Siapa pembunuh Ibrahim Libya dan Syuhada Memali?
Hari ini ramai yang bising membicarakan mengenai pembunuhan yang “kononnya” dilakukan oleh Chin Peng ketika bersama Parti Komunis Malaya (PKM) dahulu.
Mengapa Chin Peng menjadi sasaran?
Mudah sahaja. Ini adalah kerana Chin Peng adalah seorang Cina maka mudahlah dijadikan “punching bag” politik mereka. Jika Chin Peng adalah seorang Melayu, pasti sukar untuk dijadikan momok. Begitulah politik pecah dan perintah Umno/BN.
Oleh kerana sudah kehabisan modal politik, maka Rais Yatim pun timbulkanlah kembali isu komunis ni.
Dalam masyarakat Malaysia ni, masih tinggal sedikit lagi golongan bodoh dan buta sejarah yang terperangkap dengan propaganda anti komunis anjuran penjajah British.
Diantaranya ialah seorang budak buta sejarah seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini disini. Orang-orang macam ni dan geng-geng Ibrahim Ali bolehlah Rais nak bohong.
Budak-budak muda yang cool dah tonton dokumentari “Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka” dan “Revolusi 48″. Maka sebab itulah ramai budak-budak muda dah mula tahu bahawa Umno/BN ini hanyalah penyambung kepada apa yang dilakukan oleh penjajah British.
Cuma budak yang tak cool dan tak baca buku sejarah selain versi Umno/BN sahaja yang boleh termakan momok Rais ni.
Kenyataan bodoh Rais Yatim telah menyebabkan Mat Amin yang menggendalikan blog Kampung Perdamaian Sukhirin menjawab kembali dan menggeluarkan gambar-gambar yang pastinya tidak disenangi oleh Umno/BN.

Gambar Abdullah CD dan Suriani menghadap Sultan Azlan Shah
Lihat banyak lagi pemimpin negara yang bertemu dan bermesra dengan pimpinan PKM disini.
Didalam peperangan biasalah ada yang terbunuh dan membunuh. Sebab itulah dinamakan perang.
PKM jelas melawan penjajahan. Sedangkan Umno, MCA dan MIC pada ketika itu memilih untuk menjadi talibarut British dan menghalalkan tindakan jahat yang dilakukan oleh British kepada pejuang-pejuang kemerdekaan tulen seperti Dr. Burhanuddin Helmy, Chin Peng, Ahmad Boestamam, Shamsiah Fakeh, Suriani dan ramai lagi.
Alasan nak haramkan Chin Peng pulang diatas sebab PKM pernah membunuh askar sewaktu berperang adalah tidak adil.
Ini adalah kerana askar juga membunuh ramai anggota PKM yang terdiri dari pelbagai bangsa termasuklah orang-orang Melayu.
Begaimana pula dengan kerajaan Umno/BN dan PDRM yang membunuh Ibrahim Libya dan 13 penduduk Kampung Memali?
Apakah kita harus membuang kesemua orang-orang Umno/BN dan PDRM daripada Malaysia kerana bertindak zalim membunuh 14 orang penduduk Kampung Memali dan mencederakan ramai penduduk kampung tersebut?
Berkaitan:
Rais cuba sabotaj Najib yang akan ke China tak lama lagi? Umum tahu bahawa China di perintah oleh Parti Komunis China. Klik disini.















“Siapa pembunuh Ibrahim Libya dan Syuhada Memali?”
jawapan: Polis British
bapak aku yg bunuh psl ms operasi tu dia ada. dia dpt arahan yg komunis bersembunyi di baling. bapak aku yg citer yg dia yg bunuh ibrahim libya. tp la ni bapak aku dh taubat. dia ikut arahan je.
ye ke masa tu dia tgah di alam jahiliah
polis british mendenye… bukan ke MAHATHIR dan kuncu serta POLIS dan ASKAR ke sana membunuh Ust LIBYA….
Betullah
Mahathirkan Boneka British, maka disuruhnya polis British dan askar British muka melayu membunuh Ibrahim Libya
Nasib baik shamsiah fakeh dah meninggal, kalau tak mungkin umno baru teringat nak halau dia balik cina..
Siapa yg membunuh mereka semua?
Tanya orang yg melayu yg berwarna ‘Hitam’.
siapa yg membunuh Ibrahim Libya?
jawapan : komunis umno dan PDRM.
mahathir keluar negara, musa hitam kena menjalankan tugas ini, lepas tu anak musa hitam mati ditregadi highland towers.
masa ibrahim libya di bunuh,kalau aku tak silap mr.rais ialah menteri penerangan.
Rais,
Lu ada tengok dan baca ka itu sejarah… Lain kali kalu mau tau pasal sejarah… lu kena tengok dari semua segi… baru lu boleh paham…
Lu nie buat malu la sama semua PhD punya holder…. buat taik la..
P/S: Syuhada Memali tue dibunuh oleh Orang Melayu Komunis jugak… yang ketuanya komunis.. berfahaman komunis… dan bercita-citakan komunis… dengan bantuan parti politik komunis (UMNO/BN)
Saya sokong cencurut, memang pun Allahyarham Ibrahim Libya dibunuh oleh PDRM atas arahan UMNO, mamak pendukang Mahathir Gampang lari ke Jepun, diarahnya Musa Hitam sebagai TPM masa itu. Ini mamak memang celaka, “baling batu sorok tangan”. Tak mampus2 pun, kenapa ya? Lebih cepat mampus aman lah Malaysia ni.
jangan putarbelitkan sejarah untuk kepentingan politik.sejarah dijadikan pedoman bukannya dijadikan mainan untuk survival politik
Pembetulan!!!!
Askar tak terlibat….PDRM je yang terlibat.
betul grego,
PDRM 3600 anggota, selepas tamat pembunuhan tu sekumpulan Askar sampai dgn 30 anggota. PDRM mencabar mereka, tapi Askar2 tu tau yg mereka kekurangan anggota, nasib baik depa tak bertempur.
black…. oooiii… malas la nak cakap .. hang baca la .
Melayu berani tidak bertempat
Saudara Pengarang,
‘TAKKAN Melayu hilang di dunia’. Betapa indahnya ungkapan yang lahir daripada lagenda Melayu Hang Tuah. Hang Tuah merupakan pahlawan terbilang yang berani, setia kepada raja, berbudi bahasa dan berjati dirikan Melayu tulen.
Itu Melayu zaman dahulu. Sekarang zaman sudah berubah. Orang Melayu sudah beralih arah. Kini tidak ramai yang hendak menjadi Hang Tuah, tetapi ramai yang hendak menjadi si Rambo atau Tom Cruise dalam Mission Impossible dan si seksi Madonna yang ‘berani’.
”Cara mereka bertindak seperti babak dalam filem Hollywood”. Begitulah ulasan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Tun Razak, berikutan insiden rompakan senjata oleh 27 anggota Al-Ma’unah di Kem 304 Askar Wataniah Gerik, Perak, 2 Julai lalu.
Keberanian anggota Al-Ma’unah itu telah membuka lembaran sejarah negara. Ini kerana aksi ala Rambo mereka itu adalah antara yang paling ‘berani’ pernah dilakukan abad ini.
Mereka bukan sahaja berani menyamar sebagai tentera, merompak senjata, menculik, mengebom tempat ibadat kaum lain, malah mereka juga berani membunuh! Kononnya atas nama ‘jihad’ dan Islam mereka ‘berjuang’.
Insiden ini telah memalukan bangsa Melayu, sekali gus agama Islam. Islam yang kita anuti tidak pernah menuntut umatnya untuk menipu, apatah lagi membunuh orang yang tidak berdosa.
Apa yang amat menyedihkan kita dalam insiden Sauk itu ialah ia juga turut melibatkan golongan profesional berpendidikan tinggi dan anggota keselamatan yang sepatutnya disanjung dan dihormati.
Mereka ialah jurutera, arkitek, eksekutif Proton, pensyarah, tentera berpangkat kapten dan guru. Golongan ini telah diberi mandat oleh kerajaan untuk menggembleng negara seterusnya memberi contoh terbaik kepada bangsa Melayu yang lain.
Berbekalkan didikan agama berserta ilmu pengetahuan yang tinggi, sepatutnya sudah cukup buat mereka untuk menjadi seorang pemimpin yang berkredibiliti. Malangnya apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mereka akhirnya ‘tewas’ setelah terjerumus dalam kumpulan ajaran sesat.
Nampaknya jika golongan berpendidikan tinggi pun sanggup berpaling tadah kepada negara, siapa lagi yang boleh dipercayai?
Orang Melayu memang suka membuat kejutan. Sebenarnya peristiwa cemas seperti itu merupakan ’siaran ulangan’ atau rentetan daripada kes-kes lalu yang kebanyakannya melibatkan ekstremis atau pelampau agama.
Pada 16 Oktober 1980, di Batu Pahat, 15 anggota kumpulan ajaran sesat menyerang Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat dan mengakibatkan 23 anggota polis serta 18 orang awam cedera.
Pada 19 November 1985, peristiwa Memali di Baling pula, 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh akibat diserang kumpulan ekstremis yang diketuai oleh Ibrahim Libya.
Selepas itu menyusul lagi beberapa kes yang agak sama, yang sudah tentu boleh menggugat kesejahteraan negara.
Malaysia telah menikmati kemerdekaan hampir 43 tahun lamanya. Dalam jangka masa itu kerajaan telah membuat pelbagai usaha untuk menaikkan taraf bangsa Melayu. Keistimewaan orang Melayu dalam Perlembagaan langsung tidak diganggu gugat. Persoalannya kenapa orang Melayu masih tidak berpuas hati, lantas melakukan tindakan yang bahaya lagi membahayakan? Awas, jangan jadi Melayu yang tidak sedar diuntung!
Walaupun insiden di Sauk telah berakhir, tetapi belum dapat dipastikan sama ada insiden ini tidak akan terus berulang.
Masyarakat Melayu merupakan golongan majoriti di Malaysia. Sebagai masyarakat yang juga beragama Islam, Mereka seharusnya menunjukkan contoh-contoh yang baik kepada kaum minoriti yang lain. Malangnya apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Berita-berita menyedihkan seperti penglibatan dalam gejala dadah, seks bebas, sumbang muhrim, jenayah dan lain-lain yang menghiasi dada akhbar saban hari kebanyakannya ‘dipelopori’ oleh orang Melayu.
Apa yang begitu membimbangkan, budaya ‘berani tidak bertempat’ ini telah menular pula di kalangan anak-anak remaja kita. Buktinya, kebelakangan ini berita tentang gejala gengsterisme, salah laku dan jenayah pelajar Melayu semakin menjadi-jadi.
Mengimbau kes pada 1998, kita telah dikejutkan dengan kematian Zulkarnain Abdul Rahim, 14, pelajar Sekolah Menengah Datuk Abdul Rahman Yasin, Tampoi, yang mati dipukul oleh beberapa samseng sekolah. Menurut polis, ia juga melibatkan kes peras ugut.
Di Kuala Terengganu, 15 Julai lalu, tiga pelajar sekolah agama cedera setelah diserang oleh sekumpulan pelajar.
Di Hulu Kinta, Perak, Jun lalu sekumpulan pelajar tingkatan dua telah ditahan atas kesalahan memecah masuk makmal sekolah.
Kini yang terbaru timbul pula gejala ‘bakar-membakar’ oleh pelajar. Inikah generasi pelapis yang diharap-harapkan oleh negara pada masa hadapan? Melayu hari ini bukan sahaja hilang rasa cinta kepada negara dan agama, malah hilang maruah dan identiti.
Baru-baru ini Ning Baizura telah membuat satu kejutan kepada seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat Melayu khususnya. Dalam majalah FHM edisi Malaysia keluaran Julai 2000, Ning telah membuat satu kenyataan paling berani dalam satu interviu yang dibuat oleh penulis Nathan Conrad.
Kenyataan Ning yang penuh dengan imiginasi seks, cukup untuk memualkan pembaca. Antara pengakuannya yang paling berani ialah mengenai dirinya yang sukar dipuaskan oleh lelaki, fantasi seksnya, tip-tip seks dan pelbagai lagi.
Sebenarnya sebelum Ning, sudah ramai artis Melayu yang runtuh akhlak dan moralnya. Mereka ini ada yang terlibat dalam kancah dadah, alkohol, khalwat, dan pelbagai lagi.
Itu belum termasuk artis-artis wanita yang ‘menjual tubuh’ di dada-dada akhbar dan majalah-majalah hiburan. Adegan ghairah berserta pakaian seksi menjadi modal untuk menjadi terkenal. Ini berlaku mungkin disebabkan mereka tidak berupaya untuk meraih populariti dengan bakat mereka yang tidak seberapa.
Orang Melayu kita memang ‘berani’. Nampaknya ungkapan keramat, ‘Takkan Melayu hilang di dunia’ akan terkubur bersama hilangnya rasa cinta kepada negara, agama, maruah dan identiti orang Melayu jika mereka terus dibelenggui sikap berani tidak bertempat.
Sesungguhnya berani kerana nafsu bukan sahaja sia-sia, malah turut mengundang musibah! Tepuk dada tanya iman!
Siapa yang harus dipersalahkan? Tentu sekali PEMERINTAH, KAN? Kerana kerajaan BN sambil lewa dengan gejala sosial., apa lagi dengan kes kes orang2 islam yang murtad sejak 1974 hingga sekarang ini.Apa kerajaan buat?
Kerajaan BN sememangnya suka dengan anak anak muda yang berhayal, enjoy sana sini sambil itu pemimpin2 menyapu khazanah negara.
Bukan nya UMNO/BN tidak tahu akan kejadian kejadian anak anak Melayu Islam yang dicristiankan., mereka tahu, tapi mereka lebih suka supaya anak anak muda Melayu ini tidak akan ambil peduli dengan kegiatan2 mereka mengamalkan rasuah sana sini.
Dengan itu, pastikan UMNO/BN terkubur dalam pilihanraya yang ke 13. AMINNNNN
adakah ching peng menentang penjajah kerana nak memerdekakan tanah melayu?atau kerana sejarah negara china ketika itu menentang british.
kompius betoi…
Salam.
Sejarah perlu kajian mendalam dan bahan bukti(bertulis etc) agar ia dapat dijadikan fakta.Amat merugikan jika hasil sejarah digunakan untuk menyalahkan mana2 pihak walhal perkara lama tidak akan dapat di ubah..sebagai rakyat, kita harus komen berserta cadangan atau pendapat yang bernas dan logik agar perkara2 ini dapat dihindarkan..bukan hanya melemparkan amarah semata2 dan menyalahkan pelbagai pihak.
Saya mencadangkan agar ada mana2 blog mneyediakan rujukan fakta(bertulis, rakaman etc) berkaitan sesuatu peristiwa agar pembaca dapat menilai sebaik2 baiknya nilai sejarah yang dibincangkan.
Ingat, sejarah dan fakta yang diputarbelitkan dapat memecah belahkan rakyat dan kaum. walau ape pon fahaman atau ideologi(politik), tidak seharusnya sejarah dan fakta dijadikan batu loncatan. Nilai murni perlu ada dalam berpolitik agar kita sbg waris negara dapat menjadi pemimpin di masa hadapan, bukan sbg penghentam.
Sauk adalah hasil buah tangan Tun Mahadhir Mohammad Kutty.Mohd Amin dan ahli-ahli nya diperangkap dgn agenda Jihad di Ambon.
Ketika itu Mohd Amin telah dipanggil secara peribadi mengadap Tun Kutty di Putrajaya.Pertemuan tu hanya di ketahui oleh SB dan PM sahaja.
Nak info lagi,selongkar la Internet ni.Malas aku nk taip.
Polis DiUmno Malaysia dibawah pimpinan Yahya Yeop Ishak melakukan nya. Dan isteri beliau berkhalwat didengan KPN.
Sejarah adelah utk kita pelajari supaya yg baik dijadikan teladan dan yg buruk tidak diulangi.
Bagi saya kominis melayu itu dirayu oleh boss mereka utk melawan ‘penjajah’ yg tidak meminggirkan hak rakyat. Sebenarnya mereka tertipu oleh boss mereka.
Saya masih ingat bagaimana kelam kabut kami di Batu Pahat bila bendera kominis berkibar diatas bukit berhampiran sekitar 60han.
Nani Cheras
Heh,heh.Soalan cupu emas.Siapa pembunoh Ibrahim Libya dan 13 penduduk Memali???
Dr M,Musa Hitam,Polis ?
Polis le jawabnya ! Dr M dan Musa Hitam tidak terlibat. Macan kes AlTantuya yang Najip tak terlibat tu.Tapi rakyat tahu, dan Allah tahu.
Di Akhirat nanti akan terima balasan yang lebeh teruk dari.
Baca rencana yang sama “The real heroes of Merdeka” di..
http://warongpakyeh.blogspot.com
Soalan-nya…kenapa ibrahim libya dibunuh….adakah dia mengajar ugama sesat? Adakah sebab dia saorang ikon yang disanjong orang kampong? adakah kerana politik? adakah dia nak jatuhkan kerajaan melalui kekerasan dan bukan melalui politik?
Berkenaan peristiwa Sauk saya anggap sebagai filem bollywood je…tak masuk akal langsung…adakah masuk akal mereka nak jatuhkan kerajaan dengan berkumpul disebuah kampung yang terpencil dan memberitahu umum yang mereka berada disitu? Senjata apa yang depa bawak nak jatuhkan kerajaan? Pada saya ini hanya rekaan saja nak besarkan isu.. Sila lihat cerita WAG THE DOG dan anda boleh faham maksud saya…
http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Komunis_Malaya
Kerajaan BN tak lebih kerajaan seronok. Tengoklah dari isteri PM yang bermewah sampailah anak muda yang asyik berhibur. program tv yang entah apa-apa. Lebih banyak hiburan dan program realiti. Yang jadi ikutan adalah falsampah yang keluar dari mulut artis. Ulama tolak tepi diperlukan untuk majlis baca doa saja. Suratkhabar lebihkan keburukan pembangkang. Kisah wartawannya kahwin berhari-hari dimuatkan cerita. Bingung dibuatnya. Analisa yang jadikan rakyat cerdik tak ada.
Yang dijaja PKM tak ada tempat. Yang ada tempat BN/UMNO saja. IMalaysia sebenarnya idea tahi kucing. Hati perut UMNO ni Melayu bukan penyokongnya pun dianggap musuh. Subsidi baja disekat. peluang pekerjaan disekat. Hak dapat tanah disekat. Mari pakat-pakat masuk UMNO… masa undi mari pakat-pakat lingkupkan UMNO. Baru rosmah tahu tinggi rendah dunia. Baru Najib tahu tak boleh beraltantuya dengan sewenang2nya. Malaysia ni suku sakat UMNO yang punya.
Salam,
Pembunuh Ibrahim Libya adalah orang yang buta agama dan taksub kepada harta kemewahan dunia.
Hati mereka buta dan membutakan pihak berkuasa yang ‘terpaksa’ lakukan atas dasar tugas dan arahan yang diserap oleh penjajah hingga sekarang
memang laknat membunuh islam sesama islam.apasal situa kutuk tu tak mampuih2 lagi.agaknya tuhan nak bagi can dia tobat dlu, tapi tak mau tobat2 gak sebab tu bagi nyawa dlu.
Che Det keluar negara, Musa Hitam dok tolong jaga. Trajedi Kg Memali terjadi. Che Det balik mai, Musa Hitam kena tanggung. Musa Hitam berhenti, Ghafar Baba ambil alih. Che Det senang hati.
Sammy Vellooo la yang bunuh..heheheh
ko la pengkhianat bangsa. berapa anggota keselamtan mengorbankan nyawa untuk mempertahankan keamanan negara. cuba ada ahli keluarga ko yang terkena jerangkap samar putus anggota badan apa ko rasa
datuk saya salah seorng dr pejuang yg bergerak di dalam hutan menentang penjajah.. dan semua cerita2 di dlm hutan telaah diceritakan kepada saya..malah sy berkesempatan berjumpa dgn ibrahim chik(salah seorng pemimpin PKM) untuk mendengar sendiri bagaimana sejarah kemerdekaan kita yg telah tunggang terbalik..
sy amat2 terkilan dgn propoganda yg telah dibuat untuk menakut2 kn rakyat di tanah melayu… mungkin ramai anak2 muda yg sebaya sy yg tidak tahu hal ini.. walaupun masih muda (26tahun), dan x sempat melalui semua itu, tp sy amat yakin yg sejarah kemerdekaan kita ini telah dipesong kn.. bg sy, tanpa gerila2 ini, x mungkin tanah melayu akan merdeka sehingga hari ini.. datuk saudara saya salah seorng yg terkorban akibat propaganda ini.. dan balu nya masih menetap di kg perdamaian itu..
apakah tidak ada rasa bersalah kerajaan malaysia terhadap mereka..??
semata2 kuasa dan kekayaan, sanggup mereka(pihak kerajaan) menipu, membelit.. dan dgn kejadian senario politik di malaysia akhir2 ini, bertambah yakin lah saya dgn semua itu(mereka sanggup melakukan apa saja untuk berkuasa..walaupon menipu rakyat jelata..)…
hanya tuhan dapat membalas setiap perbutan mereka… sebelum terlupaa…. aku pon MELAYU!! tp bukan MELAYU UMNO yg berdiri disebalik ketiak KAPITALIS MELAYU BODOH!
negara malaysia adalah pembunuh yg sebenar.. ugama islam sudah jatuh ketanggan-tanggan jahanam..pembunuhan demi pembunuhan…memutarbalikkan fakta
yg slalu mereka dengungkan ..agama islam hanya pekakas untuk mereka membuat laba niaga..jgn ungkit pasal melayu murtad..kalu itu yg tuhan mahu biarkan…igt kalian cuma diberi pinjam..
kominis cuma salah satu cabang politik.. yg kuat akan memerintah..aku tidak mahu diperintah oleh sesiapa mahupun kominis ..umno/bn..pas atau apa2 yg seangkatan dgnnya..merdekalah,bebaskan diri kamu dari diperintah dan matikan kemahuanmu sbelum kalian mati…bersedialah harinya akan tiba.. melayu bukanlh satu bangsa yg harus dibangga2 kan sgt..cari apa bangsa kamu yg sebenar jadilah orang yg mengenal.. buat black teruskan dgn berita2 yg tulus jgn ada berat sebelah..kau harus membuka mata mereka2 yg buta yg umpama berjalan didalam gelap hutan yang seram..
Sila baca sendiri buku2 shamsiah fakeh, abdullah cd dan rashid maidin. Nilai sendirilah. Pada saya ada beberapa persoalan (yang saya telah ajukan kepada penulis blog Kampung perdamaian sukhirin, namun telah dipadamkan).
1. Gerakan komunis termasuk rej ke-10 ‘membasmi hantu’. Nyatalah bahawa kerja2 membunuh rakyat tersebut adalah tanpa sebarang perbicaraan. Apakah ini bukan pengganas? Kejadian ini berleluasa di serata pelusuk negara pada ketika itu. Ini bukan kes2 terpencil. Apakah pimpinan PKM termasuk yang melayu tidak tahu hal ini?
2. Kejadian pembunuhan anak allahyarhamah shamsiah oleh dua pengganas komunis cina. Kedua2 mereka ini tidak dihukum sewajarnya atas alasan bayi itu belum berjasa kepada revolusi. Adilkah ini? Kenapa pimpinan PKM yang melayu Islam tidak membantah? Wajarkah menggadaikan nyawa bayi tidak berdosa dan hukum-hakam demi perjuangan ynag sia2 itu?
3. Satu rejimen komunis berbangsa cina tidak mahu bekerjasama membantu melengkapkan persenjataan rej ke-10, walaupun mereka ada kelebihan senjata. Apakah terlalu pariah rej ke-10 itu pada pandangan komunis cina itu? Chin Peng sendiri pun tidak membantah tindkan ketua rejimen cina itu. Apakah ini bukan bukti cauvinis cina dalam pkm?
4. Semasa dalam hutan ideologi komunis didoktrinasikan melalui kelas2 ideologi yang diadakan dari semasa ke semasa. Apakah pada pandangan pahlawan melayu itu, ideologi komunis bersesuaian dengan agama?
cukup untuk kali ini. Suka saya ulangi bahawa saya amat menyanjungi usaha awal pejuang2 ini semasa dalam API, AWAS, PKMM. Tetapi setelah jelas kepada mereka bahwa perjuangan telah bertukar kepada komunism, mereka telah terpesong apabila terus bersama PKM. Saya berasa saya perlu adil dalam menilai sejarah. Perjuangan hendaklah tepat dari segi matlamat dan juga cara/hukum. Saya juga bukan penyokong UMNO, tetapi kejahatan UMNO tidak menyebabkan kejahatan komunis boleh dipadamkan.
Berbanyak maaf kerana telah menyangka ulasan saudara dari perang cyber umno. Ok. Asalkan dengan tujuan yang iklas, saya akan memberikan jawapan setakat yang saya tahu.
100 tahun PDRM, apakah termasuk dibawah Henry Gurney?
Siapa Henry Gurney?
gurney ni barua empayar inggeris, bertugas sebagai Chief Secretary di palestin tahun 1946-48.
dua tahun bertugas dah cukup.maka tertubuhlah negara zionis israel atas usaha gurney.
gurney ditembak dlm serangan hendap PKM di fraser hill pada oktober 1951.peliknya dalam serangan itu anak dan bini gurney x ditembak komunis.
Tak cukup dalam, ko kena gali lagi fakta2 sejarah.
begini rupanya pemikiran orang Melayu…
Al-Fatihah ….
‘Ayah saya diseksa sebelum disembelih’
BANGI 27 Mei – “Ayah dan bapa saudara saya diikat dengan tali antara satu sama lain, mereka diseksa, seluruh tubuh ditetak dan ditakik-takik sebelum leher kedua-duanya disembelih.
“Semasa ditemui, mayat kedua-duanya hanya tinggal rangka dan tulang, bercampur antara satu sama lain tanpa kepala, amat jelas kesan takikan bertubi-tubi seperti sebatang pokok kayu yang ditakik-takik bagi dikeluarkan getahnya.”
Demikian cerita Profesor Dr. Amat Juhari Moain, bekas Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM).
Beliau berkata, jenazah bapanya, Moain Saridin @ Shahidin dan Hassan Akasah yang dibunuh dengan penuh kejam tanpa perikemanusiaan oleh komunis itu kemudian dikebumikan dalam satu liang lahad di Kampung Sungai Dulang Darat, Rengit, Batu Pahat Johor.
Mengimbas kejadian menyayat hati yang berlaku pada akhir Jun 1945 tetapi masih lagi segar di ingatan seolah-olah baru berlaku semalam, Amat Juhari, 69, berkata, semasa dia dan bapanya mandi di tepi Sungai Dulang pada waktu petang, mereka didatangi beberapa penduduk yang meminta bantuan.
