Sajak Hari Buruh

2009 Mei 1
by aminiskandar

Sempena Hari Buruh sedunia hari ini, Rahmat Haron telah mencipta satu sajak. Mari kita hayati bersama-sama.

Senjata kita

(sajak satu mei 2009)

Adui. Sesak dalam cemar, bahagia amat jauh untuk hari ini yang keruh. Sakitlah dan mengeluh. Alamak. Tergamak harganya pakaian pelancong angkasa Malaysia seratus lapan puluh empat ribu enam ratus RINGGIT

Duit dibayar MARA

mara mara mara

ammarah rakyat amanahnya pecah dilahap rasuah

angkuh ketamakan cukup gelap mendung belum lagi cerah, kerusi masih lagi merah.

Sia-sia tenaga petani

buruh

pekerja

amanah bertukar jadi majlis najis bersuka ria foya-foya

melantak seenak perut membuncitkan kenyang dan usus siap memberakkan taik

untuk dimakan

sisa-sisa buat petani

buruh

pekerja

sia-sia petani

buruh

pekerja

membayar dua ratus RINGGIT

duit dari tenaga menghamba

pada bebal sombong dan gila sawan angka bermaharajalela, untuk sepasang pakaian pendaftaran anak bersekolah asrama MARA

Amanah telah pecah

mara mara mara rakyat murba.

Amarah membakar serakah

mara mara mara

bermogoklah

berani membantah

ayuh hartal

piket

demonstrasi.

fikir dan bertindaklah

jangan bertani

fikir dan bertindaklah

jangan memburuh

fikir dan bertindaklah

jangan berkerja

semua kita rakyat jelata

mara mara mara

turun ke jalan-jalan bersuara

membantah

merebut hak-hak yang disita

berhentilah

bertani

memburuh

bekerja

sejam

dua jam

sehari

dua hari

tiga hari

sebulan

dua bulan itu telah terlalu lama,

tapi tidak akan sampai setahun.

Kerana tanpa

tani buruh kerja

Tak ada negara

Tak ada kuasa

Tak ada bebal

Tak ada kaya

Tak ada harta

Tak ada hidup

Tak ada gerombolan yang dapat kekal merompak.

rebutlah kembali kekuasaan rakyat

senjata rakyat perpaduan

kukuh bersatu kita merempuh masa depan

hitam

memang gelap jalannya sejarah

mara mara mara berani membara

jangan bekerja

jangan bertani

jangan memburuh

piket

mogok

hartal

demonstrasi

fikirkan sehari, dua hari, tiga hari…..

kekuasaan pasti akan runtuh!

(sekarang ini hiruplah kebusukan, bernafaslah dengan harapan – harum segar bermimpi)

Rahmat Haron

1 Mei 2009

6 Respons leave one →
  1. 2009 Mei 2
    jun permalink

    sajak kominis!jangan dibaca! menyesatkan!

  2. 2009 Mei 2

    ni bukan sajak k pusisi tapi dah jadi cacar merba………..penulisan puisi sajak amat ringkas tapi isi yang padat…..
    kalau nak menghentam pun biarlah kena caranya….sapa nak baca kalau panjang sgt dan tak tersusun…..

    • 2009 Mei 3
      sakitkepala permalink

      tak caca marba pun, kau yang tak faham puisi. kau ni mungkin tak banyak atau tak pernah langsung selak sajak-sajak gila babi punulis-penulis ‘beat’.

      “sapa nak baca kalau panjang sgt dan tak tersusun…..”

      apa ni? siapa nak baca? aku nak baca. apa masalahnya kalau panjang, nak-nak kalau benda bagus. berlambak sajak/pusi meleret-leret panjang di merata dunia. tulis pendek kalau tak best, merapu, atau bodek, buat apa nak baca? kau baca kot.

      tak tersusun? sajak basically adalah ekspresi, nak susun ikut cara apa, ikut suka hati penulis lah…lagipun kau tak tahu ke sajak pun ada banyak ‘form’ lah…ngok.

      dah, pergi baca sajak bodek dan syahdu-syahdan kat Utusan Melayu-layu…TQ

  3. 2009 Mei 2
    Rozelan permalink

    Salam sejahtera.

    kita rakyat malaysia mesti bersatu padu. Buat apa PAS pun kata nak bertanding. PKR pun nak bertanding.
    Anwar perlu teliti kalau wakil mereka macam budak Fairuz itu lari dari tanggungjawab, siapa yang tanggungjawab? Kan rugi duit dan masa rakyat?
    Fairus dengan angkuh sekarang kata dia tidak bersalah dan akan balik kat politik selepas balik dari melanjutkan pelajaran. Dan PKR setuju dan tepuk tangan!

    Lepas itu, bila orang suruh SPR teliti cadangan kenakan penalti terhadap wakil rakyat yang berhenti tanpa sebab munasabah, geng Pakatan, seperti Lim Kit Siang dan Faris Musa (timblan AMK) kata Dato’ Mukhriz (timbalan menteri MITI) dan Tan Keng Liang (ketua pemuda gerakan kedah) yang keluarkan cadangan penalti terhadap orang yang tidak bertanggungjawab sebagai kenyataan daripada orang “tidak berakal”. Lihat kat:-

    http://www.suarakeadilan.com/sk/berita-utama/2009/04/4408

    http://blog.limkitsiang.com/2009/04/21/why-there-should-be-by-elections-in-the-three-state-assembly-seats-of-jelapang-behrang-and-changkat-jering-in-perak-and-the-parliamentary-seat-of-kulai/

  4. 2009 Mei 2
    Mat Amin permalink

    RAKYAT DAN HANYA RAKYATLAH TENAGA PENGGERAK YANG MENCIPTAKAN SEJARAH DUNIA

    HIDUP PERJUANGAN RAKYAT PEKERJA

  5. 2009 Mei 2
    shahidan permalink

    mudah saja puisi ini:
    -pakaian pelancong angkasa angkasawan guna duit Mara jumlahnya
    RM 184, 600.
    -pakaian anak sekolah Mara harganya berjumlah RM 200 – mak bapak kena bayar!

    jadi

    buruh, petani, pekerja

    mogok = hancurnya kekuasaan Ameno!

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS