Umno Melaka marah

2009 Mac 18
by aminiskandar

Umno Melaka marah dengan tindakan yang dikenakan oleh Jawatankuasa Disiplin Umno terhadap Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam. Menurut beberapa ketua bahagian Umno dari Melaka, Jawatankuasa Disiplin Umno berat sebelah apabila hanya memberi amaran kepada Ahli Parlimen Rembau yang juga menantu PM walaupun disabitkan dengan kesalahan yang sama.

Lihat berita dari Utusan Meloya dibawah:

UMNO Melaka terkejut, kecewa

MELAKA 17 Mac – Seluruh UMNO Bahagian Melaka melahirkan rasa terkilan dengan keputusan Lembaga Disiplin UMNO melarang Naib Presiden, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam daripada bertanding pada pemilihan parti akhir bulan ini.

Mereka menyifatkan keputusan Lembaga Disiplin tidak adil dan berat sebelah sehingga menutup peluang Ketua Menteri Melaka itu bertanding jawatan Timbalan Presiden.


Mereka turut mempertikaikan keputusan Lembaga Disiplin hanya memberi amaran kepada Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin sedangkan Ahli Parlimen Rembau itu turut melakukan kesalahan di bawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Idris Haron berkata, keputusan itu amat mengejutkan dan mengecewakan penyokong-penyokong Mohd. Ali bukan sahaja di Melaka tetapi juga di beberapa negeri lain.

Menurut beliau, Lembaga Disiplin parti sepatutnya merujuk terlebih dahulu keputusan yang hendak dibuat kepada Majlis Tertinggi (MT) sebelum membuat pengumuman.

”Hukuman itu sepatutnya mengambil kira kepentingan politik kerana ia boleh mengundang pelbagai reaksi serta menjejaskan keyakinan ahli pada parti.

”Apa pun saya yakin Mohd. Ali akan meletakkan kepentingan parti mengatasi segala-galanya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Abdul Ghafaar Atan turut mempersoalkan perkara yang sama dan melihat keputusan itu sebagai tidak adil.

”Adakah wujud ketelusan pada Lembaga Disiplin UMNO? Adakah benar siasatan telus dan jujur dilakukan ke atas Mohd. Ali dengan tidak memihak kepada pihak-pihak tertentu?

”Kenapa hanya di saat-saat akhir sebelum pemilihan parti barulah pihak Lembaga Disiplin hendak buat keputusan? Saya benar-benar terkilan dengan keputusan ini,” katanya.

Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan juga mempertikaikan keputusan tersebut yang disifatkan berat sebelah.

”Ada pihak melakukan kesalahan yang sama tetapi sekadar diberikan amaran tetapi bagi Mohd. Ali pula beliau dilarang bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden,” katanya.

Bendahari UMNO Bahagian Bukit Katil, Datuk Akbar Ali berkata, pada masa ini kewibawaan, integriti, ketelusan, keadilan dan kemampuan Lembaga Disiplin parti boleh dipertikaikan.

”Keputusan hari ini dipertikaikan. Ia dilihat seolah-olah kurang sihat dan perlu diperbetulkan segera, jika tidak ia akan memberi kesan pada pemilihan parti hujung bulan ini,” katanya lagi.

Yang mana pilihan Umno Melaka?

Ingin mengikut jejak langkah Hang Tuah atau Hang Jebat dalam berhadapan dengan situasi sebegini?

5 Respons leave one →
  1. 2009 Mac 18

    Wak Ali
    Agent kena gantung, wak ali terselamat dari kena gantung, cuma tak dapat bertanding je.(diduga mangamalkan potik wang)

    kairy
    Agent taknak kasi sebut nama, boleh bertanding, kena amaran yellow card. (diduga mengamalkan potik banje makan-makan)

  2. 2009 Mac 18
    wan permalink

    wahai jeneral umno melaka sedar lah kamu bahaha hayat parti yg berjenama umno dah sampai ke penghujung …. dari itu keluar lah dari kepompong UMNO

  3. 2009 Mac 18
    mat permalink

    Salam Min,

    mana ada pilihan,

    Berani kerana benar,takut kerana salah.

    Kalau tak makan rasuah tiada siapa yang nak ambil tindakan.

    Mungkin,kemungkinan UMNO ada agenda lain.

    Aib,dah lebih dari aib ali rustam ditelanjang.
    Inikah budaya melayu UMNO yang hendak kita tiru ?
    Ugama tah kemana,maruah entah kemana.
    Rasuah mainan mereka,tak ada hal.

    Apa akan jadi bilamana ada parti lain menang majoriti untuk memerintah Malaysia.
    Amat ngeri untuk berfikir kearah itu.
    Rakyat Marhaen jadi taruhan.
    Kapitalis tak peduli,hingga sanggup berperang dan membunuh.
    Asal segala hasil mahsul sesebuah negara dapat mereka punggah.
    Siapa yang benarkan mereka bermaharajalela ?
    Melainkan sudah ada sekutu dan bersekutu.

    Kita disajikan dengan cerita bodoh,disebalik itu tiada siapa dikalangan mereka mengambil tahu keperitan rakyat miskin hidup melarat ditanahair sendiri.Kemelesetan ekonomi contohnya.
    Ada tak ada maka disiarkanlah siri BERSAMAMU untuk menyedapkan masakan yang dah terlebih garam.
    Yang mengerti,haram dijamah dan ditonton cerita tiga suku.

    Tapi,Rahmat Allah s.w.t meliputi sekelian alam,tanpa kita berputus asa atas kerahmatanNYA.

    Adat berjuang,kita akan diuji.

    Terima kasih,

  4. 2009 Mac 19
    mohd yusof bin ismail permalink

    People will generally accept facts as truth only if the facts agree with what they already believe.

Trackback & Pingback

  1. Top Posts « WordPress.com

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS