Bila dah terkena batang hidung, tarik janggut orang
Sebelum ini, bekas MB Selangor, Khir Toyo yang sedang galak untuk menjadi Ketua Pemuda Umno seringkali menggasak kepimpinan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Ketika itu berlaku, tidak pernah kedengaran mana-mana pimpinan kerajaan Negeri Selangor atau ADUN menyekeh atau menarik rambut, janggut dan misainya.
Tetapi sebaliknya yang berlaku apabila rasuah dan penyelewengan kuasa bekas MB Selangor tersebut didedahkan. Dibawah ialah berita dari Harakahdaily:
Janggut Saari ditarik Khir Toyo gara-gara pendedahan KDEB
Saidah Hairan
Thu | Mar 12, 09 | 7:59:55 pm MYTSHAH ALAM, 12 Mac (Hrkh) – Ketua Pembangkang Dun Selangor, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo menarik janggut Adun Hulu Klang, Saari Sungib sambil memberi amaran keras supaya jangan membabitkan isterinya dalam isu pembelian dua kereta Mercedes dan sebuah Range Rover.
Amaran keras Khir itu dilakukan di luar dewan Dun selepas Saari mendedahkan penyelewengan dalam Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang membeli sebuah Range Rover bernilai RM500,000.
Katanya, Range Rover itu dibeli untuk kegunaan syarikat tetapi setelah kenderaan itu sampai ia telah diberikan kepada isteri Pengerusi KDEB.
Khir yang menunggu Saari di luar dewan berkata; “‘You’ serang isteri saya. ‘You’ jangan serang isteri saya, you hendak serang saya tak apa, jangan serang isteri saya. Isteri saya tidak boleh memandu.”
Saari menjawab; “Saya bertanya untuk disiasat selepas itu beri jawapan, saya cakap ia diguna pakai oleh syarikat.”
Khir membalas; “Awak orang tua awak mesti semak dengan tepat, jika isteri saya terdakwa, saya tidak akan maafkan awak, tuntut di akhirat.”
Pada mulanya Saari beranggapan Khir hanya bergurau dengan menarik janggutnya tetapi ternyata Khir serius dan penuh emosi.
Bagaimanapun, amaran itu tidak menakutkan beliau untuk terus mendedahkan segala penyelewengan yang telah dilakukan ketika Khir menjadi Menteri Besar demi kepentingan rakyat negeri Selangor.
Sebenarnya, kata beliau, isu KDEB itu sudah lama diketahuinya sejak seminggu menjadi wakil rakyat tetapi hanya didedahkan dalam sidang DUN kali ini.
Katanya dalam sidang penggal pertama dahulu perkara itu tidak sesuai untuk didedahkan sehingga perbahasan menjunjung titah ucapan Tuanku Sultan Selangor, tengah hari tadi.
Beliau menganggap Khir bukan mengancam tetapi hanya menunjukkan rasa tidak puas hati dan beremosi. – lanh _
Nampak marah sungguh Khir Toyo ye? Mengapa ye? Takkan dah menggelabah kot?
Mungkin Khir Toyo semakin tertekan dengan khabar angin yang mengatakan beliau mungkin akan digugurkan daripada pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda Umno oleh kerana politik wang…. Entahlah….















jom kite korek dan kasi telanjang bogel “belejing” (kata jawa) sampai entet. kata paku tulang sepih kata orang toyol lagi lebehhh. Memang pirate toyol betul mamat ni.
Rasakan balasan on d sport, jgn asyik tunjuk orang tapi dalam kain melipat2. poodahhhh. sian toyol sekor ni. rasakan, buat masak lomak pun sodap. hi hi
Biar si toyol kenyang dengan perbuatannya…kumpul bukti sebanyak yang mungkin…kuat enjoy rupenya family toyol ni…ada kesalahan yg terang kat situ…kalau dah comfirm buat report…
tak payah tuntut diakhirat lah pasal kereta rangerover tuntut dan selesai didunia saja. hal akhirat banyak lagi soal jawab yg terpaksa dilalui dan dijawab termasok atas segala pengkhianatan keatas amanah yg diberikan oleh rakyat.
ngesin-ngesino wong jowo wae. isin aku.
Khir toyo kata dia hanya sentuh aje janggut saari sungid sebagai menghormati sesama islam.Aku pun tak tahulah kat mana dia belajar ugama.Setahu akulah apabila kita berjumpa sesama islam kita bersalam dan memeluknya tanda ukwah sesama islam.ini mesti dah terlalu banyak sangat skandal sebab itulah ia mengeluarkan kata-kata merampu-rampu.apatah lagi dah dekat dah perhimpunana umno.nanti kalah pulak jawatan pemuda umno.Patutnya dah kena pergi jumpa pakar jiwa dah.Itulah bila dok bising sangat tentang kereta dan lembu MB.Bila dewan siasat tentangnya barulah mengelabah pasal banyak sangat penyelewenannya.Kesian juga kat khir ni,ialah bila kajian menunjukkkan yang dia adalah calon yang tak ada harapan nak menang
salam… bro… tumpang promo tee-shirt ya… =)
T-Shirt Kenangan PERISTIWA PERDANA BULAN MAC
(1) T-SHIRT ANTI PPSMI ( RM30 termasuk biaya pos )
(2) T-SHIRT JANGAN BUNUH BAHASA IBUNDA ( RM25 termasuk biaya pos )
(3) T-SHIRT SIDANG TERGEMPAR DUN PERAK ( RM25 termasuk biaya pos )
(4) T-SHIRT KERANDA 152 ( RM25 termasuk biaya pos )
http://lantera-jiwa.blogspot.com/2009/03/t-shirt-kenangan-peristiwa-perdana.html
Salam… klau x mcm tu bkn la namanya Khir Toyol.. Klau nama dia khir Manusia mesti dia x jadi mcm tu.. mesti dia ni baik jer.. ni pasal dah nama dia pun mcm tu.. klau org tnya , anak sapa yg jahat sgt tu? kita punn jawab laaa.. anak toyol.. mesti org pun x heran sgt.. oohhh.. anak toyol… patutlah…