Lagi percubaan memecahbelahkan PAS
Semenjak Tsunami politik 8 Mac 2008, Umno/BN hanya akan melakukan satu perkara iaitu memecahkan Pakatan Rakyat. Ini adalah kerana, apabila Pakatan Rakyat kuat, mereka akan tersungkur daripada pemerintahan negara pada pilihanraya akan datang.
Usaha yang konsisten dilakukan tanpa henti sehinggalah hari ini. Cara yang paling mudah untuk memecahkan Pakatan Rakyat ialah membawa masuk PAS kedalam Barisan Nasional.
Oleh kerana PAS adalah parti Islam yang majoriti ahlinya adalah berbangsa Melayu, maka mudahlah Umno menyerapkan sentimen “kemelayuan” dalam parti tersebut. Oleh kerana Umno/BN yang dipimpin oleh Najib tidak mempunyai idea baru, maka idea Tun Razak pun digunakanlah. Ideanya mudah aja, Melayu kini lemah, PAS perlu masuk BN untuk kuatkan Melayu.
Umpan tersebut “tersangkut” apabila ada beberapa golongan dalam parti tersebut yang “terbeli” dengan agenda “Melayu” (Melayu lemah apabila Umno kalah. Bila Umno kuat, peduli apa dengan Melayu!).
Malahan golongan yang “terbeli” dengan umpan Umno ini mempertahankan agenda “perpaduan Melayu” ini secara bermati-matian. Entah apa motivasinya, kita pun tak tahu!
Seperti biasa, Utusan Malaysia dan TV3 memberikan sokongan kepada golongan ini secara bermati-matian juga!
Lihatlah Utusan Malaysia pada hari ini, dimuka hadapan pun mereka berikan promosi. Klik disini.
Dibelah dalam lebih banyak lagi. Klik disini, disini, disini, disini, disini, disini dan disini.
Persolannya sekarang, semenjak bila pula Umno mahu Malaysia diperintah oleh Ulama?
Semenjak bila pula Umno mahu tutup kilang arak?
Semenjak bila pula Umno sokong calon PAS dalam pilihanraya?
Objektif Umno/Barisan Nasional hanyalah untuk memecahkan Pakatan Rakyat. Sama seperti apa yang mereka pernah lakukan dengan memecah belahkan Barisan Alternatif selepas PRU tahun 1999.
Dan kali ini tumpuan mereka ialah memecahbelahkan PAS dengan menyokong kumpulan Pro Muzakarah dengan Umno. Jika kumpulan tersebut menang, maka mudahlah untuk membawa masuk PAS kedalam BN sekaligus memecahkan kekuatan Pakatan Rakyat.
Apakah kesannya selepas Barisan Alternatif berpecah satu ketika dahulu?
Pakatan pembangkang kalah teruk dalam PRU tahun 2004 dimana menyaksikan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Abdullah Badawi menang besar. Kemenangan terbesar yang pernah mereka perolehi dalam sejarah politik Malaysia. Negeri Terengganu yang dimenangi PAS pada PRU 199 tersungkur dan negeri Kelantan masih dipimpin oleh PAS dengan majoriti yang begitu kecil.
Lihat pula apa yang terjadi apabila pakatan pembangkang bersatu pada PRU 12, lima negeri jatuh ketangan pakatan pembangkang dan majoriti 2/3 BN hilang. Satu kejayaan yang terbesar yang pernah diperolehi oleh pakatan pembangkang dalam sejarah politik Malaysia.
Senario PRU 2004 tidak mustahil akan berulang.
Tidak mustahil juga Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat dengan syarat pakatan tersebut terus kukuh. Ini turut diperkatakan oleh Tan Sri Abdullah Ahmad dalam temuramahnya dimajalah Off The Edge bulan lepas.
Jika Pakatan Rakyat rapuh, rakyat Malaysia tidak akan menyaksikan prubahan politik dinegara ini sekurang-kurangnya 50 tahun akan datang!















rumusan nya mudah saya.banyak kawan kawan terutama ahli PR yang masih ketegak atau bahasa surat DEGIL.
Bermula daripada pimpinan paling tinggi (dalam PR) sehinggalah anggota bawahan termasuk aku masih nak jengok berita daripada media yang telah diputuskan supaya diPULAU-BIOKOT.
Hari ini keluar kenyataan “pemboikotan”olih majlis tinggi PAKATAN,esok tak sempat buka media BN,dah tertunjul keluar berita dan ulasan daripada media massa kini yang memaparkan ulasan hasil kenyataan olih pemimpin PR kepada media BN.
Selagi ini arahan tanpa kemestian perlu dilaksanakan ini berlaku,selagi itulah porak peranda akan jadinya pada PR walaupun isu yang diketengahkan itu ibarat makanan celah gigi selepas makan nasi tiga pinggan.
Bila ada ahli buat peringatan,jawapan mudah akan diberi:KITA JANGAN TUTUP RUANG DEMOKRASI.
salam semua,
inilah perang psikologi. umno akan mengguna media pro bn untuk mempengaruhi ahli pas. mereka meggunakan khidmat perunding media untuk peperangan ini. mempengaruhi pemikiran orang ramai adalah kepakaran perunding media. media dan pemblog yang pro pr harus sedar akan hakikat ini. berperang wajib menghendaki kemenangan. belajarlah seni berperang, insyallah akan berjaya.
Berdiri teguh pada principles asas party. Jangan mudah terpedaya dengan tohmahan msm pro umno khasnya um, nstp, tv1, tv2, star, bh dan banyak lagi. Tu perkara lumrah buatan msm umno..yang cuba sedaya menghuru-harakan keadaan supaya pengundi terpengaruh dengannya. Ingat, tu kerja depa, cakap buruk memang kerja dia korang.
Dan kali ini tumpuan mereka ialah memecahbelahkan PAS dengan menyokong kumpulan Pro Muzakarah dengan Umno. Jika kumpulan tersebut menang, maka mudahlah untuk membawa masuk PAS kedalam BN sekaligus memecahkan kekuatan Pakatan Rakyat
————————————————————————————————————————–
Tuduhan sembrono . Sejak bila dalam PAS ada pro dan anti muzakarah .. Sejak bila PAS nak masuk UMNO kalau setakat berjumpa untuk berbincang ? Dalam PAS ada Majlis Syura yang jadi penentu kepada setiap keputusan melibatkan dasar .. bukan macam dalam lain2 parti .. Orang yang macam saudara nie juga satu penyebab nak memecahbelahkan PAS . Sudahlah melabelkan itu ini . Buat kerja saudara sendiri .
laa…. yang hang pa dok kalut ni pasai pa ??? takut bayang2 sendiri ka ??? kepala putaq alam tu …. DSAI….
Jangan buat kacau minta Pas letak calon di Penanti
04/05/2009 12:29pm
KOTA BAHARU 4 Mei — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak mahu anggota parti itu membuat kacau dan membelakangi perjanjian dengan sekutunya dalam pakatan PAS-DAP-PKR dengan menuntut PAS meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS perlu berpegang pada janji yang dibuat dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung pengagihan kerusi pilihan raya yang dibuat sebelum ini.
“Kalau itu kawasan PKR, hak dialah. Kita kena balik kepada perjanjian. Kita orang Islam pentingkan janji, jangan buat kacau, janji mesti sempurna.
“Macam di Kelantan, kita ikut perjanjian. Kita beri (kerusi) kepada PKR, dia nak menang ke, kalah ke, itu dia punya pasallah,” katanya ketika ditemui pemberita di kediaman beliau di Pulau Melaka, dekat sini, hari ini.
Beliau mengulas desakan Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Hafiz Mohd Nordin supaya pimpinan parti itu menimbangkan untuk meletak calon PAS bertanding di DUN Penanti, setelah kerusi itu kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, 32, berkuat kuasa 16 April lepas. -
Lantaklah apa yang hendak dihebohkan oleh UM, TV1,2 atau 3. Sekiranya penyokong PAS/PR telah bulat dengan pendapat dan prinsip sendiri dan telah dapat membezakan antara ‘padi dengan hampanya’, peduli apa dengan anasir-anasir yang hendak diterapkan oleh Umno/BN yang semacam ‘cacing kepanasan’ itu! Hanya pengikut PAS/PR yang lemah semangat serta tiada disiplin diri sahaja yang akan tertarik dengan ‘gula-gula’ yang ditabur oleh parti bangsat Umno, Oh, no! itu.
tak kan parti bangsat kot .. indahnya bahasa… Hanisma parti apa ??? Ilmu dah cukup ka nak mengata kat orang sana-sini @ Pak / Mak Turut ….
KOTA BHARU 3 Mei – Golongan pro Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pas dibidas kerana menyalahkan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharuddin Mat Isa berhubung cadangan pembentukan kerajaan perpaduan.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan, cadangan pembentukan kerajaan perpaduan itu telah diputuskan secara bersama oleh pimpinan parti-parti dalam pakatan pembangkang dan bukannya datang dari Pas sahaja.
Takiyuddin yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan turut menyelar golongan tersebut kerana hanya berani mengeluarkan kenyataan di luar dan tidak bersuara ketika mesyuarat rasmi diadakan.
‘‘Soalnya kenapa golongan ini hanya menyerang presiden dan timbalan presiden dalam isu kerajaan perpaduan sedangkan ia turut melibatkan Anwar.
Majlis Ilmu Dari Buku Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad
Majlis-majlis Ilmu Bulanan bertujuan memberi kemudahan kepada masyarakat Kuala Lumpur dan Selangor khususnya serta masyarakat Malaysia ‘amnya menimba ilmu ajaran agama Islam yang ditinggalkan dan diwasiatkan oleh Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad.
Huraian dari buku-buku beliau akan dihuraikan dalam Bahasa Malaysia.
Kesemua Majlis Ilmu seperti jadual dibawah ini akan diadakan di Masjid Baitul Aman 102 Jalan Damai di Jalan Ampang, Kuala Lumpur:
Majlis Bacaan Ratib Al-Haddad serta Syarahan dan Huraiannya setiap Selasa malam Rabu selepas Solat Maghrib
Hari Sabtu 16 May 2009 mulai Solat Maghrib sehingga jam 9:30 malam huraian buku berjudul ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
Hari Ahad 17 May 2009 mulai Solat Maghrib huraian buku berjudul ‘Dakwah yang Sempurna dan Peringatan yang Utama’
http://pondokhabib.wordpress.com
Salam Amin.
Percubaan adalah peratusan.
Kegagalan adalah total.
Teruskan usaha.Pencarian pada Media alternatif.
Seandainya di Wall Street sudah lama digantung urusniaga.
Kelangsungan nafas mereka atas ihsan pembayar cukai.
Pemantauan pemimpin perlu di gandingkan bersama lapisan masyarakat marhaen.
“Mati tidak kerana sumpah,hidup tidak kerana kaul”
Yang surat habag tajaan Umno dok sebok pasai ulamak Pas kena duduk ateh kerusi terrtinggi tu pasai apa?. Nampak sangat lah surat habag Umno ni kononnya pro ulamak tak yah dicabar dlm pemilihan muktamar Pas nanti. Sokong ada makna tu.
Kita nak bagi tau kat surat habag Umno ni, masa Umno buat pemilihan dlm perhimpunan depa itu hari, awat surat habag hampa tak sebuk tulis, pasai apa dlm pemilihan Umno tu takdak sorang pun calon ulamak dibagi laluan bertanding sebarang kerusi? Awat er! dlm Umno dah takdak ulamak dah ka? Sampai Umno terpaksa lantik ulamak askar jadi menteri.
Kalau gitu maknanya Pas telah dibanjiri dgn ulamak la, pasai tu lah kecoh sikit, adat la kalau dah sama ramai ulamak ngan bukan ulamak dlm Pas tentulah perkara macam ni tak dapat elak, nama pun organisasi, mana ada dlm organisasi bila ada pemimpin, depa dok diam saja. Organisasi khairat kematian pun kecoh!.
Untuk makluman, hangpa surat habag Umno, toksah dok nak pelaga kami lah.. Perwakilan kami tak sedungu perwakilan Umno, tanpa rasuah kami dah set dah sapa kami nak pilih.
Kepada Pemuda PP.
Sudah-sudahlah tu. Forget about bertanding Dun Penanti.Jangan kemaruk dan melalak sangat nakkan kerusi Penanti tu. Berlapang dada, beri laluan kpd. PKR. Apa yang penting (tersangat penting) pemuda PPP baiki performance perjuangan. Baiki dan kemaskan jentera parti. Jangan pikir PAS sudah kuat dengan adanya sokongan drp Cina/India. Lama mana sokongan itu boleh bertahan???? Terlalu banyak loopholes dalam pengurusan dan pentadbiran organisasi iPRU13 tak lama not in the distant future. Make sure u get back all the seats that u lost to umnobn in the PRU12. Ini lebih afdal. Iif u insist in contesting, well go ahead by all means.Nobody cabn stop u, not even TGNA or TGHA. worst come to worst stand as independent candidate. Ingat umnobn musuh utama PR. Mereka mempunyai berbagai strategi n agenda nak menghancurkan PR. Adios.
Mat Sabu tetap bertanding
Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 4 Mei – Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak akan menarik diri daripada bersaing merebut jawatan nombor dua dalam parti itu walaupun timbul polemik berhubung kepimpinan ulama.
Katanya, pendirian itu dibuat kerana beliau hanya bersedia dipimpin oleh seseorang yang lebih berani dan lebih ‘pandai’ daripadanya.
