Ali Rustam lucut kelayakkan untuk bertanding

2009 Mac 17

Updates

Ali Rustam dilarang daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno. Maka tersenyumlah Muhyiddin Yassin kerana sebelum ini Ali Rustam telah mendahului Muhyiddin dari segi sokongan perwakilan Umno.

Menantu kepada Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin didapati bersalah tetapi hanya diberikan amaran. Mungkin kerana takut-takut Pak Lah tak jadi letak jawatan.

Sementara Khir Toyo pula didapati tidak bersalah. Mukhriz masih lagi pening kepala. Belum seselamat Muhyiddin.

Posting Asal

Spekulasi bertiup semakin kencang. Utusan Malaysia secara terang-terangan menyebut nama Ali Rustam sebagai calon Timbalan Presiden Umno yang bakal digantung pada petang ini. Klik disini.

Seperti yang diketahui umum, Ali Rustam mendapat sokongan yang kuat terutamanya dari kalangan orang-orang Pak Lah. Jadi benarlah seperti apa yang saya katakan semalam.

Dalam masa yang tinggal lebih kurang 10 hari terkahir sebelum Pemilihan Agung Umno berlangsung ini, lebih banyak perkara-perkara yang mengejutkan akan berlaku.

Perlawanan diantara Umno dengan Umno ini secara tidak langsung akan memberikan impak dan kesan kepada negara.

Selain jawatan Timbalan Presiden, jawatan Ketua Pemuda adalah diantara yang hangat dipertandingkan.

Nama Khir Toyo turut diura-urakan sebagai yang bakal dikenakan tindakan disiplin petang ini. Entahlah…. Segalanya mungkin berlaku…..

4 Respons leave one →
  1. 2009 Mac 17

    wak ali kini tinggal sejarah untuk merebut tempat dalam umno

  2. 2009 Mac 17
    wan permalink

    sebenar nya Ali rustam ni memeng pun tak layak jadi timbalam pm jadi km melaka tu pun sepatutnya tak layak langsung….. bercakap pu kurang ajar….. tk ada daya kepimpinan langsung….

  3. 2009 Mac 18
    luahfikiran permalink

    Lembaga Disiplin telah membuat keputusan. Ketegasan UMNO dalam menangani gejala politik wang baik untuk UMNO dan baik untuk negara. Rakyat tak mahu mempunyai pemimpin yang tidak bermoral kerana pemimpin UMNO yang terpilih dalam pemilihan biasanya mereka akan menjadi pemimpin negara sekiranya parti yang diwakili menang majoriti dalam pilihanraya. Inilah sebabnya rakyat amat memberi perhatian terhadap apa yang berlaku dalam UMNO dan juga parti-parti lain. Persoalan yang timbul sekarang ini, apakah wajar DS Ali Rustam dikekalkan sebagai Ketua Menteri Melaka. Saya telah mengulas sedikit perkara ini dalam posting saya terbaru (www.luahfikiran.blogspot.com). Apakah jawatan dalam parti dan jawatan dalam kerajaan perlu dilihat daripada perspektif yang berbeza walaupun ia membabitkan individu yang sama? Jawatan dalam parti melibatkan ahli-ahli sahaja. Tetapi berebeza situasinya dengan jawatan dalam kerajaan. Oleh itu, kalau orang-orang UMNO mahu memperkukuhkan parti mereka, maka pandangan orang luar parti dan rakyat perlu diambilkira. Ini kerama parti memerlukan sokongan dan penerimaan rakyat. Parti akhirnya akan menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan samada parti akan dapat memerintah negara ataupun tidak. Kini terpulang kepada UMNO tentang apa yang mereka kehendaki. Bagi saya, tak kira apa parti pun, saya mahukan pemimpin yang dinobatkan adalah pemimpin yang hebat dan bersih segi moral dan akhlaknya.

Trackback & Pingback

  1. Top Posts « WordPress.com

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS