Kerajaan Perpaduan: Apa kata rakyat?

2009 April 29
by aminiskandar

Isu mengenai kerajaan perpaduan diantara PAS dan Umno hangat kembali. Selagi PAS dan UMno tidak berpadu, selagi itulah isu ini tidak akan selesai sehinggalah pilihanraya akan datang.

Teman saya, Syed Azidi mengatakan bahawa PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat dan menyertai Barisan Nasional pada bulan Jun ini. Klik disini. Sama ada perkara ini benar atau tidak tidak pulalah diketahui.

Lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia memberikan liputan yang meluas mengenai isu kemasukkan PAS kedalam Barisan Nasional hari ini. Klik disini, disini, disini, disini, disini, disini dan disini. Nampak dah terdesak sangat Umno nakkan PAS join mereka dalam BN.

Masih teringat lagi dahulu apabila membaca penghinaan demi penghinaan yang dilemparkan oleh Utusan Malaysia terhadap PAS termasuklah kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.  Diantaranya Haji Hadi pernah dilabel sebagai pemecah belah umat. Klik disini.

Malahan Laman Web Pemuda Umno turut menghina Haji Hadi dan Nik Aziz disini. Berlambak-lambak caci maki terhadap PAS yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional. Carilah sendiri dengan menggunakan perkhidmatan Mr. Google. Berlambak-lambak ada.

Caci maki PAS kepada Umno pun handal juga. Itupun boleh dicari dengan menggunakan Mr. Google. Tapi Umno tak kisah rasanya sebab parti tersebut dah nazak. Kalau PAS masuk BN, maka kuatlah kembali parti mereka. Lepas dah kuat, boleh ulangi episod tahun 70 an dulu.

Jalan terbaik ialah kembalikanlah perkara ini kepada rakyat.

Buat referendum dan tanya rakyat sama ada mereka mahu atau tidak kerajaan perpaduan Umno/PAS ditubuhkan. Janganlah cari rakyat masa nak pilihanraya sahaja!

Nanti kalau rakyat dah tak percaya dengan parti politik dan pilihanraya siapa yang susah?

P/S: PAS Permatang Pauh telahpun membekukan jentera untuk pilihanraya kecil di DUN Penanti. Klik disini.

15 Respons leave one →
  1. 2009 April 29

    Kerajaan perpaduan (unity gov ) yang dicadangakan oleh Hj Hadi sebenarnya melibatkan semua parti politik. Bukan PAS dan UMNO sahaja seperti 70an. Rujuk temubual Hj Hadi dengan Harakah.

    Jangkaan PAS akan keluar pakatan adalah satu pandangan yang tidak tepat. Tapi kalau berlaku wallahualam.. Tapi nak ke PAS berkerjasama dengan Najib?

    Yang penting jangan lkut berjoget dengan rentak yang dimainkan oleh utusan. Mereka dah terdesak sangat, diaorang tengok Najib macam tak boleh pakai, hak Melayu, bumiputera dan Islam yang Pak Lah boleh jaga Najib dah liberalkan.
    umno sendiri takut dengan perbuatan Najib. Banyak blogawan UMNO pun risau.

  2. 2009 April 29

    Mengenai pemboikotan PAs Permatang Pauh, ini bukan kali pertama.
    PAS Melaka pernah boikot untuk berkerjasama dengan Khalid Jaafar.
    PAS P.Pinang pun pernah boikot, masa PRK Permatang Pauh kalau tak silap.
    Mungkin ini lambang demokrasi PAS.
    Tapi sebagai sebuah gabungan pakatan. Tindakan ini tidak matang, apatah lagi sedia maklum yang media akan main isu.

  3. 2009 April 29

    kerajaan perpaduan…sesuatu yg sgt mengarut…

    macam mana boleh terfikir utk bergabing dgn
    parti pengkhianat negara spt UMNO ini…

    najib bukti berterusan pengkhianatan terhadap melayu

  4. 2009 April 29

    unity yang bagaimana mereka mahukan…

    kalau BN sanggup tidak lagi menyerang PR dan mengganggu pentadbiran PR dan begitu juga sebaliknya itu baru nama Unity..

    pasai beku membeku…Hassan Ali setuju pasal PRK Penanti kali ni letak calon PAS..

    siapa hassan ali?? orang yang bertanggung jawap ketika mula – mula PR menang di Selangor pegi membuat negotiation dengan Khir Toyo…

    Sudahlah…

    rakyat mahukan PR sekarang nie..PAS tolong jangan jadi Taiko…jangan buat perangai Umno..nak jadi Taiko…

    Ingatlah ketika peristiwa Hudaibiyah…

  5. 2009 April 29
    beuwolf permalink

    hidung tak mancung pipi tersorong 2 …

  6. 2009 April 29
    khairilazuar permalink

    PAS dinasihatkan oleh aku nie supaya jgn dok ulangi peristiwa hitam tahun 70an dahulu ketika bersama dengan Barisan Nasional, Hadi pun nie satu, dok syok sangat nak dengan UMNO, itulah sebab banyak cawangan PAS tak mo calon Hadi nie ….

    PAS Permatang Pauh, jgn dok buat banyak budak-budak, jgan dok timbui masalah pulak, kita bukan lawan dengan budak-budak, kita lawan dengan rejim Barisan Nasional, takan nak pecah undi kot. Jangan dok perangai mcm orang UMNO Bukit Selambau ….

    http://khairilazuar.wordpress.com

  7. 2009 April 29
    kucing kota permalink

    Masalahnya unity gov yg dikatakan akan dianggotai semua party itu telah dipersetujui oleh kepimpinan semua parti kah? Kita tak dengar pun Pemimpin Dap dan Pkr bersetuju dlm isu Unity Gov ini. Apa yg kita baca cadangan UG ini banyak diulas oleh pimpinan Pas. Tentu saja ahli2 dan pnyokong dibahagian akar umbi berpendapat, Pimpinan Pas lah yg beriya2 nak buat UG ini.

    Cadangan membentuk kerajaan UG menyebabkan ahli2 dan penyokong pas dlm keadaan serba salah, dlm perkataan lain, ketika ahli dan penyokong sedang membara kemarahan kepada UMNO diatas kerakusan dan tindak tanduk yg menyakiti hati dan perasaan ahli /penyokong Pas, relevankah cadangan membentuk kerajaan UG ini dipersembahkan kepada rakyat yg sangat teruja menyokong PR.
    Sebenarnya cadangan ini tersalah masa dan keadaan.

  8. 2009 April 30

    fikirlah baik-baik semua kita, jangan nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran..cewahhh…melepas?

  9. 2009 April 30
    MalaysianMan permalink

    You’re going to sleep on the same bed with the EVIL that ruled this country tends to be plundered nation wealth for the past 52 years. Com’on PAS, are you going to against the WILL OF THE RAKYAT that need CHANGE IN THIS BELOVED COUNTRY CALLED MALAYSIA. Please la…..
    LANGKAH MY DEATH BODY FIRST.
    Would like to remind PAS members, never..never..never.. have that kind of THOUGHT or ortherwise you’ii be VOTED OUT BY RAKYAT.
    Got it!!!!

  10. 2009 April 30
    MalaysianMan permalink

    Sori Typo… tends to plundered…

  11. 2009 April 30
    MalaysianMan permalink

    sori typo…tends to plundered..

  12. 2009 April 30
    shafifah permalink

    Majlis Haul Syeikh Abdul Qodir Al-Jilani di Melaka
    Assalamualaikum…

    Pengumuman & Jemputan Khas
    Buat Tuan-Tuan & Puan-Puan, Muslimin & Muslimat Yang di DiRahmati Alllah
    Ke

    Majlis Haul

    Syeikh Abdul Qodir Al-Jilani Rodhiallaahu Ta’aala ‘Anhu

    Tarikh :
    3 Mei 2009 (Ahad)

    Jam :
    10 Pagi

    Tempat :
    Surau Jemaah Pdg Kemunting, Pengkalan Balak , Melaka

    Tetamu Khas :

    Syeikh Afifuddin Al-Jilani
    Keturunan ke 36 Syeikh Abd Qadir Al Jilani

    Maklumat Lanjut Sila Hubungi :

    Kamarul

    012-6393481

    Terima kasih, Wasalam.

    http://pondokhabib.wordpress.com

  13. 2009 April 30
    beuwolf permalink

    biaq la nak UG pun …… mana la tau kot2 PAS boleh tarbiah UMNO ….. then form another party … United Malays Islamic (UMI) …. dasat tu ….

    baru DAP , MCA , PKR , MIC kecut perut……

    TAKBIR !!!!

  14. 2009 April 30
    Hamba permalink

    Mahu ke manusia duduk bersama2 dgn binatang2 yg ada dalam United Munkee N Orangutans ( UMNO) yg tak bertamadun? Manusia ada undang2 tp binatang2 tu pakai hukum hutan…siapa kuat dia yg menang…Sekarang ni memang le dia tgh nazak tp kalau di beri pertolongan dia akan sihat semula..lepas tu apa yg munkee N Orangutans tu akan buat? Tak ingat Kisah UMNO khianat PAS Kelantan? Melayu mana yg tak tahu perpatah ” Takkan pisang berbuah dua kali”. Kalau nak berhujah bahawa itu kisah silam, bagaimana dgn Negeri Perak? Kisah silam??? Itu bukti sahih UMNO masih lagi bersifat haiwan…tidak berubah dan tidak mahu berubah….Allah tidak suka pada umat islam yg bodoh….Berdakwah pd yang mahu…UMNO tak mahu, jadi lebih baik berdakwah pada DAP, PKR….lebih berkat…( Jangan berdakwah kerana pangkat dan kedudukan atau kuasa)

  15. 2009 April 30
    beuwolf permalink

    Hamba ,

    amboi hang ni ……. bawa banyak2 mengucap … kalau hang rasa darjat hang baguih sangat pun …. tak kan hina org sampai macam tu … rasanya Tok Guru pun tak suka orang macam hang ni…..

    Hang ni mesti tergolong antara org2 yg lemah dan cepat berputuih asa ….

    Kalau dok selalu dengaq fitnah mcm ni lah akibatnya … buta hati

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS