Umno tersalah baca Undang-undang Tubuh Negeri Perak
Berikut adalah kiriman email yang diterima daripada pembaca Blog Amin Iskandar:
Ahli-ahli akademik UMNO tersalah baca Undang Undang Tubuh Negeri. Sidang DUN semalam adalah Sidang Tergempar, Khas atau Emergency Session dan bukan Sidang Rasmi Tahunan. Hanya Sidang Rasmi Tahunan yg dilakukan dengan persetujuan dan restu baginda Sultan dan bukan Sidang Tergempar. Sidang DUN yg telah selesai persidangan dinyatakan sebagai Sidang ditangguh untuk Sessi akan datang dan dalam masa diantara sessi tahunan ini, pihak Speaker mempunyai kuasa penuh untuk memanggil Sidang Tergempar dengan notis rasmi dekemukakan kepada semua pihak termasuk Baginda Sultan.
Maka hujah Sidang Pohon Demokrasi semalam sebagai tidak SAH hanya propaganda dan manipulasi fakta semata mata. Jelas, Speaker Perak telah menhantar notis niat Sidang Tergempar kepada Baginda Sultan dan telah mengeluarkan notis sidang kepada semua ADUN – ADUN menurut prosedur dan peruntukan undang undang. Hatta- Persidangan tersebut sah dan menurut peruntukan undang undang tubuh Negeri dalam maksud Sidang DUN Tergempar.
Dalam perkara atas pokok atau bawah pokok. Sekali lagi,peruntukan 100 meter ruang persidangan menurut Warta Undang Undang Tubuh Negeri adalah khusus untuk persidangan DUN Rasmi Tahunan. Dalam erti kata lain, Sidang Tergempar di mana-mana tempat yg diperakui oleh Speaker sebagai tempat bersidang adalah sah.
Seandainya kita terima bulat bulat hujah UMNO yg konon-nya KESEMUA Sidang DUN MESTI Mendapat persetujuan RASMI dari Baginda Sultan dan HANYA boleh dilakukan di Dewan yg diwartakan SAHAJA. Apa kan jadi jika tiba tiba musibah atau kemalangan menimpa Keluarga Diraja dan dikala Dewan Persidangan DUN atau Parliament musnah terbakar, atau di ambil alih oleh pengganas?
Semestinya Dewan yg disebut sebagai Dewan Rakyat umumnya tidak dapat berfungsi dan melakukan sebarang bentuk urusan rakyat dan negeri/negara. Hanya kerana terperangkap dengan peruntukan peruntukan prosedur dan teknikal yg sempit, remeh dan tidak masuk akal. Perkara teknikal dan prosedur wujud untuk membantu dan meyelaraskan sesuatu perkara supaya keadilan, demokrasi dan kepentingan serta hak rakyat dijamin dan dilaksanakan secara objektif dan mengambil kira semua bentuk scenario sosio politik Negara/negeri dan kesemua kemungkinan yg boleh diandaikan.
Kepentingan dan hak serta mandat rakyat harus dijamin dan dilindungi dan tidak boleh diperlekehkan dengan teknikaliti remeh dan sempit.Di Perak, dalam keadaan Demokrasi rule of the jungle, hanya sebuah pokok yg menjadi penaung serta pelindung hak serta kepentingan rakyat.
K.Shan
Anak Perak















Masalahnya…. Peguam yang mewakili UMNO/BN memang tak habis mengaji… tak kira la yang pernah jadi Ketua Hakim Negara ka….
Lain kali… baca dulu perlembagaan dan semua undang-undang yang berkaitan…
kalau ikut logik nye, depa kata kena dapat perkenan Tuanku Sultan..kalu camtu adakah SEMUA sessi-sessi atau sidang-sidang (selain permulaan sidang tahunan yg semestinye mendapat perkenan Tuanku)…so ada kah sessi-sessi yg terdahulu SEMUA NYA ADA MENDAPAT PERKENAN TUANKU…saya rasa tidak..jadi implikasi nya..SEMUA SESSI-SESSI ATAU SIDANG-SIDANG TERDAHULU yang tidak mendapt perkenan Tuanku adalah HARAM dan TIDAK SAH..dan segala keputusan yg telah di buat semasa sessi-sessi atau sidang-sidang tersbeut adalah juga haram dan tidak sah…
Ini semua putar belit dari Umno, nampaknya sekarang ni kenalah pakai pepatah melayu…antara Ular dan Najib siapa yang patut diketuk dulu.
Magna Carta telah dipersetujui di bawah pokok!! rasa takda masalah pun…
pandai la pusing fakta lu mamat..
menegakkan benang yang basah…
jelas dan terang… apa jua sidang dewan perlu mendapat perkenan Sultan Perak… so by doing that, Sidang Rasmi Tahunan sahaja yg diwartakan…
namun segala sidang yg merujuk kepada sidang rasmi evan sidang tergempar perlu melalui perkenan sultan perak…
prosuder ini juga merujuk kepada perlembagaan sedia ada yg digunapakai untuk sidang dewan parlimen (persekutuan).. perlu perkenan agong…
apa yg saudara cuba kelirukan… hanya kerana Sidang rasmi tahunan sahaja yg diwartakan.. but sidang tergempar still official.. dan melalui proses yg sama…
jangan kerana sentimen sempit… fakta yg jelas dan termaktub dipusing2.. kan… hinggakan hak dan authority kuasa sultan di TIDAKKAN…
apa yg pasti.. Sidang bawah pokok perkara memalukan bukan sahaj kepada negeri perak tpi malaysian umumnya……
Jangan kita salah faham..Agak jelas kalau kita baca peruntukan undang undang.Undang Undang perlu dibaca menurut apa yg diperuntukan dengan jelas dan khusus.Tidak satu perkara pun yg menghalang kuasa speaker untuk memanggil sidang tergempar dimana hasrat tersebut dinyatakan kepada Sultan.Speaker mempunyai kuasa untuk memanggil sidang tergempar.Yg penting disini adalah notis diberi kepada pihak istana dan dalam hal sidang tergempar..notis itu tidak perlukan persetujuan rasmi atau titah diraja.
Sidang terbaru Parlimen dalam soal Palestine pun bukan dititah oleh YDP Agong maka hanya melalui notis cadangan persidangan yg dihantar.
Jika nak dikatakan perkenan atau tidak.Tindakan Sultan Perak untuk tidak menhalang sidang tergempar itu selepas mendapat notis cadangan speaker menunjukan persetujuan.Jika baginda Sultan tidak perkenan, pasti beliau akan bersuara dan mintak sidang tergempar itu dibatalkan.Sultan boleh menolak sidang tergempar jika tak berkenan..tapi baginda mungkin fasih akan soal perundangan dan amalkan ‘implied consent’ sebagai persetujuan memandangkan isu perundangan yg beliau sendiri kenal pasti.
Tidak ada apa apa yg diputar belit selain yg kita baca dlm suratkhabar kita.
Dorang lupe nak bace…
Sape yang bagi kuasa penuh kat Speaker??
Sape?? BN?? BN tu ape?
Sultan – sultan..takde bende lain nak kate ke??
Kenapa umat islam skrg asyik bergaduh pasal benda tak guna nie….
sedarlah wahai umat islam sekalian.Sesungguhnya Allah maha berkuasa keatas sesuatu mahkluknya.Jangan disebabkan politik kita semua umat islam ciptaan barat kita semua berpecah belah….Kita ati ini terlalu taksub kepada pemimpin….bkn kepada Nabi Muhammad dan para sahabatnya…Pemimpin dan parti adalah segala-galanya bagi kita.Sedarlah wahai umat islam sekalian.Kita sedang berada diambang perpecahan.Musuh islam sedang mentertawakan kita.