Menurut beliau, arwah ayahnya, seorang ketua kampung, dimaklumkan mengenai penangkapan seorang alim yang dikenali dengan nama Wak Sulaiman oleh sekumpulan komunis.
“Adalah menjadi tanggungjawab arwah ayah untuk membantu anak buahnya, lantas dia yang berselempang kain merah segera bergegas ke kawasan hutan di pinggir kampung, kawasan yang menjadi persembunyian komunis itu dengan ditemani oleh Hassan.
“Sehingga lewat tengah malam ayah, Hassan dan Wak Sulaiman masih tidak pulang dan selepas beberapa minggu, langsung tiada berita mengenai mereka bertiga, sama ada hidup atau mati.
“Pada malam yang sama terdapat seorang Cina bersenjata mundar-mandir di kawasan rumah kami, seperti tidak membenarkan kami keluar mendapatkan bantuan.
“Keadaan itu berlarutan sehingga beberapa minggu menyebabkan kami sekeluarga menjelang malam terpaksa menyorok di kawasan pokok buluh berhampiran bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beberapa minggu selepas itu apabila keadaan telah menjadi aman, penduduk kampung mula berani keluar rumah untuk mengerjakan kebun masing-masing dan ketika itulah mayat Moain dan Hassan ditemui di bahagian hutan.
Sementara itu, Amat Juhari berkata, pada akhir Mei tahun sama, sebelum kejadian itu berlaku, sekumpulan kira-kira 20 komunis yang lengkap bersenjata mengunjungi bapanya di rumah bagi mempelawa dan meyakinkan arwah supaya menyertai kumpulan haram mereka, tetapi telah ditolak.
Tambah beliau, kekejaman komunis tidak hanya terhenti di situ malah ramai lagi penduduk kampung yang berpengaruh seperti penghulu, orang alim dan pendekar dibunuh kerana enggan memberikan sokongan dan kerjasama kepada mereka.
“Saya masih ingat lagi kejadian di Kampung Sungai Tongkang berhampiran kampung kami apabila komunis menyerang rumah penghulu, mereka tembak bertubi-tubi sebelum dibakar menyebabkan kira-kira 30 orang yang berlindung di rumah berkenaan mati,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, arwah bapanya sebenarnya telah menghidu lebih awal kegiatan komunis di negara ini apabila mendapat maklumat melalui pembacaan dalam Utusan Melayu dan Utusan Zaman yang dilanggan terus daripada Singapura pada masa itu.
aku ni bukan penyokong umno atau ape2 parti..tapi korang penah ke dengar cerita kezaliman komunisme pada org awam melayu..di parit sulong muar 23 org dari 5 keluarga dibakar dalam sebuah rumah hidup2 oleh komunisme…komunis cina..Mansyaallah…pikir la orang2 islam melayu. Malah komunis tu membenci islam. sesape org penting agama mase tu ramai yang dibunuh. mase tu kite tak ade beza dengan di selatan thailand sekarang ni..nak g masjid pun takut..kenapa korang kate chin peng tu pejuang negara…astaghfirullahhal azim…aku ni tinggal di sungai manik..mula2 mase org melayu tak bersedia, komunis datang ambik ketua kampung ditembak didepan masjid…datuk aku mase tu baru keluar masjid semayang jumaat beramai2..itulah korban pertama org kampung aku..sepanjang perjuanngan bangsa melayu sungai manik, komunis yang kami tentang adalah komunis cina. Arwah datuk aku kate die tak pernah nampak komunis melayu dalam tempoh perang komunis di sungai manik…tu la pasal sungai manik sekarang masih kuat lagi semangat kebangsaan kami..tak kisah la pas cakap pasal islam ke cakap ape ke…kami tetap berpegang pada sejarah kami..sebab kami adalah kawasan yang paling ramai dibunuh oleh komunis same macam saudara kami di parit sulong muar…mungkin didaerah kamu tak merasai kehilangan datuk, nenek, makcik, pakcik atau adik beradik kamu di tangan komunis.
apa lah ko org ni asyik salahkan umno/bn aje…………