Apabila Shahrir Samad cuba untuk “menukar kem”
Updates
Utusan Malaysia memutarbelitkan kenyataan Shahrir sebelum ini. Klik disini.
Apo ni Utusan, janganlah jatuhkan standard Ahli Parlimen JB ni….
Posting Asal
Jambatan bengkok wajar dibina – Shahrir
JOHOR BAHRU 19 April – Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, jambatan bengkok menghubungkan Malaysia-Singapura wajar diteruskan.
Kata beliau, jambatan yang menghubungkan Tanjung Puteri di Johor dan Woodlands di Singapura itu boleh dilaksanakan dengan semangat setia kawan antara kedua-dua negara.
“Sebagaimana kita maklum kedua-dua Perdana Menteri telah mengadakan pertemuan empat mata di Pattaya, Thailand baru-baru ini dan isu perbincangan berkisar projek ikon ini dan saya yakin ia dibincangkan secara serius.
“Saya menaruh keyakinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Lee Hsien Loong telah memperhalusi dan memikirkan secara terperinci berhubung projek ini demi kebaikan bersama,” katanya di sini hari ini.
Mengenai isu jambatan itu yang dibatalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau menjelaskan:
“Jika diamati kenyataan Perdana Menteri Singapura sebelum ini ada menyuarakan komitmennya berhubung projek yang dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan menyatakan kerajaan republik itu hanya bersedia turut sama terlibat dengan pembinaan jambatan itu selepas 2007.
“Ini membawa maksud ketika itu, Singapura telah siap bina Pusat Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) baru yang menjadi pelengkap kepada jambatan baru bagi menggantikan Tambak Johor yang dibina pada 1924 itu,” jelasnya.
Shahrir berkata, pembinaan projek ikon itu juga boleh dijadikan asas kepada lambang penyertaan Singapura dalam pembangunan di Iskandar Malaysia.
Sementara itu di Raub, Dr. Mahathir ketika mengulas gesaan UMNO Johor Bahru berkata, kerajaan sepatutnya tidak menghentikan langsung pembinaan jambatan itu.
“Bohong, kalau kata rakyat Johor tidak mahu jambatan ini dibina,” katanya.
Aik bang, dah tukar kem ke?
Macam mana dengan kunci dulu?
Takkan dah lupa kot?















Bgsla klu sharir dah cakap mcm 2,dia oun tahu kepentingan,jgn ugkit benda yang dah lepas,kang aku ungkit kes haji adi berbuih mulut nak menjawab,saper kafir?
Bgsla klu sharir dah cakap mcm 2,dia oun tahu kepentingan,jgn ugkit benda yang dah lepas,kang aku ungkit kes haji adi berbuih mulut nak menjawab,saper kafir?
Bagi Aku DALAM UMNO ni tinggal satu orang je pejuang SEJATI UMNO….SHAHRIR SAMAD…!!!!
Kepada Datuk Shahrir Samad ini lah masa nya Datuk Bertukar angin kepada PAKATAN RAKYAT,,,,,,,,
la baguih le mcm2, demi pembangunan negara dan bangsa sy sbg rakyat malaysia 1billion setuju. Ini kerana adanye jamban bengkok dapat melunaskan perjalanan airlaut tambak johor yg semakin hitam pekat melekat dan meluat melihatnya… demi eco yg jernih maka ianya wajib dilakukan (napele dari dulu2 tak nak buat…). Demi ekonomi malaysia (perkapalan khususnye)..dapatle kapal2 berlabuh di malaysia (tj pelepas dpt maju, pasir gudang terus maju… tak gitu)..perjalanan kapal dpt dipendekkan (tak payah pusing singapura..)..
Rasanye semua rakyat malaysia setuju dan kalaupun rakyat singapura x setuju, kite peduli ape.. baik untuk malaysia terussssssssss kan je. Ade berani. tk
Manusia yang mencadangkan jambatan bengkok tu sememangnya mempunyai nawaitu serta hati yang bengkok….tunggu saje lah
alaa…. anwar tukaq parti terus … bukan kem lagi .. semua kepentingan peribadi la….
Tapi yang paling lawak Mahathir lah.
Bertanding untuk jadi perwakilan Kubang Pasu pun kalah….
Ha ha ha ha ha…
beuwolf, hulurlah sikit…. Janganlah makan sorang…. Ha ha ha
nama pun jambatan bengkok…kenapa tak buat jambatan yang lurus…maka sebab itu semua pemimpin melayu malaysia hati nya semua bengkok. benda benda bengkok ni susah ooi !! depa komplain sakit !! suruh cabut !!
Dtuk Shahir…jangan kotorkan diri anda dengan manusia yang mee…lemahkan parti keramat kamu…INGAT dan juga berfikir…Tun M la orangnya..Pak Lah jadi lemah sapa kata???KJ rasuah sapa dok jaja….musibat ni la punya keja.Dia korek,goncang,bomm…kununnya dia la maha hebat.Jangan jadi melayu haprak,kira nak cium tangan saja..tah-tah dia baru lepas cebok apa…tak pasai-pasai datuk kena shitt…
buat jamban bengkok lah untuk sharir dan rakan-rakan dia dalam meno aka sarkis…terutama ketua dia tu piem najib….korang boleh berak reramai dalam jamban bengkok tuh…hahahahahahaah!!!! berapo bilion jamban bengkok korang tuh..hahaha pakat-pakat lah bagi kroni lepaih nie rakyat bleh berak juga kek jamban bengkok ko tu!
apa punya malaun nie…orang tengah susah sengkek nie…dia nak offer buat jamban bengkok…shahrir your time alredi gone lah… pi lah berak kek jamban bengkok ko tuh!
stakat jambatan lurus skang pun dah ada.nak buat aper buat satu lagi,buat jambatan bengkok bagi laluan kapal,biar johor berkembang pesat sebagai pusat perdagangan,baru pelabur makin ramai masuk.rakyat ada peluang pekerjaan.
Aku ni memang dari kecik tak penah suka ngan umno. Masa kecik-kecik dulu x minat politik tp bila dah tau apa itu politik aku trus sokong PR. Dalam hal jambatan Bengkok ni aku sokong diteruskan. TAPI SEMUA kontrak haruslah open tender. Kerajaan harus senaraikan secara teperinci setiap sen yang dikeluarkan untuk menyiapkan jambatan bengkok tersebut pada rakyat supaya tiada ketirisan berlaku.
Kebaikan jambatan yg paling utama bg aku la… (ni pendapat peribadi aku je) bila laluan kapal jadi pendek, kapal2 dr syarikat perkapalan besar2 dunia mungkin akan lebih tertarik untuk singgah di Malaysia, jadi manalah tau pas kapal mula je x pakai pelabuhan Singapore stat dari situ Malaysia makin lama makin berkembang ekonominya dan mungkin dalam 20-30 tahun lagi Malaysia akan mengatasi Singapore jedi Negara Asia Tenggara paling MAJU…. Sapa tau…..
salam kenal mas..