Mohamad menjelaskan, kepimpinan ulama juga bukan sesuatu yang asing baginya kerana konsep itu diperjuangkan oleh beliau bersama rakan seangkatan dalam Dewan Pemuda Pas Pusat melalui muktamar di Bukit Mertajam pada 1982.
“Saya merupakan pengasas kepimpinan ulama bersama-sama Datuk Mustafa Ali, Subky Latif dan Datuk Wan Mutalib Embong sewaktu zaman Pemuda.
“Saya tidak akan berkompromi, sama ada anda bersama saya atau menentang saya,” katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi di Pejabat Agung Pas di sini hari ini.
Khamis lalu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi menegaskan, pihaknya telah membuat ketetapan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden perlu disandang oleh golongan ulama yang mempunyai pendidikan formal dan berpengetahuan tinggi dalam bidang agama.
Bagaimanapun, perkara itu dibantah oleh pelbagai pihak termasuk Naib Presidennya, Ahmad Awang yang menjelaskan, ia belum muktamad dan perlu dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama Pas.
Selain Mohamad, penyandang jawatan Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dijangka dicabar oleh Naib Presiden, Datuk Husam Musa, Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.
Mengulas isu desakan Pemuda Pas Pulau Pinang supaya parti itu meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan dari semasa ke semasa bersama anggota pakatan pembangkang.
Katanya, senario itu adalah sama dengan Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Selambau baru-baru ini apabila UMNO Merbok yang pada mulanya mahu meletakkan calon akur dengan keputusan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) yang memilih calon MIC.
“Ahli kita juga bebas untuk memohon dan mencadangkan, tetapi keputusan kepimpinan terutamanya di peringkat Presiden yang akan menjadi kata putus,” katanya yang pernah bertanding di Penanti pada 1982.
Situasi inilah yang membimbangkan pihak PAS.
Kekadang, hal-hal sebegini tidak tampak akan motif di sebaliknya. Ada sahaja yang akan memperguna semacam serba cara untuk menterjemah niat yang terbuku.
Semoga para pejuang kebenaran akan terus mendedahkan hal perkara sebegini; supaya umum ketahui apa sebenarnya yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Pas tetap diterajui ulama – Nik Aziz
Oleh Rodelio Junjun Taucan
rodelio.taucan@utusan.com.my
KOTA BHARU 4 Mei – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu tradisi jawatan presiden dan timbalan presiden dalam parti itu yang disandang oleh golongan ulama diteruskan.
Beliau menegaskan, sejarah kepimpinan Pas sejak awal penubuhan menunjukkan bahawa hanya golongan itu yang layak untuk memimpin parti mengikut landasan.
Katanya, ulama sedia ada bukan sekadar arif dalam soal agama tetapi mereka juga adalah golongan profesional.
Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan pendirian Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi bahawa dua jawatan utama itu mesti disandang oleh ulama, beliau berkata:
“Ini bukan soal tidak setuju. Pas dah lama di bawah pimpinan ulama. Kalau ulama dulu tak banyak pelajaran tetapi sekarang mereka dah pandai, dah jadi profesional.
“Jawatan nombor satu dan dua ini mesti patuh kepada Islam. Yang penting beriman dan takwa kepada Allah.”
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan diminta menyatakan pendirian mengenai individu yang layak memimpin dua jawatan tertinggi Pas dalam polemik yang tercetus menjelang pemilihan Jun ini.
Baru-baru ini, Mohamed Daud dilaporkan berkata, jawatan tersebut perlu disandang oleh golongan ulama yang berpengetahuan tinggi dalam bidang agama.
Kenyataan Mohamed bagaimanapun mendapat tentangan pelbagai pihak terutamanya Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang dan Dewan Pemuda Pas Kelantan yang berpendapat bahawa pemimpin yang bukan daripada aliran agama juga boleh memimpin parti itu.
Nik Abdul Aziz yang pertama kali menyatakan pendiriannya mengenai perkara ini selepas pulang dari mengerjakan umrah semalam menyeru semua pihak supaya kembali kepada ajaran Islam.
Beliau mengingatkan kembali sejarah kepimpinan dalam Pas suatu ketika dulu apabila berlaku kesilapan memilih menyebabkan beberapa pemimpin telah berpaling tadah.
“Dalam Islam, ulama dan profesional itu sendiri telah bergabung. Seorang ulama yang profesional adalah pemimpin dunia dan akhirat.
“Kita pernah pilih Datuk Hassan Adli sebagai pemimpin tetapi dia berpaling tadah. Ini buktinya pemimpin yang dilantik mestilah seorang Islam yang mukmin,” jelasnya.