Mereka benci Komunis, tapi siapa yang mereka sanjungi?
Kerajaan Umno/BN bencikan Komunis dan Parti Komunis Malaya (PKM).
Mengapa?
Mudah sahaja.
Mereka hanya meneruskan dasar-dasar penjajah Inggeris.
Mereka berjuang, terbunuh dan membunuh hanya kerana ingin mempertahankan dasar Penjajah British!
Ramai juga yang tidak tahu menahu terpengaruh. Terima sahaja membabi buta semua sejarah versi Umno/BN.
Mengapa?
Mereka (baca: yang terpengaruh dengan Umno/BN) telah diajar hanya untuk mendengar dan menerima tanpa mempersoalkan.
Mereka (baca: Umno/BN) memperalatkan agama. Menuduh orang-orang PKM tak beragama walaupun mereka tahu bahawa Rashid Maidin itu adalah guru agama.
Hari ini lahirlah ramai anak-anak muda yang bangkit untuk mempersoalkan sejarah. Mereka bertanya, Ada Apa Dengan Komunis?
Mempersoalkan dari segala segi. Mengangkat pejuang yang tulen dan meludah boneka-boneka penjajah!
Kerana anak-anak muda kini tahu siapa yang Umno/BN sanjungi? Klik disini.















Bagaimana bentuk kerajaan komunis?
Tiada suara rakyat?
(Pakai baju hitam pun tak boleh)
Tiada demokrasi?
(Rampasan kuasa kerajaan)
Tiada kebebasan akhbar?
(Permit akhbar)
kenapa? kenapa? kenapa?
Regards,
Malaysian Come First
GoMalaysian.Blogspot.Com
Yo! Nice entry.. This is as we invent it, ‘Commie-Panic’!
Quite enlightining that Rashid is really guru agama?
Now, thats somethin new
U inspire us to dwelve more, so keep catchin’ on our blog version.
This is great issue, so keep poppin’ up!
apa yang nk disanjungkan dengan komunis?…pasal peperangan kat bukit kepong nape ko x ulas?….
Sejarah tidak pernah menipu kita tapi kita yang selalunya menipu sejarah
http://www.zoompanas2.com/2009/05/parti-komunis-malaysia-pkm-dalam-blog.html
Black dalam kepala otak hang tu …. semua -ve thinking @ black….. .
Tak kisah berita tu betul @ tidak , janji against kerajaan. sampai nak sanjung komunis ni , apa cerita??? GTH
‘Ayah saya diseksa sebelum disembelih’
BANGI 27 Mei – “Ayah dan bapa saudara saya diikat dengan tali antara satu sama lain, mereka diseksa, seluruh tubuh ditetak dan ditakik-takik sebelum leher kedua-duanya disembelih.
“Semasa ditemui, mayat kedua-duanya hanya tinggal rangka dan tulang, bercampur antara satu sama lain tanpa kepala, amat jelas kesan takikan bertubi-tubi seperti sebatang pokok kayu yang ditakik-takik bagi dikeluarkan getahnya.”
Demikian cerita Profesor Dr. Amat Juhari Moain, bekas Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM).
Beliau berkata, jenazah bapanya, Moain Saridin @ Shahidin dan Hassan Akasah yang dibunuh dengan penuh kejam tanpa perikemanusiaan oleh komunis itu kemudian dikebumikan dalam satu liang lahad di Kampung Sungai Dulang Darat, Rengit, Batu Pahat Johor.
Mengimbas kejadian menyayat hati yang berlaku pada akhir Jun 1945 tetapi masih lagi segar di ingatan seolah-olah baru berlaku semalam, Amat Juhari, 69, berkata, semasa dia dan bapanya mandi di tepi Sungai Dulang pada waktu petang, mereka didatangi beberapa penduduk yang meminta bantuan.
Menurut beliau, arwah ayahnya, seorang ketua kampung, dimaklumkan mengenai penangkapan seorang alim yang dikenali dengan nama Wak Sulaiman oleh sekumpulan komunis.
“Adalah menjadi tanggungjawab arwah ayah untuk membantu anak buahnya, lantas dia yang berselempang kain merah segera bergegas ke kawasan hutan di pinggir kampung, kawasan yang menjadi persembunyian komunis itu dengan ditemani oleh Hassan.
“Sehingga lewat tengah malam ayah, Hassan dan Wak Sulaiman masih tidak pulang dan selepas beberapa minggu, langsung tiada berita mengenai mereka bertiga, sama ada hidup atau mati.
“Pada malam yang sama terdapat seorang Cina bersenjata mundar-mandir di kawasan rumah kami, seperti tidak membenarkan kami keluar mendapatkan bantuan.
“Keadaan itu berlarutan sehingga beberapa minggu menyebabkan kami sekeluarga menjelang malam terpaksa menyorok di kawasan pokok buluh berhampiran bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beberapa minggu selepas itu apabila keadaan telah menjadi aman, penduduk kampung mula berani keluar rumah untuk mengerjakan kebun masing-masing dan ketika itulah mayat Moain dan Hassan ditemui di bahagian hutan.
Sementara itu, Amat Juhari berkata, pada akhir Mei tahun sama, sebelum kejadian itu berlaku, sekumpulan kira-kira 20 komunis yang lengkap bersenjata mengunjungi bapanya di rumah bagi mempelawa dan meyakinkan arwah supaya menyertai kumpulan haram mereka, tetapi telah ditolak.
Tambah beliau, kekejaman komunis tidak hanya terhenti di situ malah ramai lagi penduduk kampung yang berpengaruh seperti penghulu, orang alim dan pendekar dibunuh kerana enggan memberikan sokongan dan kerjasama kepada mereka.
“Saya masih ingat lagi kejadian di Kampung Sungai Tongkang berhampiran kampung kami apabila komunis menyerang rumah penghulu, mereka tembak bertubi-tubi sebelum dibakar menyebabkan kira-kira 30 orang yang berlindung di rumah berkenaan mati,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, arwah bapanya sebenarnya telah menghidu lebih awal kegiatan komunis di negara ini apabila mendapat maklumat melalui pembacaan dalam Utusan Melayu dan Utusan Zaman yang dilanggan terus daripada Singapura pada masa itu.
Majlis Ceramah di Masjid Al-Hidayah bersama Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin(Ahli Majlis Fatwa N.Sembilan),
Tarikh : 28 MEI 2009 (KHAMIS-MALAM INI)
Masa : Lepas Solat Maghrib &
Masjid Al Hidayah Taman Melawati
Muslimat semua dijemput hadir,
Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Maznor di talian 019 662 3826.
http://pondokhabib.wordpress .com
chin peng, komunis – tak boleh balik Malaysia.
mas selamat, terrorist – simpan kat Kamunting.
apa cerita ni?
pasai apa umno nak tangkap semua orang2 kg memali dan disorokan ketempat lain untuk mendiamkan mereka ini supaya peristiwa pembunuhan ibrahim libya ini tidak disebarkan keseluruh negara? TAKUT kerana SALAH!!!
yg Jepun membunuh beribu2 rakyat Malaya tu apa pasai pulak tak bising?
habis pakai enjin dan teknologi Jepun untuk kereta nasional buat apa?
rakyat Malaysia BUKAN bodoh lagi.
BeolWolf – yang telanjang bunuh tembak letup ngan C4 sampai hancur tu pun samalah cam style komunis… tang tu kita kena sanjung…
Tentera Jepun masa perang dulu pun ramai yang seksa pancung bunuh tok nenek ayah kita… tapi hari ni boleh pulak kita terima pelancong Jepun… malah sampai satu tahap kita ikut dasar ‘Pandang ke Timur’… siap sanjung negara Jepun….
Kenapa bila kena orang kita sendiri… langsung kita tak dapat nak maafkan..
Asmkum Prof Ahmad Jauhari,
Takziah walau pun ia telah jadi sejarah. Sila sebarkan cerita tuan dan buat kajian kes kes lain yang serupa agar anak anak muda zaman ini sedar tentang sejarah komunis di Malaya.
Pengalaman seperti ini tidak harus di ketepikan sahaja.
Salam dari saya dan Hj Ismail Yahaya buat tuan.
tentera jepun dari jepun serang malaya …….
komunis orang malaya serang malaya ……
so … hang pa pikiaq la sendiri ….
storm62 , lap hinguih tu …..
hai serigala,
PDRM bunuh rakyat diKg Memali apa cerita, hang welcome depa dengan open arms ke?
aku akan lawan dengan fire arms la, mangkuk?
semua takut si komunis tua.. paranoia betul.
Ni baru coomie-panic!
say if ‘this si komunis tua’ done something bad to u @ your family in the past …. r u to welcome with open arms??? unless ……
lu pikiaq la sendiri ….
yg komunis membunuh Sir Henry Gurney tu, apa pasai tak beri depa pingat?
kezaliman dan kekejaman Henry Gurney keatas rakyat Malaya, engko welcome with open arms ke?
pengkhianat Malaysia la ko serigala.
Serigala jadian yang dilebong bertahun-tahun.
black..
apa ni bro…yang negative jgn la nak jdkan positive
walaupun kita kadang2 berbeda pendapat dgn kerajaan pusat BN…
namun yang benar harus dikatakan benar…
komunis tu dah memang jahat…
kenapa disebabkan berbeda pendapat dgn BN kita sanggup mengiYA kan yg salah
Black,
hang jgn dok cuba racun fikiran rakyat pulak, nak sanjung komunis.
komunis dgn BN benda yang berbeza.
Jangan kerana kenyataan drp kerajaan, maka steru kerajaan tu kau nak jadikan kawan.
Ntah-nyah si syaitan pun kau sanggup bela. betul tak Black.
komunis tu gerakan nak tubuh negara komunis, kau suka hidup dalam negara komunis, ha kau pegi la hidup kat negara yg amal sistem komunisme. kalau kau komen macam ni kat kerajaan komunis, dah lama kau mampos kena tembak kat depa.
Kerajaan BN dia punya silap sebab tak sebulu dengan pak cik Nuar yang kau sanjung tu, masa kat dalam BN dulu pun pak cik Nuar kau tu dah berapa banyak duit dan kroni yang dibelanya.
Jangan buta sejarah kerana kepentingan politik
Oleh ZULKIFLEE BAKAR
TERNYATA sekali selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, isu-isu berkaitan dengan perkauman seolah-olah menjadi bahan paling laris bagi sesetengah pemimpin politik untuk menjajanya.
Bermula dengan sokongan kepada pertubuhan haram Hindraf, kini ia ‘merebak’ pula kepada isu menuntut kerajaan membenarkan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng kembali ke tanah air.
Isu kepulangan bekas ketua pengganas itu pada mula hanya dibangkitkan oleh seorang pemimpin Parti Gerakan (salah satu komponen dalam Barisan Nasional) tetapi apabila ia dilihat mampu memberikan keuntungan politik maka parti-parti pembangkang pula menyokong saranan berkenaan.
Ternyata sekali, sokongan dan gesaan yang dibuat bukanlah atas dasar kemanusiaan tetapi disebabkan ada agenda politik tersembunyi. Justeru keputusan kerajaan menolak gesaan sebegitu adalah amat tepat. Puak-puak yang menyokong kepulangan Chin Peng ini hakikatnya sengaja meletakkan diri mereka untuk dianggap sebagai kelompok yang buta sejarah. Chin Peng adalah pengganas dan pernah mengepalai sekumpulan manusia melakukan pembunuhan dengan sewenang-wenangnya ke atas anggota keselamatan dan rakyat negara ini semata-mata untuk menegakkan perjuangan komunisnya.
Oleh itu, apakah dosa-dosa tersebut harus dilupakan begitu sahaja hanya semata-mata kerana berpendapat dia sudah uzur dan mahu mengakhiri riwayatnya di negara ini? Bagaimana dengan pembunuhan yang dilakukan olehnya sama ada secara langsung atau melalui arahan kepada pengikut-pengikutnya ketika zaman darurat dahulu.
Ingatlah Chin Peng adalah pengganas kejam yang membunuh ribuan rakyat negara ini, malah tanpa belas ihsan menyerang setiap sudut anggota keselamatan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Justeru mengapakah dengan mudah kekejamannya hendak dimaafkan begitu sahaja?
Dalam isu Chin Peng, soal kemanusiaan tidak harus sama sekali menjadi pertimbangan kerana dia sendiri suatu ketika dulu tidak mempunyai perasaan perikemanusiaan akibat taksub kepada perjuangan komunis. Justeru janganlah mengeluarkan hujah dangkal dengan mengatakan kerajaan boleh membenarkan Chin Peng pulang dengan syarat kerajaan memastikan dia sudah meninggalkan doktrin komunisnya.
Pembunuhan
Kalau itulah hujahnya, bagaimana jika sesiapa juga yang melakukan pembunuhan dan kini berada dalam penjara atau menanti hukuman mati boleh dibebaskan dengan syarat mereka ditanya, apakah mereka mahu membunuh lagi atau tidak?
Mungkin pihak-pihak terlibat menganggap ia suatu perbandingan tidak wajar tetapi apa istimewanya Chin Peng, bukankah dia juga adalah seorang pembunuh dan sudah banyak membawa kesengsaraan kepada negara ini. Memang benar Chin Peng uzur dan sakit tetapi sekurang-kurangnya dia masih insan yang tidak cacat anggota badannya. Ini berbeza dengan ribuan anggota tentera yang kini masih hidup tetapi mengalami kecacatan sepanjang hayat akibat jerangkap samar yang dipasang oleh pengganas komunis dari Padang Besar hinggalah ke Tanah Merah, Kelantan.
Adakah ketika Chin Peng melakukan semua kekejaman berkenaan dia terfikir bahawa suatu hari kelak dia akan merempat dan mengemis untuk kembali ke tanah air bernama Malaysia ini? Kenapa Chin Peng perlu dilepaskan daripada segala perbuatan kejamnya?
Justeru kepada puak-puak yang masih mahu memperjuangkan Chin Peng ingatlah bahawa bekas ketua pengganas itu tidak mempunyai sekelumit pun jasa kepada negara ini. Daripada puak-puak yang buta sejarah itu memperjuangkan nasib Chin Peng adalah lebih baik jika mereka berusaha menggesa kerajaan mempertingkatkan lagi bantuan kepada bekas-bekas anggota tentera dan keluarga yang menjadi mangsa akibat kekejaman komunis.
Kalaupun hendak mencari keuntungan politik ia bukanlah melalui cara hendak memperjuangkan nasib seorang bekas ketua pengganas, banyak lagi insan-insan lain yang harus dibela. Kenapa perlu bercakap soal kepulangan Chin Peng sedangkan terdapat banyak lagi isu lain yang perlu diperjuangkan bagi memastikan rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum hidup aman dan damai.
Percayalah, mungkin ada segelintir sahaja yang menyokong gesaan untuk membenarkan Chin Peng kembali tetapi terdapat jutaan lagi rakyat Malaysia menentang keras langkah tersebut. Puak yang menyokong itu adalah terdiri daripada mereka yang bukan sahaja buta sejarah tetapi berfahaman liberalisme, mereka tidak tahu apa itu komunis.
Apa pun, dalam memperkatakan soal ini, ia jelas membuktikan isu-isu berkaitan perkauman semakin mendapat tempat di kalangan parti-parti politik tidak kira daripada kerajaan mahupun pembangkang. Masing-masing berpendapat kononnya hanya melalui isu tersebut sahaja mereka akan mendapat sokongan politik.
Lebih memualkan, dalam menghalalkan tindakan mereka, puak-puak itu menggunakan slogan Satu Malaysia sebagai asas, seolah-olah melalui pendekatan terbaru kerajaan itu segala-galanya harus dibenarkan untuk semua kaum, termasuklah juga membenarkan Chin Peng pulang. Akibat kedangkalan pemikiran pemimpin-pemimpin politik seperti itulah yang menyebabkan dari semasa ke semasa wujud pelbagai pihak yang cuba menjadi wira kepada kaum tertentu. Perkara seumpama ini jika dibiarkan ia akan menjadi virus yang boleh menghancurkan perpaduan kaum di negara ini. Isu Chin Peng hanyalah salah satu daripada keberanian tidak bertempat sesetengah ahli politik dalam membangkitkan perkara berkaitan dengan perkauman. Sebelum ini sudah banyak isu termasuklah yang melibatkan kepentingan orang Melayu disentuh.
Kelompok yang membangkitkan isu berkaitan perkauman itu berbuat demikian kerana mereka sudah tidak ada lagi perasaan untuk menjaga sensitiviti mana-mana kaum terutamanya orang Melayu. Apatah lagi mereka melihat ada sahaja pemimpin Melayu yang atas dasar kepentingan politik sempit sanggup menyokong apa yang mereka lakukan. Kesudahannya, isu-isu perkauman terus dimainkan seolah-olah ia bukanlah isu yang sensitif. Dengan keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan Chin Peng pulang maka semua pihak terutamanya dalam parti kerajaan harus patuh kepada pendirian itu. Mereka tidak perlu membangkitkan lagi isu-isu sensitif seumpama itu hanya semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan sesebuah parti.
Fahamilah kekejaman komunis dan belajar memahami sejarah, jangan jadi kelompok yang sengaja memadamkan sejarah semata-mata kerana kepentingan politik kepartian.
Salam..
Jgn sbb politik kita agongkan PKM pulak..ya, boleh diakui mereka ada mainkan peranan dlm proses kemerdekaan dan perjuangan kemerdekaan, tp cara dan natijah yg mereka bawa menyusahkan rakyat..apabila pendekatan gerila diambil, rakyat tersepit dalam tindakan bersenjata.maka bnyakla terjadi peperangan..
2. tidak dinafikan, pendekatan UMNO lebih ke arah rundingan.dalam rundingan, kedua2 pihak perlu dalam win2 situation. jadi, dlm hal ini, ada perkara yg perlu diterima seperti pendudukan British dsb. sy tidak berfikir dgn pendekatan gerila, Malaya akan dpt merdeka awal dan tewaskan atasi British.
3. Jgn sbb politik, kita jumud dan mengiakan yg tidak jelas. ironinya, perjuangan masa lampau berlandaskan ideologi dan pendekatan yg berbeza.ape yg penting kita kekalkan keamanan sejagat di Malaysia dan muhibbah sesama rakyat Malaysia.
Salam…..
Coba komer pikior balik…..
pikior betoi-betoi….. kalau ketua komunis tu nak tubuh masia ni negara komunis awai-awai lagi dia boleh gerakan jentera nyer… takyah tunggu balik masia….. yang takut sangat bila dia balik konon nyer itu ler….. ini ler…… ngaper…..
Klo org keroje kat kl ker…. penag ker…. kebanyakan nyer bila pencen mesti nak balik kampung asal nyer…. nak abih kan sisa hidup…. cam tu juga dia bila dah insaf…..
Aper pdrm dan skuad risik nyer dah takde masa ker nak jaga tu smua sebok nak panto adun PR dan penyokong PR jer kot…..
Jangan sampai warih-warih dia yang ader kat masia ni bertambah benci kan bee end dah ler…. tak kira ler yang kat gerakan ker… mca ker….
tak yah bagi salam badang bodo,…..
kau nape bela sangat komunis ni patutlah korang ni bodo alias bangang,,,tengok korang kat sana masjid ada dua mahzab satu umno satu pas…tak kah bodo namanya….agama pun korang nak politik jugakahkau ni pernah masuk sojar ke kalau tak pernah jangan nak komennnn…bapa kau orang mungkin tak pernah jadi askar mcm keluarga aku….kalau negara ni darurat org mcm kau aku cari dulu sumbat dlm lubang baru padan….korang ni tak sanjung lah british yang kau orang terlalak sokong kelab bolasepak dia orang tu apa benda hahahaha bodo punya melayu..tanya bangsa lain kenapa tak masuk askar kenapa orang melayu saja yg ramai askar ……dia orang ni tahu makan dan buat duit saja dan kau oranggggg ni lah tukang buat duit dia orang! bengap….orang orang pas ni satu cerita siap dengan serban ke hulu hilir buat ceramah….ceramah agama dan ceramah hina orang .aku pun pandai malah lebih pandai dari diorang tapi aku tak nak tipu masyarakat dan tuhan.kalau siapa sokong umno masuk neraka kau orang ingat kau orang tu mulia sangat ke sampai boleh judge orang berdosa ke tak….kalau korang tu gerenti tak payah lah belajar agama dan sembayang ikut pantat korang kehulu kehilir boleh masuk syurgaaaaa.lawak lah korang ni nak senang siap hina orang hasut sana sini tunjuk kuasa…cermin lah diri tu dulu…PKR tak payah cakap.PARTI KAKI ROSAK .Tanya bos dia tu ulama seposen….gerenti o.k punya….MELAYU IKUT SELERA..ALIAS BODO DAN BENGAP TAK SUDAHHHHHHHH