Perjanjian Najib-Abdullah?

2009 Mac 26

Kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno tidak menggembirakan segelintir ahli-ahli Umno. Terutamanya yang berpaut rapat kepada Mantan PM, Dr. Mahathir Mohammad.

Sebelum bermulanya pemilihan agung Umno, kita menyaksikan bagaimana orang-orang Abdullah dikenakan tindakan disiplin dan ada yang didakwa dimahkamah kerana pengelibatan dalam politik wang.

Ali Rustam, Norza Zakaria dan Azalina Othman Said adalah diantara orang-orang Abdullah yang telah menjadi mangsa. Ali Rustam dan Norza Zakaria tidak dibenarkan bertanding manakala Azalina dibenarkan untuk merebut jawatan MT walaupun pejabat dan rumahnya telah digeledah oleh pegawai-pegawai SPRM.

Semalam keputusan pemilihan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri memeranjatkan juak-juak Mahathir didalam Umno. Khairy Jamaluddin menang Ketua Pemuda manakala Shahrizat Jalil merupakan Ketua Wanita Umno yang baru. Rosnah Abdul Rashid pula menewaskan lima lagi pencabarnya untuk diangkat menjadi Ketua Puteri yang baru. Klik disini untuk keputusan penuh.

Bigdogdotcom mempertanggungjawabkan 304 perwakilan Pemuda Umno yang memilih menantu PM jika Umno dikuburkan pada PRU 13 dan tidak faham mengapa Wanita Umno memilih seorang ketua yang kalah dalam pilihanraya disini. MYKMU pula tidak mahu barisan Pemuda Umno yang baru menyapu segala kontrak-kontrak kerajaan dan menjadi pejuang sejati. Klik disini.

Ketika heboh Abdullah Badawi dipaksa untuk turun daripada kerusi PM tahun lalu, saya terdengar beberapa gosip mengenai Perjanjian diantara Najib dan Abdullah. Menurut gosip tersebut, Abdullah bersetuju untuk memberi laluan kepada Najib dengan syarat Khairy Jamaluddin diberi laluan untuk menang jawatan Ketua Pemuda Umno. Gosip ini semakin dipercaya apabila orang kuat Najib dibahagian Kota Bharu telah mencalonkan menantu PM sebagai calon Ketua Pemuda.

Gosip kedua berkaitan dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Dikatakan bahawa menantu PM telah “check mate” Najib dalam isu ini. Untuk menutup berita dan cerita ini, Khairy perlu diberi laluan untuk menang dalam jawatan Ketua Pemuda Umno sekaligus akan dilantik menjadi Menteri Kabinet selepas itu.

Benar atau tidak gosip ini, tidak dapat saya sahkan.

Tapi ramai yang terkejut mengapa menantu PM masih dibenarkan bertanding jawatan Ketua Pemuda dikala dia dikatakan bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno?

Apakah ada campur tangan pihak atasan?

Zulkifli Sulong kolumnis The Malaysian Insider beranggapan bahawa kemenangan Khairy dan Shahrizat menunjukkan simpati orang-orang Umno terhadap Abdullah Badawi. Klik disini.

Jika teori Zulkifli Sulong ini benar, sudah pasti kita akan menyaksikan Muhammad Taib menewaskan Muhyiddin Yassin malam ini.

2 Respons leave one →
  1. 2009 Mac 29

    Najib lantik KJ menteri, lagi cepat umno/bn mati! Kalau Najib tak lantik KJ menteri, Najib tak boleh duduk diam kerana mt ada duri! Najib serbasalah! Samada ada akan terjun sungai pahang atau lari masuk hutan gunung tahan! Kalau naik kapal selam macam mana nak timbul di monggolia?

Trackback & Pingback

  1. blog pemuda besut « Dewan Pemuda PAS Sarawak

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS