Satu lagi insiden memalukan Malaysia

2009 April 22
by aminiskandar

Sedih dan malu. Itulah yang dapat diungkapkan apabila membaca berita dari Malaysiakini dibawah.

Kerabat Kelantan didakwa dera isteri model

Apr 21, 09 6:35pm
Model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot, didakwa dilarikan oleh seorang kerabat diraja Kelantan, yang juga suaminya, dan pernah didera, termasuk dilukakan di bahagian dada.

Ibunya Daisy Fajarina mendakwa, beliau mempunyai bukti penderaan tersebut dan maklumat mengenainya disampaikan oleh orang istana sendiri yang bersimpati dengannya.

“Anak saya disiksa, di bagian dadanya disilet (ditoreh) silet. Itu yang ngomong dari pihak dalam istana yang punya hati nurani dan (tidak) tega melihat penderitaan anak saya,” wanita itu dipetik berkata.

manohara odelia pinot tengku kelantan royal indonesia model controversy 210409Ibunya juga mendedahkan anaknya, 17, dibawa secara paksa dan tanpa diduga oleh kerabat tersebut selepas mereka sekeluarga selesai mengerjakan umrah bulan lalu dengan pesawat peribadi Challenger 300 dari Jeddah, Arab Saudi.

“Saya tidak menyangka setelah umrah, mereka sanggup melakukan hal yang sangat tidak manusiawi (berperikemanusiaan),” wanita 44 tahun itu dipetik sebagai berkata di Jakarta.

“Alhamdulillah, kami melakukan ibadah dengan baik, hubungan kami dengan Tengku pun baik.”

Daisy berkata, sewaktu mereka menuju ke lapangan terbang untuk pulang ke Indonesia, Manohara berangkat satu kereta dengan suaminya, sementara beliau sendiri bersama kakak Manohara Odelia dalam kenderaan lain.

Tambahnya, bagaimanapun kenderaan yang membawa kerabat tersebut dan model Indonesia itu tidak ke lapangan terbang biasa, sebaliknya ke bahagian berlepas jet peribadi.

Daisy mendakwa, beliau dan anak sulungnya Dewi Sari Asih cuba menghalang pesawat tersebut berlepas sehingga hampir terkena sayapnya tetapi tidak dipedulikan.

Sehingga kini nasib dan lokasi wanita muda itu masih tinggal misteri, lapor sebuah akhbar di republik tersebut Surya hari ini.
Mereka, termasuk kerabat tersebut, mengerjakan umrah bersama-sama antara 25 Februari hingga 9 Mac lalu sebagai undangan untuk berbaik-baik semula.

Manohara Odelia – yang pernah tersenarai “100 Pesona Indonesia” – lari dari negara ini ke republik itu selepas berasa sering dikasari oleh suaminya.

manohara odelia pinot tengku kelantan royal indonesia model controversy 210409 02Model itu berkahwin dengan tergesa-gesa dengan kerabat tersebut, yang berusia 31 tahun, pada 26 Ogos lalu setelah dicabuli lelaki tersebut awal 2007 sewaktu remaja itu berusia 15 tahun, dakwa Daisy lagi.

Manohara Odelia diberikan mas kahwin RM50,000, kalung berlian, anting-anting, gelang, cincin dan jam tangan.
Lebih kurang seminggu sebelum majlis pernikahan itu, Manohara Odelia dan keluarganya diundang ke Kuala Lumpur atas undangan istana Kelantan.

Pertemuan mereka berdua bermula pada Disember 2006 sewaktu Daisy dan anaknya hadir di majlis makan malam Datuk Seri Najib Razak, lapor Surya lagi.

Tiada maklumat lengkap bentuk program itu dinyatakan, namun dipercayai satu program rasmi Najib ketika mengunjungi Indonesia pada bulan tersebut.

Ibu model itu dilaporkan berkata, dalam pertemuan awal itu kerabat tersebut kelihatan sopan dan pertemuan mereka seterusnya menunjukkan lelaki itu “baik orangnya, rajin bersolat, tidak pernah kasar dan lembut bicaranya.”

“Saya sudah menganggap Tengku anak saya,” Daisy dilaporkan berkata.

Selepas kejadian yang tidak diduga di Arab Saudi, menurutnya lagi, beliau terus membuat aduan kepada kedutaan Indonesia di Jeddah.

Untuk menjejak anak bongsunya daripada dua beradik itu, Daisy cuba masuk ke Malaysia tetapi dihalang oleh jabatan imigiresen atas alasan “permintaan istana Kelantan.”

Beliau juga mendapat bantuan daripada Kementerian Luar Indonesia selepas gagal ke Kuala Lumpur.

“Rasanya saya ingin mati mati saja, tapi saya tahu saya harus kuat untuk anak saya.

“Saya tidak sanggup membayangkan apa yang akan terjadi pada anak saya,” Daisy dipetik berkata sambil berlinangan air mata.

Manohara Odelia mewarisi darah kacukan Perancis daripada bapanya Reiner Pinot Noack.

Akhbar Tempo edisi internet petang ini melaporkan polis republik itu akan mula menyiasat kes penculikan tersebut sekiranya mendapat laporan keluarga model tersebut.

Jurucakap ibu pejabat polis, Abubakar Nataprawira berkata sampai saat ini belum mendapatkan laporan daripada keluarganya.

“Katanya (keluarga) sudah lapor, tapi belum ada laporannya,” beliau dipetik berkata, sambil menambah kes tersebut diketahuinya daripada wartawan.

Tambahnya, apabila sudah dilaporkan, siasatan lanjut akan dibuat.

Dimanakah kemanusiaan?

Sampai bilakah nama Malaysia akan terus tercemar dengan kes-kes sebegini?

Dahulu nama Malaysia busuk apabila Altantuya Shariibuu seorang warga Mongolia mati dibunuh dinegara ini. Hari ini, nama Malaysia busuk dinegara jiran kita Indonesia.

Sekali lagi Jabatan Imigresen bertindak diatas arahan pihak-pihak tertentu.

Hari ini, perdana menteri kita memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Indonesia.

Bagaimanakah dia akan menjawab soalan-soalan yang panas ini dari wartawan-wartawan di Indonesia?

14 Respons leave one →
  1. 2009 April 22
    iam.khufu permalink

    Siasatlah elok2, jangan ada lagi perkara yang tak diingini berlaku. Kalau masalah keluarga selesaikan secara aman. Berita macam ini sepatutnya masuk berita jam 8.00 malam supaya rakyat tahu dan sebagai pengajaran kepada pihak atasan.

  2. 2009 April 22

    bijaN pun payah nak tanggkap ini kan pula raja kita..

  3. 2009 April 22

    umno selaku pewaris penjajah sememang nye memperguna instituiisi raja untuk kepentingan nye (merompak harta negara) selama 50 thn dan memang menuggu pada satu masa untuk menggulling kan raja dengan cara tak sengaja..

  4. 2009 April 22
    anas permalink

    Jadual kunjungan Habib Umar Ke Malaysia

    JADUAL KUNJUNGAN AL-ALLAMAH AL-MUHADDIS AL-HABIB UMAR BEN HAFIZ HAFIZAHULLAH

    KE MALAYSIA

    .

    1) ISNIN , 11 MEI , 6PTG – 10 MLM :

    JILSAH DI MASJID AL-FALAH USJ 9 ,

    SUBANG JAYA , SELANGOR

    .

    2) SELASA, 12 MEI, 6PTG-10 MLM:

    JILSAH DI MASJID SELAT ,

    PULAU MELAKA, MELAKA

    .
    3) RABU , 13 MEI , 6PTG – 10 MLM :
    JILSAH DI MASJID WILAYAH,

    JALAN DUTA, KL\

    http://pondokhabib.wordpress.com

  5. 2009 April 22

    sila lah melawat kesah di sebalik kekecohan sidang DUN MELAKA yang diwar-warkan media TORTOQ UMNO…
    link:
    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/lucah-mr-lee-dan-betty.html

  6. 2009 April 22

    sembah derhaka..
    apa benar sanak saudara tuanku buat benda ini

    ampun tuanku…mohon derhaka

    lalalallala

  7. 2009 April 22
    storm62 permalink

    kalo najis boleh, tuanku pun boleh…apa salahnya?

    satu raja liwat, satu lagi raja dera…tak malu ke?

  8. 2009 April 22
    anonwho permalink

    baca dulu komen2 dlm blog ni:
    jakartasocial.wordpress.com

    dari situ boleh lah membuat andaian.
    the truth is out there somewhere.

  9. 2009 April 23
    Artistainer permalink

    im agree with The Truth is out there somewhere because your pers policy in your country is not free to telling the truth about all.. is that true ? im really want to know about pers policy in your country.

    Please grow up to telling the truth about your country, if wrong tell it wrong and if true tell the truth.

    Im glad to hear it from you as good malaysian citizen. Im good Indonesian need to know the truth story about it and about your country for good malaysia in the future.

    Thanks for writing the truth

  10. 2009 April 23
    Artistainer permalink

    Im sorry katakan ini. Tengku Fakhry doing sex before marriage with Manohara right ?
    Is he moslem ? too bad to hear that sex before marriage with underage.
    Is she still alive ? dont be like altantuya case,please.

  11. 2009 April 30
    MalaysianMan permalink

    ku mo ni sepatutnya dijadikan sebagai teladan RAKYAT, contoh yang soleh untuk RAKYAT teladani. Ku mo ni dicukaikan oleh RAKYAT, ingat TANPA rakyat TIADA la ku mo. Ku mo ni dibela oleh RAKYAT, jadi ku mo ni sepatutnya BEHAVE, jangan la cari pasal tak pasal-pasal tapi pasal POMPUAN, belanja la lebih berhemah, TU DUIT TITIK PELUH RAKYAT!
    FAHAM KE….

  12. 2009 Mei 3
    jebatmoden permalink

    itulah akibat orang-orang yang tidak mempunyai pelajaran yang cukup….mujur ada pangkat dan duit lebih sikit…ehsan rakyaat semua….semua Tuhan memberikan taufik dan hidayah..tapi kenalah solat dan minta doa secara ikhlas!

    • 2009 Mei 5
      sha permalink

      betul yg awak katakan mentang _ mentang ada duit dan pangkat satu dunia boleh dibeli

      mintak -MINTAK Allah berikan hidayah dan peluang bertaubat…….Amin.

Trackback & Pingback

  1. Top Posts « WordPress.com

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS