 7, 09 11:57am
Panel siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini memutuskan bahawa pihak polis telah menggunakan kekerasan dalam insiden di Bandar Mahkota Cheras (BMC) pada 27 Mei tahun lalu.

cheras mahkota road grand saga barricade fru assault 280508 01Panel tersebut berpendapat berlaku kekerasan oleh pihak polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke atas seorang mekanik, Chang Jiun Haur (kiri) dan rakannya, Chan Siew Meng.

Chang mendakwa dia dipukul tanpa sebarang sebab oleh FRU dan seorang anggota polis pada malam berkenaan. Dia juga mendakwa polis menghalang keretanya dan memukulnya dan tiga penumpang lain.

Panel Suhakam itu hari ini bersetuju dengan Chang dan berkata penggunaan kekerasan yang melampau telah menjejaskan keselamatan mereka.

Bagaimanapun, panel itu berkata, ia tidak dapat mengenal pasti anggota yang bertanggungjawab melakukan kekerasan tersebut kerana “bukti yang bercanggah dan tidak jelas”.

Blog ini pernah mengulas mengenai isu kegansan polis di BMC. Klik disini.

Satu Respons leave one →
  1. 2009 Januari 8
    Jeffripower permalink

    Anggota polis dan FRU pasti ada sebab nak gunakan kekerasan. Bukan main hentam je. Apapun jika benar mereka menyalahgunakan kekerasan, maka ia wajar ditentang. Tapi sebelum itu pastikan apa yang sebenarnya yang berlaku. Pasti ada sebabnya…

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS