Dimana agaknya pembela-pembela Melayu?
Dalam isu-isu yang membabitkan penindasan terhadap golongan bawahan Melayu, tidak pernah kedengaran suara-suara pembela Melayu yang selalu berteriak memperjuangkan hak Melayu bangkit untuk membantu golongan ini.
Jelaslah mereka-mereka yang “konon”nya pejuang-pejuang Melayu ini hanya berjuang untuk mempertahankan kuasa “bos-bos” mereka berbanding dengan rakyat Melayu bawahan yang ditindas.
Tujuh pemandu teksi KLIA kena tindakan
Jimadie Shah Othman | Mar 2, 09 5:33pm
Pengendali tunggal teksi di lapangan terbang antarabangsa KLIA didakwa “merampas kunci” kira-kira 60 teksi daripada pemandunya tanpa sebarang sebab jelas, dipercayai bagi membatalkan usaha mogok sebagai membantah dasar syarikat.
Dalam surat penarikan teksi bertarikh 22 Januri lalu yang dikeluarkan Airport Limo (M) Sdn Bhd, pemandu terlibat diminta menyerahkan kembali kenderaan masing-masing kepada syarikat “bagi siasatan”. Surat bertandatangan pengurus kanan sumber manusia syarikat itu Mohd Raze Ali juga menyebut, “pihak syarikat merezabkan semua hak undang-undang yang boleh diambil ke atas saudara (pemandu) ekoran segala kerosakan yang sekiranya berlaku akibat daripada kemungkiran perjanjian tersebut.”
Seorang pemandu yang menerima surat tersebut, Mohd Salleh Ibrahim berkata, penarikan balik teksinya itu berkaitan dengan tuduhan sejumlah kecil daripada 700 pemandu – termasuk beliau – terlibat menganjurkan mogok kerana tidak puas hati dengan pengurusan syarikat tersebut.
Pemandu itu mendakwa beliau tidak tahu-menahu mengenai ura-ura mogok tersebut dan siapa yang terlibat kerana “banyak kepala” di kalangan pemandu teksi KLIA sendiri. Mohd Salleh juga mempertikaikan kaedah siasatan dalaman Airport Limo kerana mendakwa keterangannya hanya direkodkan menggunakan pensel yang berkemungkinan boleh dipadam dengan mudah.
Beliau turut membuat laporan polis berhubung keraguannya pada siasatan dalaman syarikat pengangkutan awam itu pada 12 Februari lalu. “Saya syaki kemungkinan besar penipuan akan berlaku semasa saya menurunkan tandatangan dengan menggunakan pen dakwat hitam di atas laporan (siasatan) tersebut,” katanya dalam aduan polis itu.
Dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Raze berkata, hanya 29 orang yang menerima surat penarikan teksi mereka dan bukannya 60 orang seperti didakwa. Kesemua pemandu teksi tersebut digantung sementara menunggu siasatan dalaman yang diadakan bulan lepas selesai.
Siasatan dalaman itu, menurut Mohd Raze lagi, selesai minggu lalu dan panel siasatan mendapati tujuh orang – termasuk Mohd Salleh – bersalah kerana terlibat merancang menganjurkan mogok tersebut. Sementara 22 pemandu lagi mendapat kembali teksi masing-masing, katanya. Bagaimanapun, tambah pegawai itu, pemandu yang didapati bersalah boleh merayu supaya dapat berkhidmat kembali di lapangan terbang berkenaan.
Dalam tempoh ura-ura mogok pemandu teksi di KLIA, lebih 500 pemandu teksi di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) berjaya melancarkan tindakan itu sehari kerana tidak puas hati berhubung isu kebajikan mereka. Mereka menuntut, antaranya, mengurangkan komisyen kepada kaunter perkhidmatan teksi dan mengurangkan perkhidmatan bas di LCCT.
Dimana hero-hero pejuang Melayu?
Jelaslah mereka-mereka yang “konon”nya memperjuangkan Melayu ini hanyalah bertugas untuk membela “kekuasaan” bos-bos mereka dan bukannya membela golongan bawahan.
Jadi kepada orang-orang Melayu, janganlah percaya dengan golongan pembohong yang kononnya juara Hak Melayu!















kalau sebok sangat pasal Babi..suruh dorang teropong dulu kat Melaka n N9..
Kalau kecoh sgt pasal Melayu..g tolong orang Melayu yang merempat susah kat kampung – kampung..jangan terjerit..
pergi bercuti ke
besabar je la
berehat la tu