Parti Komunis Malaya (PKM) mulakan blog
Pari Komunis Malaya (PKM) adalah diantara kelompok yang terawal memperjuangkan kemerdekaan tanahair. Mereka mengangkat senjata untuk melawan penjajahan Jepun dan British.
Kita sering mendengar propaganda dari kerajaan boneka British bahawasanya PKM itu jahat dan sebagainya. Kini seorang anggota PKM telah memulakan blog untuk menceritakan mengenai perjuangan mereka melawan penjajah dalam versi kita sendiri.
Mat Amin, seorang anggota Regimen Ke 10, Parti Komunis Malaya (PKM) telah memulakan blognya. Klik disini.
Untuk berlaku adil kepada sejarah, bacalah blog tersebut kerana selama ini kita hanya mendengar versi sejarah daripada orang-orang yang menang!
Semalam, 30 April adalah tarikh lahir PKM.
Pada 30 April 1930, sebuah kongres diadakan di Kuala Pilah dan telah meluluskan untuk penubuhan Parti Komunis Malaya.















Mengapa tidak! Dedahkan sejarah yang jati bukannya cerita rekaan semata-mata sesetengah pihak seprti umNO. Depa seorang je yang berjuang untuk kemerdekaan negara tanpa bantuan orang lain (termasuk PKM !!). Mengagung-agungkan perjuangan mereka kepada anak-anak bergenarasi lamanya. Siapa tak kenal be end and umno pasal tu! Syllibus sejarah tempatan sekarang kebanyakannya adalah cerita rekaan semata-mata untuk memenuhi nafsu puas orang-orang umno sahaja. Tujuannya hanya SATU: UNTUK MEMBOLOT KEKAYAAN NEGARA DAN MENIPU RAKYAT SELAMA-LAMANYA SERTA KEKAYAAN HANYA DINIKMATI OLEH SEGENLITIR PIHAK YANG GILAKAN KUASA.
PKM jua memainkan peranan penting dalam memperjuangkan kemerdekaan negara kita kalu tidak secara langsung atau tidak langsung seperti lain-lain parti.
Insaflah perasuah dan pengkhianat negara dan rakyat, KAMU KENA BERUBAH SECARA DRASTIK BUKAN SECARA PURA-PURA, KALU TIDAK, KAMU AKAN DIHILANGKAN BEGITU JE OLEH RAKYAT.
mana kau tahu, selama UMNO memerintah jahanam ke Melayu Malaysia
tu la pasal.. dia ni.. cakap tak guna otak kot..
astaghfirullah hal azim..
kenapa tak kau je yg jadi ahli politik??
buat la satu negara baru untuk kau sorang je.. senang..
kau panggillah chin peng ke ape.. tak de orang nak kesah..
pandai-pandai la kau nak hidup nanti ye..
oh PKM berjuang meh? macam mana diorang berjuang eh?
dengan membunuh beribu-ribu warga Tanah Melayu?!..
wow,i never thought it is called “berjuang”
kau pon, klu ye pon nak nasihatkan orang, tengok2 la diri kau tu dulu.. -.-
sejarah melayu, hanya Tuhan yang tahu
pengkhianat negara negara dan bangsa katanya Awarkan? Keh keh keh batal puasa.
Maaf maaf maaf
Salam Amin.
Terima kasih atas info.
saya boleh setuju kalau PKM dimasukkan ke dalam buku2 sejarah sebagai penentang kepada pendudukan British… yang benar kena cakap benar…
tapi tak payah la nak diagungkan pulak PKM ni… kita dah 50 tahun merdeka dengan mengambil sistem demokrasi ala British.. walaupun banyak cacat cela tapi hidup kita aman…
mana je negara komunis yang hebat.. China je la kot.. tu pun terpaksa bukak sistem perdagangan kepada orang luar..
Aku tak tahu la, kau ni tak pernah baca buku sejarah ke? Berapa ramai Melayu yang kudung kaki dan tangan, meninggal sebab nak mencapai kejayaan yang ada sekarang. Kau tahu tak ideologi KOMUNIS, “TIDAK PERCAYAKAN TUHAN. AGAMA ADALAH CANDU”. Kalau kau orang yang beragama aku rasa kau akan faham. Ideologi KOMUNIS tak akan mati selagi orang tiu komunis.
betoi kata hang aku setuju. berapa ekok sangat sibritish yang PKM bunuh berbanding dengan rakyat malaysia sendiri terutamanya kaum cina yang tak mau kerja sama. bapak aku polis nu. selalu cerita apa yang berlaku dalam tugas hariannya.
Pejuang2 dan perajurit2 yang berjuang bermati-matian melawan PKM sebenarnya hanyalah berjuang untuk kepentingan Amerika,British dan Zionis!
Buntut hang lah Yahya. Kamu sekolah sampai darjah berapa? Perjuangan yang babitkan Amerika,British dan Zionis adalah pejuangan idola kamu si Anwar tu. Nak belit fakta lahtu…
Bagi saya apa yang dilakukan oleh komunis pada zaman dulu adalah sesuatu yang batil. Tapi ia hanya tinggal sejarah dan tiba masanya kita berfikiran terbuka dan mengambil iktibar dari apa yang berlaku dahulu.
tu dia eehhhhh ….. dah tak tau nak bangkitkan isu sampai sokongan PKM pun jadi ….. . hang pa ni dah kes teruk dah ni …. dah buta hati … hang pa ni dok dklm hutan ka????
syabas ‘weber , iam.khufu’
What the Ministry of Defense and the Home Ministry about this. Please give us some highlight, as an Ex- Service of the Malaysian Armed Forces are eagerly indeed to hear their response to all of this latest blog by the ex- CPM.
Ex-Service Man
Agi Idup Agi Ngelaban
Itulah Agi Idup Agi Ngelaban meraka ni nak cari glamor dari keterbukaan kerajaan BN yg tak menyekat penyiaran internet. Pembangkang apa lagi memang tunggu peluang menyelit. Bagi depa apa isu asal ada untung eksploitasi habih. Termasuklah sifu PAs tu.
Kami rak yang rasional dan bersyukur sentiasa menghargi rakan2 seperjuangan kamu. TERIMA KASIH ATAS PENGORBANAN KAMU SEMUA.
Sejarah Malaysia dan Sejarah Melaya. Memang banyak pembezaan. Buku yang kita baca hanya permandangan dari SATU prospective.
Kita tidak boleh tahu siapa salah- siapa betul, sekiranya tidak dapat tahu seluruh cerita. Hakim tidak boleh hukum sesiapa dengan percakapan pemangsa sahaja. Macam KES BESAR berbulan depan, Seorang politik penasihat dibebaskan dan seksi itu, tiada saksi dipersoalkan. Hanya dengar 1 cerita. dia sudah bebas……
Malaysia ini memang BOLEH~! apa-apa boleh jadi di Malaysia.
Ken Liew memang Malaysia ini memang BOLEH~! apa-apa boleh jadi di Malaysia. Yang tak boleh bagi saya ANWAR JADI PERDANA MENTERI HARI MALAYSIA YANG AMAN INI.
Congratulation for PKM blog!!!!.
Sekurang-kurangnya orang akan tahu perjuangan dan cerita sebenar. Asyik duk baca buku sejarah, entah betul tak betul kebenarannya.
Chin Peng pun dianugerah kan pingat olih kerajaan British kerana berjuang untuk kebebasan Malaya daripada penjajah Jepun. Fakta ini tidak langsung di timbulkan di dalam buku buku sejarah. Mengapa????
Peace
Hello, Chin Peng fight for his party not to release Malaysia from british. Perjuangan yang diteruskan adalah untuk memperkembangkan ideologi komunis di Malaysia. Tolonh baca buku sejarah banyak – banyak. Kita bukan macam yahudi yang sanggup ubah kitab dia oarang sendiri.
Ini macan kes sorang tu lah. Dapat Dato’ lepas tu kawan dengan gangster. Patut ke dia disanjung?
Memanglah chin peng dapat pingat coz tolong negara ni bebas dari penjajah inggeris tapi lepas tu dia dapat pingat komunis yg kejam sebab nak kuasa memerintah tanah melayu hak orang melayu.
Mengetahui perjuangan orang-orang zaman dahulu tiada salahnya tak kiralah mereka tu dari puak mana, sekuarang-kurangnya kita dapat melihat sesuatu yang dinyatakan sebagai fakta sejarah itu dari pelbagai perspektif, selepas itu dengan ilmu, akal dan iman kita tentukanlah sendiri… mana yang baik tu jadikanlah tauladan. Selama ni kita hanya mendengar sejarah dari sebelah pihak aje…seakan-akan mereka sajalah pejuang kemerdekaan tiada sekelumitpun sumbangan pihak lain, panadangan sebelah pihak macam ni dah tak laku di zaman ni…
Bukan mudah bagi orang jenerasi kami untuk menerima perjuangan PKM. Saya sendiri sudah pernah melawat Eropah Timur dan dapat melihat dengan mata sendiri kemusnahan masyarakat dan negara yang disebabkan oleh fahaman komunis. Saya pernah bersahabat dengan orang Cina yang telah mengalami kesengsaraan dan kehancuran keluarga mereka sewaktu Revolusi Budaya dibawah Mao. Semua ini datangnya daripada tafsiran-tafsiran ajaran Karl Marx oleh pemimpin-pemimpin komunis dulu. Kami tahu ramai orang dari berbagai keturunan dibunuh oleh tentera PKM di Malaya dulu.
Walaupun saya menghormati kebebasan bersuara sebagai hak asas manusia, tetapi kita mesti amat berhati-hati bila menimbangkan pendapat-pendapat yang diutarakan oleh PKM.
Saya mengiktiraf bakti perjuangan mereka, bukan ideologi perjuangan mereka. Moga2 kita bukakanlah hati dan minda, dan diharapkan kita mengambil iktibar daripada pengorbanan mereka. Dalam masa itu, kita perlulah menghargai sistem westminster yang telah bertahan lama sejak ambang kemerdekaan tanah air kita. Salaam.
Salam..
1.Mungkin satu perkara yang paling kita keliru mengenai Komunis adalah isu agama
2.Komunis tidak menghalang kegiatan agama seperti yang digembar-gemburkan oleh media.
3.Contohnya rakyat di negara China masih banyak yang beragama Islam dan di negara Cuba majoritinya menganut Kristien.
4.Yang menggunakan isu agama untuk kepentingan peribadi dan politik hanya berlaku dalam negara Demokrasi.
5.Agama dijadikan candu untuk menipu rakyat serta untuk mengekalkan kuasa di negara Demokrasi.
6. Komunisme muncul untuk menghalang golongan Kapitalis yang menindas serta mengaut keuntungan secara monopoli.
7.Rakyat dalam sistem Demokrasi cuma mendapat sedikit faedah dan kekayaan sedangkan golongan pemodal serta ahli politik mengaut keayaan secara total.
8.Bagi pendapat saya, kita tiada asas untuk mengatakan bahawa sistem Demokrasi lebih baik daripada Komunis.
awak ada baca karya karl mark. awk tahu siapa karl mark dia pengasah idologi Komunis dia seorang rakyat jerman berbangsa yahudi.
1. Awak tak terbacake luahan rasa Umat Islam di sesetengah negara komunis dimana mereka mengamalkan Islam secara sembunyi
2. Kalau komunis tu bagus sangat kenapa gergasi2 komunis dunia beralih kepada sistem yang lebih terbuka?
3. Awak silap dalam hujah #5. Komunis sanggup hingga membunuh orang menolahknya. Tidak dalam demokrasi di Malaysia terutamanya. Tahanan ISA pun dilayan dengan baik.
Kamu ni dah teruk Mank.
4. Awak dah terbalih negara komunis menghala kearah sistem yang lebih bebas tapi awak sebaliknya pula.
Wira kemerdekaan yang tulin.
Perjuangan kamu akan di sanjung hingga akhir nanti.
Bebaskan kami !!!!!
Bebaskan kami !!!!!
Bebaskan kami !!!!!
Beuwolf,
Kau ni nama aja penyokong kuat Mahathir, tapi tak bijak macam Mahathir.
Mahathir lah yang membuat perdamaian dengan Parti Komunis Malaya.
Ini adalah kerana Mahathir tahu yang mana “tulen” yang mana “palsu”.
Sebab itulah Mahathir lawan Tunku dulu. Sebab dia tahu Tunku hanyalah boneka kepada British.
Hang dah lupa ke kempen Mahathir dulu?
“Buy British Last”
Buewolf, bacalah buku banyak-banyak terlebih dahulu sebelum nak komen.
Janganlah baca buku sejarah sekolah rendah dan menengah je…..
Kamu ni Anti Mahathir ke Pro Mahathir bang? Saya Pro habis.
berita terkini….chin peng tidak dibenarkan pulang ke tanahair oleh mahkamah. adakah orang tua ini masih suatu ancaman kpd negara?? mahkamah suruh beliau nak tunjuk apa surat beranak/dokumen lagi?? nama beliau telahpun masuk dalam buku sejarah kita, suadah terkenal. mestikah beliau proof lagi bahawa dia seorang warganegara berasal dari malaya lagi???
mungkin ini blog beliau juga!!
AKU ATAU KO TAK PERNAH HIDUP ZAMAN KOMUNIS,KO TAK PAYAH NAK BELA SANGAT CHIN PENG YANG NAK MAMPOS 2 SEBAB DIA KEJAM DI ZAMAN DATUK/NENEK KITA…..KO XPERNAH TANYA KER ORANG YANG MENGALAMI /MERASAI KEKEJAMAN CHIN PENG….KO TAK BERSYUKUR DENGAN APA YANG KO DAPAT SKRG NI.SESUATU YANG LEBIH BEHARGA DARI BERLIAN.AKU RASA KO NI ELOK DUDUK PALESTIN..BIAR KO RASA CMNE HIDUP DALAM KEADAAN TAKUT.BIAR KO MAMPOS KENA PELURU.BODOH SGT!!!!!!!!!!
Kalaulah rakyat malaysia semua macam kamu BERSYUKUR tak jadi macam ni kita. Masaalahnya banyak orang yang pandai tapi bodoh.
Gimme 5 brother
kemerdekaan 50/50
50 Inggeris
50 Feudal
Propaganda Tunku Abdul Rahman,
Propaganda puak pelampau gerombolan yang bergelar ‘ultras’(Mahathir)
Inilah golongan,apabila mendengar tembakan akan lari terkencing-kencing dan terberak cirit-birit.
Takut pada kegelapan dan takut akan mati.
Bila malam menjelma akan bertukar menjadi serigala yang meratah binatang ternakan kaum tani dan akan menyalak ditengah malam.
Inilah bangsa yang melaga-lagakan sesama rakyat.
Takut pada bayang sendiri kerana golongan ini yang merompak harta rakyat.
Takut tembelang akan pecah.
Walaupun tidak,tetapi sanggup menjadi burung kakak tua.
Harus di ingat mereka juga menyambut tiap-tiap tarikh kemerdekaan 31 Ogos.
Sesungguhnya mereka telah bersukat darah,bertimbang daging melawan penjajah British untuk kemerdekaan.
Jasa mereka tetap di kenang menghalau Fasis Jepun.’Pakatan paksi’ dan ‘Pihak Berikat’
Secara logiknya UMNO tidak akan membenarkan media kongkongan mereka meyiarkan penentangan atau pembunuhan terhadap tuan mereka iaitu British.
Sebaliknya mereka akan menayangkan cerita peperangan menentang JEPUN.
Akan diulang tayang sarjan hassan,bukit kepong dll.
Namun propaganda ini telah muak untuk dipertontonkan.
Jesteru kerana itu mereka masih inginkan Akta ISA,OSA,AUKU,Akta Darurat,Akta Polis,Akta Hasutan walaupun jelas bertentangan dengan mana-mana agama.
Sudahlah puak UMNO/BN !
Ruang yang disediakan bukanlah untuk propaganda murahan UMNO/BN,BTN,……….
Adakah saat kematian itu palsu ???
kalau ikut mahathir, formulanya bergini;
haramkan semua. hanya mahadir boleh baca. hanya dia boleh pandai. biar orang lain bodoh.
hasilnya, semua pengikut setianya menganggap mahadir genius.
(kerana pengikutnya b*d*h)
dapat tangkap?
have you seen this interesting site.. it’s nickelplatedpinart.blogspot.com
sejarah ditulis oleh org2 yg menang. tapi mereka yang kalah harus dinilai semula sumbangan mereka dan perlulah kita semua menghargainya.
tanpa perjuangan bersenjata Tentera Pembebasan Rakyat Malaya dan Parti Komunis Malaya, United Malays National Organization takkan dapat muncul sebagai pemenang di mata Inggeris
Umno menggunakan PKM sebagai alat tawar-menawar untuk merangkul kemerdekaan dengan syarat terus menjaga kepentingan ekonomi Inggeris di sini. Sebab itulah bila merdeka kita terpaksa membeli semula harta kekayaan tanah air yang dirampas penjajah Inggeris. Seperti membeli ladang Guthrie. Walhal sepatutnya di hampir kesemua negara yang baru merdeka saat itu – mereka memiliknegarakan seluruh syarikat-syarikat penjajah – kerana benar itu harta milik rakyat tanah jajahan.
Inggeris isytihar darurat 1948 kerana hendak menuntut insurans terhadap harta pemilikannya yang musnah akibat perang. Yang terjadi sebenarnya adalah perang saudara antara dua pihak – yang satu merdeka sepenuhnya dengan apa cara sekalipun termasuk dengan jalan berdarah.
Yang satu lagi merdeka tidak sepenuhnya, kepentingan ekonomi Inggeris terus dijaga, meneruskan agenda neo-kolonialisme dan neo-liberalisme yang dikepalai oleh empayar baru waktu itu, Amerika Syarikat. Yang satu lagi ini meneruskan penguasaan tentera Inggeris dan Commonwealth melalui perjanjian keselamatan yang hanya berakhir di zaman Mahathir awal 1980 an. Yang satu lagi hanya ingin merdeka dari naungan Inggeris tetapi menjadi abdi Amerika Syarikat.
Malaysia – adalah agenda Empayar Amerika Syarikat (A.S) untuk Orde Dunia Baru selepas Perang Dunia Kedua. Sebab itulah profesor Havard, Rupert Emerson yang juga penasihat dasar luar kerajaan A.S telah menulis sebuah buku berjudul, Malaysia:Direct and Indirect Rule terbitan Macmillan, New York pada tahun 1937 lagi. Dalam buku yang terbit tahun 1937 itu, Malaysia adalah wilayah jajahan Inggeris seperti yang termaktub dalam Perjanjian Inggeris Belanda 1824 meliputi Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Pinang, Singapura, Sabah, Sarawak dan juga Brunei. Hanya Brunei tidak jadi masuk Malaysia. SIngapura pula keluar setelah masuk Malaysia.
Setelah lebih 50 tahun merdeka, apapun sejarah kita, telah tiba masanya untuk semua Rakyat Malaysia menilai masa lalu dengan sebaik-baiknya, belajar dari sejarah dan tidak mengulanginya lagi. Hak dan Kebenaran akan tetap muncul sebagai pemenang juga akhirnya!
ya, Malaysia hari ini diPerintah oleh puak komunis umno, Raja2 & Sultan2 pun tak boleh buat apa2 dan turut menepikan Rakyatnya.
Jangan lupa, PKM bukan sebuah Parti orang cina tapi Parti orang melayu malaya, cina dan india serta british menentang Jepun. jelas sekali umno memainkan api perkauman untuk memisah melayu, cina dan india supaya mereka dapat menahankan permerintahan golongan elit mereka sendiri, sedih sekali melihat Negara ini diperintah oleh puak kejam dan zalim parti komunis umno ini.
Berilah peluang kepada mereka untuk bersuara………….tetapi perhatikan jangan sampai salah suara yang dismpaikan…………aku ni anak merdeka seperti org lain……….tetapi sejarah keluarga menceritakan pada aku kekejeman PKM yang meindas org tua keluarga ku…………..kalian tidak mengalaminya tapi keluargaku merasainya……..kenapa tidak setiap parti politik di Malaysia bersatu memantau penulisan Blog sejarah PKM ini….jangan sampai disalah ertikan kelak…..bersatu sebelum roboh lebih baik dari menunding jari sesama sendiri………
Nasihat kepada pemerintah negara :
Sikap keterbukaan pihak pemerihtah jangan la hanya tinggal slogan ‘kosong’ je seperti tin kosong, ianya harusnya disusuli dengan tindakan yang ikhlas serta tindakan yang dapat DILIHAT DAN DIRASA oleh majoriti RAKYATnya. Kalu tidak apa ertinya konsep “BESIH, CEKAP & AMANAH”, DASAR PANDANG KE TIMUR, “CEPAT, BETUL” 1Malaysia dan banyak lagi. Slogan je nampak grand, tapi apa pulak kualiti pemerintah yang selama ini?
Bro tuanguru,
spot on. wat the heck this old man can do or harm our beloved country now? He’s already 80 over. Like he said i was born here and want to be death here, i love my country very much, here only my mother earth till i die. He ever fight for the country independence before, why not this mere reason should take into consideration by the judges too. Kangaroo court again? Pity old man. Sad thing.
memang la dia dah tua, tapi masa dia muda dulu, dia tak pernah pulak nak fikir apa yang dia buat?
bukan setiap perbuatan ada balasan?
sekarang memang la kesian, tapi kalau dulu, dia fikir elok-elok dulu, takkan jadi benda macam ni kan?
okay, he’s old, like can do nothing already?
tapi the chances untuk dia suruh orang lain untuk ikut langkah dia tinggi kan..
think out of the box ..
anything and everything is possible.. so better prevent than cure
oooo….. rupa2nya anti-mahathir tu penyokong mahathir ……. aku tau hang ni Pak Turut …. (org suruhan…..) ..
hang pa semua ni dah buta hati …… yg baik pun nampak buruk …. patut hang pa ni pi dok kat negara2 yg dok berperang …..
DAP kata depa ada ubat utk Selsema Babi …… hang pa tak dapat ka ????
lah ubat selsema babi pun tak tahu pi lah samak
Untuk melawan komunis, kerajaan Malaysia telah mengambil cara-cara komunis untuk melawannya, semua orang mengharapkan untuk meninggalkan komunism termasuk ahli komunis!!
http://ninecommentaries.com/ – Sokong kegiatan meninggalkan Parti Komunis China
RTM perlu siar semula kekejaman PKM
KUALA LUMPUR 25 Mei – Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu menyiarkan semula kisah kekejaman Parti Komunis Malaya (PKM) dan bekas pemimpinnya, Chin Peng bagi menyedarkan semua pihak tentang keperitan yang pernah mereka timbulkan.
Setiausaha Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Borhan berkata, kekejaman yang ditimbulkan oleh bekas pemimpin PKM dan Chin Peng ke atas askar Melayu dan pasukan polis dulu tidak mungkin lenyap daripada ingatan mereka yang pernah menjadi mangsa.
”Justeru seandainya Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia maka askar-askar Melayu dan anggota polis yang pernah menentang komunis serta waris-waris mereka akan menangis air mata darah.
”Gapena menentang tindakan membawa pulang Chin Peng kerana tempoh darurat ekoran ancaman komunis antara tahun 1948 hingga 1981 menyaksikan rakyat khususnya orang Melayu hidup dalam ketakutan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Zainal Abidin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan akhbar tertentu yang menyiarkan rencana mengenai nostalgia Chin Peng dan PKM baru-baru ini.
Jelas beliau, Chin Peng memang tidak layak diiktiraf sebagai seorang pejuang ekoran tindakan PKM yang menyaksikan banyak penduduk Tanah Melayu terkorban dan menderita.
Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan Chin Peng patut dihadapkan ke Mahkamah Tribunal kerana menyebabkan banyak nyawa terkorban ketika kumpulan komunis mengganas di Tanah Melayu.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, apa yang dilakukan oleh Chin Peng itu tidak boleh dimaafkan.
”Chin Peng adalah seorang penderhaka kepada negara dan rakyat Malaysia tidak akan berdiam diri jika usaha untuk membawa balik bekas pemimpin komunis ini diteruskan oleh pihak tertentu.
”Siasatan juga perlu dilakukan bagi mengetahui bagaimana sebuah akhbar tempatan boleh menerbitkan artikel nostalgia Chin Peng dan PKM seperti kedua-duanya adalah pejuang negara,” katanya.
Sementara itu pakar sejarah, Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, tindakan pihak tertentu memberikan pengiktirafan kepada Chin Peng dan PKM adalah cubaan untuk memutar-belitkan sejarah tanah air.
”Jika ada pihak yang menganggap Chin Peng dan PKM adalah pejuang apakah askar Melayu yang menggadai nyawa mempertahankan negara daripada serangan komunis adalah pengkhianat.
”Oleh itu, kerajaan perlu mengambil langkah tertentu seperti menerbitkan buku sejarah mengenai kekejaman komunis kepada generasi muda supaya mereka dapat membezakan siapa pejuang dan siapa petualang negara,” jelasnya.
jangan mudah lupakan keseksaan dan kesengsaraan yang anda timbulkan wahaii orang pkm.ingat, bukit kepong dan beberapa tempat lain yang menjadi sasaran anda.belajarlah dari kesilapan lalu.tentu kesedihan keluarga dan sanak saudara yang terlibat akibat kerakusan kuasa anda akan tetap tersemat dari hati dendam mereka.berjuang sebelum merdeka bagi anda dan semua adalah untuk membantu british dan anda sama sahaja ketika itu,ingat, siapa yang bekalkan kepada anda senjata ???????????????????????????????
Perjuangan yang suci tidak dihalalkan dengan cara kekejaman dan kekerasan. Berapa ramai orang yang tidak berdosa PKM telah bunuh. Kenapa lebih ramai orang Cina menganggotai PKM berbanding dengan orang Melayu…mereka hanya ingin balas dendam pada Jepun bukannya nak memerdekakan negara. Mereka juga selari dengan ideologi Komunis utk jadi warga yang sama rata dengan penduduk pribumi.
saya sebagai vatern atm amat terguris dan terhina di atas pernyataan orang-orang yang tidak menghargai titisan darah pejuang yang membentengi negara tak kira dalam apa keadaan sekalipun. orang-orang seperti ini tidak sepatutnya tinggal di malaysia. mereka hanya layak tinggal di negara yang huru-hara dalam peperangan dan kacau-bilau. Ingatlah wahai insan, bahawa Allah amat mengasihi kepada mereka yang sentiasa bermuhasabah.
memang tanggungjawab pembangkang adalah membangkang kerajaan.
tapi , jangan sampai nak sahihkan dan menyokong perjuangan Komunis, itu dah melampau . sejarah telah membuktikan kekejaman komunis yang membunuh dan menyiksa rakyat ….. kewujudan benteng pertahanan spr polis , askar dll harus diberi sanjungan dan berterima kasih.
Chin Peng antara pejuang Malaysia…
Hello bro, kau ni bangang ke apa? Lahanat tu cuma nak perjuangkan ideologi dia saja, bukan untuk memerdekakan negara. Cuma negara CHINA saja yang survive yang kain bungkus. Dah ramai askar terkorban angkara lahanat tu. Lebih baik kau minta jadi warga negara CHINA la bro!
MALANG BILA AKU TNGOK KOMEN2 MCM NI…KALAU FAMILY KORANG X PRNAH JD MGSA KKJMAN KOMUNIS,,BOLEH LA BG KOMEN BAGUS…TP BG TOK NENEK AKU YG JD MGSA KKJAMN KOMUNIS KORANG DPT BYANGKAN TAK??? JGN LUKAKN HATI GOLONGN TDAHULU..BIARLAH MRKA HIDUP D THAILAND..JGN PLAK ADA YG BRSIMPATI PNGGIL MREKA PULANG…
Mungkin keluarga ko masa dulu-dulu jadi tali barut British kot…
keluarga ko mungkin pula tali barut komunis!!!!!!!!!ko ngan keluarga ko bleh blah dari malaysia dan tak layak duduk malaysia.bodoh!!!!!!!!!!
Al-Fatihah …..
‘Ayah saya diseksa sebelum disembelih’
BANGI 27 Mei – “Ayah dan bapa saudara saya diikat dengan tali antara satu sama lain, mereka diseksa, seluruh tubuh ditetak dan ditakik-takik sebelum leher kedua-duanya disembelih.
“Semasa ditemui, mayat kedua-duanya hanya tinggal rangka dan tulang, bercampur antara satu sama lain tanpa kepala, amat jelas kesan takikan bertubi-tubi seperti sebatang pokok kayu yang ditakik-takik bagi dikeluarkan getahnya.”
Demikian cerita Profesor Dr. Amat Juhari Moain, bekas Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM).
Beliau berkata, jenazah bapanya, Moain Saridin @ Shahidin dan Hassan Akasah yang dibunuh dengan penuh kejam tanpa perikemanusiaan oleh komunis itu kemudian dikebumikan dalam satu liang lahad di Kampung Sungai Dulang Darat, Rengit, Batu Pahat Johor.
Mengimbas kejadian menyayat hati yang berlaku pada akhir Jun 1945 tetapi masih lagi segar di ingatan seolah-olah baru berlaku semalam, Amat Juhari, 69, berkata, semasa dia dan bapanya mandi di tepi Sungai Dulang pada waktu petang, mereka didatangi beberapa penduduk yang meminta bantuan.
Menurut beliau, arwah ayahnya, seorang ketua kampung, dimaklumkan mengenai penangkapan seorang alim yang dikenali dengan nama Wak Sulaiman oleh sekumpulan komunis.
“Adalah menjadi tanggungjawab arwah ayah untuk membantu anak buahnya, lantas dia yang berselempang kain merah segera bergegas ke kawasan hutan di pinggir kampung, kawasan yang menjadi persembunyian komunis itu dengan ditemani oleh Hassan.
“Sehingga lewat tengah malam ayah, Hassan dan Wak Sulaiman masih tidak pulang dan selepas beberapa minggu, langsung tiada berita mengenai mereka bertiga, sama ada hidup atau mati.
“Pada malam yang sama terdapat seorang Cina bersenjata mundar-mandir di kawasan rumah kami, seperti tidak membenarkan kami keluar mendapatkan bantuan.
“Keadaan itu berlarutan sehingga beberapa minggu menyebabkan kami sekeluarga menjelang malam terpaksa menyorok di kawasan pokok buluh berhampiran bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beberapa minggu selepas itu apabila keadaan telah menjadi aman, penduduk kampung mula berani keluar rumah untuk mengerjakan kebun masing-masing dan ketika itulah mayat Moain dan Hassan ditemui di bahagian hutan.
Sementara itu, Amat Juhari berkata, pada akhir Mei tahun sama, sebelum kejadian itu berlaku, sekumpulan kira-kira 20 komunis yang lengkap bersenjata mengunjungi bapanya di rumah bagi mempelawa dan meyakinkan arwah supaya menyertai kumpulan haram mereka, tetapi telah ditolak.
Tambah beliau, kekejaman komunis tidak hanya terhenti di situ malah ramai lagi penduduk kampung yang berpengaruh seperti penghulu, orang alim dan pendekar dibunuh kerana enggan memberikan sokongan dan kerjasama kepada mereka.
“Saya masih ingat lagi kejadian di Kampung Sungai Tongkang berhampiran kampung kami apabila komunis menyerang rumah penghulu, mereka tembak bertubi-tubi sebelum dibakar menyebabkan kira-kira 30 orang yang berlindung di rumah berkenaan mati,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, arwah bapanya sebenarnya telah menghidu lebih awal kegiatan komunis di negara ini apabila mendapat maklumat melalui pembacaan dalam Utusan Melayu dan Utusan Zaman yang dilanggan terus daripada Singapura pada masa itu.
bagi pro PKM, fikirlah dgn waras…sekiranya PKM tu juga berjuang menuntut kemerdekaan, ngapa pulak orang x berdosa pun d jadikan korban . bukan setakan polis, habis org awam pun terkorban( trjedi bkt kepong ).
salam semua..
berdoa lah kepada Allah swt semoga bumi malaysia nie aman dan tenteram dari anasir – anasir yang hendak menghancurkan kita…
beringatlah sebelum terlambat…
- anak merdeka -
Rakan rakan.. fikirkan lah balik kalau anda rasa ideologi komunis itu wajar diterima. Ianya telah terbukti sepanjang zaman dan telah terbukti sekarang bahawa di dalam dunia, tidak akan ada konsep sama – rata. Ya, rakyat semua mungkin akan rasa sama – rata bila kekayaan negara kononnya diagihkan bersama. Tapi adakah logiknya jika orang yang pemalas mendapat hak yang sama dengan orang yang rajin?. Ini bermaknya orang yang tidak berusaha mencuri hasil orang yang rajin. Akibatnya, rakyat akan menjadi pemalas dan mengharapkan kerajaan sepenuhnya untuk hidup. Peluang akan menjadi lebih kecil. Minda tidak akan terbuka. Apa yang dimaksudkan sama – rata jika yang control sepenuhnya hasil ialah kerajaan. Kerajaan komunis sebenarnya menindas rakyat dengan membrain wash mereka atas nama kerajaan rakyat. Atas nama rakyat? Realitinya, tidak sama sekali.
Saya sedang belajar di Russia. Saya boleh lihat dengan jelas catastrophic effect oleh ideologi komunis ini. Ianya bukan lah satu yang boleh digembirakan oleh satu negara. Perbezaan dengan generasi semasa di zaman komunis dengan generasi zaman sekarang jauh berbeza. Sedangkan negara komunis terhebat ini pun telah meninggalkan ideologi itu. Mereka telah kehadapan. Kenape kita perlu balik ke belakang?.
Ideologi komunis ini adalah penghancur negara.
salam pada semua…
orng lain dok sibuk xnk bawa balik pengkhianat negara nk uat pe???
Skang xhbs lagi isu kt Perak dh tmbah lagi satu isu…Ape nk jd Dgn negara kita???
semua dh gila kuasa???
tidak boleh kita hidup aman dan memikirkan cara nak meningkatkan ekonomi negara dari memikirkan pekara remeh ni…PM kita patut buat keputusan yang mutakmad…
Jangan menempah keranda untuk sendiri atas dasar kasihan pada pengkhianat…
Walaupun aku x pernah merasai kesusahan di zaman komunis, tapi aku menghargai perjuangan dan pengorbanan wira2 kita dizaman itu..dan pd pandangan aku ramai org2 melayu pd masa itu telah tertipu dan terpengaruh dgn dakyah komunis lalu merelakan diri mereka menjadi musuh orang melayu sendiri…
benar la ungkapan kata “Melayu mudah lupa” tanpa melihat siapa yg berkata~ kerana dia juga Melayu!(mungkin kerana beliau juga sedar akan dirinya).
sejak dari kecil dah diasuh didik dengan agama, akhirnya dilupa juga!
kata komunis, kekayaan perlu dirasai sama rata?
kata agama: setiap orang mempunyai hak keatas kekayaan. pembahagian ditetapkan dengan kaedah yang adil. yang berusaha lebih berhak mendapat lebih, yang daif tak upaya haknya dari pembahagian (zakat & sadakah).
adakah kita patuh padaNya. atau sekadar ‘menyalak’ dan ‘menyelak’ silapnya pemerintah? lantas mengundang gundah yang tak sudah…
saya mengingatkan diri dan rakan2,jgn kerana marahkan ’sekelompok pepijat’ yang menyorok dan ‘bertapa’ pada kelambu, maka dibakar kelambu yang ada… dan terdedah pula pada nyamuk yang menunggu untuk menangguk di air keruh!!!
bermuhasabahlah, usahalah untuk membunuh pijat dan nyamuk, bukan bakar perisai keramat yang ada!!!
sabar separuh dari iman, takwalah… pasti dunia kan aman. semai usaha hari ini, bajai ia setiap hari dengan takwa… tuai hasil setiap 5 tahun. kembali kepada agama mu, Insya Allah.
kau dan aku tahu apa maksud ku
hentikan ’salakan beracun’ disini kerana niat suci anda boleh disalahtafsirkan dan diputar belit oleh petualang negara yang tak seiring dengan akidah kita!
waullahuaklam.
HAI.. DAH HILANG JATI DIRI DA RUPENYE UMAT ISLAM, MELAYU KITA SEKARANG NI.. TAK KE KAU FIKIRKAN KEPAYAHAN HIDUP TOK NENEK KAU MASE PEMERINTAHAN PKM DULU?
JGN MEMBUTAKAN HATI SENDIRI WAHAI SAUDARA..
salam semua..
aku hormati semua pejuang kemerdekaan..xkira la fahaman pa2 pn..pejuang tetap pejuang..sejarah yg benar perlu di ceritakan untuk generasi msa depan….
Kawan aku anak bekas veteran RAMD yang kini bapanya kudung kaki kene jerangkap samar ciptaan komunis di hutan Perak. Apa perasaan korg kalu lihat bapak korg mcm tuh? Hidup terseksa sepanjang hayat sedangkan korg sibuk2 memperjuangkan komunis??? Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas semua pejuang2 kemerdekaan Tanah Melayu…
Kawan-kawan saperjuangan, baik dari Darat, Udara dan Laut, apa khabar semua? Ada Ingat lagi Naafi Break ka?
K. Let start with the CPM agenda. Saya telah menentang PKM selama 22 tahun dalam perkhidmatan dengan ATM. Saya memulakan perkhidmatan saya didalam ATM pada hujung tahun 60′an sahinga ka ujung 80′an dan dalam sepanjang perkhidmatan saya selama 22 tahun, saya pernah bertempur berberapa kali dengan mereka di Perak, Pahang, Kelantan Border dan Kedah/Perlis. Tetapi sebagai anak Sarawak, saya tidak pernah mendapat kecederaan dan ini adalah disebabkan benda (Tangkal – Pengaruh Iban yang diberikan oleh Orang Tua dan kaum Keluarga saya, memang membantu sedikit sebanyak didalam perkerjaan Kententeraan saya dahulu). Tetapi banyak juga teman seperjuangan saya yang terkorban di dalam pertempuran yang lain juga.
Mengenai PKM, mereka ini kita boleh anggap sebagai penentang Polisi Kerajaan dari segi, Sosial, Ekonomi, Politik, Keselamatan dan yang bercanggah dengan yang kita amalkan. Maka kita lawan mereka, mengikut cara mereka melawan kita juga, dengan mengunakan senjata dan pelbagai cara kententeraan yang lain.
Kita TIDAK boleh anggap mereka ini sebagai musuh buat selama-lama nya, Ini memang tidak masuk akal sama sekali. Disebabkan Chin Peng ini berbangsa China dan kebanyakan nya Angguta ATM adalah keterunan Melayu, maka pemikiran kita teralih kepada bentuk perkauman, ini adalah salah. Kenapa Rashid Mydin dan Shamsiah Fakir, di terima dan Chin Peng di tolak. Adakah hanya Chin Peng sahaja Komunis dan Rashid dan Shamsiah itu bukan Komunis. Dan Chin Peng yang pernah membunuh dan mencederakan angguta Pasukan Keselamatan dan ATM khas nya.
LIHAT SAHAJA USA DENGAN JEPUN, GERMANY, SEBAGAI CONTOH!!!!
Pemikiran yang kita bawa untuk menolak dan menerima dari jenis yang sama, adalah sangat cetek dan kurang waras. Kalau satu diterima, semua mesti diterima, kalau tidak terima, jangan terima semua. Saya tak mahu mengatakan Parti mana yang lebih dan kurang berkorban, yang lebih ini dan lebih itu.
Semasa dalam Perkhidmatan saya sebagai Perjuang Negara yang tulin, saya tidak pernah merasa yang teman saperjuangan saya yang bersebelahan saya, mempunyai beza nya fahaman dan pemikiran yang lebih atau rendah tahap nya daripada saya sendiri. Kalau lah dia sa-orang Iban, Kadazan, Kayan, Kenyah, Bajau, Bidayuh, Melanau, China, Melayu, Bugis, India dss. Semua kami adalah satu rakyaat Malaysia dan tidak mempunyai darjat yang lebih mulia dan di anggap mempunyaie tahap ketuanan ke-atas kami YANG LAIN. Yang kami terima sebagai Tuan dan Pemerintah kami adalah Pegawai yang ditauliahkan oleh YDP Agung, tak kira apa jenis keturunan, tetapi rakyaat dan bangsa Malaysia yang tulin dan asli.
Kalau Malaysia, mengamalkan pemikiran yang kita gunakan dalam waktu ini (2009) akan merugikan kita semua. Yang untung adalah beberapa kerat sahaja, Pak Kadok, yang pandai bersabung Ayam, menang dan kampung tergadai. So jangan menyimpan pemikiran ala Pak Kadok. so jangan claim ynag Melayu sahaja sebagai perjuang Negara, kami dari Sarawak dan Sabah pun ada di dalam barisan Perjuang Negara yang tulin.
Practise the e-mentality dan mempunyai competency yang tinggi dalam semua bidang yang ada sekarang. Berhenti jadi Pak Kadok Moden
Sekian-
Agi Idup Agi Ngelaban.
conan ,
aku sanjung kawan bapa kau ….
Black ,
hang ni memang dasar tak kenang budi …. tu la bila negara dah aman mcm2 timbul .
aku ank kpa seorg anggota ukk… aku lhir dikwasan hitam… tok aku perjuang kebebasan melayu…
aku thu pkm boleh diketegorikn pejuang tanah air.. tpi mtalamat mereka berbeza.. kita klu nk berjuang biar bertempat.. guna akal.. knp nk seksa rakyat yg tak berdosa… mmg pkm ckp kekayaan dibhagi sama rata… dlm islam jgk tuntut kita memberi zakat tuk mmbantu org yg susah… tpi Allah jgk murka kepada org yg tidak berusaha… dalam islam tak menuntut kekerasan… kita jugak tak paksa org ikut cra kita… ade ka Nabi muhammad paksa umat terdahulu masuk islam… cara yag lembut.. tpi PKM… pksa bunuh… ape tu… mcm tu ka dianggap leh meminpin negara…. xade tolenransi… ingat nenek tok kita dlu menderita kerana mereka… kemenanga tak perlu melalui kekerasan… aku sayang negara…. kepada yg menggap PKM tu btul2 benar. hgga sngp meghina perjuang kita.. layak tglkn MALAYSIA>>>>>>
pegi mati la komunis……
komunis=yahudi untuk hancurkan nazi……
lau berani keluar la….young malaysia nationalist movement sngup hapuskan kamu semua….
Kepada Polis Cawangan Khas harap susur kaki-kaki yang pro ini dan siasat. Ada bukti tahan ISA seumur atau lucut kerakyatan dan buang saja dimana-mana negara komunis yang mahu terima mereka. Sebagai pencinta komunis mereka boleh menyumbang disana.
KETUA POLIS NEGARA BUAT SESUATU sebelum anasir-anasir jahat ini berjaya meluaskan pengaruh mereka.
Buat apa berbalah tentang Komunis ke UMNO ? PKM menentang Jepun dan brittish secara gerila..UMNO,MCA dan MIC adalah diatas meja runding…fahaman politik tu kalau anda sokong komunis jadi komunis yang betul dan sebaliknya…yang anda cakap pasal yahudi tu buat apa?isu perkauman ke?Dulu perang christian dengan islam tu macam mana?adakah anda patut benci kepada org-org christian?saya rasa janganlah campurkan politik dengan perkauman dan agama…
mmg ar…..menyirap aku ngan komunis nie……….mcm jpon ar….asyek2 banzai…… x pown kamikaze……
kenapa perlu membangkitkan lagi tentang ideologi PKM ni??apakah ini propaganda anda utk menjatuhkan negara malaysia yg aman dan makmur…??kenapa nak hancurkan negara sendiri???sedangkan selama ni awk tak hidup dalam zaman sebenar mereka yang merasa keadaan PKM yg pada ketika itu merosakan semua yg ada di bumi tanah melayu pada zaman tersebut..kenapa perlu membangkitkan lagi isu yg sedia lapuk…angap ia 1 sejarah dan sejarah perlu di jaga bukan di pecah belahkan serta di persoalakan lagi…tp ambk pengajaran dan sebagai panduan kita yg masih hidup aman dan damai di negara MALAYSIA…
Kuala Pilah?
NEGARA ISLAM BEKAS KOMINIS SOVIET
NAMPAK LEBIH KUAT , BERPENGARUH DAN BERDIKARI
APA BUKTI KOMINIS MENGHANCURKAN AGAMA ???
seorang lagi yang buta sejarah siapa kata PKM yang awal memperjaungankan kemerdekaan. sebelum PKM sudah ada yang mementang inggeris tu Dato Maharajalela, Datok sagor, siputung ,dato bahaman, mat kilau, tok janggut,dot said, mat saleh, rentap,rosli dhoby dan ramai lagi. kenapa lak nak puja PKM