Lebih banyak tuduhan rasuah terhadap orang Pak Lah?
Laman Mstar melaporkan bahawa lebih 20 orang dijangka akan menemui Jawatankuasa Disiplin Umno berhubung dengan salahlaku kempen dan rasuah. Klik disini.
Setakat ini Norza Zakaria dan Azalina Othman Said yang merupakan “orang kuat Pak Lah” telah pun “kantoi” diatas pertuduhan rasuah. Norza telah didakwa dimahkamah manakala pejabat Azalina telahpun digeledah SPRM.
Menurut seorang ahli Umno yang anti Pak Lah (tidak mahu namanya disiarkan), SPRM yang ditubuhkan diatas inisiatif Ahli Parlimen Kepala Batas akan “memakan” kembali keluarga, teman-teman dan penyokong Pak Lah yang akan turun dari takhta Presiden Umno akhir Mac ini.
Mungkinkah kita akan menyaksikan SPRM dan Ahli Jawatankuasa Disiplin Umno membersihkan orang-orang Pak Lah didalam Umno untuk memudahkan Najib untuk mengawal Umno pada masa akan datang?
Pada ketika ini terlalu banyak khabar angin dan dakwaan yang mengatakan kononnya Pak Lah akan terus menyambung tugasannya sebagai Perdana Menteri. Khabar angin ini bertambah hebat lagi apabila Pak Lah dan Anwar dilihat makan tengah hari dalam satu majlis sambutan Maulidur Rasul di rumah Sheikh Mahmud.
Orang-orang yang menyebarkan khabar angin ini terdiri daripada beberapa golongan:
- Orang-orang Pak Lah yang mengharapkan adanya sesuatu magik berlaku dan Pak Lah terus menjadi Perdana Menteri. Contohnya disini.
- Orang-orang Najib yang “paranoia” takut-takut kempunan jika Najib tak sempat jadi Perdana Menteri. Contohnya disini dan disini.
- Orang-orang Pakatan Rakyat yang takut Najib jadi PM.
- Orang-orang yang sengaja nak menyakat Pak Lah.
- Orang-orang yang sengaja nak takutkan Najib.
- Orang-orang yang suka menggunakan pendekatan “reverse psychology”.
Menjelang Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung tidak lama lagi, semakin banyak khabar angin dan dakwaan yang terbaru akan muncul. Perkembangan ini akan merancakkan lagi politik negara yang tidak pernah sunyi semenjak 8 Mac 2008.















Shin lebih suka Pak Lah terus jadi PM. Najib perlu bersihkan diri dari tuduhan rasuah dan salah laku dulu baru layak untuk menggantikan Pak Lah.
Najib perlu bersihkan imej dulu sebelum menjadi PM.Kalau tidak ketidakstabilan politik akan berterusan .Akhirkannya yang merana rakyat Malaysia.