Calon-calon yang sesuai untuk mewakili BN di DUN Penanti

2009 April 20

1) Dr. Mahathir Mohammad

Sebagai “Ketua Umum” Umno merangkap “Menteri Kanan” Malaysia, beliau adalah calon yang sesuai kerana dijangka mampu memberi saingan kepada calon Pakatan. Akan tetapi kerisauan uatama Umno ialah beliau mungkin mengulangi kekalahannya sewaktu bertanding untuk menjadi perwakilan Umno Kubang Pasu satu ketika dahulu.

2) Shahrizat Jalil

Ketua Wanita Umno merangkap Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga ini hanyalah senator. Untuk memastikan terus relevan dan tidak terus dikutuk oleh geng Rafidah kerana kalah dalam PRU yang lalu, beliau haruslah diberi peluang agar Umno/BN kemungkinan dapat merampas kembali kerusi Penanti daripada Pakatan oleh kerana kelebihannya sebagai “anak mummy”. Akan tetapi, ketakutan utama yang menghantuinya ialah jika kalah, bagaimana beliau nak berhadapan dengan kelompok Rafidah?

3) Koh Tsu Koon

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang ini dilantik menjadi Menteri di JPM oleh kerana beliau adalah Presiden Gerakan. Jika beliau diberi peluang menjadi calon, dapatlah beliau membuktikan bahawa beliau bukanlah “menteri pintu belakang” seperti yang didakwa oleh Lim Guan Eng. Itu pun kalau menanglah. Kalau kalah?

2 Respons leave one →
  1. 2009 April 20
    Anti Bibir Merah Bini Katek permalink

    Heheheheh………………….

    Semua calon yang diatas adalah manusia yang paling sesuai untuk di calon kan….

  2. 2009 April 21
    botakmeno permalink

    bagi kek big moma lah…ahahahaha!

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS