Cetak Rompak berlaku lagi
2009 Mei 15
Dahulu saya pernah menulis mengenai “Cetak Rompak” yang dilakukan oleh Umno. Klik disini.
Jika dahulu ayah kepada Najib, Abdul Razak Hussein menubuhkan Barisan Nasional setelah mencetak rompaknya dari Barisan Sosialis, kini Najib pula meneruskan program cetak rompaknya apabila mahu digelar sebagai “perdana menteri rakyat”. Klik disini.
Kali ini beliau mencetak rompak perkataan “rakyat” setelah Pakatan Rakyat menjadi popular.
Tak percaya lagi Umno/BN kaki Cetak Rompak?















Seorang penulis lirik terkenal pernah beritahu saya, dia menulis lirik lagu Fotostat dr kumpulan Wings dulu kerana mengkritik Najib yg gemar meniru apa yg dibuat oleh bapanya. Masa tu Najib baru naik jadi Menteri Pelajaran. Rupanya sampai skrg Najib masih fotostat…. Tabik pada penulis lirik itu yg berani mengkritik walaupun dlm kiasan n bahasa yg halus. Sya cuba cari liriknya, tapi tak jumpa. Yg jumpa cuma lagunya saja.. Layan jelah… Otai-otai rock mesti ingat lagu ni… http://www.imeem.com/mroo/music/y89V-Qd8/wings1988hukum-karma-09fotostat
hahahahaha ….. why Black is so stupid …..woi .. tak dak isu dah ka????
actually , it is nothing la …. PR govt (think) can do better la …..
176,000 naik pangkat
PUTRAJAYA 14 Mei – Berkuat kuasa 1 Julai ini, pegawai kumpulan sokongan yang berkhidmat 15 tahun atau lebih serta masih berada dalam gred lantikan akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi.
Berucap pada perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2009 di sini hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengumumkan beberapa skim perkhidmatan akan dinaik taraf juga mulai 1 Julai.
Kata beliau, langkah itu adalah sebagai menghargai sumbangan 176,066 pegawai kumpulan sokongan bagi perkhidmatan persekutuan.
Kerajaan juga, katanya, bersetuju menggubal dua skim perkhidmatan yang baru iaitu pegawai penyediaan makanan dan pembantu laut serta menaik taraf lapan skim perkhidmatan termasuk skim perkhidmatan operator mesin prosesan data, pembantu tadbir rendah (PTR) dan jaga.
‘‘Langkah itu akan melibatkan 20,637 penjawat awam. Keputusan kerajaan ini akan melibatkan kos tambahan sebanyak RM170.4 juta,” katanya.
Najib berkata, beliau yakin usaha yang diiringi keikhlasan demi menunaikan amanah kepada rakyat membolehkan perkhidmatan awam memberi perkhidmatan terbaik untuk negara.
‘‘Perkhidmatan awam mempunyai fungsi yang cukup signifikan dalam mencorakkan pembangunan negara dan usaha ini akan membawa negara megah di persada dunia,” katanya