P 36 makin panas
Semakin ramai manusia kelihatan di Kuala Terengganu untuk memeriahkan lagi pilihanraya kecil yang akan berlangsung tak lama lagi.
Hotel-hotel telah penuh dan kebanyakkan rumah-rumah penduduk disewa oleh penyokong-penyokong dan jentera dari kedua-dua belah parti politik.
Jangan terkejut jika ada rumah yang disewakan semahal RM 2,500 sehari.
Menjelang hari mengundi pada 17 ini, dijangkakan akan lebih ramai orang yang akan ke Kuala Terengganu termasuklah pengundi-pengundi yang bekerja di luar Kuala Terengganu.
Pilihanraya kecil ini akan memberikan impak kepada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Apa sahaja keputusannya akan memberikan kesan yang mendalam bagi politik Malaysia.
Siapakah yang akan menjadi pilihan rakyat Kuala Terengganu?
Barisan Nasional?
Pakatan Rakyat?
atau
Calon Bebas?















Saya rasa elok calon bebas menang. Amacam, setuju?
Tunggu jelah keputusan pilihanraya nanti.. Kalau BN menang, agak-agak isu pengundi hantu panas balik tak? Macam mana pulak kalau Pakatan Rakyat menang, pasti isu pengundi hantu kurang panas atau mungkin senyap terus.