Melayu pilih siapa?
Esok hari mengundi pilihanraya kecil Kuala Terengganu.
Pilihanraya kecil ini penting untuk Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
Penting untuk Anwar Ibrahim dan Najib Razak.
Penting untuk kepimpinan Umno dan kepimpinan PAS.
Hampir 90 peratus pengundi Melayu di kerusi P36 ini.
Orang-orang Melayu akan memberi signal sama ada Umno atau PAS pilihan mereka.
Walaupun 10 peratus pengundi Cina juga merupakan faktor penting, tidak dapat dinafikan bahawa sokongan Melayulah yang paling penting dalam pilihanraya kecil ini kerana merekalah yang merupakan suara majoriti.
Dr.Mahathir menyeru penyokong-penyokongnya untuk mengundi calon bebas. Sejauh manakah ini memberi kesan?
Kali terakhir Dr.Mahathir memimpin BN menyertai pilihanraya pada tahun 1999,Terengganu jatuh ketangan PAS.
Esok rakyat Kuala Terengganu akan menentukan siapa pilihan mereka.
Esok kita juga akan melihat siapa yang akan dipilih oleh Melayu sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.















Semakin hari kita semakin diuji oleh Allah… tengok sama ada kita makin tabah dan kuat… atau kita semakin menyalahkan orang lain yang seolah-olah menyalahkan Allah…
Allah Hu Akbar..
Andai Melayu sudah bersedia membuang stigma bahawa UMNO satu-satunya parti yang membela nasib Melayu, andai Melayu sudah menerima bahawa ketuanan Melayu hanya menimbunkan harta pemimpin negara, andai Melayu sudah terbuka minda membawa agenda politik Malaysia:
UMNO dan BN akan bertambah satu lagi nisan mereka di bumi merdeka.
aku ingat nak open-table next week. Jemput ke UBU @ restoran mydin
sudah masa gali liang untuk UMNO
Bersama menuju Malaysia yg bermoral dan makmur
Vehicles that sport a shredding plant are used by companies providing mobile shredding services.
remnd.we.bs/index.html
bersabar la dengan ujian Allah