Pengundi-pengundi Melayu pengemis?

2009 April 13
by aminiskandar

Setelah membaca berita ini, terasa seperti pengundi-pengundi Melayu hanyalah peminta sedekah dinegara ini.

4 Respons leave one →
  1. 2009 April 13
    storm62 permalink

    wei bn/umno, lu kasi duit kpd melayu, depa ambik, lu kasi duit itu cina, depa ambik, lu kasi duit itu india, depa ambik jugak…tapi semua orang, baik melayu ke, cina ke, india ke, mana ada cakap depa mau undi sama lu? lu ingat rakyat Malaysia ini lagi bodoh ke?

    itu duit rakyat punya la, lu suka2 kasi saja masa nak mengundi…lepas tu hangpa pulak yg gasak harta dan wang Negara untuk keluarga dan kroni2 hangpa pulak selama 5 tahun. sial betui hangpa semua ini. penipu dan perompak Rakyat Malaysia.

  2. 2009 April 13

    Ini hanya taktik UMNO untuk menarik kembali undi orang Melayu.

    Siapa yang tergugat? UMNO atau Orang Melayu?
    secara jelas ialah UMNO takut dengan perubahan politik negara dimana Rakyat akan menentukan siapa kerajaan yang mereka pilih!

    50 tahun kita dah ditipu…
    12 kali pilihan raya kita dah bagi peluang dekat BN tapi tiada perubahan yang dilakukan.

    Mala kali ini kita beri peluang kepada mereka yang sanggup berubah!

    Itulah Pakatan Rakyat!

    Regards,

    GoMalaysian.Blogspot.Com
    http://gomalaysian.blogspot.com/

  3. 2009 April 14
    mat permalink

    Salam amin,

    Kefahaman politik dikalangan orang melayu hendak kita baca dari sudut mana ?
    Analisa ?

    Bila mana ada cerdik pandai dikalangan orang melayu,peristiwa Singapura dilanggar todak pasti berulang.
    Senjata ampuh neo-colonialism ditanahair ialah ISA,OSA,AUKU,Akta Polis,Akta Hasutan…
    Sebaran maklumat amat terhad.
    Disekeliling kita masih terdapat talibarut Jepun dan Inggeris.

    Gelombang perubahan dapat ditiupkan oleh seorang yang bernama Anwar Ibrahim atas tajuk KEZALIMAN.
    Bermula segala kebobrokan daulah pecah antah-berantah.
    Namun kesedaran seakan datang bermusim.
    Ternyata kuasa wang memainkan peranan yang amat besar dikalangan orang melayu.
    Tidak hairan apabila dikatakan yang kaya terus kaya,miskin papa kedana.

    Kemerdekaan total ibarat bumi dengan langit.
    Catatan cendikiawan bebunyi “Jadi yang mula-mula mengecap nikmat dari Merdeka ini ialah pemimpin-pemimpin politik dan pegawai-pegawai kanan dalam perkhidmatan awam ”
    “Ada beberapa kesimpulan yang boleh dibuat,terutama dari sudut perkembangan pimpinan politik yang timbul selepas Merdeka.Sebagaimana yang telah dilihat,pemimpin kanan di antara mereka adalah bekas-bekas pegawai perkhidmatan awam yang mempunyai kaitan dengan keluarga diraja.Golongan raja dan pegawai itu mempunyai sejarah kerjasama yang rapat dengan penjajah Inggeris.Tambahan pula,pemimpin-pemimpin kanan politik yang menerima kemerdekaan daripada Inggeris itu mendapat pendidikan Inggeris di Barat ” (Catatan Syed Husin Ali- Orang Melayu- Masalah & Masa Depan)

    Seandai kita dapat bergerak dengan apa cara sekalipun membawa misi kesedaran kepada orang melayu akan politik dan ekonomi yang telah dijarah oleh golongan penindas ini,maka mulakanlah gerak langkah mulai sekarang,kiranya masa masih belum terlambat.

    Buat permulaan, UMNO/BN mempunyai banyak slogan untuk didendangkan.
    Contoh : Perkauman,derhaka,ketuanan melayu……….
    Dakyah ini wajib dicantas seawalnya.

  4. 2009 April 14

    penghargaan? logik tak betul tuh.. logik betul orang undi kalau kerja bagus..

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS